Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Throwback 2014

As salam,
 
Aduhai, dah namanya pun lazy blogger mmg sampai ke sudah lah blog aku ni bersawang.hehe.
11 entry per year. in average 1 entry/month. not so bad lah kann!! hehe
 
ok, secara rasminya bagi menutup 2014, meh aku nk throwback sikit apa yg telah berlaku sepanjang 2014. disebabkan sel-sel otak kebanyakannya dah terputus hubungan, so aku kena bukak balik planner.haha.
 
Something Big For 2014 This is my first post in 2014. Besar maknanya perubahan yg aku nak lakukan tahun 2014 .Alhamdulillah, aku boleh kata 30% aku dah berjaya buat improvement. Ini lebih bermakna dari aku langsung xbuat apa-apakan. Tak nafikan kadang-kadang aku tergelincir juga tapi aku berharap Allah x tarik perasaan - perasaan takut dalam hati ni dan semoga aku terus beristiqamah sehingga aku benar-benar sempurna disisiNya. InsyaALLAH
 
Sekitar akhir Jan, aku menerima tawaran sbgi penjawat awam. Alhamdulillah..lama aku nak buat keputusan sebab menerima bermakna aku kena tinggal berjauhan dgn suami. Atas dorongan suami, keluarga & kwn2 akhirnya aku lapor diri pada 14.4.2014.
 
Seterusnya akhir Feb, kami ke Kuching, Sarawak honeymoon kali ke-?haha;p
 
Siapa sangka rezeki yg dtg, aku diberi retrenchment offer oleh ex-company. Such a big amount utk aku yg baru bekerja 2 years ++. Masih ingat aku tersenyum lebar apabila menerima surat tu.haha. A big thanks to my ex 3 bosses which is 2 of them pun dah tiada dlm company tu. Masya-Allah banyak sungguh kenangan manis di sana.
 
Life must go on. Seminggu sebelum aku melapor diri, aku dan mil ke Ipoh. Riki-riki tempat aku akan berkhidmat sampai ke pencen katanya. ;p Dlm perjalanan, kami singgah house launching di  Meru. Masa tu aku tergerak hati mintak hubby singgah utk saja tanya ada x rumah setingkat utk dijual. Alhamdulillah, ada!! Kami terus tengok dan mentua pun dah berkenan. haha. Esoknya, kami terus byr deposit dan mula proses pembelian rumah. Walaupun comel kecil je, Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan rumah pertamaku di Ipoh.
 
Setelah lapor diri, bermulalah rutin kehidupan kami suami isteri sbgi weekend husband-wife. Mula-mula rasa agak perit. Sepanjang bersama xpernah berjauhan kan. Cuma kata-kata mil yang aku pegang, '"sesusah mana kehidupan kita, ada org lain lagi susah kehidupannya". Masya-ALLAH. Bersyukur juga dipertemukan kwn-kwn serumah & sekerja yg baik-baik belaka. Apa lagi yg kita mahukan? Allah dah bg pelbagai bentuk kesenangan.
 
7 Sept 2014. Malam pertama duduk dirumah sendiri. Alhamdulillah, gembira x terkata. Rasa lebih tenang dan hidup semakin teratur. Walaupun perancangan asalnya nak duduk lebih awal, tapi perancangan ALLAH ada lah sebaiknya kan?
 
Tahun ini juga, aku dikurniakan 2 orang anak saudara perempuan yg comel lote. Dah lama family aku xde dgr suara budak kecik..haha. Alhamdulillah. Kami? Masih berusaha. InsyaALLAH one fine day..doa-doakan juga utk kami ye?
 
2014 adalah tahun yg baik untuk aku. Cerita sedih?hmm..kalau ada pun, Allah lebih mengetahui dan bersama-sama org yg sabar..:) Moga 2015 juga akan menjadi tahun yg lebih baik utk aku & keluarga.
InsyaALLAH..;)
 
 


