Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label Sales. Show all posts
Showing posts with label Sales. Show all posts

Takde Niat Nak Beli Pun Sebenarnya..

Olla!Salam semua! Sihat?Masih ingatkah dgn cik puan empunya blog ni?hehe. Almost a month tak hapdet blog rindu sebenarnyaaaaaaaaaaa tahu!! Sejak bekerja ni mmg malas gila nak bukak blog apatah lagi bila dah sampai rumah lagilah membukit malasnya. Lagipun, takde feeling sgt nak blogging kt office, kejap2 clicks mai, kejap2 manager plak mai. Senang kata, mmg tak dan lah wei! Ok, later kite cecite psl kerja ya sbb skrg ni nak cecite benda lain.hehe.

Alkisahnya last week kami berdua shopping2 year end sale kat Gurney Plaza. Mai sana mmg dah target lah nak beli jeans and pant husband disamping jeling-jeling mata kat butik Coach. Dari jauh dah kelihatan segak gila sale assistant dia. Lepas tu tgk diri sendiri..alaaaaaa, mcm selebet sgt dressing  haritu dgn jeans kerja tak basuh 2 bulan, pakai plak blouse mak-mak dgn tudung awning bunga-bunga RM10 jek..hahahah..tu pasal mak kata JELING saja ok! Mmg gila low estem lah aku haritu! =p Ada plak sorang amoi ni dressing cun abis (sambil riak-riak sikit!aku taulah muka dia mmg eksyen abihlah!) keluar butik dgn paper bag Coach besar gila! Aku pulak yg teruja tgk sbb paper bag dia cantikk ok!! Haha. Agak-agak kalau beli paper bag dia saja boleh tak?*Pangggggggggg* Eh, sbb kalau beli Coach online mana dpt paper bag kan????kan?kan? Ha, merepek plak dah.

So, on that day dah namanya pun shopping tak sah la kan kalau over bajet lagi-lagi beli benda yang takde dalam list panjang. haha=p Lepas tu balik rumah mcm nyesal gila beli. Tapi, benda alah yang satu ni takkan nyesal lah kot pasal aku lg excited nak pakai walaupun skill tu org kata tak berapa nak ada..kahkah=p Suami aku plak mood dia ok haritu, dan-dan dia suruh beli jek mentang-mentang lah tgh sale kan. Cuba kalau beli dgn normal price?tercungap-cungap aku nk membayarnya!hahaha.

Meh, intai sikit apa benda alah nya?;D

Haaaaaaaaa..can see now?haha.yes, tak pernah terpk one day aku akan beli swimming wear ni. Pasal dulu masa kecik-kecik, aku ada satu perangai suka gelakkan org bila tgk org mandi pakai swimming suit. Aku rasa mcm sotong lembut tenggelam timbul atas air.;p Kecik-kecik dulu mana nak dapat swimming suit, takat mandi parit depan rumah kita kasi terjun sajalah! Balik sekolah agama terus berendam dgn bajuu sekolah pun okkkkkkkkkk, lepas tu naik rumah kena bantai dgn mak.;p Lagipun dulukan aku ada satu pemikiran kalau org yg ada swimming suit ni mesti anak-anak org kaya. Ntah apa-apa kan. Tapi, ini pemikiran dulu2 la. Now, everybody can wear maaa..;D 

So, bila dah dewasa sikit ni, barulah ada kesedaran nak pakai swimming suit pasal aku mmg suka main air walaupun mula-mula tu mcm ala-ala fobia nak kena lempang gitu. Nak-nak tgk pool yg besar-besar lagi lah rasa ada benda melambai kat dlm air tu.scaryyy ok! Tapi, seminit jekla fobianya lepas tu berendamlah sampai kecut kulit.  Kalau kat pool tu tak payah ceritalah, mmg setakat ditepian aje haha.  Diulangi, ditepian sahaja.haha. Realitinya aku mmg tak reti berenang pun!kahkah=p eksyenn jekan beli swimming suit..ada aku kesah??;p 

Tapi, apapun aku rasa sgt berbaloi beli sbb lepas ni for any vacation yg ada mandi2 aku tak pyh pening pala dah nak filter seluar and baju yg cannot see the trough of panty and bra. Lagipun mcm takde nikmat plak mandi pakai panty kan. Bra tu sah-sah la kena pakai! hihi. Swimming wear yg aku beli ni jenis 2 piece-baju labuh paras paha and seluar. Jenis muslimah punya. Ada certain panggil Burqini if i'm not wrong. Then, kalau sblm ni mandi paling2 pun pakai anak tudung kalau jahat sgt kdg2 togel jugak kepala .haha. But now sudah ada cap attached dkt baju! Kalau nak mati cepat silakan pakai bikini ye.haha. Ada jugak jenis coverall yg 1 piece tapi aku geli plak tgk diri sendiri depan cermin dgn baju mandi mcm tu. HAHA. Size M ye (dah lama aku tak beli baju size M haha;D) Kain plak jenis high grade lycra kalau tak silap. Aku bukan tau sgt requirement apa kena tahu masa beli swimming wear ni pasal dah nama pun tak terniat nak beli.haha.Janji aku beli murah dgn harga RM150 debit card. Ye ke murah???? No idea at all ;p



