Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

ATTENTION: Formal STD and Wedding Invitations

hi peeps!
niat asal online sbb nak cari bahan utk DIY rozet.
tapi da ke lain plak sbb tiba-tiba tangan gatal nak buat STD for my wedding.
hihi.

ok, lihat di kanan anda sekarang juga!
amacam?cun x?
muahaha=p

So kepada semua kenalan, bloggers and silent readers, saya seikhlas hati dan sukacitanya ingin mengundang anda sekalian meraikan majlis perkahwinan saya. InsyaALLAH.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting:

*Solemnization Day*

Date: 26th February 2011
Day: Saturday
Batu Pahat, Johor

*Walimatulurus*

Date: 27th February 2011
Day: Sunday
Batu Pahat, Johor

*Bertandang Day*

Date: 6th Mac 2011
Day: Sunday
Teluk Intan, Perak


Sekiranya anda sudi untuk hadir di mana-mana tarikh yang berikut, saya mohon untuk fill in form address wedding invitation seperti yang telah saya sediakan di sticky post ya!
Jangan malu-malu nak makan nasi minyak saya!hihi.
^_^

Terima Kasih!


DIY: Wedding Rubber Stamp

Setelah jatuh hati dengan idea cik masmOna dalam entry ini,
terus terpk nak buat satu wedding stamp pad jugak! hihi.

i tempah 2 inch round shape.
nasib ada saiznya kat kedai tu!
2 hari da siap. charge pun murah.RM12 jek.
kalau nak tempah rubber stamp yang siap sekali dengan ink pun boleh jgk.
tapi mahal sikit la. around rm25-rm30 (depends on size).
kalau ink abis, boleh refill kat kedai tu.free jek!^_^
tapi i buat rubber stamp yang separate dgn ink, which is u all kena beli stamp pad la.
beli brand Artline.recommended! ink nya tak kembang..=)
kalau beli asing mcm ni, u all boleh control sendiri contrast colour nya.*eceh*
tapi kena practice byk kali sampai mahir.
omputih kata practice make perfect.eceh.haha.
nak cop-cop pun kena ada teknik tau!



cop dekat doily paper!=)


p/s: baru siapkan deco utk doorgift my mum..now, turn for my father plak..^-^

MarryMe 2011 Promotion!

This is a best deal to all of u girls!
Siapa nak kahwin 2011?sila grab cepat.
Betul berbaloi-baloi!
260g art card with matte laminate memberi effect mewah pada wedding card kamu!
trust me!=p

MarryMe do this promotion until 31st January 2011.
They make 2 packages

Package 1:


Package 2:
Contact them now!^-^
click!

My Baju Nikah

I'm back!!hahaha.asik hilang jek cik meeya nikan.=p
sorry all yg comment dan e-mail yg masih tak berbalas lg. 3-4 hari ni sgt-sgt bizi kemas brg2 dirumah sewa, balik kg, then ke kl pula.ini baru balik.sonot streamyx i da bole guna di hometown..=). Tapi, bila check ticker 60 days left kami nak menikah..terus rasa mcm tak percaya! dan paling rasa nak menangis kerana xsmpi seminggu pulang ke rumah sudah naik 2 kilo!gila hokey!bikin panas hati jek tgk babat! mampu nak kurus dlm masa 2 bulan? mampu?haha.lupakan!

tapi mcm satu kebanggaan jugala bila try baju nikah pinggang boleh outer 1/2 inch.
diulangi 1/2 inch oke!ulang lagi sekali.haha.kecoh jek lebih=p
alhamdulillah, baju nikah i da siap.yeayyy!! cutting baju yg sgt cantik dan sgt sedap dipakai!serius.rasa berbaloi sgt dengan upahnya, pasal paling mahal sy pernah upah baju RM45.hehe.. terketar-ketar jgkla tangan tgk resit bayaran mula-mula tu.tapi i percaya rate upah i ni masih dikategorikan murah untuk upah baju nikah.hehe.

