Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Ruang Kerja Di Dapur

 
Kali ni aku nak share ruang kerja di dapur pula. Kebetulan 2 minggu lepas baru je kami laki bini gotong royong mengubahsuai kedudukan semua almari dan kabinet didapur ni. Bunyi mcm gah sangat "mengubahsuai" padahal tukar kedudukan yang kiri ke kanan, dan yang kanan ke kiri je.hehe..
Tapi aku suka sangat dgn kedudukan yg sekarang ni!!! More praktikal especially meja kerja aku sekarang ni (yg bertile seperti dlm gmbr dibawah) dulu kami letak dapur gas, so bila nak menumbuk batu lesung kena menapak ke almari dapur yg ada tile atasnya atau pun angkut ke lantai..;p Tapi, tidak lg sekarang!! Ku tumbuk tumbuk tumbuk atas meja kerja dan terus ku campak ke dalam kuali sebelah je tu ha..hehe. Kan senanggg keje mak jemah.hehe.

Kami mengamalkan konsep yang mana penting sahaja mesti ada di atas meja kerja. Yang pasti mesti kena ada bekas pisau, olive oil, oil pot & kitchen towel. Tu pun mata aku agak sakit tgk sbb ruang kerja utk memotong & menumbuk dah tinggal satu kaki lebih sikit je. Rasanya soon kena arrange balik ni.haha. Ok xpe, kita hold dulu.

On top
Dapur kerja kenangan dari rumah sewa bujang dulu..;) Pintu pun tinggal satu je.haha.
Di tepi meja kerja ni, hubby yg cadangkan drill wood shelf yg sekian lama dah beli di IKEA utk letak garam, gula dan segala mak nenek yg penting utk memasak. Brilliant idea hubby!haha. Pastu kachingggg idea aku pulak dtg utk hang 2 pot tu dkt shelf utk letak peralatan memasak..=) Ternyata, mmg praktikal! Realitinya bila berdua berganding bahu dan berkongsi idea, sesuatu yg wowwww akan terhasil! [over sgt!;p]


Satu benda yg best yg aku nak share ialah mengenai oil pot. Ni gajet yg terkini yg aku beli. Pada pendapat aku oil pot ni sangatlah besttt sbb ada penapis, kedua sbb ia ringan dan bukan mcm tin pot biasa/porcelain pot. Ia diperbuat daripada enamel which is tin disalut porcelain. Yang ketiga boleh simpan minyak sehingga 1.1L. Sangat sesuai utk menyimpan minyak yg banyak lagi2 lepas goreng ikan, ayam or cucur. Tahan panas dan yang penting kaler hijauuuuuuu..hahaha;p Aku dah simpan niat nak rembat satu lg bg sepasang. So,satu utk minyak goreng ikan/ayam dan satu lg goreng pisang/cucur. hehe.


Imported from Indonesia..=)







Di bawah meja kerja ni aku letak segala mak jenis bawang. Senang keje aku nak capai dan kopek. Then, bawah sekali aku letak batu & anak lesung dan stok minyak. Kami baru je bertukar dari minyak sawit ke minyak bunga matahari..for healthy life..;) hehe. Moga istiqamah menggunakan minyak yg baru ni!hahaha. Mahallll kottttttttttt..;P Dan dibawah meja yg ada pintu tu aku letak tong gas. Suka meja yg mcm ni sbb boleh sembunyi tong gas kt dlm. Tak sakit mata aku nk menengok..hehe. Utk masa sekarang mmg takde niat nak gantikan meja kerja ni dgn yg baru sbb rasanya belum ada keperluan lg..apapun, TERUSKAN BERKHIDMAT yer meja ku sayang..hehe;)


   


Dan skrg aku dah mula rasa eksaited setiap kali nak masak. Serasa mcm kerja memasak jadi mudah sap sap soiiii hoiiii! haha.

