Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Hey, leave ur link ya!

Hello girls!


Terima kasih pada yg sudi follow my blog. 
Sudi-sudikan lah diri untuk tinggalkan link di sini; Exchange Link
Free2 nanti sy jenguk blog u all pula ya..;)
Jangan lupa kenalkan diri!

Thank you so much!!=)


p/s: ini adalah sticky post, scroll below for new entry!

WW: We are here!!

Tika ini mungkin kami sudah sampai di sini....................

















































































SRI LANKA!!
hehe..!

Doakan dipermudahkan perjalanan kami pergi dan pulang ya!
InsyaALLAH..=)


WW yang Awesome!



and this....................












































































enough said i love it!!!!!

Pungut Hasil

Olla!! Salam semua..=) Lamanya tuan tanah ni menyepikan diri.haha.Satu bulan satu entry nak up kira dah bertuah benar la kan!;p Takde story yg best untuk dikongsikan. Life as always pergi keje pagi2, ptg or kdg2 terlajak juga sampai ke maghrib baru balik. Sampai umah, kena masak plak tung tang tung tang. Tu pun kdg2 ngelat jugak xmasak.haha.Malam pukul 10 dah terpisat-pisat mengantuk ok! Pastu, esok pagi bangun rutin yang sama laa duk ulang. Kdg2 rasa mcm..alahai nak berhenti keje bole?;p

So, bila dah 5 hari weekdays hidup rasa serabut gila, weekend adalah hari yang paling syokkkkkkkkkk utk berehat dan berlibur bersama suami tercinta! Segala masalah kerja dan bebanan mmg aku tinggal betul-betul kat pintu gate kilang. haha =p Kalau free or week dpt gaji, kami mmg akan balik kg.Samada rumah parent sendiri kt Johor or umah in law. Tapi selalunya kalau ada cuti panjang la baru balik Johor..sob..sob..sob..tapi xpe, kg in law pun best sbb dapat kutip cabai dan segala sayur mayur kat kebun..seronok!^_^ Lepas tu, aktiviti berkebun disambung pula ke rumah kami!haha. So......... inilah mini kebun kami!

ok, meh jenguk apa yg kami tanam?
Taraaaaa!! cabai besar you all!hihi.



Cabai besar ni ada 2 pokok. MIL yang semaikan benihnya..bila da keluar anak pokok kami bawa ke Kulim.hehe.ngelat kan ;p cabai ni pedas ok!! Tapi mmg rasa berbaloi tanam pasal selang 2-3 hari mesti kami akan petik buat masak. Cabai besar dah la mahal. Kalau kat market paling murah pun RM11 sekilo. tu pun harga jarang-jarang dpt. Sekali masak pun bukan guna byk sgt, at least 2-3 pcs je. Kalau dapat tanam sendiri, kan jimat gituuu..=)

Cabai padi

Cabai padi ni ada 3 pokok.Mmg bukan main subur dia hidup. Hari-hari jugak aku kutip hasil.haha.Geram jek tgk cabai berjuntai-juntai.;p Cabai kecik ni mmg wajib ada dlm mskn aku.org makan pedas la katakan..;p Aku geram betul kalau pergi pasar tani org jual cabai kecik ni RM1 tapi alahai bape tangkai sangatlah dibubuhnya dlm pinggan tu. Boleh lah dibilang dgn jari kot.Alhamudlillah bila tanam sendiri, lagi puas hati tgk hasilnya...=)

Daun bawang & Ulam

Daun bawang ni hubby yg tanam. Tu pun kebetulan dia jumpa bawang aku dlm kampit guni yang dah bertunas. Nampak benar aku perap bawang setelah sekian lama tak masak.kahkah=p eh eh, aku masak lah cuma pesen aku kalau beli bawang suka beli sekampit terus. Konon2 nak bajet lah beli sekampitkan  murah. Tapi skrg tak beli dah yg kampit2 tu pasal kalau ada 30 biji (betul ke biji?) dlm tu, 15 je kot yg boleh buat masak. 15 biji lagi sedialah utk ditanam mcm yg hubby aku buat ni.;p  Aku suka daun bawang sbb kami laki bini suka makan cucur udang bawang! haha. Last week dah rasmi mkn daun bawang ni, alhamdulillah, mau plak dia tumbuh lagi..=) Satu lagi, ulam. Ni pun hubby yg suka-suka tanam, sekali mau plak dia hidup.hehe.
Tunggu dia banyak sikit baru boleh makan.