baju nikah i sgt simple.kurung moden.inspirasi dari ini...hehe.
former b2b rasanya ramai yg ciplak design dia ni kan.hehe.
sy angkat tangan sbb ciplak juga.haha=p

dan ini hasilnya...=)


sama tapi tak serupa pasal hujung kain nya jadi macam ini,


pelik sikit sebab rupanya tailor i tu gulung benda macam tali dan jahit macam itu rupa, sbb tu dia mcm beralun-alaun.
i'm not sure rizalman buat mcm mana.haha. do u have any idea girls?
mulanya i mcm tak suka sebab nmpk pelik, tapi bila da pakai in one suit and my sis kata CANTIK!dan customer yang ada dalam kedai tu pun kata CANTIK!baru i senyum..=)
owh ok, org kata cantik i accept lah!haha.=p

so, baju nikah settle, cuma nak cari tudung dan veil saja.
my baju nikah dari colour blue turqoise [entry ini] dah turn out jadi biru laut okey pasal buat lining colour biru laut, makanya biru laut jugalah baju nikah i.redha la labu..=p
baju kaka juga sudah siap ambil di tailor. Kemas jahitannya! Da buat outer jugak sikit di bahu dan leher psl tinggi sgt cekak nya. all one suit (sekali sampin) da siap dihantar untuk dry cleaning, cuma tak amik lagi kat dobi.
Dan i punya, nak g hantar dry cleaning jugak esok!=)

sedia untuk dry cleaning!

mana pulak nak cari tudung ngan veil ni?adoiiii!


DIY Idea: Paper Ornaments

Petang-petang mcm ni dari takde buat apa, meh i nak tunjuk u'll satu lagi DIY.
Tapi kali ni bukan i yg buat, orang lain yg buat.=p
muahaha.

DIY Paper ornamaments tajuknya.
eceh.
Senang sgt kot nak buat pasal lagi sekali guna kertas, gunting dan gam.hehe.

Instructions boleh klik [here]


Boleh ganti lantern paper, yeay!!
sapa boleh agak apa projek i seterusnya?
=)

DIY: Hantaran Fresh Flower *mood testing aje*!!

Entry kali ni pula i nak share pengalaman i mendekorasikan hantaran menggunakan fresh flower. ececece..=p

Ini bunga yg i beli, tak tau apa nama. Sapa boleh bg nama dia?hehe.
Colour mmg random pick, pasal niat nak try ajekan.hehehe..



Nak dijadikan cerita, xde hajat pun nk beli malam-malam buta, tapi after dinner dgn housemate terlalu satu kedai kelly*. Masa i singgah beli tu, kelly* anak beranak ni tgk siapkan kalung bunga untuk wedding. Sempat jugak menyembang dan tgk dorg buat kalung bunga. Hp tak bawa, so tak dpt record and share ngan korang!*sigh*
Percaya tak, 2 kalung bunga dan 1 bunga tangan, dorg charge RM300. Harga yang tak pernah den tahu pun. hehe. Tapi, sangat cantik oke!

Bunga yang i beli tu, mmg sgt common utk kelly* buat sembahyang.
Dan murah kot. Agaknya lah, i tak pernah beli bunga.hehe.
1 tangkai RM1.20. Each tangkai ada 6-8 kuntum bunga kecil dan besar.
Nasib baik auntie tu ada jugak jual span basah! Satu RM3.hihi

Sampai-sampai rumah jek, tak sabar betul den nak menghancurkan bunga-bunga tu.
muahahaha.

1. Mula-mula, amik ukuran dan potong span basah.


2. Da siap potong, amik dan rendamkan dalam air.
Sekejap jek rendam, span tu da jadi berat sgt sbb air da terperangkap dalam nya.haha.
*takjub masa ni*

3. Lepas tu, balutkan dengan aluminium foil.
For mine, guna plastic food wraper je sbb takde keje kot nak cari aluminium foil malam2 buta. Tak sabar punya pasal kan ni. Tapi ok jgk lah! it works mcm aluminium foil jgk. Just nak balut jangan bagi permukaan hantaran tu basah jek.


4. Lepas tu, susun-susun kan keliling pinggan dan gamkan.
Maybe boleh jgk letak span tu kat bawah pinggan. Tapi kena beli mcm xora punya span basah yang bentuk bulat. or maybe ada juga segi empat. Pasal span basah ni , mmg kena study lagi. hehe..