Raya Tahun Ini Tak Dapat Balik Johor..=(

wah, lagi seminggu nak raya!! cpt jek masa berlalu..
tahun ni insyaALLAH raya pertama sebagai isteri dan menantu =)
dan tahun ini juga, raya pertama tak dapat balik johor sbb kena beraya di rumah FIL dulu!hehe.
perasaan?maybe setengah org mengeluh sbb kena raya kat rumah mentua, tapi tidak saya!hehe.
Rasa excited lagi ada sbb ini first time raya dgn family in law dan yg paling syok dpt belajar dgn mak sambal goreng, sambal santan (en suami suruh!) dan juga menjahit langsir!haha. ye, a bit sayu kot nnti raya sbb sikit-sikit mesti teringat ngan family sendiri dirumahkan. tapi xde hal la, insyaALLAH ptg raya or  pagi raya ke-2 sudah pulang ke Johor!=)

walaupun tahun ni raya agak excited, tapi persiapan kami sederhana jek.
Bonus en suami pun sudah separuh dibelanjakan.ngehngeh.
Nasib separuh bulan, kalau satu bulan mmg joli katak la kami.=p
Kalau ada org 'ketiga' maybe syok sikitkan nak shopping.hehe.

Baju raya: 
Siap 2 pasang baju yg i tempah. Ini first time tempah dgn tailor kat Kulim ni. Jahitan kemas dan cantik juga. Kain pasang tu pun satu kwn bg hadiah kawen, then satu lg dari kain yg i jual online.sudah save disitu. Suami plak, recycle jek baju nikah. haha. nak tempah baru dia tak mau. sbb dia bilang rimas kot nak pakai baju melayu time raya. nak makan pun kena hati-hati takut baju kotor, kena singsing lengan lagi. Sebelum kawen pun, raya cuma pakai baju melayu berkain pelekat. Adoiii suami!
Total damage: RM65


Tudung raya: 
Both utk dua pasang baju sudah dibeli dan mmg match! Cuma yg satu tu mcm mak datin sgt lah !malu plak nak pakai kat rumah mentua nnti..hehe.
Total damage: RM 60


Handbag & Kasut: 
Cerita psl handbag ni, sebelum nak puasa lagi i asik merintih kt husband, psl handbag hantaran yg dia bg tu i dah lenjan dari ke rumah org kawen, ke hypermarket, sampai ke pasar malam pun!senang kata, kemana-mana i pergi, beg tulah yg i usung. sayang dgn handbag tu sbb hb tu ada sentimental value dan kalau boleh nak simpan baik-baik smpi bila2 pun. kadang2 je boleh guna. *hint* la konon nak mintak suami belikan baru!! dan baru-baru ni dpt bonus, tiba2 en suami menanya, "syg nak beli apa?"
hehe, laju jek mulut ni kata "handbag!" haha. dan2 terus allocate duit bonus dia.suka makkk ok.
dan akhirnya dapat la satu hdbag baru itupun beli yg mmg ada sale2 jek -50% discount.jimat!
Kasut? Non ada.haha. i bukan jenis yg suka melaram dgn kasut sbb i loyal dgn satu kasut/sandal jek utk satu ms.pakai sampai jahanam baru beli baru. Sbb kaki i ni bukan jenis yg senang suit dgn mn2 jenama shoes. So,redha la pakai Crocodile jek.hehe itu yg paling selesa dgn kaki dan paling tahan..=)


Langsir Raya: 
langsir ni mmg da berhajat kalau ada duit lebih nak ganti yg baru sbb yg ada skrg ni pun ehsan dari MIL yg bagi ms baru-baru kawen dulu. Xkan x berganti kot.hehe. Itupun dah berhabis almost RM300 utk sliding door-day curtain, nite curtain dan curning, dan untuk 3 langsir pintu bilik. X termasuk tingkap lagi!
Ini first time beli langsir utk rumah sendiri, sblm ni teman mak dan kakak2 jek beli langsir sampai hairan kenapa smpi beribu habis utk langsir. Bila dah sendiri tahu membeli, terkedu jekla tgk bil tu.haha.
takpela sedapkan hati  langsir ni utk 4 tahun sekali.haha.Mulanya berhajat nak mintak mak tolong jahitkan, tapi mak kesibukan +  i pun xtau ukuran sebenar sliding door dan pintu so, kami usung la kain langsir tu ke Kulim. Mulanya nak tempah kt kedai, tapi MIL suruh bawa balik raya nnti dia boleh tolong ajarkan jahit guna mesin jahit dia. Ala, jahit lurus jekan..hehe.=) Jimat dah tak payah tempah-tempah.