Ruang Sinki

Tidak aku nafikan dapur ni mcm jantung sesebuah rumah. Kalau cuti hujung minggu, masa aku byk dihabiskan di ruang dapur dan home office. Kalau tak memasak pun, mesti ada je benda nak dibelek.haha.Tapi, banyak-banyak kawasan di dapur, one of my favourite place is SINKI! hahaha. Bunyi macam agak sewel sikit. Tapi tak tahulah kenapa, bila standing there rasa ok this is really my duty as housewife. hahaha. Dengan semangatnya aku lukis gambar dapur rumah sewa aku ni utk rujukan korang..haha. Dapur aku agak luas tapi shape memanjang menyebabkan aku xdpt nak letak meja makan didapur. Yang ada hanyalah meja jepun utk letak lauk-lauk yang sudah siap dimasak. Kerusi?non hado..kita bersila saja yer. Kadang2 kami makan bentang kain kat ruang tamu, depan tv. ;) Sempoiiii..Dah nama pun rumah sewa, so xde lah dapur nak berKC bagai.. Kebanyakan barang-barang kat dapur ni mak mentua yang bagi dan ada asal dari rumah sewa masa bujang dulu. Terima kasih byk kat kawan-kawan yang sudi sedekah kat aku!!=)  Susunan rak dan almari pulak semua aku rapatkan ke dinding sbb ruang yg agak sempit utk ber island..hahaha.ke main aku ni nak berisland2 sangat..;p
 
Dapur aku ni mmg boleh nampak direct dari pintu hadapan dan ruang tamu especially kawasan sinki ni. Jadi di ruang sinki ni mmg aku minima kan barang-barang yg perlu sahaja. Kalau tgk gmbr kat bawah ni, sinki aku menghadap ke tingkap dapur. Bidai tu aku pasang masa mula-mula masuk rumah. Mmg sengaja taknak pasang langsir sbb dulu rumah mak aku pernah terjadi langsir terbakar..haha.Trauma kottt! So, ini jelah sumber cahaya aku di dapur. Kdg2 kalau hari hujan atau mendung sikit..kalau nak bergusti di dapur mmg kena bukak 1 atau kedua2 lampu. Satu perkara yang aku tak gemar ialah pasal tingkap ni bercermin nako. Bagi aku mmg sgt susahh nak cuci dgn tangan aku kdg2 tersempit kat celah grill..hazabb ok. Dan hasilnya kepuasan mencuci tingkap tidak dpt dicapai.haha. Tak pasal-pasal aku kena cuci dari luar rumah.. Main point is, esok rumah sendiri nak pasang siap-siap tingkap dua daun tu. ok, noted!=)

Bawah sinki mmg aku tak letak langsir dan tak letak apa-apa pun kecuali tong sampah dan alas kaki. Senangkan keje aku nak mengemop.hehe. Tepi dinding sinki, aku sangkut basket buh plastik. Senang utk dicapai especially bila nak kumpul bhn buangan. Basket IKEA mari.hehe. Atas sinki, aku cuma letak bekas sabun dan TupperClean  utk cuci veg and fruits (2 benda yang selalu diguna),  dan tempat letak pinggan without the tray. Aku remove tray tu sbb aku x suka tgk air bertakung bawah nya. Senangkan keje aku juga tak payah cuci selalu.hehe. Ok, soon rumah sendiri nak pasang double sink siap-siap. ok, noted again!=)



Then, sabun pencuci, hand wash dan dawai tu aku letak dkt sink rack dan hang je dkt grill. Actually, sink rack tu kena letak dkt sink tapi sink aku kan kecik je zaman purba punya, so size x fit. Sink rack ni korang boleh dptkan di Cosway! ;) Kat Cosway mcm2 benda ajaib korang boleh jumpa.haha.



Satu lg yg aku suka ialah TupperClean utk cuci veg dan fruits. Laki aku kata mengada-ngada je nk bersabun bagai.Padahal cuci dgn air garam je dah tentu bersih juga..haha. Tapi serious mmg korang akan rasa lebih yakin bila cuci dgn TupperClean ni sbb tau2 jela kan skrg ni veg and fruits kita beli tu bukan semua organik. Banyak racun2 tersembunyi lagi2 kalau basuh sayur yg berdaun. Lagipun TupperClean ni korang guna sikit je setiap kali nak guna dan tahan untuk 2-3 bulan..;)

Satu perkara yg aku selalu amalkan, sebelum nak memasak atau bekerja didapur aku akan pastikan pinggan mangkuk atas sinki ni semua dah berbasuh dan yg dah kering tu aku pindahkan ke rak pinggan. Kalau boleh xnak ada apa-apa pun atas sinki tu. Biar mata aku ni lapang je tgk. Tapi yg paling geramnya bila laki aku xmau langsung ikut rules aku.haha. Jenuh la mulut ni potpet potpet ok, sudahnya aku biarkan dia sorang2 bersilat kat dapur. Bunyik mcm kejam kan?haha. Tapi lepas dia abis masak, aku tolong la dia cuci dapur pulak..hehehe.

ok, done utk ruang sinki..=) 