5. Lepas tu, start to deco!
Senang jek rupanya nak gubah.Pasal men cucuk bunga sesedap rasa hati.haha.
Memang takde arah tujuan masa gubah ni. Yang tau nak selang selikan bunga-bunga ni.
Putih-kuning-putih.haha=p



6. Taraaaa! inilah hasilnya...=)
Tak boleh blah siap letak barang hantaran lagi!hahaha=p
Inilah dia hantaran fresh flower syok sendiri edisi meeya.muahaha.


Sebenarnya, banyak benda yang i belajar masa nak deco ni.
Dah katakan pun first experience kan deknon..hehe.
Dan sure ada kekurangan yang kena improve lagi especially bab susun-susun bunga tu.
So next time, nak try gubah dengan dedaunan pula.
Maybe nak guna bunga jenis lain jugak.
Kena pi survey dulu dan buat calculation untuk 9 dulang hantaran.

Problem sekarang ni, i takde idea nak pilih combination warna bunga yang boleh match dengan bantal hantaran i yg warna maroon tu.
Maybe pink? putih?kuning out.haha.
Do you have some suggestion?

Dan, warna untuk decoration hantaran selalunya ikut tema nikah or tema reception?
Siapa tolong jawab, i kasi kiss..muah.muah.muah.

Tolong cepat!

DIY: Personalize Doorgift Tag

Hi all, meeya kembali!
Lama sgt tinggalkan blog..byk benda nak update, tapi i menghadapi kekangan masa yg sgt2 terhad untuk menulis .
Tapi, skang da tak bizi da!^_^

Buat masa ni, i tgh bizi menyiapkan deco untuk doorgift.
Ingat tak [entry] ni, i ada bgtau u all tentang doorgift yg i beli?
Memandangkan doorgift tu togel tanpa dibalut apa-apa,
so i decide utk make some decorations on it.

Inspiration from en. gugil


Setelah berhempas pulas duduk di depan lappy, maka inilah hasilnya!


Siap ada bird-bird dating dalam sangkar lg.muahaha.
Apa kes la den bubuh bird-bird ni.Masa buat ni serius tak ada idea.
Asal cantik dimata jek. Itulah namanya syok sendiri.muahahaha.
I print black colour, pasal i punye laser printer takde colour-only black!haha
Nak hantar g printing colour mau bankrap den nak print sampai 700 pcs!
Ini pun kena tambah lagi 200 pcs!@_@ pengsan!

Lepas da print byk2, i guna 3 konsep:
Gunting, Lipat & staple.
muahahaha.
kan i da kata, i mmg suka lipat-lipat ni.hehe.
Tapi bila da buat banyak-banyak kan, rasa mcm comel jek!haha.*perasan*

kan?kan?=p


Disebabkan doorgift ni nak masuk sekali dalam paper bag, maka secara tak rasminya inilah juga thank you tag saya!
*jimat & selamat*
hehe.

Kos yang besar cuma beli kertas dan plastic saja.
Tips di sini, kalau u'll ada hati nak personalize sendiri tq tag, make sure pemilihan kertas untuk print mestilah berkualiti. Macam i, terpilih kertas jenis Laid card. Bajet mcm cantik la kan pasal ada line-line disitu. Sekali bila print, ink mcm tak lekat sgt.Tapi still ok lah maybe sbb pakai laser printer. My suggestion, guna kertas jenis ivory card yer yg selalu digunakan utk buat wedding card tu. Kualiti kertasnya mmg baik dan hasilnya bila da print atas kertas ivory tu pun cantik. But for mine, da terbeli 1 pack laid card (100 pcs), so xnak melakukan pembaziran disitu, maka i tutup saja sebelah mata. Lalalalala~

sampai la ni, i da berjaya siapkan around 500 pcs!
another 200 to go!hehe.
sampai tido pun gunting masih kat tangan tau!
alahai....

Bingkisan Khas:
Sedih dan rindu tiba-tiba teringat kat my ex-housemate (Sha)..=( Dia yg bersungguh-sungguh minta i siapkan tag ni cepat-cepat tau, dan dia jugaklah yg byk tolong i siapkan doorgift ni..A thousand thanks to her. Moga kamu dapat kerja dan ke jinjang pelamin cepat-cepat ya! =)




Hukum ayat al-Quran pada kad kad kahwin

BAGAIMANA jika kad kahwin di dalamnya mengandungi surah al-Quran dan maknanya lalu diedarkan dan ia kemudian dibuang begitu saja?

