Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Day 1: Kampung Budaya Sarawak

Perjalanan dari hotel ke Kampung Budaya Sarawak atau SCV lebih kurang 45minit ke 1 jam bergantung kepada driver dan keadaan van. Kami amik shuttle pukul 10.15am dan sampai di SCV dlm pukul 11 lebih. SCV ni terletak berhampiran Damai Beach Resort dan membelakangkan Gunung Santubong. Tiket masuk SCV berharga RM60/person for adult dan korang akan diberikan pasport dan round sticker utk tampal kat baju. Sticker tu ada nombor yg menunjukkan korang adalah org yg keberapa masuk di SCV.  Oh ye, SCV ni open daily takde cuti-cuti ok. Open from 9am to 5pm. Klik here to get the details.

Grand entrance!
Beli tiket dulu bangg..
Selesai beli tiket, kami terus ke theatre room sbb nak tgk culture show. Show ni ada 2 sesi setiap hari iaitu 11.30 pg dan 4.30 ptg. Memang enjoy gila tgk show diorg. Semua penari kebudayaan dan musicians kat sini mmg talented & terlatih. Yang paling ngeri bila org Iban ke org Ulu main acah-acah nak menyumpit ke arah audience. Gila scary..hahaha.;D Last sekali, diorg pun ajak kami ramai2 naik atas stage menari sama. Aku xnaik la ya hampunnn..;p Boleh pengsan laki den tgk aku berjoget karang.hahaha;D

Ginilah gamaknya masa show berlangsung selama 45 minit
Lepas happy-happy tgk show xperasan dah tgh hari. Untuk santapan makanan tgh hari, kami mkn di Restoran Budaya bersebelahan je dgn theatre room ni. Most of the dishes is local food..so, ada yg x pernah aku mkn pun dan x tau nama apa. Tapi sbb dah lapaq habak hang pejam mata ja  masuk dlm mulut. Tapi kira oklah aku boleh telan. hehe.

Lunch meal in Restoran Budaya, SCV
Ok, dah kenyang perut suka hati kami pun memulakan tour. Utk pengetahun korang, kat SCV ni ada 7 buah jenis rumah mengikut kaum yg mn semuanya adalah kaum majoriti di Sarawak. Disebabkan terlalu byk gmbr dan takut ada yg jemu plak tgk gmbr aku sorang2, so aku combine je la dlm collapse. Jgn ada yg muntah hijau yee ;p kikiki.

First house yg kami singgah adalah Bidayuh longhouse. Nak senang kenal korang tgk je binaan rumah bidayuh ni mesti di perbuat dari buluh.  Bidayuh terkenal dgn barok which is barok ni boleh kata mcm anjung tinjau la utk lihat musuh datang. Asalnya barok ni mmg tinggi tapi kat SCV ni xdelah tinggi sangat sbb tau kan pengunjung yg dtg bukan fit sangat nk panjat tinggi-tinggi oiii.hehe.
 
cth binaan barok house
Kemain laki aku berseruling secara berjemaah kannn..;p

Bidayuh long house
 Kemudian, masuk rumah panjang Iban plak. Iban ni rumah diorg diperbuat daripada kayu berlian yang boleh tahan sehingga beratus tahun. Kayu berlian ni hanya boleh dijumpai di bumi Borneo saja ye.Harap maklum.


