Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

WW: Calon Simpanan Katanya




Sekurang-kurangnya peluang masih lagi cerah..=)



Hong Kong: Airport to Marco Polo Hotel Gateway

Kembali lagi..hehe.
Ok, as promised post kali ni aku akan cerita secara ringkas (ringkaslah sangat!!) perjalanan dari Airport ke hotel. Kami menginap di Marco Polo Hotel Gateway yg terletak di Harbour City, Kowloon.  Lokasi hotel yg sangat-sangat strategik & convenient!Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan kami.

From Airport to Kowloon Station
Korang boleh guna byk kemudahan transport seperti taxi, bus, airport express (train) and hotel coaches untuk ke downtown HK. Utk references awal, klik here. Kami memilih utk sampai cepat di hotel, so kami guna Airport Express (fastest way). Di airport korang tuju terus ke train station yg juga berada di 5th Floor Terminal 1. Actually korang follow je signboard tulis Airport Express/ Train tu, mesti akan jumpa punya train station.hehe. Airport Express ni  akan berhenti di beberapa main station iaitu Tsing Yi, Kowloon and Hong Kong. Kitaorg smpi di Kowloon station tak sampai 20 min pun. Tolonglah percaya!!hahaha. My recommendation naik lah train, very convenient dan sepanjang perjalanan korang boleh lihat Lantau Island and what do you expect about HK selain the buildings?kan?hehe..

Sementara tunggu train Airport Express. Dah mcm kembar pulak aku tgk 2 bodyguards aku ni.hehe.
Dalam Airport Express. TV pun ada tapi x sempat nk tgk disebabkan kami kejakunan.hahaha;p

Wi-Fi dimana-mana.
Lantau Island. Most kapal-kapal berlabuh di sini.
Bangunan jela yg boleh korang tgk ye dak?
Indicator yang menunjukkan korang dah sampai di Kowloon Station!Yeayyy!
Free Shuttle Bus From Kowloon Station to Hotel
Sampai di Kowloon station, kami singgah di 7 Eleven beli air mineral. Terkejut jugaklah den bila tgk harga sebotol mineral dlm HKD13.50. Jangan convert pleaseeeeeeeeee..haha. Tapi aku suspect bukan ori mineral water mcm kita kat Malaysia ni sbb tertera kat botol "Mineralized Water"not "Mineral Water".Faham? Celah kangkang mana pulak nk dpt sumber air yg asli kt HK ni kan.. but the taste not bad. Opss, kalau korang guna Octopus card, boleh byr guna card, just tap je.Mudahkan?

Disebabkan kami beli Airport Express Travel Pass, so kami dapat complimentary shuttle bus service from Kowloon Station ke hotel nearby. Sebelum naik shuttle ni, korang kena pastikan betul-betul nama hotel korang dah booking tu then refer here utk dapatkan pintu exit. Macam kami nak ke Hotel Marco Polo Gateway kena amik exit K2. Disana ada coach bus sedang tunggu korang. Naik je bas tu dan korang akan dihantar sampai entrance hotel. 

Kami hampir-hampir juga dah tersalah hotel sbb kami cuma tau kami duduk Marco Polo Hotel. Tak tau pulak Marco Polo hotel ni ada 3 which are Marco Polo Prince Hotel, Marco Polo Hong Kong Hotel & Marco Polo Gateway Hotel. Dkt Stop 1, kami dah excited punggah beg segala, sekali silap hotel daaa...haha. Malunyaaaaaaa..;) Naik balik shuttle bus dan kami turun di next stop which is Stop 2, Marco Polo Gateway Hotel. Alhamdulillah kami smpi di hotel dgn mudah. Memang salute dgn sistem pengangkutan HK yg very efficient. Kami xpernah menunggu masa yg lama utk naik train, bus, ferry or even taxi sbb semuanya pantas!!hehe. Sesuatu yg patut dicontohi oleh negara kita gitukannnnn..hehe.