HASHIM
Negeri Sembilan


AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.

Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.

Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.

[Kredit to:metro]

p/s: draf kad kahwin tak siap lagi!!! 82 days to go..*ngeri tiba-tiba*

Birthday & Estee Lauder Sale.Senyum sampai pagi ni..=)

nak announce ni, semalam birthday i!
cepat wish!haha.

as usual, nothing special on my birthday.
So, semalam kami cuma makan2, tengok wayang dan shopping for barang hantaran!
Kaka belanja makan SUSHI KING!(again!) dan bagi sekeping card yg terbahak2 i gelak dalam kereta ok.
eh, SUSHI KING promo eat 5 plates any sushi, free 1 plate lagi.tapi, boleh redeem on next treat.Redemption till 7 January i thought. ntah apa-apa.saja nak suruh i datang lagikan.

haa, korg baca lah sendiri birthday card i!haha.

Page 1


Page 2
Klik to enlarge


Zoom sikit
Last page


Hei, hei ingat i tak pandai baca jawi? ok, admit merangkak sikit pasal tulisan kaka mcm dokter yang x abis belajar.haha.Paling gelak last page, last word, suppose i pronounce fiancee, but i tersebut pen**s. *malu dollll!!*
haha. sapa suruh gatal nak tulis jawi kan!haha.

so, lepas kami lunch, terus ke Megamamall Penang pasal nak serbu ini!!!

Hadoiii, estee lauder ni mmg saja nak perabih duit i tau.
Tau-tau jek i mmg nak grab perfume Estee Lauder Pleasure Bloom dia tu.aishhh~~
So, smlm i menyinggah la ke Estee Lauder.
Yup, their having promo, for any Estee Lauder purchased RM200 above, u can buy Golden Purse Coach and make up set as u see above for rm180 only!!!*boleh pengsan*
ok, juling kejap mata tengok itu Coach!
tapi bila fikir balik, that purse bagi i susah nak handle sbb bentuknya tak macam wristlet yang ada tali utk dipegang. Kalau nak guna coach ni u kena pegang ala-ala mak datin gitu..
Tapi, i tak cm mak datin pun.haha.

I ask that SA, boleh tak i takmo itu coach.i nak makeup set jek.
Then dia bagi i choice, kalau taknak amik this promotion, amik satu lagi makeup set Estee Lauder Blockbuster yang berharga RM220.
Then, dia amik satu kotak besar. Bila bukak itu kotak..
aaaaaaaaaaaaaaaaaa!! i jerit sbb suka sangattttttttttttttttt!!!
Worth ok pasal ada 16-20 choice eyeshadow palette, 4 blusher, 4 lipstick, 2 lipgloss, 3 eyeliner, 1 make removal, brushes, mirror, 1 make up box, and small makeup bag.
FREE lagi mascara pasal birthday i kan!muahaha!
Tambah plak lagi dapat free voucher RM40.*meroyan kejap* lupa terus Coach.muahaha.

But, for u girls yg nak grab Estee Lauder & Coach promotion tu, cepat2 serbu ok, sbb semalam i pergi pun dah tinggal 1 set jek. Bag tu pun yg warna kelabu.no choice.so, cepat2 pergi.
sangat2 berbaloi!!=)

sampai ke malam pun 1 senyum jek pasal dapat perfume and make up set.
walhal dah tanam dalam hati nak perfume saja. Itulah namanya kalau da ada rezeki jangan di tolak.kan kaka kan?kan?kan?
hehe.


da lama tak tepek gambar sendiri!
hye! i'm meeya..=)




100 Hari Mendapat Suami

wahhhh!title entry mcm tak boleh blah je kan.haha.
yer, 100 days lagi kami nak menikah.sila lihat ticker saya sekarang cepat.
Maka esok, kiraan ratus sudah habis, masuk kiraan puluh plak da.Ngeri tiba-tiba.haha.
Perasaan?masih kosong kerana mening dengan tesis yg tidak siap-siap nya sampai macam mahu makan ini laptop supaya tidak nampak lagi times new roman font 12 yg serabutkan kepala sy nak memikirkannya.Noktah.