Kuih raya & etc: 
Kuih raya tahun ni, i dpt buat 3 jenis-sarang semut, almond london dan juga cornflakes madu. Alhamdulillah, dpt buat lebih untuk mak dan MIL juga.=) Jimat sgt kalau buat sendiri sbb satu kali adunan boleh dpt 3 bekas kuih. so, cukup2 untuk rumah, mak dan MIL. Kos barang bakery pun xde la mahal sgt untuk 3 jenis kuih, dlm RM100 je. Kos letrik jek la kot melambung.haha..
Tapi, puas hati dan seronok dpt gentel kuih sendiri.haha. Rasalah muda-muda ni buat kuih sendiri, mana tau tahun depan boleh buat bisnes kuih raya plak.haha.
Selain kuih, i da beli juga jeruk Pulau Pinang, kekacang dan kerepek sikit utk kudap-kudap.



Rumah: 
Rumah kami comel jek, so kami tak berhajat pun nak beli perabot. Sbb mata ni x luas memandang kalau byk sgt perabot. So, sesiapa yg dtg rumah kami, mmg duduk bawah bersimpuh saja ya!hehe.
Yang ada pun cuma kabinet TV dan almari kasut.
Hiasan rumah pun, lepas raya baru nak settlekan. Suami sudah framekan gambar backdrop kawen kami!Besar dan cantikk!!hihi=p
Oh ye, kami berhajat nak cat sikit dinding rumah. Tapi xpasti lagi mcm mn.tgkla dulu..nak beriya2 mengecat pun rumah sewa kalau rumah sendiri syokkk juga.haha.beli cat kapur yg murah2 sudah asalkan dinding rumah i berwarna! boleh?=p hahaha


so, itu aje la cerita persiapan raya pertama kami suami isteri.
Tahun depan maybe lain plak ceritanya. Kot dah bertiga? AMEEEN.. 
cpt ameen kan!haha=)

till then!=)

p/s: tema raya kami ni adalah biru!hihi.

100% PURE COTTON JAPANESE FOR GRAB!


Holla!

maybe tak ramai yang tau sy ada perniagaan online menjual kain pasang.
sengaja taknak war-warkan sbb pada mulanya blog ni just focus utk wedding preparation.hihi.
tapi, da lepas kawen, blog pun nmpknya da jadi mcm carca marba.
ngehngeh.

ada sapa-sapa yang takde baju raya lagi x?
kot nak buat hadiah hantaran pun boleh..;)
hihi.
sempena entry pengenalan ini,
dengan baik hatinya, sy nak buat promotion khas utk group BBF dan juga followers blog sy.=)
Our latest fabric adalah kain JAPANESE COTTON 100% PURE!

MATERIAL:
Kualiti Grade A (bermutu tinggi),
lembut dan sangat sejuk,
selesa dan sedap dipakai,
panjang 4m bidang 45

HARGA:
RM 70 (Semenanjung Malaysia)
RM 75 (Sabah/Sarawak)
* HARGA TERMASUK POSTAGE*






CODE: PC01
3PCS AVAILABLE


CODE: PC02
1PCS AVAILABLE


CODE: PC01
1PCS AVAILABLE

CODE: PC01
2PCS AVAILABLE


CODE: PC01
1PCS AVAILABLE

Selain daripada cotton japanese, sy juga ada menjual cotton viscose, Italian Crepe Silk dll.
Sekarang ni tgh berlangsung promotion untuk raya, 3 pasang kain only RM100
utk makluman lanjut, boleh add kedai sy di

FACEBOOK

Kalau xjumpa, type Asal Benang Jadi Kain dan search!=)

oh ye, e-mail saja sy atau pm di FB untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ya!
insyaALLAH, diskaun diberikan utk BFF dan followers sy.

till then..;)

Birthday & Estee Lauder Sale.Senyum sampai pagi ni..=)

nak announce ni, semalam birthday i!
cepat wish!haha.

as usual, nothing special on my birthday.
So, semalam kami cuma makan2, tengok wayang dan shopping for barang hantaran!
Kaka belanja makan SUSHI KING!(again!) dan bagi sekeping card yg terbahak2 i gelak dalam kereta ok.
eh, SUSHI KING promo eat 5 plates any sushi, free 1 plate lagi.tapi, boleh redeem on next treat.Redemption till 7 January i thought. ntah apa-apa.saja nak suruh i datang lagikan.

haa, korg baca lah sendiri birthday card i!haha.

