Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label keep organize. Show all posts
Showing posts with label keep organize. Show all posts

DIY Storage Box For Tudung Bawal

Salam! Akhirnya hari ni aku ke udara, setelah sekian lama tidak bersiaran. Entry ni sepatutnya dah lama publish, tapi duduk dlm draf plak dah lebih 2 minggu.hahaha. Nasib ko la blog dpt tuan ikut mood..hehe. Marilah kita flash back. 2-3minggu yg lepas kan asik ujan je bumi Kulim ni smpi aku laki bini mati kutu xtau nak buat apa kt rumah. Sejak balik dari Hong Kong hari tu, kami xde pergi jalan ke mana-mana dah selain balik kg je. Sudahnya aku mengerjakan bilik tidur kami dgn mengemas seharian dari katil ke almari baju ke meja solek semua aku arrange balik. Tinggal satu part je yg tak berkemas lg iaitu koleksi bantal & toto & comforter set atas almari tu ha. Still stuck x dpt solution smpi hari ni. Korang simpan kt mana eh barang-barang tu sume?  Should i put in the store room? Oh ye, rumah kami xde almari kabinet.harap maklum.hehe.

Takpela, kita tinggalkan cerita tu dulu. Dah dpt solution ni nnti aku habaq kt korang. Entry ni just nak share dgn korang mcm mn aku keep my all tudung bawal collection!hehe. Sejak tudung bawal dah in trend balik, maka byklah koleksi tudung bawal aku especially bawal kosong. Semuanya mmg daily use for work. Tudung instant plak kadang2 je pakai tupun kalau case dah ter"lambat"/"malas". Masalah aku dgn tudung instant ni, dah lepas pakai aku paling malas gila nak hang balik sbb tudung instant selalunya 2-3 kali pki baru aku basuh..Kdg2 smpi menggunung tudung-tudung tu baru aku daki lerai satu-satu.haha. Kalau tudung bawal plak takde mslh sgt sbb lepas pakai aku akan cmpk je dlm bakul baju. But, the problems comes later bila aku dah siap basuh & kering,lagi sekali aku malas plak amik hanger. Jadi utk mengatasi masalah kemalasan yng melanda, aku lipat-lipat je masuk dlm kotak. Selesaiiii. So, hari ni aku nak share dgn korang my diy storage box. Malu sbnrnya nak share sbb idea mcm lapuk sgt dah.haha ada aku kesah. Tapi sblm tu aku nk bgtau aku ni kan ada hobi suka kumpul kotak/paper bag/plastic bag/bottle. Mmg sama perangai mcm mak aku.kalau belah laki aku, sama perangai mcm abah.hahaha. maka mmg anak mak + abah mertua la aku ni kan.kiki. Laki aku mmg hot sungguh tgk benda2 ni dlm store room. Aku suka sbb aku tau benda2 ni one day akan bagi faedah kat aku. Tapi "BILA???" hahaha. tu yg lagi laki aku hot. Sampai bertahun2 keep pun xjadi apa.hahaha. Tapi kali ni aku dah buktikan yessss!=)

Gali-gali nasib jumpa kotak Corn Flakes (500g) yg besar ni!=). Aku potong satu side dan kemaskan.
Aku balut dgn wrapping paper yg murah je lebihan dulu-dulu.
See!! Dah siap! Balut base dgn wrapping paper colour lain plak. Saja nk bg contrast.hehe Yg partition tu aku x lekat pun mmg saja nk bg movable.
Dua kotak 4 segi tu dah lama aku wrapp. Aku keep brg2 stok mcm cotton buds, pads, facial cotton, n etc.

Tudung x penuh sbb ada yg masih tgh basuh.hehe.
Kira okla kan??hehe

Sekian, wassalam..

Ruang Kerja Di Dapur

 
Kali ni aku nak share ruang kerja di dapur pula. Kebetulan 2 minggu lepas baru je kami laki bini gotong royong mengubahsuai kedudukan semua almari dan kabinet didapur ni. Bunyi mcm gah sangat "mengubahsuai" padahal tukar kedudukan yang kiri ke kanan, dan yang kanan ke kiri je.hehe..
Tapi aku suka sangat dgn kedudukan yg sekarang ni!!! More praktikal especially meja kerja aku sekarang ni (yg bertile seperti dlm gmbr dibawah) dulu kami letak dapur gas, so bila nak menumbuk batu lesung kena menapak ke almari dapur yg ada tile atasnya atau pun angkut ke lantai..;p Tapi, tidak lg sekarang!! Ku tumbuk tumbuk tumbuk atas meja kerja dan terus ku campak ke dalam kuali sebelah je tu ha..hehe. Kan senanggg keje mak jemah.hehe.