Nasib tika dan saat ini i mcm ada mood sikit utk menulis kerana hati mcm ada bunga-bunga sikit sikit.hihi. Sempena 100 Hari Mendapat Suami, i tepeklah entry pre/outdoor/post wedding pose and props idea yg sempat i search dari google and half of them da lama simpan dalam folder.

1.Idea with fruits.
Gambar ni i dapat daripada ahmadfairus fb. Jarangkan kita lihat buah-buahan dijadikan props utk wedding photography kecuali gambar masakan la ek. hehe.


2. Ballon
Ballon sgt sinonim dengan wedding Cuba tengok gambar bwh ni.Awesome!!!!^_^ (dengan ballon bukan aksi tidak terkawal tu yer).hehe.

3. Buih sabun
Yang ni pun sangat best. Sekarang ni ada buih sabun yang macam pistol tu. tembak jek dia kuar buih.hihi.


4. Wall
Dengan wall pun kita boleh buat mcm2 aksi. Cuma kena kreatif je dengan gaya.Lagi satu, make sure wall dicat dengan colour yang bright and opposite with ur dress colour. Boleh jugak kalau nak tampal dengan sticker yang comel-comel..=)

5. Lollipop
Props lollipop pun nampak comel jugak. Dapat makan sambil beraksi.hihi.



6. Gula Kapas
Yang ni memang feveret i.Agaknya, tak mula lagi photoshoot, da abis kot i telan gila kapas ni.hahaha.


7. Signage
Macam2 idea yg boleh kita boleh buat dengan signage.cth, "love" . Or boleh juga kita DIY pangkal nama pasangan guna polistren dan cat kan ia.Kemudian kita bawa photoshoot.


8. Frame
Kalau kat rumah ada frame yang da terpecah cermin, jangan dibuang okey. Boleh di gunakan sebagai props utk wedding nanti!!=)

I percaya korang pun mesti ada idea lain yang lagi bestkan utk photoshoot!
So, share la.


tata.titi.tutu.

Entry serentak

Ya Rabbi, lama nya tak menulis blog.
keletar tangan ni ha nak menaip.hihi.
banyak benda kot nak dituliskan, tetapi masa sgt2 mencumbui eh mencemburui i.
so, entry ni kira 2,3, 4 and maybe 5 in 1 malaysia la.hehe.

1. Langkawi.
I'm just come back from langkawi.last week lagi.hihi.nak cerita jek i dapat grab dua benda yg penting utk wedding. satu-kelambu ala-ala mcm ikea.rm29.90 only.murah ke?ntah, just grab it. Sebab masuk-masuk jek idaman suri benda tu tergantung cantik kt atas katil, terus amik.haha.ikea punya price, i'm not really sure.=p .

ehsan : http://ekyanie.blogspot.com/

Dua- cupcake tray!yeayy.lama gile kot da nak cari benda alah ni.tapi for mine plastic jek, dan ada bunga-bunga kecil kat tepi tray tu.Bukan vantage yer puan-puan.harap maklum, cuma rm9.90 jek.hihi. Dapat ilham dari nadia punye hantaran. See, dalam satu hantaran, boleh letak buah & jugak chocolate. bijak! Cupcake tray ni ingat nak bagi kat kaka, sbb dlm planning untuk hantaran, dia just bg makanan dua aje-cake dan chocolate utk i.so, nak tamak-tamak sikit biar dia bagi buah-buahan jugak..haha.takde ke cupcake tray 3 tingkat?5 ke?hehe..
2. Kain nikah kaka.
Sabtu lepas kami ke Pekan Lama pergi Kedai Jahit Swee Teng.haha.Setelah mendapat beberapa suggestion dari kwn-kwn, kami ke sana. Uncle ni mmg tukang jahit lelaki, boleh buat seluar, kemeja, baju melayu, dan suit lelaki juga. Yang si aunty, buat baju perempuan, tak tau wife or pekerja dia. Sampai-sampai jek, bgtau dia nak buat baju melayu untuk lelaki tapi potongan mcm kemeja-(kakak sy suruh ckp mcm tu kt tailor.haha). Lepas tu, tailor tanya nak ada pesak ke?haaaa??baju melayu lelaki ada pesak ke?seriously sy tak tahu.haha.bole gitu?kaka?lagiii la tak tau.hampeh! call my sis to confirm, she said that kalau baju melayu cekak musang or teluk belanga, mesti kena ada pesak. Kalau nak buat baju ala-ala raihan ada cuff kt tangan baru takde pesak.ooooooooooooooooooo...malu sy dgn si tailor.isk.isk.kaka ni. place deposit RM20 then 30 November da siap!Gila cepatkan!haha..nnti kita tgk hasilnya ^_^.