Page 1


Page 2
Klik to enlarge


Zoom sikit
Last page


Hei, hei ingat i tak pandai baca jawi? ok, admit merangkak sikit pasal tulisan kaka mcm dokter yang x abis belajar.haha.Paling gelak last page, last word, suppose i pronounce fiancee, but i tersebut pen**s. *malu dollll!!*
haha. sapa suruh gatal nak tulis jawi kan!haha.

so, lepas kami lunch, terus ke Megamamall Penang pasal nak serbu ini!!!

Hadoiii, estee lauder ni mmg saja nak perabih duit i tau.
Tau-tau jek i mmg nak grab perfume Estee Lauder Pleasure Bloom dia tu.aishhh~~
So, smlm i menyinggah la ke Estee Lauder.
Yup, their having promo, for any Estee Lauder purchased RM200 above, u can buy Golden Purse Coach and make up set as u see above for rm180 only!!!*boleh pengsan*
ok, juling kejap mata tengok itu Coach!
tapi bila fikir balik, that purse bagi i susah nak handle sbb bentuknya tak macam wristlet yang ada tali utk dipegang. Kalau nak guna coach ni u kena pegang ala-ala mak datin gitu..
Tapi, i tak cm mak datin pun.haha.

I ask that SA, boleh tak i takmo itu coach.i nak makeup set jek.
Then dia bagi i choice, kalau taknak amik this promotion, amik satu lagi makeup set Estee Lauder Blockbuster yang berharga RM220.
Then, dia amik satu kotak besar. Bila bukak itu kotak..
aaaaaaaaaaaaaaaaaa!! i jerit sbb suka sangattttttttttttttttt!!!
Worth ok pasal ada 16-20 choice eyeshadow palette, 4 blusher, 4 lipstick, 2 lipgloss, 3 eyeliner, 1 make removal, brushes, mirror, 1 make up box, and small makeup bag.
FREE lagi mascara pasal birthday i kan!muahaha!
Tambah plak lagi dapat free voucher RM40.*meroyan kejap* lupa terus Coach.muahaha.

But, for u girls yg nak grab Estee Lauder & Coach promotion tu, cepat2 serbu ok, sbb semalam i pergi pun dah tinggal 1 set jek. Bag tu pun yg warna kelabu.no choice.so, cepat2 pergi.
sangat2 berbaloi!!=)

sampai ke malam pun 1 senyum jek pasal dapat perfume and make up set.
walhal dah tanam dalam hati nak perfume saja. Itulah namanya kalau da ada rezeki jangan di tolak.kan kaka kan?kan?kan?
hehe.


da lama tak tepek gambar sendiri!
hye! i'm meeya..=)




SALE!SALE!SALE!

Tgk title entry aku jek sume org nak klik.
haha. tau daa.. (^-^) korang pantang tgk sale.sale.sale ni.

smpi-smpi jek kat skul, bukak laptop, connect internet, bukak email, scroll down unread email..jeng.jeng.jeng..

OK.Klik ni dulu!haha.

Sales (19 Promotions) - Sale Alert from BigSale Malaysia

yer..byknye sale.smpi juling mata .
ngehngehngeh.

Sale 1: Discount RM50 for Wedding Card & Vbox Paper Bag at Kad Kahwin Pino
Location : Kad Kahwin Pino, Shah Alam
Tarikh promotion: 21 June 2010 - 31 July 2010
Maklumat lanju t..klik sini


owh, sapa-sapa yg nak custom made vbox paper utk doorgift dan juga kad kahwin,
i suggest u all jenguk la di Pino.Sangat lovely tau design-design dorg.
Sukeeeeeee...harga reasonable jugak!=)

Sale 2: IKEA Sale

Tarikh promotion: 8july-1 august 2010

Haha.benda paling best nak bg tau korang..bende alah ni ha..

Lottorp Sheepskin

Only RM76!
Normal price: RM169

b2b yg suka bulu-bulu, haha cepat rembat di Ikea, while stocks last oke!
Ada sapa nak pergi aku pesan boleh?heh!

Sale 3: LOREAL, GARNIER & MAYBELLINE WAREHOUSE SALE

berita baik utk b2b sekitar Ipoh

Jom mencantikkan diri anda!!Best-best. (6_^)

Setakat ni jela, benda yg besh nak share ngan korang.
Kira duit tabung kahwin anda sekarang!
heh!

Sharing is caring..xoxo!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...