Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Wedding Update II

1. Sesi menginai selesai! Hasilnya? nnti kita tgk yer.......=)



2. Pelamin setup sudah siap...cuma tinggal last touch up and fresh belum digubah.


3. Kendarat mak selesai buat scallop pada khemah..=) combination of yellow-gold n white..

4. Doorgift utk tetamu juga sudah siap di pack!=)


5. Bilik sudah ada sikit nmpk mcm bilik pengantin.huhu. Simple DIY and decoration.i likeee~~


moga sume berjalan lancar..=)
ameen.

Wedding Update I

1. Kanopi dah siap pasang ahad lepas lagi. Seronok sgt tgk pakcik2, sepupu2 dan org kg gotong royong. alhamdulillah.



2. Hantaran sudah disusun dan diikat reben. Siap tanda lagi untuk rujukan.hehe.
Terima kasih along!! so, tinggal untuk potong gabus basah dan cucuk bunga saja!insyaALLAH jumaat nnti akan settle.

*sebelum*


*selepas*

3. Duit baki untuk vendors sudah disediakan!=) official photographer dan wedding boutique.
Tak lupa Tok kadi dan saksi. Untuk negeri johor upah kadi RM110, dan saksi RM20 seorang.


4. Thank you abah sbb sponsor York untuk bilik pengantin!! hehehe..=)


wedding update akan dipost from time to time start today!
till then!

Henna for Batu Pahat Brides

nak jadi raja sehari, inai or henna mestilah kena pakai baru nmpk berseri. ye x?
kalau xnak pki jgk? ada aku kesah?hahaha=p
isk, baik pakai la kan.

hajat dihati besar sgt nak lukis inai di tgn.
erk, mmg nak pun. psl hukum ada org kata boleh, ada org kata haram.
tapi, aku da kaji dan telah aku fahami dan aku ada pendapat aku sendiri mengenai henna.
cuba baca ini. henna dibenarkan kerana ia bukanlah tatu yg kekal di kulit.
byk org salah faham mengenai keduanya. asalkan campuran henna tu tak mengandungi unsur haram dan tidak membinasakan, so its ok. dan yg paling penting lukisan inai tadi tidaklah menyerupai binatang. satu lg korg cube fahami, inai dipakai kat hujung jari tu kena kulit x?
inai yang dilukis kat tangan tu kena kulit x?
ke nak buat inai lukis tu kena guna kulit org lain dan tampal?haha=p
dan senang cerita, klu sapa yg was-was baik jauhkan.
aku x was-was sbb tu aku nak buat.haha.

yang penting aku da mintak permission dari mak, dia kata ok.
abah pun ok jek. sepupu sepapat? lagiiiiiiiiiii ok!
en tunang? x ok! ada aku kesah?haha=p
belum jadi suami xpe derhaka.*jahat*
ada en tunang kata dia nak pki inai dua jari , sebelah tangan jek.
lepas tu nak pakai lepas akad nikah.
kalau korg jadi aku, hot x dpt tunang mcm ni?
naik darah tinggi aku!haha=p

dlm diam2 aku pi survey jgk corak inai yg cantik2.
dah siap send MMS kat decorator lagi utk dia practice.
hehe. derhaka lagi.biar en tunang terjembul biji mata tgk tgn i.haha.


ok, kat sini i nak share utk brides from BP.
Kalau u all nak cari pelukis inai maybe info ni berguna

1) Dewi Henna
Location: Boleh jumpa dia dekat Dataran Padang Batu Pahat setiap hari jumaat, sabtu dan ahad.
Ada booth-booth kecil kat tepi padang tu.
Time: 8 pm to tengah malam kot.
Harga: RM5-RM10 untuk satu tangan (walk in). Untuk brides plak, dia akan dtg rumah. harga da termasuk kos petrol.RM 100 untuk kuku kaki dan tangan, inai lukis tangan dan kaki
RM 80 untk inai lukis tangan dan kaki sahaja.
Jenis inai: Tak berapa pasti tapi ada dua jenis.yang tahan merah untuk 3 hari dan ada yang untuk satu minggu. Lepas tu inai akan start pudar.
Contact No: 016-7434340 (Kak Dewi)
Comment: aku da pergi sendiri jumpa kak dewi ni. talented orgnya. dia ada sediakan design.just pick saja yg mn suka.kalau request nak design sendiri pun boleh.