Kami mengamalkan konsep yang mana penting sahaja mesti ada di atas meja kerja. Yang pasti mesti kena ada bekas pisau, olive oil, oil pot & kitchen towel. Tu pun mata aku agak sakit tgk sbb ruang kerja utk memotong & menumbuk dah tinggal satu kaki lebih sikit je. Rasanya soon kena arrange balik ni.haha. Ok xpe, kita hold dulu.

On top
Dapur kerja kenangan dari rumah sewa bujang dulu..;) Pintu pun tinggal satu je.haha.
Di tepi meja kerja ni, hubby yg cadangkan drill wood shelf yg sekian lama dah beli di IKEA utk letak garam, gula dan segala mak nenek yg penting utk memasak. Brilliant idea hubby!haha. Pastu kachingggg idea aku pulak dtg utk hang 2 pot tu dkt shelf utk letak peralatan memasak..=) Ternyata, mmg praktikal! Realitinya bila berdua berganding bahu dan berkongsi idea, sesuatu yg wowwww akan terhasil! [over sgt!;p]


Satu benda yg best yg aku nak share ialah mengenai oil pot. Ni gajet yg terkini yg aku beli. Pada pendapat aku oil pot ni sangatlah besttt sbb ada penapis, kedua sbb ia ringan dan bukan mcm tin pot biasa/porcelain pot. Ia diperbuat daripada enamel which is tin disalut porcelain. Yang ketiga boleh simpan minyak sehingga 1.1L. Sangat sesuai utk menyimpan minyak yg banyak lagi2 lepas goreng ikan, ayam or cucur. Tahan panas dan yang penting kaler hijauuuuuuu..hahaha;p Aku dah simpan niat nak rembat satu lg bg sepasang. So,satu utk minyak goreng ikan/ayam dan satu lg goreng pisang/cucur. hehe.


Imported from Indonesia..=)







Di bawah meja kerja ni aku letak segala mak jenis bawang. Senang keje aku nak capai dan kopek. Then, bawah sekali aku letak batu & anak lesung dan stok minyak. Kami baru je bertukar dari minyak sawit ke minyak bunga matahari..for healthy life..;) hehe. Moga istiqamah menggunakan minyak yg baru ni!hahaha. Mahallll kottttttttttt..;P Dan dibawah meja yg ada pintu tu aku letak tong gas. Suka meja yg mcm ni sbb boleh sembunyi tong gas kt dlm. Tak sakit mata aku nk menengok..hehe. Utk masa sekarang mmg takde niat nak gantikan meja kerja ni dgn yg baru sbb rasanya belum ada keperluan lg..apapun, TERUSKAN BERKHIDMAT yer meja ku sayang..hehe;)


   


Dan skrg aku dah mula rasa eksaited setiap kali nak masak. Serasa mcm kerja memasak jadi mudah sap sap soiiii hoiiii! haha.

Ruang Sinki

Tidak aku nafikan dapur ni mcm jantung sesebuah rumah. Kalau cuti hujung minggu, masa aku byk dihabiskan di ruang dapur dan home office. Kalau tak memasak pun, mesti ada je benda nak dibelek.haha.Tapi, banyak-banyak kawasan di dapur, one of my favourite place is SINKI! hahaha. Bunyi macam agak sewel sikit. Tapi tak tahulah kenapa, bila standing there rasa ok this is really my duty as housewife. hahaha. Dengan semangatnya aku lukis gambar dapur rumah sewa aku ni utk rujukan korang..haha. Dapur aku agak luas tapi shape memanjang menyebabkan aku xdpt nak letak meja makan didapur. Yang ada hanyalah meja jepun utk letak lauk-lauk yang sudah siap dimasak. Kerusi?non hado..kita bersila saja yer. Kadang2 kami makan bentang kain kat ruang tamu, depan tv. ;) Sempoiiii..Dah nama pun rumah sewa, so xde lah dapur nak berKC bagai.. Kebanyakan barang-barang kat dapur ni mak mentua yang bagi dan ada asal dari rumah sewa masa bujang dulu. Terima kasih byk kat kawan-kawan yang sudi sedekah kat aku!!=)  Susunan rak dan almari pulak semua aku rapatkan ke dinding sbb ruang yg agak sempit utk ber island..hahaha.ke main aku ni nak berisland2 sangat..;p
 