Terjebak Dengan Susun Atur

Salam ceria!!Dah hujung-hujung tahun ni pergi office pun macam boring jeee. Keje dah xbanyak dan lab pun dah xde terima case...apa lagi kita melagha laa..haha. currently kilang aku keje ni really in bad situation. Now, kilang dah buat retrachment. More than 400 indirect employees will be affected. Gila x?  Batch 1 dah pun release nama..so kita tunggu next batch plak sapa yang kena??haha.Tapikan tapikan..kalau aku dapat pun alhamdulillah syukur dpt jugak aku duit sedebuk sbb nya kalau nak resign sendiri soon mcm susahh jee boss nak bagi lepas dan xde plak nak merasa jd org kaya duit pampasan..hehe. Kan?kan? ok, mulalah aku ni nak melalut;p

Sejak aku dah aktif balik berblog, walaupun mcm xde org nak baca je..hahaha..tapi aku suka je nak share mcm2 dlm blog ni. eh suka hatilah blog aku.haha;p yang ni mmg syok sendiri..hehe;) Sebenarnya aku dah terjatuh hati dgn satu blog susunatur. Klik here.  Sejak lama dulu dah aku selalu blogwalking dkt omputih punya blog to read how they organize their home and share DIY thingy. Best tau!Mmg aku minat sangat. Tapi..masa tu sekadar blogwalking je lah utk baca suka-suka. Idea dan kreativiti diorg mmg best! cuma yang aku rasa susah nak jadikan kenyataan bila some tools and material, gajet-gajet & etc yg diorg ada dan gunakan sangat susah nak dapat kat Malaysia ni kecuali di IKEA lah.hehe. Plus, sekarang pun masih duduk rumah sewa je..itu yg mcm xde mood sangat nak berhias rumah cantik-cantik sgt. hehe;p Korang boleh tgk kat bloglist "Heart Them" yg aku share disitu.

Seriuosly masa tgh blogwalking blog kwn2, terjumpa blog Susun Atur Sioca ni rasa kagummmm sangattttttttt!! Akhirnya aku jumpa juga Malaysian blog yang share benda-benda gini. Then, lagi kagum bila ramai blogger2 yang share dan sahut cabaran! Very interesting dan aku pun patut meyahut cabaran itu!!!;)hehe. Maybe aku xdpt buat sehebat mcm blog omputih tu kan tapi kita mula dari perkara yg kecil-kecil dan simple dulu. Lagipun, manalah nak sama bumi Malaysia ni dgn negara omputih tu kan? So, kita berpijak di bumi yang nyata ok??haha.  Xpe, kita praktik dulu di rumah sewa, esok rumah baru dah settle (InsyaALLAH!;) kita restart balik..hehe..

Cabaran Susun Atur Sioca bulan Nov: Dapur. Ok, tau dah terlewat Nov will end in 5 days tapi aku nak share jgk..Next entry lah! dah panjang sgt ni. Bye!













Dinner in Chungkin Mansion

It's time to eat!!! Disebabkan hari ke-2 tu kami x kesampaian mkn di Chungkin Mansion, so malam terakhir ni kena pergi jugak dinner disini.hehe. Untuk pengetahuan korang, Chungkin Mansion ni satu bangunan bertingkat yg mn di tingkat atas ada disediakan tempat penginapan bajet rendah seperti guest house and small room package. Ni antara tempat yang famous utk backpackers.  Bagi aku boleh consider utk menginap disini kalau korang datang bercuti di Hong Kong utk enjoy dan berjalan sakan. Sbb seriuosly hotel besar2 mmg sangat mahal tapi kalau mampu..why not?;) Lagi satu, di sini senang nak cari makanan halal sbb tu Chungkin Mansion juga famous dikalangan muslim.

Di tingkat bawah plak,  byk kedai-kedai kecil yg jual mobile phone and prepaid, money changer, pakaian dan halal restaurant. Mostly penjual dan tokey kedai disini dtg dari south asia & middle east seperti india, sri lanka, nepal, pakistan, bangladesh, nigerian and malaysia pun ada! First expression bila masuk je bangunan Chungkin Mansion ni..a bit scary!!haha. One thing is sbb environment di dalam ni mcm terkepung dgn ramainya small etnik ni disini. Tips from me, utk keselamatan jangan jalan sorang-sorang disini yer..=)