Day 2: Jalan- jalan Bandar Kuching (Part 2) & Dinner

Bgn tido, keluar je hotel satu je aim kami iaitu makan!! Lapar ya amat tuhan je yg tau. Kami pusing-pusing satu bandar Kuching utk cari satu restoran bernama Aroma Café. Café ni pun kami tau dari review para blogger. Alhamdulillah, jumpa pun akhirnya kat tgh-tgh pekan tu je. Rupa-rupanya café ni kami dah lalu pd hari pertama sampai di Kuching masa on the way nak ke Kampung Budaya. Itu pun sbb nak amik penumpang yg stay di bajet hotel yg selang beberapa lot kedai dengan kafe ni. Kami order menu Sarawak iaitu Ayam Pansuh! Sangat menyelerakan bagi orang yg tgh kelaparan mcm kami!haha.. Boleh kata masakan ni mcm ala-ala masak pindang, tapi lagi sedap sbb ramuan dalamnya lagi bermacam-macam. Lepas tu, kami order juga sup tauhu dan aku makan nasi goreng seafood. Portion pun agak banyak utk 2 orang. Kalau nak try makan local dishes Sarawak yang lain pun ada disini. Highly recommended..:) Memang tersandar kami laki bini kekenyangan. Total damage dah tak ingat tapi seingat aku mmg xmahal sbb kalau mahal mesti aku dah ingat sampai la ni!! kahkah;p


Aroma Café, halal restaurant
Ayam pansuh, sup tauhu, nasi goreng seafood. Thumbs up!!
Lepas kami mentekedarah, aktiviti seterusnya adalah exercise. kiki. Kami jalan-jalan sekitar Sungai Sarawak yang memisahkan Petrajaya dan bandar Kuching. Petrajaya ni adalah kawasan pentadbiran Kuching dan Kg boyan tempat yang kami pergi beli kek lapis tu juga terletak di kawasan seberang sungai (Petrajaya). Tapi siang tu, kami pergi naik kereta dan menyeberang melalui jambatan. Sebenarnya boleh juga kalau nk menyeberang menggunakan sampan, tambang RM1/sehala.  Sungai tu sekangkang kera je tapi kalau aku yang berenang mmg lemas la. ;p

Tak kan nak tengok je orang turun naik sampan kan? Apalagi!! kami pun mesti naikkkkkkkkk juga.haha. A bit nervous pertama kali naik sampan sebab bila aku duduk dalam tu, air sungai tu dah mcm nk menyimbah2 muka aku je. Pastu mula terbayang ada pak boya ternganga-nganga.hahaha. Aku mmg suka berimaginasi benda-benda yg mencemaskan walapun muka tetap ada senyum. Orang kata, mulut jgn cabul..hehe.

Sarawak River Cruise
Kg Boyan yang terletak diseberang Sungai Sarawak


Dalam sampan kecil
Masa kami menyeberang ke Kg Boyan ni, dalam pukul 7ptg. Dah masuk maghrib pun. Selain kek lapis, bagi aku xde apa yang menarik sangat di sini cuma ada food court dan small stalls yang menjual keychain dan kraftangan. Dari sini, korang boleh la tgk pemandangan Kuching pada waktu malam yang not so bad. Kebanyakan bangunan-bangunan tinggi di pinggir sungai adalah hotel-hotel besar. 
 

Taraaaa..sampai dah di Kg Boyan
Sebenarnya di Kg Boyan ni ada satu restoran yang agak terkenal  iaitu My Village Barok. Terletak di belakang jeti dan food court. Siangnya kami dah jumpa restoran ni sbb mmg aim kami nak dinner di sini. Tapi malangnya kitaorg lihat restoran ni dlm keadaan yang amat burukkk dgn rumput & lalang meninggi di sekeliling. Langsung xde tanda-tanda restoran ni beroperasi. Serious mcm rumah tinggal!  So, kami fikir mungkin juga restoran ni dah tutup.
 
Tup tup, bila ptg tu kami sampai lagi sekali, terkejut ya amat bila restoran yang bermandikan cahaya lampu ni adalah restoran yang sama kami jumpa siang tadi! seriesss time tu kami laki bini mcm meremang bulu roma dan saling xpercaya dgn apa yg kami lihat depan mata. Orang punya ramai dlm restoran tu tgh mentekedarah ok!! haha. Rugi plak takde amik gambar keadaan waktu siang masa kami sampai. Kalau x mesti korang pun eery. haha;p



My Village Barok Restaurant


Tgk laki aku tuuu..;p
 
Balik naik sampan juga

Berlatar belakangkan Kompleks DUN Sarawak yg baru berbentuk kubah.

Lepas sampai semula di sekitar waterfront, kami jalan-jalan pula ke Tugu Kuching yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak. Memang tak sah la percutian korang kalau x bertemu dgn anak beranak  ni. hehe. Nak samapi ke sini, korang tuju ke Sarawak plaza dan Hotel Grand Margerita, nnti akan nampak bulatan kucing ni. Malam-malam pun ramai je yang nak berposing-posing dpn tugu ni. Kebanyakannya tourists mcm kami juga. hehe.
 