Dapur aku ni mmg boleh nampak direct dari pintu hadapan dan ruang tamu especially kawasan sinki ni. Jadi di ruang sinki ni mmg aku minima kan barang-barang yg perlu sahaja. Kalau tgk gmbr kat bawah ni, sinki aku menghadap ke tingkap dapur. Bidai tu aku pasang masa mula-mula masuk rumah. Mmg sengaja taknak pasang langsir sbb dulu rumah mak aku pernah terjadi langsir terbakar..haha.Trauma kottt! So, ini jelah sumber cahaya aku di dapur. Kdg2 kalau hari hujan atau mendung sikit..kalau nak bergusti di dapur mmg kena bukak 1 atau kedua2 lampu. Satu perkara yang aku tak gemar ialah pasal tingkap ni bercermin nako. Bagi aku mmg sgt susahh nak cuci dgn tangan aku kdg2 tersempit kat celah grill..hazabb ok. Dan hasilnya kepuasan mencuci tingkap tidak dpt dicapai.haha. Tak pasal-pasal aku kena cuci dari luar rumah.. Main point is, esok rumah sendiri nak pasang siap-siap tingkap dua daun tu. ok, noted!=)

Bawah sinki mmg aku tak letak langsir dan tak letak apa-apa pun kecuali tong sampah dan alas kaki. Senangkan keje aku nak mengemop.hehe. Tepi dinding sinki, aku sangkut basket buh plastik. Senang utk dicapai especially bila nak kumpul bhn buangan. Basket IKEA mari.hehe. Atas sinki, aku cuma letak bekas sabun dan TupperClean  utk cuci veg and fruits (2 benda yang selalu diguna),  dan tempat letak pinggan without the tray. Aku remove tray tu sbb aku x suka tgk air bertakung bawah nya. Senangkan keje aku juga tak payah cuci selalu.hehe. Ok, soon rumah sendiri nak pasang double sink siap-siap. ok, noted again!=)



Then, sabun pencuci, hand wash dan dawai tu aku letak dkt sink rack dan hang je dkt grill. Actually, sink rack tu kena letak dkt sink tapi sink aku kan kecik je zaman purba punya, so size x fit. Sink rack ni korang boleh dptkan di Cosway! ;) Kat Cosway mcm2 benda ajaib korang boleh jumpa.haha.



Satu lg yg aku suka ialah TupperClean utk cuci veg dan fruits. Laki aku kata mengada-ngada je nk bersabun bagai.Padahal cuci dgn air garam je dah tentu bersih juga..haha. Tapi serious mmg korang akan rasa lebih yakin bila cuci dgn TupperClean ni sbb tau2 jela kan skrg ni veg and fruits kita beli tu bukan semua organik. Banyak racun2 tersembunyi lagi2 kalau basuh sayur yg berdaun. Lagipun TupperClean ni korang guna sikit je setiap kali nak guna dan tahan untuk 2-3 bulan..;)

Satu perkara yg aku selalu amalkan, sebelum nak memasak atau bekerja didapur aku akan pastikan pinggan mangkuk atas sinki ni semua dah berbasuh dan yg dah kering tu aku pindahkan ke rak pinggan. Kalau boleh xnak ada apa-apa pun atas sinki tu. Biar mata aku ni lapang je tgk. Tapi yg paling geramnya bila laki aku xmau langsung ikut rules aku.haha. Jenuh la mulut ni potpet potpet ok, sudahnya aku biarkan dia sorang2 bersilat kat dapur. Bunyik mcm kejam kan?haha. Tapi lepas dia abis masak, aku tolong la dia cuci dapur pulak..hehehe.

ok, done utk ruang sinki..=) 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...