Masa kami sampai di hadapan bangunan ni, ramai ajen-ajen restaurant yg dtg approach kami utk mkn di restaurant mereka. Kami ikut sorang abg nepal ni dan bawa kami ke restaurant dia. Berbelok-belok lorong kami kena lalu, sudahnya restaurant dia kt hujung bangunan nun dgn gelap dan a bit kotor jgk plus menu pun x berapa menyelerakan. Kami reject dan kami decide utk pusing-pusing dulu dan jumpa satu restaurant Malaysian cuisine! Exciteddd terus nak makan..haha

Nama restaurant ni Syed Bukhara. Kami sempat berborak dgn owner kedai ni. Seronok pulak dpt jumpa org kita sdnri di Hong Kong. hehe. Kata owner tu,  diorg xdpt masak di kedai sbb kawasan lot kedai yg kecik. Memang pun!! So, mereka masak kt rumah dan bawa ke kedai utk dipanaskan je. Restaurant ni amik 2 lot, satu lot utk ruang makan utk pelanggan yg rasanya boleh muat dlm 4 meja je dan satu lot lg utk cashier, basuh pinggan dan panaskan makanan.. Salute jugaklah kat diorg ni boleh survive hidup mcm ni dkt negara org..

View di dalam Chungkin Mansion
Syed Bukhara Malaysian Cuisine
The menu
Ada Malaysian delight ok. Tapi apesal nama ejaan nya Maylaysia?haha..curious sat aku.
My friend's meal
Chicken Beriyani! This is super sedappppppppppppp!! Laki aku punya.

Sibuk mengepaw nasi laki aku..
Puas hati dapat makan sedap dan murahhh!!
Chungkin Mansion di berhadapan dgn i-Square Shopping Centre. Kawasan yg padat dan meriahhhh!=)
Address:
Chungkin Mansion:
36-44 Nathan Road, 
Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Sampai hari ni aku teringat-ingat Chicken Beriyani yang sedap tu..;)

Avenue of Stars, Hong Kong

Habis je menyaksikan Symphony of Lights, kami terus bersiar-siar di sekitar pesisiran pantai. Selain Avenue of Stars, banyak tempat menarik antara yang kami jumpa disitu seperti HK Cultural Centre, HK Space Muzium, HK Museum of Art and SOGO for shopping!!!hehe.

Bila korang jumpa the Statue of Hong Kong Film Awards bermakna korang sudah pun berada di entrance of Avenue of Stars! Bagi peminat movie film from Hong Kong dan China, mungkin korang akan teruja sikitlah..sbb kenal nama-nama pelakon hebat dan profesional Hong Kong dari zaman dahulu kala hingga yg terkini. Aku xkenal sangat kecuali abg Jackie Chan je..hehe. Korang boleh jumpa juga hand imprint selebriti-selebriti terkenal ni dkt atas jalan dan ada juga movie-related sculptures yang diorg display utk korang bergambar sakan.. Mula-mula aku pun xperasan kt jalan tu ada imprints sbb org lain menonong je jalan..haha.

Di belakang tu HK Muzium of Art
This is the statue of HK Film Awards! Welcome to Avenue of Stars!
Backside is the stage for performance..
Sculpture!
Kegembiraan melampau...hehe.
Again with one of the sculpture
Sapa ntah Florence Lim..haha
On the way menuju ke subway jumpa SOGO plak..hehe.

Kemudian, kami terus kan perjalanan utk dinner di Chungkin Mansion!!

Total Damage: HKD 0


A Symphony of Lights, Hong Kong

Hari ketiga. Habis je training dalam pukul 5 mcmtu, kami terus bergerak pulang ke hotel sbb planning kami utk hari ni lebih santai dan cuci-cuci mata saja. hehe. Ikut itinenary yg kami buat, kami akan lihat Symphony of Lights, jalan-jalan di Avenue of Star, dinner di Chungkin Mansion dan shopping! Semuanya dekat-dekat je dgn hotel jadinya xperlukan pengangkutan. Guna kaki jee dik non..hehe.
Lepas berehat di hotel, kami pun keluar lebih kurang 7pm menuju ke Star Ferry jetty. Kalau ingat lagi, aku ada cerita di sini. Rupanya-rupanya sebelah jetty tu je kawasan Avenue of Star dan kat situ jgklah utk tonton Symphony of Lights. Kawasan ni waterfornt promenade and facing to the Hong Kong Island, ala-ala macam Gurney Drive jgk la dan pesisiran pantai ni sejauh lbh kurang 500m. Byk tmpt menarik kat sini. Nanti aku cerita kt next entry yer.