2) Pusat Kecantikan Mazni
Location: PKM ni byk cawangan. Tapi last week i pergi utk facial yang dkt Jalan Rugayah (Atas BSN depan bus station Batu Pahat). Dapat contact dari dia.
Decorator: Kak Balqis (boleh jumpa personally dekat PKM Carrefour depan kedai Papa Roti)
Harga: RM10 untuk satu tangan dan utk saja-saja. Untuk brides plak, sila dtg kedai. RM70 untuk kuku kaki dan tangan, inai lukis tangan dan kaki. RM 50 untk inai lukis tangan dan kaki sahaja.
Jenis Inai: Tak berapa pasti. Tapi yg tahan untuk 3 hari jek
Contact No: 017-7567918
Comment: da pergi jumpa kak balqis ni. dia xde sediakan pilihan corak. tapi dia boleh buatlah.

Kedua-dua decorator ada pro and cons. pilih la mana yg suka yer.
For mine, kuku nak guna inai hidup lagi asli. biar lambat hilang..smpi bila2 pun nak feeling pengantin baru.haha=p lukis inai of course kena upah pelukis inai. da book tarikh dan masa. tinggal tadah tangan dan kaki saja!hehe=)

pernah dgr x org kata, kalau inai tak merah kat jari..org kata da takde dara????
BENGONG punye statement!!!



DIY: Bridesmaid Handbouquet

EMPAT hari lagi!=)

DIY yang ini mmg betul2 ajaib
haha.sebab x pernah terpk kot nak buat.
tapi, smlm masa kemas bunga2 yg mak buat dlm entry ini,
ada satu group bunga warna pink yang mak asingkan dan xnak guna.
aku g amik, belek2 dan tenung lama2
tiba2...*TING* dpt idea nak buat handbouquet untuk bridesmaid!

apa lagi, menggunakan skill yang ada yang dipelajari dari youtube, aku try buatlah.
nasib cukup okey bunga-bunga tu sbb nak buat utk 4 org.
tapi terpaksalah mix up colour pink and shock pink sbb bilangan bunga yang x balance.

so, susun dulu bagi kemas2. satu handbouquet 3 kuntum bunga jek.


lepastu seletipkan pada pangkal bunga. lilit banyak2 kasi kuat.
better guna seletip yang bermutu tinggi.hihi


amik reben dan lilit tangkainya.
lilit rapat2 jangan sampai rengang.


bubuhlah reben kat pangkal bunga tadi.


tadaaaaaaaaa!
siap kurang dari satu jam.


selamat melaram bridesmaid ku!!

DIY: Wishing Tree

LIMA?
perasaan? masih lagi ok.=p
aku x normal kah?haha.

Makin nak dekat kawen makin byk plak DIY yg aku buat tapi x menyempat2 nak share ngan korg.kalau x sempat gamaknya kena continue lepas kawen lah.
ke blog ni akan terperam atau terkubur terus?
korg rasa aku kira kategori mcm mn?
haha.sendiri mau ingtlah cik meeya oiiii!haha.=p

ok la, kali ni nak share mengenai wishing tag.
mmg da lama design, print dan gunting.
tapi baru hari ni ada mood nak blog kannya!
sebab.............. masih dlm perancangan antara jadi dengan tidak.
hihi.

wishing tag ni i buat sbb nak gantung kat wishing tree!!
mari kita tgk cth2 wishing tree yg sempat i google..hehe.


cantik!mn lah nk dpt ranting mcm ini!


sape yg ada pokok besau2 kat rumah boleh apply mcm ini!
me non ada.hahaha=p


cute


sape pernah jumpa stand mcm ni?
sgt woowkan!

kredit all pictures to google images and thephotolicious

then, for mine of course la biasa2 jek..
angan2 cetek so hasilnya pun xseberapa.haha

so, mula2 DIY dulu wishing tag yg u all suka.
nak 4 segi sama e, 4 segi tepat ke, molat ke. janji korg bahagia.hihi.
yang ini yg aku da siap cetak dan gunting.
simple jek kot buat pun xbanyak dalam 50 keping jek.
tak berani buat byk2 sbb idea ni masih baru utk majlis kahwin di kg mcm aku ni.
haha.yg pasti semua kwn2 sepupu yang dtg wajib tulis.
dan aku da sediakan gift utk sesiapa yg baik hati nak meninggalkan jejak diwishing tree aku ni.
best x?best x?