Exit K2
Dalam shuttle bus
Salah hotel..kikiki..
Utk pengetahuan korang, mostly hotel di Kowloon city ni linked dgn shopping mall dan branded outlet. Memang mabuk la duduk sini kalau dah keliling ko Chanel, Fendi, Long Champ, Burberry, Coach, LV, what else?just name it!haha. Sapa yg kaki shopping tu, this is your place. Aku setakat lalu lalang depan kedai je, nak masuk ya ampunnn xsanggup lah..kang terbeli menangis laki aku tepi jalan.hehe..Masa kami pi HK ni, that's the best time to shopping sbb tgh end summer sale. So, kalau korang lalu lalang dpn branded outlet, nampaklah org  beratur panjang gila utk q masuk. Mostly mereka yg dtg tu dari mainland china..kalau org Hong Kong sendiri yg shopping, mmg tidaklah-kata HK residents sendirilah, sbb diorg sndiri x mampu nak beli brg2 branded ni sbb living cost diorg yg sgt tinggi. Hmm, tapi aku pernah dgr jgk ada brg2 branded yg dijual dlm butik sendiri pun fake. Sejauh mana kebenaran, wallahu alam..

Sampai je di Hotel dah pukul 2.30. Perut dah kebulur sgt, so kami terus check in, mkn, solat dan berehat. Laki aku prepare tentatif berehat dlm satu jam ja sbb kami plan nak ke Victoria Peak ptg tu. So,kisah kami di Victoria Peak sambung next post ya!!

View from our room..hehe..
Over tau laki aku sorang ni

Bilik kami yg sedang-sedang je tapi service and facilities tiptop.Alhamdulillah..=)

Hari-hari mandi bathub sampai banjir lantai..hahaha;p
 Total Damage: HKD13.50 (Mineralized Water)

Hong Kong

I'm back!! =)
Ok, xnak merepek panjang-panjang so, let's start the story mcm mn kami boleh sampai di HK!
Actually, aku ke HK pasal boss suruh attend training dgn vendor. Dah hampir setahun juga plan utk training ni tapi aku delay punya delay punya delay sampai lah boss paksa suruh pergi jgk. Siap ugut okey nk kena g US ke HK?
Aku memang say big big NO to US! sbb xnak kena bond. haha. Tapi aku ngelat, panggil vendor US dtg so diorg boleh train the whole team instead of aku sorang je yg kena pi US utk belajar. Lagi aku rasa nak gila bila equipment tu kena ada strong basic in EE Eng. Aku dah lah "alah" dgn benda-benda EE ni. haha. Very challenging ok! Then, after settle psl US training tu, ingt dapat lah skip g HK, at last kena pergi jgk. Kena pergi berdua plak dgn team mate (Philiphine guy!). Ok, masa ni dah pasrah habis. Mamat ni pulak xde effort langsung nk tolong aku settle the itinenary and travel plan. Katanya " I follow you". So klu aku terjun bangunan Sky 100 ko nak terjun jgk ke? Nak je aku jwb mcm tu..tapi dlm hati lah..hehe.

Aku feeling hard gila nak pergi HK berdua dgn lelaki lain. Dah mcm pergi makan angin pulak gayanya. Last-last aku decide utk angkut sekali laki aku yg merangkap juga sebagai tourist guide kami.haha. Tapi fakta sebenarnya aku ni penakut nak duduk hotel sorang-sorang.haha.
Lepas dah confirm tix flight and itinenary aku, tanpa ragu-ragu terus booking tix with the same flight  utk suami ku yg tercinta. Alhamdulillah, harga tix agak reasonable RM1020 for round trip from Penang direct to HK. Naik flight Cathay Pacific. oklah kan..xdelah mahal sgt siap dgn food. Food pun sedap jgk dan yg penting halal.

Perjalanan amik masa 3 jam setengah. Kami departed at 7.45 am and arrived in HK around 11.30am.
Mmg kami plan utk amik flight paling awal sebab nak gunakan masa yg ada sepenuhnya utk jalan-jalan. Sebab next two days tu kami dah sah sah engaged dgn training. Lepas je turun flight, claim baggage dan immigration,  3 benda yang kami kena cari dulu kat airport ialah MTR cards, SIM card mobile & food for lunch. So, aku akan explain satu-satu 3 benda ni utk rujukan korang yg first time sampai di HK.

