Kali ni aku nak share ruang kerja di dapur pula. Kebetulan 2 minggu lepas baru je kami laki bini gotong royong mengubahsuai kedudukan semua almari dan kabinet didapur ni. Bunyi mcm gah sangat "mengubahsuai" padahal tukar kedudukan yang kiri ke kanan, dan yang kanan ke kiri je.hehe..
Tapi aku suka sangat dgn kedudukan yg sekarang ni!!! More praktikal especially meja kerja aku sekarang ni (yg bertile seperti dlm gmbr dibawah) dulu kami letak dapur gas, so bila nak menumbuk batu lesung kena menapak ke almari dapur yg ada tile atasnya atau pun angkut ke lantai..;p Tapi, tidak lg sekarang!! Ku tumbuk tumbuk tumbuk atas meja kerja dan terus ku campak ke dalam kuali sebelah je tu ha..hehe. Kan senanggg keje mak jemah.hehe.
Kami mengamalkan konsep yang mana penting sahaja mesti ada di atas meja kerja. Yang pasti mesti kena ada bekas pisau, olive oil, oil pot & kitchen towel. Tu pun mata aku agak sakit tgk sbb ruang kerja utk memotong & menumbuk dah tinggal satu kaki lebih sikit je. Rasanya soon kena arrange balik ni.haha. Ok xpe, kita hold dulu.
Di tepi meja kerja ni, hubby yg cadangkan drill wood shelf yg sekian lama dah beli di IKEA utk letak garam, gula dan segala mak nenek yg penting utk memasak. Brilliant idea hubby!haha. Pastu kachingggg idea aku pulak dtg utk hang 2 pot tu dkt shelf utk letak peralatan memasak..=) Ternyata, mmg praktikal! Realitinya bila berdua berganding bahu dan berkongsi idea, sesuatu yg wowwww akan terhasil! [over sgt!;p]
Satu benda yg best yg aku nak share ialah mengenai oil pot. Ni gajet yg terkini yg aku beli. Pada pendapat aku oil pot ni sangatlah besttt sbb ada penapis, kedua sbb ia ringan dan bukan mcm tin pot biasa/porcelain pot. Ia diperbuat daripada enamel which is tin disalut porcelain. Yang ketiga boleh simpan minyak sehingga 1.1L. Sangat sesuai utk menyimpan minyak yg banyak lagi2 lepas goreng ikan, ayam or cucur. Tahan panas dan yang penting kaler hijauuuuuuu..hahaha;p Aku dah simpan niat nak rembat satu lg bg sepasang. So,satu utk minyak goreng ikan/ayam dan satu lg goreng pisang/cucur. hehe.
Imported from Indonesia..=) |
Di bawah meja kerja ni aku letak segala mak jenis bawang. Senang keje aku nak capai dan kopek. Then, bawah sekali aku letak batu & anak lesung dan stok minyak. Kami baru je bertukar dari minyak sawit ke minyak bunga matahari..for healthy life..;) hehe. Moga istiqamah menggunakan minyak yg baru ni!hahaha. Mahallll kottttttttttt..;P Dan dibawah meja yg ada pintu tu aku letak tong gas. Suka meja yg mcm ni sbb boleh sembunyi tong gas kt dlm. Tak sakit mata aku nk menengok..hehe. Utk masa sekarang mmg takde niat nak gantikan meja kerja ni dgn yg baru sbb rasanya belum ada keperluan lg..apapun, TERUSKAN BERKHIDMAT yer meja ku sayang..hehe;)
Dan skrg aku dah mula rasa eksaited setiap kali nak masak. Serasa mcm kerja memasak jadi mudah sap sap soiiii hoiiii! haha.