ini wishing tag yag aku da siap tebuk dan dah siap untuk digantung!
tinggal tulis saja=)


dan ini............teng teng teng!
wishing ranting! muahahaha.
tak sesuai deh nak kata wishing tree.
kesian gila kot ranting aku tak kembang semangkuk.
dalah cepat patah dan rapuh..=(
mn lagi ntah aku nak cari ranting ni..

kita tgk la nanti hasilnya mcm mn.
berjaya ke x dihari perkahwinanku..haha=p
aku mls nak leter panjang2 sbb DIY ni 70 % jek keyakinan nya!
nak DIY kena cekal tabah hati tauhu?
haha=p





DIY: Personalized Your Lable for Water Bottle

SEMBILAN!
yer 9.
haha.
perasaan? ok lg.hikhik.

hari ini dari bangun pagi sampai ke malam i DIY water bottle lable.
idea ni lama da bertapak dalam jiwa, tapi tak terluah2.*eceh*
mak abah pening kepala kot tgk aku duk main dgn pisau ngan double seletip tak sudah2.
haha

okla, takde masa nak bebel pnjg2,
here some pictures yang inspired me to DIY.


itu adalah lace yer!!*xmampu*


simple black n white lable


wow! sesiapa yg ada pre wed pictures, boleh tepek gmbr jadi lable!
me?non ado!haha=p

alkisahnya nak dijadikan cerita, awal dulu da start reka lable sendiri.
agak nice jgklah! tapi memikirkan kos printing colour yang memerlukan budget agak besar disitu, terus cancel. pasal i nak kena DIY utk 120 bottle. 1 sheet paper boleh print dlm 2-3 lable, depends on size la. 1 sheet paling mau RM0.50 kot nak print. kalau da nak 120 lable, ce cuba kira utk i.haha. then, i come out with a new idea which is guna wrapping paper!
kat luar sana sgt byk wrapping paper yang comel2, cute2, lawa2.
pilih la mana korg nak kan.
mcm i pilih corak mcm tradisional sikit. batik ke?ntah.vintage ke?xjgk.haha.
janji murah. RM1 sekeping, boleh dapat 25 keping lable. berbaloi ko!haha.

ha, lepas tu pergi cari mineral water kt kedai borong or hyper market,
banyak sgt brand. janji sumber nya halalun.
balik rumah, buang lable plastik smpi togel.
lepastu korg tampal la wrapping paper yg da dipotong ikut size lable asal tukan.
nk cun sikit, tambah lah ribbon ke tq tag ke.

so, i tinggalkan korg dgn gmbr saja.
ala, xletak gmbr pun korg teror jek nak buat kan.haha=p


simple jek!

mineral water ni nak letak dkt main table pengantin dan masa makan malam lepas nikah.
khas untuk keluarga pihak lelaki..=)

ok, next DIY...jeng.jeng.jeng

DIY Simple Wedding Invitation & Bunga Manggar

aish, dikala ini mmg tahap serabut punya gaban.
gaban pun xserabut mcm aku.
rilek jek melawan musuh.haha=p
alkisahnya, baru balik dari penang selepas 4 hari melarikan diri dari persiapan kawen.
oh, melarikan diri bukan maksud berfoya2 yah!!
banyak benda yang perlu settle down kat sana sebelum kawen.

hari ni, balik rumah bukak blog, tgk ticker tinggal 11 hari lagi..
terus AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!
tidak.tidak.tidak.aku nak kawen dah.
lepas tu mak start bebel, langsir bilik tak match suh beli langsir baru, abah pulak bgtau wedding card tak cukup, kena tambah lagi dalam 50 kpg, then mak keluarkan plak bungga manggar, sedia utk dijahanamkan.
Kat depan rumah, kerusi dan meja makan dah tersadai.
erkkkkkkk..tiba2 jadi ngeri..

dikala inilah kekuatan mental aku diuji.
ok, i sudah menjadi aku. haha=p
sebagai seorang yang berfikiran positif, yer aku mesti kuat.*eceh*
sebagai penyetel masalah, benda pertama aku buat pagi ni adalah DIY simple wedding card.


ish, segan plak panggil card, pasal print guna paper sheet 60g jek.haha=p
kesian kat abah, dia pergi print wedding card aku byk2 adala kot dlm 50 kpg ngan kertas kuning. mmg tak cantiklah hasilnya. tgk ni...=(


x semenggah betul abah aku ni, ni jemput org pun xde yg nk dtg kot.hihi.