Show ada setiap hari dan start at 8.pm, so make sure you arrive there before 8pm. Masa kami sampai dlm 7.30pm tu pun dah ramai org amik port masing-masing. Mmg pemandangan yang sangat-sangat cantik. Semua bangunan bermandikan cahaya! Kagum!! Masa siang mcm xnmpk apa-apa yg menarik selain the high buildings la..hehe. Show berlangsung lbh kurang 15min. Aku pun baru tau rupanya masa berlangsung ni ada ikut tema2 tertentu.Tapi antara yg aku dengar, dia perkenalkan nama-nama building yg participate dlm Symphony of Light ni. ok, nak tau lebih lanjut boleh klik sini.

Mari tgk gambar..

Hong Kong Island yang indah!! Ni sebelum show start
Star Ferry jetty dekat je haa...
Semua org excited tunggu show bermula.

 

Masa berlangsungnya A Symphony of Lights.
Teruja tgk!!!

Belakang kami tu adalah Hong Kong clock tower
Awwwwwww~~
Laki aku pun sibuk pose.. Teruja sama kot.haha
Ni adalah A Symphony of Lights Harbour Cruise. Dalam ni diorg sediakan dinner and ada live band on board. Best2!!
Overview the Hong Kong Harbour
Ada jugak diorg sediakan perkhidmatan photographer.
Aksi pelik-pelik gila.Erkkkk..

Ok, next aku bawak korang jalan2 di Avenue of Stars pula yer..

Total Damage:
HKD0

1453 Ottoman Mediterranean Cuisine, Hong Kong

Kami terjumpa restaurant ni dalam perjalanan menuju ke Jordan station. X jauh dari Ladies' Market.
Restaurant ni di tgh deretan kedai. Mmg nasib kami baik jumpa kedai ni sbb perut masing-masing dah lapa sgtt time tu. Ikutkan plan kami nak turun di Tsim Sha Tsui station dan ke Chungkin Mansion utk mkn. Ni lah org kata rezeki dan jgn dilepaskan..kikiki.

Address: 
G/F, 19 Tung Choi Street,
Mong Kok, Kowloon

Korang boleh study google map to arrive here.

Tel Number: 2772 1555

Disini diorg serve Mediterranean and sedikit Western food. Act, the owner org Turkey. So mmg halalun tayyibah. No worries yer.

The menu
3 of us!!
Tak ingat apa nama, tapi laki aku punya food..Nasi juga yg dicariiii..hehe.
Ni aku punya! Beyti Yogurt Kebab.Sedapppp!! Price: HKD138
Turkey pemanis mulut. Mmg manissssssss.. Namanya Baklava. Sedappp jugak! hehe Price : HKD 48.
Dan aku amik air Frozen Apple Tea yg berharga HKD35. Mahalkan??????
Nasib boleh claim.hahaha;p

Total Damage: 
HKD221 ( Aku punya je..hehe)




Ladies' Market Hong Kong


Mood kelaut utk blogging, tapi hari ni aku free so kita habiskan cerita pasal HK yg dah lama terperam.hehe. Ok, kita sambung lg cerita di HK Day-2..;) Setelah penat berjimba semalamnya, pg tu aku bgn awal sbb nak kena siap-siap pergi training. Dah janji dgn vendor jumpa kat lobby hotel pkl 8.30pg. Tapi, pg tu baru aku teringat yg dlm email conversation aku cuma bgtau Marco Polo Hotel, x mention pun Gateway MP or Prince MP or even MP Hongkong. Kan aku da habaq, Marco Polo ada 3 hotel kt area situ. Ok, pg tu dah cuakk kot tak jumpa mamat Hongkong ni mcm mn?? Aku bg lah idea dgn kwn aku tu menapak ke MP Hongkong Hotel tunggu dpn hotel tu pasalnya aku yakin betul mamat ni akan pickup dgn kereta. Jadinya kami dgn bijak, keluarkan kertas A4 dan tulis besar2 nama vendor pastu pi show kat tepi jln. Asal ada kete stop by je kami hala kat diorg.haha. Serious ms tu mcm blank xtau nak buat apa. Habis sume org aku email dgn manager2 aku kat Malaysia pun aku email habaq kt dia tolong smpi kt vendor kami tunggu dpn hotel tu. Gila jauh mintak pertolongan. Nasib baik aku beli simcard dan boleh online. Aku call office vendor tapi x berangkat. Sudahnya laki aku call kata vendor tunggu kt lobby hotel kami stay!hahaha. Lega makkkk nakk.
Pastu vendor pi tahan taxi u..kereta???non hadoooo..hahaha;p ok, habis cite kegelabahan pagi kami.