 HK International Airport ni tersangatlah besarnya. Berpeluh jugaklah nak menapak dari hujung ke hujung nun. Tapi jangan risau anda tak kan  boleh sesat sebab banyak sign board diorg letak. Ni satu benda yg aku suka psl HK! Sangat mudah. Just follow je sign board tu insyALLAH sampailah korang ke tempat yg dituju.



Arrival Hall (Terminal 1) 5th Floor
1. MTR Train Ticket. Buy Airport Express Travel Pass or Octopus Card
MTR ni adalah main transport di HK yg menghubungkan between main city from Lantau Island-East Kowloon-New Territories-Hong Kong Island. Most of the residents mmg menggunakan MTR utk ke pergi & balik kerja. So during peak hours, mmg org mcm semut keluar masuk train. Tapi bagusnya, MTR diorg ni sangat efisien ok!

Utk beli train ticket ni, sblm korang sampai  di Arrival Hall Terminal 1 (5th Floor) korang akan jumpa satu kaunter Train Tickets. Beli disini. Octopus Card ni mcm kad T&Go which is korang boleh topup kalau stored value dah habis dan boleh digunakan utk menaiki tram, train & bus dan membeli belah di 7 Eleven. Tapi kami pula beli Airport Express Travel Pass yg berharga HKD220. Yang ni korang cuma boleh guna utk 1 journey from Airport to any station plus UNLIMITED MTR facility for 72 hours after first tap in MTR and included deposit HKD50 (will be refunded when you return the card to any MTR counter). Plus lg ada free shuttle bus disediakan from station ke Hotel yg kami duduk. So korang boleh choose which one is more convenient. Macam aku beli Airport Express sbb mmg akan selalu naik MTR utk pergi balik training & jalan-jalan utk selama 4 hari 3 mlm. So utk memudahkan perjalanan, kami amik je UNLIMITED tanpa perlu risau utk menopup klu tiba-tiba value dah habis..=) ok clear about it? Tapi, if you spent more than 3 days baiklah beli Octopus Card yer. Utk details lanjut boleh dapatkan di website MTR HK.Kat sini byk lgi pakej-pakej utk tourist yg korang boleh pilih. Do research, prepare travel plan then you can easily choose which card you will preferred.

Total Damage: HKD220 X 2 = HKD440


Ini lah rupa Airport Express Travel Pass. Nampak tak dia tulis 1 Ride? It means this card valid utk 1 journey je from Airport to HK down city. Boleh je nak beli round trip, tapi harga pass HKD300.

 2. SIM Card Mobile
Ok, SIM Card ni options bg korang. Kalau x nak beli pun xpe. Aku mmg kena beli utk komunikasi dgn husband sbb kami dah plan utk meet around any MTR station after aku habis training. Byk pilihan yg korang boleh choose antara yg terkenal utk travellers adalah 1010. This package berharga HKD88 including unlimited internet free for 7days and HKD 10 for prepaid. Tapi kami x beli disini pun sbb malas nak mencari. On the way cari food di 7th Floor, kami jumpa kedai China Mobile ni. So, malas nak pk panjang kami amik starter package HKD80 which is call only 1sen/minute. hehe. So, beli 2. Aku ada juga surf internet guna package ni sampai nak balik Malaysia pun rasanya kredit x luak..hehe. Sangat-sangat berguna dan penting uk komunikasi dua hala.
Total Damage: HKD88 X 2 = HKD176

Sesi menukar SIM Card






3. Halal Food: Popeyes Chicken & Biscuits
Disebabkan sampai pun dah lunch hour, mmg kebulur habis la. Satu-satunya kedai makanan halal yang ada di Aiport adalah Popeyes. Popeyes ni ala-ala mcm KFC la tapi ayamnya ya ampunnn kecik bebenar bang oi. haha. Tapi xpela, redha & syukur je mkn apa yg ada dulu utk alas perut. Fast food lain juga ada mcm McD, Burger King tapi kami x berani la nk mkn sbb ragu-ragu. So, kami take away je makan di hotel sbb nak kejar masa.

