Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Day 2: Jalan- jalan Bandar Kuching (Part 2) & Dinner

Bgn tido, keluar je hotel satu je aim kami iaitu makan!! Lapar ya amat tuhan je yg tau. Kami pusing-pusing satu bandar Kuching utk cari satu restoran bernama Aroma Café. Café ni pun kami tau dari review para blogger. Alhamdulillah, jumpa pun akhirnya kat tgh-tgh pekan tu je. Rupa-rupanya café ni kami dah lalu pd hari pertama sampai di Kuching masa on the way nak ke Kampung Budaya. Itu pun sbb nak amik penumpang yg stay di bajet hotel yg selang beberapa lot kedai dengan kafe ni. Kami order menu Sarawak iaitu Ayam Pansuh! Sangat menyelerakan bagi orang yg tgh kelaparan mcm kami!haha.. Boleh kata masakan ni mcm ala-ala masak pindang, tapi lagi sedap sbb ramuan dalamnya lagi bermacam-macam. Lepas tu, kami order juga sup tauhu dan aku makan nasi goreng seafood. Portion pun agak banyak utk 2 orang. Kalau nak try makan local dishes Sarawak yang lain pun ada disini. Highly recommended..:) Memang tersandar kami laki bini kekenyangan. Total damage dah tak ingat tapi seingat aku mmg xmahal sbb kalau mahal mesti aku dah ingat sampai la ni!! kahkah;p


Aroma Café, halal restaurant
Ayam pansuh, sup tauhu, nasi goreng seafood. Thumbs up!!
Lepas kami mentekedarah, aktiviti seterusnya adalah exercise. kiki. Kami jalan-jalan sekitar Sungai Sarawak yang memisahkan Petrajaya dan bandar Kuching. Petrajaya ni adalah kawasan pentadbiran Kuching dan Kg boyan tempat yang kami pergi beli kek lapis tu juga terletak di kawasan seberang sungai (Petrajaya). Tapi siang tu, kami pergi naik kereta dan menyeberang melalui jambatan. Sebenarnya boleh juga kalau nk menyeberang menggunakan sampan, tambang RM1/sehala.  Sungai tu sekangkang kera je tapi kalau aku yang berenang mmg lemas la. ;p

Tak kan nak tengok je orang turun naik sampan kan? Apalagi!! kami pun mesti naikkkkkkkkk juga.haha. A bit nervous pertama kali naik sampan sebab bila aku duduk dalam tu, air sungai tu dah mcm nk menyimbah2 muka aku je. Pastu mula terbayang ada pak boya ternganga-nganga.hahaha. Aku mmg suka berimaginasi benda-benda yg mencemaskan walapun muka tetap ada senyum. Orang kata, mulut jgn cabul..hehe.

Sarawak River Cruise
Kg Boyan yang terletak diseberang Sungai Sarawak


Dalam sampan kecil
Masa kami menyeberang ke Kg Boyan ni, dalam pukul 7ptg. Dah masuk maghrib pun. Selain kek lapis, bagi aku xde apa yang menarik sangat di sini cuma ada food court dan small stalls yang menjual keychain dan kraftangan. Dari sini, korang boleh la tgk pemandangan Kuching pada waktu malam yang not so bad. Kebanyakan bangunan-bangunan tinggi di pinggir sungai adalah hotel-hotel besar. 
 

Taraaaa..sampai dah di Kg Boyan
Sebenarnya di Kg Boyan ni ada satu restoran yang agak terkenal  iaitu My Village Barok. Terletak di belakang jeti dan food court. Siangnya kami dah jumpa restoran ni sbb mmg aim kami nak dinner di sini. Tapi malangnya kitaorg lihat restoran ni dlm keadaan yang amat burukkk dgn rumput & lalang meninggi di sekeliling. Langsung xde tanda-tanda restoran ni beroperasi. Serious mcm rumah tinggal!  So, kami fikir mungkin juga restoran ni dah tutup.
 
Tup tup, bila ptg tu kami sampai lagi sekali, terkejut ya amat bila restoran yang bermandikan cahaya lampu ni adalah restoran yang sama kami jumpa siang tadi! seriesss time tu kami laki bini mcm meremang bulu roma dan saling xpercaya dgn apa yg kami lihat depan mata. Orang punya ramai dlm restoran tu tgh mentekedarah ok!! haha. Rugi plak takde amik gambar keadaan waktu siang masa kami sampai. Kalau x mesti korang pun eery. haha;p



My Village Barok Restaurant


Tgk laki aku tuuu..;p
 
Balik naik sampan juga

Berlatar belakangkan Kompleks DUN Sarawak yg baru berbentuk kubah.

Lepas sampai semula di sekitar waterfront, kami jalan-jalan pula ke Tugu Kuching yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak. Memang tak sah la percutian korang kalau x bertemu dgn anak beranak  ni. hehe. Nak samapi ke sini, korang tuju ke Sarawak plaza dan Hotel Grand Margerita, nnti akan nampak bulatan kucing ni. Malam-malam pun ramai je yang nak berposing-posing dpn tugu ni. Kebanyakannya tourists mcm kami juga. hehe.
 
 

1 Malaysian sangat depa ni..
Welfieeeeeeee!!

ok.tamat Day 2.;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...