Daun sup yang baru tanam..haha.


Daun sup ni aku beli kt market.Kan selalu depa kalau jual mesti ada akarkan? Saje lah aku try tanam, kalau hidup rezeki kami lah.hehe. Daun sup pun antara item yg aku suka beli kt market. Kdg2 tak guna pun, buat layu dlm peti ais ja..haha=p aku suka pasal dia wangi..boleh??
Daun kunyit

Haaaa yg ni bukan main meriah dia hidup. Daunnya besar-besar pulak tu.Item ini antara yg wajib ditanam pasal kami selalu guna daun kunyit ni utk balut ikan untuk dibakar!hehe.Suka-suka..=)

Betik jantan hubby aku punya

Haha.betik ni hubby aku yg tanam..ntah bila dia tanam aku pun xtau.tup tup dia dah bertunas n besar bukan main lagi. Hubby kata betik ni tak berbuah pun, dia tanam sbb nak makan ulam nya ja. Aku mmg tak makan la..pasal pahit sangatt..erkkk.

Dan ini, fresh dari ladang!haha.

Hasil kutipan pagi sabtu yg lepas punya dah selamat aku buat nasi goreng dan pagi semalam aku buat kuew tiau goreng..hehe. Seronok gila dpt makan hasil tanaman sendiri.Alhamdulillah, ada tangan sejuk yg rajin menanamnya..=) Nasiblah tanah sekangkang kera je..kalau seluas padang bola mau aku tanam sawit terus.kihkih..kaya wooo sape ada sawit ;p


Sedikit tips lah dari aku..baiknya kalau nak bercucuk tanam, tanam lah dalam poli bag atau pasu tembikar.  Bukan pasu plastik ye sbb panas, kang tumbuh benda lain plak.haha. Tapi aku prefer poli bag sbb ringan dan senang nak pindah-pindah. Poli bag tu beli yang besar. Pasal apa aku suruh tanam dalam poli bag? Sbb tanah yg especially kt rumah taman perumahan ni confirm tanah kering punyakan? kalau korg tanam terus kat atas tanah, belum tentu dia mau hidup (kalau hidup, alhamdulillah!) especially cabai2 dan pokok berdaun halus2 mcm daun bawang n sup tu.hehe. Tips no.2 bubuhlah jaring hitam mcm hubby aku bubuh tu utk elakkan direct sun kepada tumbuh-tumbuhan. Pasal tumbuh-tumbuhan ni mcm kita juga, kalau dah siang kena berpanas terik berpeluh bagai, mau tumbang juga kot kan? Same like depa lah, nak hidup pun lemau ja..silap haribulan terkulai terus. hehe.. Tips no. 3 campur lah tanah tu dengan tanah baja. Hubby aku beli tanah hitam kt nursery..murah ja RM2 sekampit. Pastu, rajin-rajinlah siram depa ni pagi n ptg.hehe. Kadang2 jiran sebelah aku ni baik hati jugak tolong siramkan pokok-pokok kami tu..;p Tips no. 4.. ni hubby aku punya petua, dia kata kalau dah nampak cabai atau daun-daun  hidup meriah sgt, sila2 lah petik dan kutip sbb tumbuh-tumbuhan pun ada nyawa kan? Kalau dibiar layu ja, diorg merajuk tak mau hidup nanti..hehe..
 

Last but not least, hubby yg tgh rajin basuh karpet. siap sedia disimpan utk raya nanti. bukan kata nak beli karpet baru ke hubby? eh eh..=p



Takde Niat Nak Beli Pun Sebenarnya..

Olla!Salam semua! Sihat?Masih ingatkah dgn cik puan empunya blog ni?hehe. Almost a month tak hapdet blog rindu sebenarnyaaaaaaaaaaa tahu!! Sejak bekerja ni mmg malas gila nak bukak blog apatah lagi bila dah sampai rumah lagilah membukit malasnya. Lagipun, takde feeling sgt nak blogging kt office, kejap2 clicks mai, kejap2 manager plak mai. Senang kata, mmg tak dan lah wei! Ok, later kite cecite psl kerja ya sbb skrg ni nak cecite benda lain.hehe.