 

1 Malaysian sangat depa ni..
Welfieeeeeeee!!

ok.tamat Day 2.;)

Day 2: Jalan-Jalan Bandar Kuching

Dah siap isi perut kenyang-kenyang di Kopi O Corner, plan kami seterusnya utk hari ini adalah explore sekitar bandar Kuching dan shopping! 

Tempat pertama kami tuju: Livina Household Centre. Salah satu tempat yang menghabiskan duit aku. haha. Tempat ni x bape nak glamour dikalangan pelancong tp sangat glamour di kalangan org tempatan. Kat sini segala jenis perkakas dapur, pinggan mangkuk berjenama semua ada. Ala-ala one stop centre lah Livina ni. Harga aku boleh kata agak mahal juga. Murah lg langkawi la kalau nk beli tefal, vision, corelle dll tu. Sekadar nak cuci-cuci mata boleh lah. hehe. Tapi ada juga benda yg aku rasa murah dan worth it to buy. Aku beli juga sikit-sikit buat kenangan, beli dari Kuching katanyaaaaa. hehe. Yang paling best aku jumpa pot utk buat mee claypot tu apa ke bondo namanya sbb kt Kulim aku x pernah jumpa pongg.haha.;p Walaupun mcm xde apa nk beli sangat, hampir 2 jam jugak aku kat sini duk membelek. dah nama perempuan, mmg tak sah la klu x pegang-pegang.;p Sapa-sapa yang nak pi Livina ni, cari arah ke Pending Industrial Estate, tak jauh dari simpang 4 atau bulatan (tak ingat dah!) amik ke kanan/jam no 3 then nnti jumpa la bangunan gudang ni sebelah kiri. Aku papago je alamat ni. Dibuka setiap hari dari 9am - 7pm. Alamatnya:

Lot 1432, Block 66, Pending Industrial Estate, Jalan Datuk Marican Salleh, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia

Berjinjit jugakla beg plastik tu.
Seterusnya, kami menuju ke Kg Boyan di seberang sungai. Kami x naik sampan, kami naik kereta je..sbb aim nk beli terus kek lapis utk dibawa balik. Nasib hotel ada peti ais dan aircond yg agak kuat. Kalau ke Kg Boyan, the most popular kek lapis ialah Mira Kek Lapis dan Dayang Salhah. Sebenarnya, bukan depa dua orang je yg jual, kedai lain nama lain pun ada dan ntah2 lagi sedapp dari depa ni. tapi aku pun takdelah rajin benar nak pi rasa satu-satu kedai kan so kami serbu depa dua tu jela. Rata-rata harga RM10/pack utk yang small saiz. Dekat Mira Cake House ni korang boleh rasa tester dia letak atas meja je tapi aku x sukalah pergi sini sebab tester dah la xde tulis nama kek..jenuh lepas mkn nk cari kek nya yang mana satu. Dah xjumpa tu, kenalah pi tanya tokey plak. Dan-dan nak buat muka ek eleeeehh..langsung x mesra alam. Haha..tapi aku beli jgk la dlm 5 pack buat mkn2.
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah selesai di Mira Cake House, kami pergi ke Kek Lapis Dayang Salhah plak. Deret Mira Cake House jugak cuma kedainya tersembunyi kat belakang masjid. Kena masuk lorong-lorong gelap.haha;p  Haaaa..kat sini best sbb tokey pun layan kita baik..tester penuh satu meja. Yang penting ada tulis nama kek takde la aku terkial-kial nak pergi usha kat rak. Yang paling aku suka kek Lumut hijau..fuhhh mmg marveles. Kalau tanya aku kedai mana lg sedap aku akan jawab Kek Lapis Dayang Salhah sbb keknya lebih "basah" dari Mira. Mmg kena sangat dgn anak tekak aku. Rasa plak sama jeeeeeeeee..dah nama kek lapis mestilah berlapis-lapis, colourful, manis dan sedappp..;p
 
 
 
 
 

Interframe diri sendirilah

Kantoi plak sampai menjilat jari..wuhuuu
 
Lepas kenyang jamu mata dgn kek lapis, kami cadang nak rehat dulu baru nk pi mkn sbb perut pun kenyang lagi. So, kami terus pulang ke Hotel lewat tgh hari. Pukul 5 baru kami keluar semula.
 
 
 

 

Day 2: Sarapan Pagi di Kopi O Corner

Disebabkan hotel tidak menyediakan sarapan pagi, maka kami mulakan pengembaraan hari kedua di Kuching dgn program jalan-jalan cari makan. hehe. Pukul 8.30 pagi kami minta abang sewa kereta hantar kereta depan hotel. Kami sewa kereta viva manual je dgn En Hanif hasil pencarian dari google. Per day only RM95, minyak sendiri dan self drive.  Kalau nak dapatkan sewa kereta yang lagi murah, jangan book last-last minute mcm kami yeeee..