sbb tu aku nak DIY kan utk dia.
org2 kg aku kalau kenduri kawen, kad jemputan mmg simple gila.
sekeping kertas lipat2 then staple. mcm yg aku buat ni.
tapi, org dtg jgk.haha=p
so, da takde masa nk pk border cantik2, font cantik2 ke..
apa yg aku rasa cantik aku persembahkan.
hasilnya,
taraaaaa...



simple is good.print pun pakai laser jet, so ok la.

lepastu,
buat bunga manggar plak! BUNGA MANGGAR not BUNGA MANGGA yer.haha.
aku guna cara lama, tradisional.
takde masa nak DIY bunga manggar gula gula ke kuntum bunga ke.non ada masa.haha.
tradisional2 pun, mak aiiiiiiiii punye susah ok nak buat.sebatang lidi ni mau perlukan kesabaran tahap dewa gaban kot. habis dgn tangan2 aku terpusing nak melilitnya.silap lilit mau koyak itu bunga manggar..erkkkk pesal la aku xbeli jek yg da siap tu!kan senang tinggl cucuk jek.erk!

at least utk berarak kena ada dua pokok.
satu pokok 50 pcs.lagi rimbun lagi cantik kakak aku bilang.
dia bilang aje pandai, tolong aku takmau.ngelat betul.
nasib nk bg aku anak buah lg sorg dlm perut tu, so dimaafkan.haha=p
utk wedding beli dua kaler, gold and silver.

gold ada star2 lg!comel gila
.silver tu biasa2 jek.
nak tunjuk jgk kt korg..haha=p


beli dkt ayer hitam, 6 keping RM10.
Kalau satu keping kat price sticker RM 2.90. sajekla tu nak kaburi mata, padahal mmg harga nya 6 keping rm10. ce cuba kira sekeping.haha.
So, beli 12 keping, 6 keping gold, 6 keping silver.
Setiap keping, ada 20 ela panjangnya dan boleh dpt dalam 10 cucuk adik kat kedai tulah kata.
tapi aku tak dpt pun, asik putus sambung, belum kira aku buang yang da tanggal bunga nya lagi!haha=p
average dalam 8 cucuk lah!

lidi tu plak, makesure korg cari yg pendek sikit ke sederhana panjang ke panjang.
pasal korang nak bentuk kan pokok bunga manggar tu nnti jadi molat kan.
makanya, kena ada variety of length org putih kata.
lepas tu, lidi korg haruslah keras yer.
pangkal keras hujung lembut is nice!baru cun!
ini aku imagine sendiri lah..haha=p

da siap cucuk nnti aku tepek gmbr.
tu pun kalau tak sempat da kena rembat dgn budak2.hihi

sambung lagi buat keje.
tada!





K asut Sanding

Sempena SALES yang lepas,
sempat menyelinap keluar dgn cousin g shopping moping.haha.
Sebelum keluar da siap dgn list kat tgn nak mencari apa.
Tips ini perlulah diguna pakai yer girls.
Pastikan rancang perjalanan shopping anda!hehe.

Shopping kali ni main item yang dicari adalah kasut sanding!
Last time, i dah dapat kasut nikah. Entry ini.
Tiba-tiba gatal kaki nak g pakai kasut lain plak sanding nntikan.
eh eh mmg gatal betul kaki ni=p
colour kasut-of course kuning diraja!tapi mana nk dapat deknon oii..
so, nearest colour adalah slow yellow or gold.
Susah jgk nak cari dkt mana2 kedai kasut.
Tapi, taknak bazir duit nk g menempah punya pasal dan sememangnya i tau lepas kawen haremmmmmm i nak guna kasut tu as daily shoes, so tabahkan hati jgk mencari.
Gila ko kasut 3 inchi nk g pasar ikan dgn hubby.haha.
Kalau g wedding or formal event maybe kot, tapi boleh dibilang dgn jari ya amat.
Sebab i selesa pakai sandal comfirt Crocodile jek kemana-mana.
haha. da macam ibu mengandung.
Tapi preggy sok, up sikitlah demand dgn laki i yang 'kaya' (AMEEN..) tu pakai sandal Scholl plak.
hahaha=p

