Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Day 2: Sarapan Pagi di Kopi O Corner

Disebabkan hotel tidak menyediakan sarapan pagi, maka kami mulakan pengembaraan hari kedua di Kuching dgn program jalan-jalan cari makan. hehe. Pukul 8.30 pagi kami minta abang sewa kereta hantar kereta depan hotel. Kami sewa kereta viva manual je dgn En Hanif hasil pencarian dari google. Per day only RM95, minyak sendiri dan self drive.  Kalau nak dapatkan sewa kereta yang lagi murah, jangan book last-last minute mcm kami yeeee..

Start je enjin kereta, on gps kami mulakan pencarian ke Kopi O Corner (KOC). Ni alamatnya: 
No 149 B, Ground Floor, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400, Kuching, Sarawak. 
Hint nk sampai ke sini, tuju ke Jalan Satok, di bawah fly over. Kalau terlepas pandang dkt fly over tu mmg x jumpa la..hehe. Dari hotel kami, kedainya sebelah kiri dan bersebelahan juga dgn RJ Ayam Penyet. 

Masa kami sampai keadaan dlm kedai mmg bizi dan orang mmg ramai. Tak taulah celah dari mana datang tapi jgn risau meja dan kerusi byk je, interior kedai pun cantik, bersih dan yg paling penting service tip top dan cepat. Menu mmg banyakk sampai rambang mata aku nk pilih. Tanya waiter makan apa yang special kat sini, dijawabnya semua speciallll..haha. Jawapan selamat tak agak-agak.  Last-last kami order nasi lemak, mee kolok special utk aku, try rojak tambi dan teh ais 3 layer.





Menu popular in Sarawak!! Sedapp
Laki aku kata sedap juga
Pun sedapppppp
Sedappp sangat!haha





Kesimpulannya, semua sedap!!haha. Ingat nak try menu lain, tapi perut masing2 dah mcm ulaq kekenyangan so kita tangguh dulu menu yang lain tu. kiki.

Total Damage: later i update.

1 comments:

ctmz said...

sedap nye mi kolok! welcome to sarawak meeya! hihi =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...