Start je enjin kereta, on gps kami mulakan pencarian ke Kopi O Corner (KOC). Ni alamatnya: 
No 149 B, Ground Floor, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400, Kuching, Sarawak. 
Hint nk sampai ke sini, tuju ke Jalan Satok, di bawah fly over. Kalau terlepas pandang dkt fly over tu mmg x jumpa la..hehe. Dari hotel kami, kedainya sebelah kiri dan bersebelahan juga dgn RJ Ayam Penyet. 

Masa kami sampai keadaan dlm kedai mmg bizi dan orang mmg ramai. Tak taulah celah dari mana datang tapi jgn risau meja dan kerusi byk je, interior kedai pun cantik, bersih dan yg paling penting service tip top dan cepat. Menu mmg banyakk sampai rambang mata aku nk pilih. Tanya waiter makan apa yang special kat sini, dijawabnya semua speciallll..haha. Jawapan selamat tak agak-agak.  Last-last kami order nasi lemak, mee kolok special utk aku, try rojak tambi dan teh ais 3 layer.





Menu popular in Sarawak!! Sedapp
Laki aku kata sedap juga
Pun sedapppppp
Sedappp sangat!haha





Kesimpulannya, semua sedap!!haha. Ingat nak try menu lain, tapi perut masing2 dah mcm ulaq kekenyangan so kita tangguh dulu menu yang lain tu. kiki.

Total Damage: later i update.

Day 1: Dinner in Top Spot Seafood Food Court


Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 4.30pm. Penat yg x ingat dunia punya. Sampai2 je kt bilik kami terus terbongkang tidooooo..;D Lega yang amat dpt katil. Sorry gmbr dlm bilik non adoo..xsempat nak tangkap laki aku dah terjun dulu.haha. Boleh check dkt website 360Xpres hotel to see the interior. Ecehh..

Utk dinner malam tu kami decide nak makan besar! So, kami ke Top Spot Food Court which is located just near by the hotel. Aku laki bini punyalah bersungguh bawak map segala bagai sekalinya Top Spot ni selang satu bangunan je dengan 360Xpres Hotel. Very sekangkang kera ;p Bersemangat aku letak map bwh ni nk tunjuk kat korang tau!hehe..



Food court ni terletak di roof top bangunan yg aku pun x pasti bangunan apa. Mcm medan letak kereta pun iye. So utk naik ke atas korg boleh naik lif. Tingkat bape aku dah x ingat tapi korang boleh tanya org lalu lalang disitu..Kalau nak exercise sikit ptg2, silalah naik tangga..ahkak dah longgar lutut..;D  Saat pertama aku sampai di roof top ni aku rasa was-was jugak sbb environment nya mcm ala-ala chinese food court gitu. Then kami cari restraurant yang ada tanda Halal di kedai no 25:Bukit Mata Seafood. Style makan kat sini, korang kena pilih sendiri hasil laut yang korang teringin nak makan dan bagitau je tauke nak masak apa. Semua di tanggung beres! Semua sayuran dan seafood kat sini memang segar bugar dan aku sendiri rambang mata nak pilih. haha.




Lobster,udang, sotong dan sayur midin yg cantikk dah mcm bouquet flowers aku tgk!
Spot the Pullman Hotel from the top!
Kami order lobster bakar cheese, udang masak cili, sayur goreng midin, dan sotong goreng tepung! Pertama kali mkn lobster, i can say rasanya ok-ok je. Yang buat sedap sbb ada cheese kot!heee..atau kami yg salah pilih mskn? Ada org kata, lobster ni ada pelbagai jenis. Daku pun xpasti. Tapi, overall mmg puas hati sbb lauk-lauknya semua fresh dan masak panas-panas. Total damage?? Around RM100 ++ include drinks.Quiet cheap!
Santapan malam pertama!
Menjelang malam orang smkin ramai, boleh kata hampir semua meja penuh. Aku perasan diorg ni suka makan ramai-ramai dalam satu round big table and you all can see they mix up with different races. Agak unik bg aku sbb susah nk tgk situasi mcm ni di Semenanjung!;) Mmg sgt meriahhh and mungkin sbb tu diorg panggil tempat ni Top Spot!

I really recommend you to come to taste their local food! Soon kalau ada rezeki dtg Kuching lg, aku teringin nak makan sup ala shark fin tuuu..looks very tempting youuuu!

p/s: sorry entry ni tertangguh sekian lama. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...