Mcm da melalut jek i ni.
hihi. oklah tepek sikit kasut sanding i ni.
taraaaaaaaaa!







































alamak, quality gmbr tak berapa good.
cuma nak tunjuk jek kt u all, kasut i colour slow gold sikit, then yg best kt tumit ada batu blink-blink.I like~~~~~~~~ memenuhi spesifikasi!
mak suruh pakai stokin nipis tu, tapi i tak rasa itu cadangan yang bagus sbb kasut i ni agak terbuka dan keadaan kulit kasut ni agak licin jgk.
Agak tidak sesuaiiiii penggunaagn stokin disitu yer mak.AMpun!haha=p

sekali tgk, takdelah cantik sgt rupa kasut i ni, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila da sarung kat kaki i,
amboiiiiii terserlah keanggunan hokeh!
mood perasan betul.

eh, tapi betul.=p

sbnrnya i ye ye o beli, tapi mcm tak taulah nak pki utk sanding ke x sbb sekali ingt balik mcm tak kena dengan tema baju sanding i jek..haha=p
xpela, THINK POSITIF.
kalau x jadi pakai pon, sy da ada pembeli yang menunggu kasut ini utk dilelong!
see, kan i da kata ramai yg nak kasut i ni sbb i pakai anggun jek gitu.
hehe.so, non rugilah kalau beli xpki pun!
ada b2b yang nak beat price?
tapi kasut i murah aje!
maybe boleh jadi give away utk u all.
Kita tgk nnti lepas i kawen!
20 days to go.

CHAYOKKK!!






Duit Tabung I

Tipu kalau i kata semakin nak dekat kahwin, semakin banyak duit simpanan i!
Oh tidak mungkin itu berlaku dengan keadaan i yang sedang ceria menganggur sekarang ini.
Kenyataannya, i nak lagi cepat kawen biar duit tabung berhenti disitu dan tidak akan berkurang malah bertambah dengan duit nafkah dari suami pula.
owhh, itu i suka.hehe.=p

bukan pasal jumlah duit tabung yg nak i share,
cuma nak cerita sedikit pengalaman i menabung dan berbelanja ke arah yang satu ini-KAHWIN!
Terus terang, i tak pernah bekerja. Lepas habis degree, i buat MsC. Alhamdulillah, i dapat elaun biasiswa setiap bulan utk selama 2 tahun. Ini bermakna 2 tahun juga i keep saving my money utk kahwin walaupun masa tu perasaan utk kahwin masih samar-samar lagi. Tapi i suka bila tgk duit i makin bertambah dan tambah dan banyak. Betul pepatah kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. haha. Mesti korg ingat duit i membukit sgt kan!haha.
Tapi i puas bila dapat belanja my mom, my k.long and adik ke langkawi. Frust sikit sbb tak dpt bawa abah masa tu. insyaALLAH, ada rezeki tahun ni i bawa semua!;)
I gunakan juga duit tu untuk pasang 2 biji aircond dirumah.
Tapi i tak pernah rasa susah utk itu. Malah i rasa sgt2 terharu sebab i mampu ntuk berikan sedikit kegembiraan utk keluarga. Betul pepatah kata, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. =)
Dan paling seronok, kini i dapat gunakan balance duit tu utk kahwin.
Tak banyak tapi i cume boleh kata ia CUKUP.InsyaALLAH.
Bila perancangan utk kahwin bermula, masa tu i da start gundah gelana dengan elaun biasiswa yang da expired, my SV just bayar berapa ratus saja utk 3 bulan lepas expired tu. Syukurlah cukup utk makan, sewa rumah dan sebagainya. No more saving dari duit elaun. Masa tulah, i dan tunang gila-gila start balik bisnes online. Alhamdulillah, tuhan pemberi rezeki. Then, now i balik kg dan duduk dirumah sampai wedding. Kos hidup sepenuhnya dari tabung kawen! Ramai yang tertanya, kenapa i tak cari kerja or bekerja sambilan?Jawapannya mudah, I percaya pada rezeki selepas kawen dan i taknak parents rasa susah payah untuk wedding i.
Sebab itu i memilih untuk menganggur sementara.
Bila duduk di rumah, masa mmg banyak dihabiskan untuk preparation.
Semua i nak buat sendiri kecuali crepe paper flower yang mak i gubah ye.Itu kes terpencil.haha.
Kadang-kadang mak i nak tolong pun i tak kasi dia buat.
Sampai dia naik nyampah nak tolong kot sbb i ni kdg2 cerewet sikit, senget sikit reject.
haha.tapi i tau mak i senyap-senyap tolong siapkan reben sebab i bgn lambat dipagi hari.
haaaaa..samapi mcm tu sekali tau x kerenah kami dirumah.

