Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Duit Tabung I

Tipu kalau i kata semakin nak dekat kahwin, semakin banyak duit simpanan i!
Oh tidak mungkin itu berlaku dengan keadaan i yang sedang ceria menganggur sekarang ini.
Kenyataannya, i nak lagi cepat kawen biar duit tabung berhenti disitu dan tidak akan berkurang malah bertambah dengan duit nafkah dari suami pula.
owhh, itu i suka.hehe.=p

bukan pasal jumlah duit tabung yg nak i share,
cuma nak cerita sedikit pengalaman i menabung dan berbelanja ke arah yang satu ini-KAHWIN!
Terus terang, i tak pernah bekerja. Lepas habis degree, i buat MsC. Alhamdulillah, i dapat elaun biasiswa setiap bulan utk selama 2 tahun. Ini bermakna 2 tahun juga i keep saving my money utk kahwin walaupun masa tu perasaan utk kahwin masih samar-samar lagi. Tapi i suka bila tgk duit i makin bertambah dan tambah dan banyak. Betul pepatah kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. haha. Mesti korg ingat duit i membukit sgt kan!haha.
Tapi i puas bila dapat belanja my mom, my k.long and adik ke langkawi. Frust sikit sbb tak dpt bawa abah masa tu. insyaALLAH, ada rezeki tahun ni i bawa semua!;)
I gunakan juga duit tu untuk pasang 2 biji aircond dirumah.
Tapi i tak pernah rasa susah utk itu. Malah i rasa sgt2 terharu sebab i mampu ntuk berikan sedikit kegembiraan utk keluarga. Betul pepatah kata, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. =)
Dan paling seronok, kini i dapat gunakan balance duit tu utk kahwin.
Tak banyak tapi i cume boleh kata ia CUKUP.InsyaALLAH.
Bila perancangan utk kahwin bermula, masa tu i da start gundah gelana dengan elaun biasiswa yang da expired, my SV just bayar berapa ratus saja utk 3 bulan lepas expired tu. Syukurlah cukup utk makan, sewa rumah dan sebagainya. No more saving dari duit elaun. Masa tulah, i dan tunang gila-gila start balik bisnes online. Alhamdulillah, tuhan pemberi rezeki. Then, now i balik kg dan duduk dirumah sampai wedding. Kos hidup sepenuhnya dari tabung kawen! Ramai yang tertanya, kenapa i tak cari kerja or bekerja sambilan?Jawapannya mudah, I percaya pada rezeki selepas kawen dan i taknak parents rasa susah payah untuk wedding i.
Sebab itu i memilih untuk menganggur sementara.
Bila duduk di rumah, masa mmg banyak dihabiskan untuk preparation.
Semua i nak buat sendiri kecuali crepe paper flower yang mak i gubah ye.Itu kes terpencil.haha.
Kadang-kadang mak i nak tolong pun i tak kasi dia buat.
Sampai dia naik nyampah nak tolong kot sbb i ni kdg2 cerewet sikit, senget sikit reject.
haha.tapi i tau mak i senyap-senyap tolong siapkan reben sebab i bgn lambat dipagi hari.
haaaaa..samapi mcm tu sekali tau x kerenah kami dirumah.

Itu belum cerita kalau kami pergi shopping.
Kadang-kadang tak sampai hati tengok mak yang terkial2 kt kaunter kena bayar utk brg2 kegunaan kahwin i walaupun itu mmg bahagian dia. Bahagian dia adalah kelengkapan rumah seperti langsir dan kain-kain, makan-makan dan jika ada perjanjian 2 hala antara kami.
Contoh, hari ni i byr utk A, esok dia byr utk B. Amount kena sama.haha.
Then, utk kelengkapan lain mmg i yang byr walaupun kdg2 rasa mcm sesak jgk nak kuarkan duit tu. Nak mintak mak duit, mmg tak kan terkeluarlah dari mulut ni kan. Malu ok, i yang nak kawen takkan i nak mintak duit kat dorg pulak kan. Umur pun da suku abad, mcm tak best plak nak tadah tangan nikan. Kadang2 i merungut jgk dlm hati, tapi cepat-cepat sedarkan diri dan rasa ikhlaskan dlm hati untuk semua ini.
Nyata, ia berbaloi!!

ALLAH tu Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.
Bila kita ikhlas dan bermatlamat untuk melaksanakan ibadah dan sunnah Rasul-Nya itu, Dia bukakan jalan.
Kadang-kadang, rezeki tu datang bukan dengan turunnya wang, tapi datang dengan cara lain.
Kegembiraan dan rasa dipermudahkan walaupun duit dalam tabung da susut sangatkan.haha. Dan kadang-kadang, rezeki tu juga datang bukan untuk i, tapi datang utk tunang, kerjayanya yang semakin baik, serta untuk keluarga. Tempiasnya bukan i jugak yang merasa ke??haha=p

Kesimpulannya, i cuma nak u all sentiasalah percayalah dengan rezeki yang tuhan beri. Dalami setiap dugaan yang ditempuh itu, akan ada hikmah yang tersembunyi.
Keduanya, janganlah sesekali LOKEK kepada ibu bapa dan keluarga. Selagi termampu, senangkanlah mereka. Nikmat keberkatannya akan dirasai kemudian nanti. InsyaALLAH.
Ketiganya, ikhlaskanlah hati untuk membantu mereka sebaik mungkin. Janganlah sesekali merungut dan jangan pula harapkan pembalasan dari mereka.
InsyaALLAH tuhan balas kamu dengan lebih banyak kebaikan.

Motivasi lah pulak!hihi=)




4 comments:

Elya Roza said...

setujuu...rezeki nak kawen ni ade dimana mana :)

wafa azman said...

100% agree ;D

Unknown said...

setuju. yang penting jgn lokek dgn keluarga kan :)

iDa said...

kalau citer bab duit memang xpernah nak cukup tapi betul cakap u kalau kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak...insyallah ALLAH pasti tolong untuk kita capai apa yang kita hajati, lebih2 lagi niat nak tolong parents kan...so xrugi tolong parents sebab mesti diaorang akan doakan kesejahteraan kita...doa dari parents tersangat la berkat.. =D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...