Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Throwback 2014

As salam,
 
Aduhai, dah namanya pun lazy blogger mmg sampai ke sudah lah blog aku ni bersawang.hehe.
11 entry per year. in average 1 entry/month. not so bad lah kann!! hehe
 
ok, secara rasminya bagi menutup 2014, meh aku nk throwback sikit apa yg telah berlaku sepanjang 2014. disebabkan sel-sel otak kebanyakannya dah terputus hubungan, so aku kena bukak balik planner.haha.
 
Something Big For 2014 This is my first post in 2014. Besar maknanya perubahan yg aku nak lakukan tahun 2014 .Alhamdulillah, aku boleh kata 30% aku dah berjaya buat improvement. Ini lebih bermakna dari aku langsung xbuat apa-apakan. Tak nafikan kadang-kadang aku tergelincir juga tapi aku berharap Allah x tarik perasaan - perasaan takut dalam hati ni dan semoga aku terus beristiqamah sehingga aku benar-benar sempurna disisiNya. InsyaALLAH
 
Sekitar akhir Jan, aku menerima tawaran sbgi penjawat awam. Alhamdulillah..lama aku nak buat keputusan sebab menerima bermakna aku kena tinggal berjauhan dgn suami. Atas dorongan suami, keluarga & kwn2 akhirnya aku lapor diri pada 14.4.2014.
 
Seterusnya akhir Feb, kami ke Kuching, Sarawak honeymoon kali ke-?haha;p
 
Siapa sangka rezeki yg dtg, aku diberi retrenchment offer oleh ex-company. Such a big amount utk aku yg baru bekerja 2 years ++. Masih ingat aku tersenyum lebar apabila menerima surat tu.haha. A big thanks to my ex 3 bosses which is 2 of them pun dah tiada dlm company tu. Masya-Allah banyak sungguh kenangan manis di sana.
 
Life must go on. Seminggu sebelum aku melapor diri, aku dan mil ke Ipoh. Riki-riki tempat aku akan berkhidmat sampai ke pencen katanya. ;p Dlm perjalanan, kami singgah house launching di  Meru. Masa tu aku tergerak hati mintak hubby singgah utk saja tanya ada x rumah setingkat utk dijual. Alhamdulillah, ada!! Kami terus tengok dan mentua pun dah berkenan. haha. Esoknya, kami terus byr deposit dan mula proses pembelian rumah. Walaupun comel kecil je, Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan rumah pertamaku di Ipoh.
 
Setelah lapor diri, bermulalah rutin kehidupan kami suami isteri sbgi weekend husband-wife. Mula-mula rasa agak perit. Sepanjang bersama xpernah berjauhan kan. Cuma kata-kata mil yang aku pegang, '"sesusah mana kehidupan kita, ada org lain lagi susah kehidupannya". Masya-ALLAH. Bersyukur juga dipertemukan kwn-kwn serumah & sekerja yg baik-baik belaka. Apa lagi yg kita mahukan? Allah dah bg pelbagai bentuk kesenangan.
 
7 Sept 2014. Malam pertama duduk dirumah sendiri. Alhamdulillah, gembira x terkata. Rasa lebih tenang dan hidup semakin teratur. Walaupun perancangan asalnya nak duduk lebih awal, tapi perancangan ALLAH ada lah sebaiknya kan?
 
Tahun ini juga, aku dikurniakan 2 orang anak saudara perempuan yg comel lote. Dah lama family aku xde dgr suara budak kecik..haha. Alhamdulillah. Kami? Masih berusaha. InsyaALLAH one fine day..doa-doakan juga utk kami ye?
 
2014 adalah tahun yg baik untuk aku. Cerita sedih?hmm..kalau ada pun, Allah lebih mengetahui dan bersama-sama org yg sabar..:) Moga 2015 juga akan menjadi tahun yg lebih baik utk aku & keluarga.
InsyaALLAH..;)
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...