Ya habibi, bulatnye tunang sy.hikhik.

3. Doorgift for guest
Alhamdulillah, doorgift sudah dibeli.Terima kasih my luvly housemate Sha yang membeli belah utk i di rantau panjang! hehe..=) I just pesan kat dia carikan something yang boleh digunakan mcm dompet or purse coin. So, after discussing thru sms and mms, i decided to buy purse coin with fabrik kain guni. Katanya-yang itu paling hot sekarang ni.hehe. Cute jek kan!=) So, settle pasal doorgift, sekarang ni pening nak beli doorgift utk VIP plak..huhu.

4. OP booked
OP sebenarnya i da booked early november haritu. Guess who??hehe.
Seseorang yg sedang hot dgn hasil tangkapan gambar-gambarnya bersama newly bride n groom -nawal & firdaus! hehe=). Da lama sbnrnya i berutus e-mail dgn si dia.Cuma, ms tu tak bg apa-apa confirmation pun pasal dah berterus terang pd si dia, sy nak survey OP yg lain dulu. Nasib dia tak kesah. Tapi, mmg da rezeki dia kot, at last sy pergi kepada si dia juga setelah ada sedikit insiden berlaku antara dgn satu group photographer yg famous at BP. Teka? hehe..i tak tau kenapa he did'nt reply my sms. i text him twice on that week utk jumpa dia to discuss and tgk portfolio dia. no reply. i checked the number, betul.then i send an email and until today, he never reply ok!!! geram x? tak kan psl i reject his "head" then dia nak pulaukan i plak?erkkkk..geram kalau ingat balik!!sudah.sudah.sudah.i takkan berpaling padah. guys, just to remember u, don't judge their work from the picture yg diorg upload kt facebook semata-mata.Setakat 5-7 keping gambar saja yg diedit touch up tak boleh bg kesimpulan yg kesemua gambar diorang amik cun melecun ok! Go see ur potential OP face to face. Tgk satu-satu portfolio diorg, lihat bagaimana dia berinterkasi dgn kita ok. Itu sangat-sangat penting. Lepas tu, baru korg boleh buat keputusan. ok?

5. DIY Bantal Hantaran
DIY ini mmg saya nak share, cuma belum ada kesempatan yg betul-betul terluang utk menulis tentangnya. Gambar satu dulu bole?heee..=)

Jumpa lagi nnti on next entry.
Salam AidilAdha

tata.

Tema Nikah

Those yg baca entry sebelum ni,
pasti sudah dapat agak tema nikah i kan?kan?kan?
Da habaq kat korg sume, nikah outfit i warna biru turqoise kebiruan-biruan ala-ala macam langit yg biru keputihan.
Ala senang cite light biru la deknon!haha.

Macam ini!


Nak dijadikan cerita sekarang ini,
i bercadang untuk guna another colour instead of blue!
So, takdela nampak pale sgt majlis nikah dengan satu colour saja!
For example, baju da light blue, takkan bunga, pelamin, hantaran light blue juga?
So kena cari colour yang shock and kebaboom!haha.

Da study.S o, hasilnya saya dapat ini;

A. Beachypinkblue


B. Pinkblue



C. Purpleblue


D. Redblue


E. Blueyellow

Now, i buntu sgt ok! Kena pilih satu saja.
So, keje korang yang baca entry i ni pilihkan. Cepat!muahahaha.
plezzzzzz...........(mood ngade!)

yang penting nak nmpk sweet jek
Awwwwww~~

*hugs*

p/s: i mcm nak pilih A, C pun cantik, E juga!<_>



Perihal Kain Nikah



Lama sgt tak blogging.rindunya!i masih mood bercuti.hihi.