Total Damage:  HKD 142 (for 2 persons)


 

Untuk pengetahuan korang, di HK International Airport ni ada disediakan prayer room. Ada di Terminal 1 (7th Floor). Tapi klu korang rasa malas nak mencari, bentang je sejadah di mana-mana area yg yakin bersih dan solat! Kiblat di HK adalah 285. Sila dowload apps compas dlm smart phone anda yer!=)



Tips dari aku, please prepare itinenary selama korang berada di HK utk memudahkan perjalanan, menjimatkan masa & mengelakkan pembaziran utk transportation sbb perbelanjaan adalah tinggi.
So, kena bajet betul-betul yer. Ok next, aku akan share pasal perjalanan dari Airport ke Hotel..=)











HK!!!

Teaser je dulu yer, belum ada cukup masa nak karang cerita panjang-panjang.
heeeee..=)





I'm Back After A While!!


Cakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Hehehehehe.. :D (big smile).
Malu sebenarnya nak klik "Create New Post"  maklumlah dah berhabuk seinci blog ku ini ditinggalkan.
Rumah kalau kena tinggal 3 hari pun dah berpuaka. Same goes la kot dgn blog ini. haha. Baik korg baca apa2 yang patut sebelum khatam entry ku kali ni.hehe.

Yang peliknya kan, walaupun telah lama ditinggalkan, nuffnang ku tetap mencanak naik.
Ecehhhhh perkataan "mencanak" tu dah cukup membuktikan sesuatu.haha.
Korang bersefahaman tak dgn aku? heeeeeeee..
Terima kasih la yer kepada yg sudi menjengah masuk blog ni walaupun korg accidentally je enter kan?;p
It's okay. I know some of the post from this blog is very useful sbb tu aku keep.
Walaupun aku ada perasaan mcm nak delete je lagi-lagi bila baca balik post-post yg agak gedik, show off (maybe!) dan sewaktu dengannya..haha. Kadang-kadang rasa mcm tak percaya aku kah yang menulis semua tu? Macam erkkkkkkkkkkkkkk!! hahahaha. Opps maybe aku dah matang sikit sekarang ni kot. Faktor usia (maybe!). 

Bila tgk statik nuffnang aku tu, ramai yang masuk blog ni pasal nak tau prosedur perkahwinan which is very relevant utk bride to be. Boleh klik this entry. Kalau tgk balik entry tu, it's almost 2 years back. So, some of the procedures might be changed or maybe not. I don't know. Or in another word, i already forgot!!!haha.
Aku nasihatkan korang semua telefon terus ke pejabat agama yer dah jgn la tanya2 aku lagi..
Mmg aku xdpt bantu dah.;P

Another keywords yang popular adalah "Nak cari resepi biskut Malatops yang sedap".
Terguling-guling aku gelak. Punya panjang keyword korang yer.
Sadly to inform you all until now pun ahkak sendiri xjumpa-jumpa resepinya dik.haha.
So, aku tolong jual jelah dulu. This cookies originally from Johor. Aku pernah rasa biskut ala-ala Malatops baru-baru ni tu pun kawan aku yang bagi rasa. Taste? not bad but aku still rasa ada kekurangannya kalau nak dibandingkan dgn yg ori. Terima kasih lagi sekali yer kepada yg order tu jgn lupa next year order lagi.hehe. Yang tak dpt order psl order dah close last time dinasihatkan utk place order awal-awal lagi yer kalau boleh masuk je bulan Rejab Syaaban dah boleh contact aku. haha. Over tak? Or else korang telan air liur jelahhh..hehe. Biasanya aku close order 1 Ramadhan sebab setiap kali awal bulan Ramadhan mmg kami laki bini akan balik johor utk buka puasa di kg. Check it out this post.

What else to story?
Oh, i'm just back from Hong Kong!!
Ok, i will blogging about this soon.
Soon yang ntah bila jgn tanya aku dah..tunggu jelah yer kalau ada post tu nanti, cepat2 klik.haha.=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...