Penan hut special sikit sbb rumah dia mcm ala-ala pondok je gitu. Syok gila aku rasa mcm duduk dlm kebun durian bapak aku dgn angin sepoi-sepoi dan cuaca yang redup. Tu kalau dpt nap sat pun aku dah puas tidoq.hehe. Kat sini korg boleh la try menyumpit. 3 kali cuba RM1 je. Aku selamba tanya adik yg jaga hut ni, dia org Penan ke sbbnya aku tgk rambut dia xmcm Abu Bakar Ellah pun.;D Rupanya dia org Melayu kita jgk tolong jaga hut sat. Sian dia maybe terasa dimalukan..sorry adikkkkkk! kekekeke;p

Pastu kami teruskan perjalanan ke rumah Org Ulu! Ya ampun adventure gila nak naik rumah org Ulu ni dgn tangga tetak kayu ja. mmg seriau ok! Dahla tinggi tgk tiang pun dah boleh tau. Org Ulu ni pandai buat kraftangan daripada manik..kakak Ulu tu bgtau kami kalau ada anak dara, wajib kena belajar. Kalau xde skill, nnti xde org nak meminang. Kalau yg lelaki pulak, wajib pandai buat keris dan senjata. Hebat! hehe. Rumah org Ulu ni cantik dan kalau korg terasa nk stay dan bermalam disini pun xde hal. Tapi kena bayar la ye. Free non ada..haha.
 
Org Ulu Longhouse


Perjalanan diteruskan lagi ke Melanau Tall House. Haaaa yg ni kami dah surrender nak panjat. Tgk dari jauh pun dah tau mak aiii tinggi dan besar nya!hahaha..Kami just lepak-lepas je bawah rumah diorg. Rumah ni kalau nk tau boleh memuatkan beratus keluarga. Haaa cuba bygkan satu dewan besar pastu ada rmi org duduk dlm tu. Mesti meriah mcm hari-hari, hari raya. Aku boleh kata, kehidupan diorg mmg sangat unik! ;)



Dan yang terakhir sekali, kami singgah di rumah Melayu Sarawak dan Chinese Farm House. Yang ni bg aku biasa-biasa je, sbb kita org Semenanjung dah selalu tgk dan biasa dgn rumah melayu lama. Teringat plak aku kt rumah arwah nenek aku yg terbakar dulu. Macam ni lah lbh kurang bntuknya.
Rumah Melayu
Chinese Farm House
Ok, habis dah episod tour di SCV. Sedar xsedar hampir 2 jam jugak kami pusing-pusing dlm tu. Tu pun dah mengah gila ahkakkk nak berjalan..laki aku pun dah pancit. haha. Actually byk je aktiviti yg korang boleh buat dlm rumah tu sbb setiap rumah ada geng kaum masing-masing yg akan entertain tetamu yg dtg. Korg boleh cuba pakaian tradisional, belajar kraftangan, belajar masakan tradisi diorg mcm-mcm lagi. Kalau korang terlebih mesra dan nak lepak-lepak lama pun no hallll la!hehe. Diorg ni sume sporting dan baik-baik je. Satu suggestion aku kalau nk melawat rumah-rumah di SCV dan bergambar sakan dgn etnik kaum Sarawak ni dtglah awal pg dan sekitar lepas pukul 2. Sbb masa kami mai mlewat kan tgh hari buta so most of them pergi rehat kot dan kalau nk tau penari-penari yg menari kt show tu juga adalah antara org yg jaga rumah-rumah tu.

Sementara tunggu shuttle dtg pukul 3.15pm, aku smpt la berjalan sat kat datarn Damai Sentral yg berhadapan je dgn entrance SCV ni. Kat sini korang boleh la menikmati pemandangan Pantai Santubong kalau x silap aku. Tapi aku xlarat dah nak berjalan dua kaki. Kalau boleh merangkak aku merangkak dah.kikiki.

Damai Central
Yang ni kot Gunung Santubong. hehe..
Org kata, kalau dtg Kuching tapi x pergi SCV ni mmg xsahkan!! Yeeeee..mmg agree sgt la tu sbb kat sini lah korang boleh kenal dgn lebih dekat suku kaum di Sarawak dan budaya yg mereka amalkan. So, please make sure masukkan SCV dlm korang punya itinenary ke Kuching ok!!! Fuhhhh..lega akhirnya tamat jugak post ni mcm nak terberanak dah aku rasa..HAHA;P

;)


1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...