I training dkt area Lai Chi Kok. Lepas habis training dlm pukul 5 mcm tu, kami naik MTR di stesen Lai Chi Kok utk ke Mong Kok. Time ni, punya padat manusia dimana2 sahaja..sakit kepala aku kejap. hehe. Sampai di Mong Kok station amik Exit E2, then jumpa laki disitu then kami teruskan penggembaraan utk SHOPPINGGGGG di Ladies's Market!!! agagagaga;p

Actually HK mmg banyak street market. Tak kira pagi ptg siang malam, mmg ada je tmpt korg nak menghabiskan duit. Boleh check  di sini as your reference. Ladies's market ni one of the main attractions for tourist. Kat sini korang boleh jumpa pelbagai rupa bentuk warna kulit manusia.haha.

Apa yg korg boleh beli disini? 
Mcm2 dek non mostly souvenior utk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Sepanjang street ni yg aku perhati barang yg dijual sama je likes t-shirt, fridge magnet, handbags, small coins purse, lukisan, toys, lingeries and nite suits, and some of them ada juga yg jual brg antik.

Tips to deal?
Silalah list dulu apa yg korang nak beli dan berapa byk nak beli, tanya harga, bargain until HALF PRICE or takat mn korang mampu byrlah. Sebagai cth, korang nk beli handbang, diorg letak HKD200, then korg bargainlah to HKD100 or even less pun kdg2 boleh dpt. Masa nilah korang akan rasa skill tawar menawar korang dicabar.hahaha;p

Tapi ada jugak barang like a t-shirt yg diorg dah tentukan harga. T-shirt I LOVE HK tu diorg bagi 5 helai HKD100. Tapi kalau korg beli byk boleh bargain lagi maybe 6 helai dpt HKD100 sbb diorg akan tanya nk beli berapa helai? So, share2 lah dgn kwn2.

Kalau bernasib baik, kdg2 bila korang acah2 nak beli kat tmpt lain penjual tu akan panggil korg balik then bg harga yg korg bargain. Yang tak bernasib baik tu, kena maki jela. hahaha.

Lagi satu tips, if you all ada kwn yg boleh ckp cina atau sebahasa dgn penjual tu lg mudah utk bargain.  Macam kwn aku ni, dia boleh ckp chinese sikit2 pulak tu jumpa kawan sekampung dia dari Filipina yg jual kat sini, apa lgggg kawtim kaw2 punyaa..hehe.

Mong Kong Sation, Exit E2
Punya ramai manusia keluar dari Exit ni. Aku dah pening kepala ms ni.Tapi gigih lagi nk berjalan for shopping.hewhew;p
On the way to Tung Choi street.
Baru samapi di mukadimah.. Hari terang lg masa ni around 7pm.
Handbags..hehe.
T-shirts
Nak jgk posingkan sementara hari xgelap lg..hehe.

Laki aku khusyuk discuss dgn kwn aku nak borong t-shirt time ni.







Lepas penggembaraan kami selesai di Ladies Market, kami teruskan perjalanan ke kedai mkn. Kami berhajat nak mkn dkt area Chungkin Mansion tapi masa dlm perjalanan, kami terjumpa satu kedai Mediterranean restaurant. Then terus decide nak makan disitu je sbb dah laparr sebenarnya!! hehe. Ok, cerita pasal makan ni next entry yer..

Lepas habis makan dan kekenyangan, masa utk utk exercise!! Kami berjalan kaki je menuju Jordan station dan turun di Tsim Sha Tsui station utk pulang ke hotel. Agak jauh juga berjalan dari station. Lebih kurang 1.4 km barulah sampai di hotel. Fuhhhh hari yg sangat2 penat tapi tetap enjoyyy!!=)

On the way to station, kami dihiburkan dgn penyanyi jalanan.hehe

Satu lg group penghibur. See..keliling org yg menonton dan diorg pun muka enjoy je..
  

Hongkong yang sangat happening dikala tgh malam..hehe.
Tsim Sha Station. Sebelah tu korang boleh jumpa Masjid Kowloon.
At Canton Road, along this road semua shop branded stuff . Fuhhhhhh!
Hotel kami atas Fendi ni je.Attached dgn Harbour City Mall.
 Ok, jumpa lg next entry

Total Damage:
Tak ingatttttttttt exactly tapi estimation dlm HKD1000. Will update later.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...