Alhamdulillah, seminggu cuti 20-30% wedding preparation da dapat settlekan.

OMG!byk benda nak share.

Tapi, benda paling fresh dalam kepala skang ni perihal baju nikah.

Yeayy!!! da selamat meleburkan duit di JAKEL. T_T.

Ingat kain ingat JAKEL.Gitukah slogan nya? Haha.

Melangkah masuk JAKEL, mmg tak pandang kiri kanan, terus ke tingkat 3.

Chewah.Padahal takut tergoda dengan SA-SA kat bwh tu.Depa ni promote kain mcm minggu nak depan nak raya.Betullah.DEEPAVALI.hihi.


I mmg tak ada tema lagi utk nikah.

Cuma target dalam kepala nak colour yang soft-soft aja.

Ok.Mcm nak separuh juling tgk kain chiffon beaded tersusun banyak.

Pakej RM550, Pakej RM680, Pakej RM1000++ sume ni dorg offer 4m chiffon beaded, 4 meter lining satin & free 4.5 m satin utk lelaki.

Beza harganya cuma pada material chiffon beaded saja.

Satin utk lelaki?Owh no,sangat tak cantik.Honestly, pada mata I tak berkenan walaupun dibilang RM28/meter.Tak munasabah! So, i and sis decide tak perlu amik harga pakej pasal nak buat baju cuma perlu 2m suku chiffon beaded saja. Kain guna chiffon kosong. Lining satin baju dan kain 4 m.Asal chiffon beaded ni harganya RM150/m. Dapat kurang RM140/m. I cakap kat SA, I jumpa kain yang sama di Gulatis RM125/m. Semangat dia explain, chiffon beaded ni ada 3 jenis-polyester, jojet dan silk. Type yg I nak tu, silk. Dia bilang yang di Gulatis I jumpa tu maybe polyester. Mmg tak puas hati sgt, psl I belum hilang deria rasa tak dpt beza mana silk, jojet n polyester. Walhal kain tu sebijik gile mcm Gulatis, SILK ye!I suruh panggil bos tanya harga.Nasib dapat RM125/m wlupun I tau harganya maybe boleh jadi rendah lagi. Baru i tau, Gulatis pun ada beli kain dari Jakel tapi fabriknya of course limited in design, type and colour.Yang itu I admit.Sebab tu I pergi JAKEL.hahaha.tapi bab harga kt JAKEL mmg tak boleh blah. Mmg skill tawar menawar, perlu diasah sebelum ke JAKEL.hihi.


Untuk kaka, i request jenis kain satin yang tak terlalu kilat sangat. Syarat kaka yang mmg takmau kain kilat-kilat ni.Bos JAKEL offer kain Italian Valentino. Seriously, mmg cantik sangat kain tu. Jatuh cinta terus. Disebabkan bos da bg special price, mmg tawakal aje belikan kain tu utk kaka. Tak cukup dengan tu, samping sekali I rembat.haha. 3 jam dkt tingkat 3, nak mengamuk SA tu melayan i.haha. Da byr, terus turun tak pandang kiri kanan.

Perasaan lepas dapat kain nikah?Puas dan lega sangat!!!terus feeling2 nak nikah.haha.*gatal*. Pilihan colour utk kain nikah adalah biru turquoise yang lembut ke biru-biruan.haha.Imagine la sendiri. I pun tak tau nak describe lagu mana.hehe. Those yang masih mencari material utk kain nikah di MALAYSIA, JAKEL adalah pilihan yang tepat. Kena slogan dia, ingat kain ingat JAKEL.kan?kan?Kalau yang nak ke INDONESIA itu lain cerita. Tapi I think INDON byk kain lace yang mewah dan murah.Chiffon beaded?i don’t think so. Pilihan mmg sgt banyak di JAKEL.Walaupun a bit pricey, tapi I don’t mind. It’s ur nikah dress and forever yours. Baju nikah adalah sesuatu yang sentimental value utk i. Lain orang lain citarasanya. Just go for it asalkan puas hati.Maybe sekali seumur hidup jek I mampu beli kain yang beratusan begitu.Kenapa nak pk 2 -3 kali jika ada kemampuan utk itu?Untuk kaka pun, I belikan kain yang special sikit.Biarlah mahal, asal selesa dan cantik dipakai. Sedih bila kaka kata, dia tak pernah pakai baju kurung melayu in one suit.Even hari raya pun, dia cuma berkain pelekat, bersongkok kopiah dan berbaju melayu yang ntah berapa tahun lalu punya. Bukan tak mampu, tapi dia mmg begitu.T_T . Sempoi orangnya.