Alkisahnya last week kami berdua shopping2 year end sale kat Gurney Plaza. Mai sana mmg dah target lah nak beli jeans and pant husband disamping jeling-jeling mata kat butik Coach. Dari jauh dah kelihatan segak gila sale assistant dia. Lepas tu tgk diri sendiri..alaaaaaa, mcm selebet sgt dressing  haritu dgn jeans kerja tak basuh 2 bulan, pakai plak blouse mak-mak dgn tudung awning bunga-bunga RM10 jek..hahahah..tu pasal mak kata JELING saja ok! Mmg gila low estem lah aku haritu! =p Ada plak sorang amoi ni dressing cun abis (sambil riak-riak sikit!aku taulah muka dia mmg eksyen abihlah!) keluar butik dgn paper bag Coach besar gila! Aku pulak yg teruja tgk sbb paper bag dia cantikk ok!! Haha. Agak-agak kalau beli paper bag dia saja boleh tak?*Pangggggggggg* Eh, sbb kalau beli Coach online mana dpt paper bag kan????kan?kan? Ha, merepek plak dah.

So, on that day dah namanya pun shopping tak sah la kan kalau over bajet lagi-lagi beli benda yang takde dalam list panjang. haha=p Lepas tu balik rumah mcm nyesal gila beli. Tapi, benda alah yang satu ni takkan nyesal lah kot pasal aku lg excited nak pakai walaupun skill tu org kata tak berapa nak ada..kahkah=p Suami aku plak mood dia ok haritu, dan-dan dia suruh beli jek mentang-mentang lah tgh sale kan. Cuba kalau beli dgn normal price?tercungap-cungap aku nk membayarnya!hahaha.

Meh, intai sikit apa benda alah nya?;D

Haaaaaaaaa..can see now?haha.yes, tak pernah terpk one day aku akan beli swimming wear ni. Pasal dulu masa kecik-kecik, aku ada satu perangai suka gelakkan org bila tgk org mandi pakai swimming suit. Aku rasa mcm sotong lembut tenggelam timbul atas air.;p Kecik-kecik dulu mana nak dapat swimming suit, takat mandi parit depan rumah kita kasi terjun sajalah! Balik sekolah agama terus berendam dgn bajuu sekolah pun okkkkkkkkkk, lepas tu naik rumah kena bantai dgn mak.;p Lagipun dulukan aku ada satu pemikiran kalau org yg ada swimming suit ni mesti anak-anak org kaya. Ntah apa-apa kan. Tapi, ini pemikiran dulu2 la. Now, everybody can wear maaa..;D 

So, bila dah dewasa sikit ni, barulah ada kesedaran nak pakai swimming suit pasal aku mmg suka main air walaupun mula-mula tu mcm ala-ala fobia nak kena lempang gitu. Nak-nak tgk pool yg besar-besar lagi lah rasa ada benda melambai kat dlm air tu.scaryyy ok! Tapi, seminit jekla fobianya lepas tu berendamlah sampai kecut kulit.  Kalau kat pool tu tak payah ceritalah, mmg setakat ditepian aje haha.  Diulangi, ditepian sahaja.haha. Realitinya aku mmg tak reti berenang pun!kahkah=p eksyenn jekan beli swimming suit..ada aku kesah??;p 

Tapi, apapun aku rasa sgt berbaloi beli sbb lepas ni for any vacation yg ada mandi2 aku tak pyh pening pala dah nak filter seluar and baju yg cannot see the trough of panty and bra. Lagipun mcm takde nikmat plak mandi pakai panty kan. Bra tu sah-sah la kena pakai! hihi. Swimming wear yg aku beli ni jenis 2 piece-baju labuh paras paha and seluar. Jenis muslimah punya. Ada certain panggil Burqini if i'm not wrong. Then, kalau sblm ni mandi paling2 pun pakai anak tudung kalau jahat sgt kdg2 togel jugak kepala .haha. But now sudah ada cap attached dkt baju! Kalau nak mati cepat silakan pakai bikini ye.haha. Ada jugak jenis coverall yg 1 piece tapi aku geli plak tgk diri sendiri depan cermin dgn baju mandi mcm tu. HAHA. Size M ye (dah lama aku tak beli baju size M haha;D) Kain plak jenis high grade lycra kalau tak silap. Aku bukan tau sgt requirement apa kena tahu masa beli swimming wear ni pasal dah nama pun tak terniat nak beli.haha.Janji aku beli murah dgn harga RM150 debit card. Ye ke murah???? No idea at all ;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...