Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Throwback 2015 & Azam 2016

Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! haha biasalah aku ni akan muncul dalam blog bila tiba hujung tahun dan awal tahun je. lain masa aku missing in action.hehe. So, what was happened in 2015? Jujur aku cakap, 2015 ni adalah tahun risiko duit bagi aku. hahaha. Alhamdulillah, dapat buat sedikit pelaburan dunia dengan saham dan beli second house for investment..:). Walaupun rumah subsale tapi disebabkan location yang strategik, so we make money!  Saham pula eventhough ekonomi xberapa nak bagus, but still make a profit. Xpe, we will wait and see kalau dah sampai tahap rugi, kita quit lah!. hehe  Disebabkan itulah, aku langsung x pergi holiday tahun lepas sebab duit macam air paip keluar untuk buat  modal dan juga renovation rumah. So, 2016, plez be nice to me ok!
 
Azam 2016?
 
1. Nak sungguh-sunguh TTC. We are on our way to make a babies! yes, babies ye.haha. Doakan kami ..:)
2. Teruskan pray Duha setiap pagi. Kalau xdapat solat dirumah, di ofis is a must! 2015 ritu berlubang-lubang duha aku!
3. Teruskan sedekah pada setiap hari jumaat dan gandakan lagi.. Ni pun lubang-lubang juga.aduhaii..
4. Nak kurangkan tido, at least 7 jam/day je tido. tido pukul 9/10 bgn awal pkl 4/5 am.
5. Sebelum g kerja pkl 8.30, exercise kat padang permainan at least 20 minit for 2-3x/weeks. xyah nak aim tinggi sgt dulu ok. oh so far, going well as planned
6. Nak buat tabung hijau RM5. kumpul duit rm5 byk2!!! 2015, aku buat weekly challenge, half year aku surrender. total dpt 2015, RM510 je! lepas la beli handbag sebiji.hehe
7. Nak more saving at least RM 300/month. Xnak tambah hutang dengan instalment bukan-bukan dah. Kat ofis ni mcm2 jenis instalment dibenarkan dari Tupperware sampai ke avon sampai ke corelle, pyrex segala mak nenek. Ya ALLAH peliharalah aku dari pembaziran..;p
8. Kumpul emas at least 1 setiap tahun kecik-kecik pun xpe la..sbb aku bkn datin nak pakai hat besaq2.kiki.
9. Nak masak sungguh2 utk suami bila dia balik weekend walaupun aku xlalu la ni apa yg aku masak.
10.Yang ni xleh buat-buat lupa dahhhhhhhhhhhhhh...BERCUTI!!!! approved on april insyaALLAH...

ok lah tu kot.xyah nk byk sgt nnti kelaut semua tu.kiki

Happy New Year semua! Moga-moga aku jadi insan yang lebih bersyukur dan dapat mengenal hikmah setiap kejadian yang Allah beri. Aminnnn..
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...