Alhamdulillah, diberi kelapangan rezeki dapat beli kain utk nikah.

Kain pun da selamat hantar pada tailor.Bukan Hatta Dolmat or Rizman Ruzaimi. Haha.

Dia cuma seorang amoi cina yang byk cakap.haha. InsyaALLAH, dia mampu utk realisasikan dress yg I suka sgt tuuuuuuu.aduhh!Rasa mcm tak percaya, bila dia bilang harga upah cuma RM180 saja.Reasonable sgt!Sebab rata-rata tailor yang I survey di PKNS, around RM200-RM350.

Rezeki lagi!Alhamdulillah.So first fitting, hujung bulan 12 nnti.=)

Tawakal..

Antara kain nikah yang menjadi pilihan hati. Tapi, i punya bukan ini.Lupa nak amik pic.
Da selamat hantar kat tailor baru teringat.hihi.

sambung nnti.
da!

Jangan Pegang-Pegang

hihi.
Lagu ni comel sgt.
"Kalau Berpacaran" by Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet
Korang dengar la.hihi.


Cerita Ujian Saringan HIV

Seawal 9 pg (awal la sgt!!) da bangun siap-siap nak buat HIV test kat Pusat Kesihatan Bukit Panchor dgn kaka.
Sekali masuk jek klinik, punya la ramai manusia.
Takpela, nak kawen punye pasal, tabahkan hati jugak menunggu wlupun diri da separuh loya psl tak breakfast plus bau klinik yg faham-faham sendirilah.hihi.(sy mmg tak suka bau klinik lg2 klinik kesihatan!!!hehe.)

Sampai kat kaunter, terus isi borang ujian saringan HIV pra perkahwinan.


Masuk IC dlm box utk dptkan giliran.
Tunggu setengah jam, baru pembantu klinik panggil.
So, dapatlah no giliran dan resit bayaran borang. Kena bayar yer setiap borang RM1 jek.

Tunggu giliran selama 1 jam baru dpt masuk jumpa pegawai perubatan aka Dr.
Masuk-masuk jek, Dr kata " Cik nak buat ujian HIV yer, ambil borang ni dan pergi ke makmal, pastu baru dtg balik"
Heh?1 jam tunggu suh amik borang dan g makmal jek?
Baik awal-awal dari tadi pembantu klinik tu suh g makmal terus amik darah, baru jumpa dr untuk pengesahan ujian. Tak effiecient tau tak korang ni!!

Nak marah lebih-lebih pun tak boleh, psl nak kawen sgt.haha.
Da keluar bilik Dr, kami pun g la makmal amik darah dgn muka bengang.
haha. nasib happy-happy jek adik tu cucuk tangan i.
Kena tunggu 15 min, baru adik makmal tu pulangkan borang dan suh letak borang dlm bakul depan bilik dr tadi. Amik, kasi clear aku cite. Sebenarnya nak cerita bengang pasal kena tunggu lagi.
Ingatkan boleh terus jumpa dr buat pengesahan.
Setengah jam nyah tunggu oke!Baru no giliran muncul balik!.

Tgn gedabak kaka.Muka merah padam tgk darah sendiri mengalir deras.
Ceh, tak macho langsung TAHU!



Nasib dua-dua negatif.yeayy!!boleh kawen!
Keluar bilik Dr,kami senyum sampai telinga mcm suami isteri baru dpt berita gembira.haha.
Terima kasih dr, walaupun korg tak efiecient pasal bg kami tunggu 2 jam untk benda ni.
Penat tau tak.

Takpela, kami tak marah.

Catatan:
Tempoh sah laku keputusan ujian saringan HIV adalah selama 6 bulan dari tarikh ujian saringan dilakukan.

p/s: Kenapa ada setengah korg yg dpt keputusan HIV dlm envelope SULIT eh?kami takde pun!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...