Itu belum cerita kalau kami pergi shopping.
Kadang-kadang tak sampai hati tengok mak yang terkial2 kt kaunter kena bayar utk brg2 kegunaan kahwin i walaupun itu mmg bahagian dia. Bahagian dia adalah kelengkapan rumah seperti langsir dan kain-kain, makan-makan dan jika ada perjanjian 2 hala antara kami.
Contoh, hari ni i byr utk A, esok dia byr utk B. Amount kena sama.haha.
Then, utk kelengkapan lain mmg i yang byr walaupun kdg2 rasa mcm sesak jgk nak kuarkan duit tu. Nak mintak mak duit, mmg tak kan terkeluarlah dari mulut ni kan. Malu ok, i yang nak kawen takkan i nak mintak duit kat dorg pulak kan. Umur pun da suku abad, mcm tak best plak nak tadah tangan nikan. Kadang2 i merungut jgk dlm hati, tapi cepat-cepat sedarkan diri dan rasa ikhlaskan dlm hati untuk semua ini.
Nyata, ia berbaloi!!

ALLAH tu Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.
Bila kita ikhlas dan bermatlamat untuk melaksanakan ibadah dan sunnah Rasul-Nya itu, Dia bukakan jalan.
Kadang-kadang, rezeki tu datang bukan dengan turunnya wang, tapi datang dengan cara lain.
Kegembiraan dan rasa dipermudahkan walaupun duit dalam tabung da susut sangatkan.haha. Dan kadang-kadang, rezeki tu juga datang bukan untuk i, tapi datang utk tunang, kerjayanya yang semakin baik, serta untuk keluarga. Tempiasnya bukan i jugak yang merasa ke??haha=p

Kesimpulannya, i cuma nak u all sentiasalah percayalah dengan rezeki yang tuhan beri. Dalami setiap dugaan yang ditempuh itu, akan ada hikmah yang tersembunyi.
Keduanya, janganlah sesekali LOKEK kepada ibu bapa dan keluarga. Selagi termampu, senangkanlah mereka. Nikmat keberkatannya akan dirasai kemudian nanti. InsyaALLAH.
Ketiganya, ikhlaskanlah hati untuk membantu mereka sebaik mungkin. Janganlah sesekali merungut dan jangan pula harapkan pembalasan dari mereka.
InsyaALLAH tuhan balas kamu dengan lebih banyak kebaikan.

Motivasi lah pulak!hihi=)




Tip Deco-deco Hantaran

Tadi i terbelek balik majalah pengantin yang lama.
Edisi Ogos 2010. Cover depan Juliana Evans.
La ni da tak beli da majalah pengantin.
Cukuplah setahun dari Januari 2010 to Disember 2010 i menjadi pelanggan setia.
Habis koyak rabak lunyai da majalah-majalah tu i kejekan.
Sekarang ni harga da naik wooo.. dulu RM10 sekarang jadi RM14.90.
Tapi....b2b yg nak kawen tu, silalah jangan jadi kedekut, make sure every month budget ur monthly salary utk beli majalah pengantin ok!
Berbaloi-baloi.haishhh mls lah nak promote lebih2, non ada komisyen pon!haha=p

ok, ckp byk2, sbnrnya nak share satu tips utk deco-deco hantaran.
Sebab i pon nak tgh cari idea and tips utk menggubah hantaran.
So, i share dgn u all jgklah!

1) Pastikan warna alas dulang/dulang sesuai dgn bunga yang dipilih. Or skrg ni trend b2b guna bantal kan..so, make sure tau warna tema hantaran then baru beli alas kain bantal tu ye.
Kalau nak dekorasi yang menyerlah, warna kontra mmg cantik.for example, red and gold!uuuu..tahun arnab ni warna gold mmg ada ong!haha.

2) Barang hantaran perlu sesuai dgn warna bunga, warna alas dulang, size dan bentuk gubahan.

3) Elakkan penggunaan "double tape" especially pada barang2 hantaran.
Trend skrg ni, hantaran main letak atas bekas jek.
Takde da kot kain pelikat jadi rumah, jadi masjid, jadi kipas.haha.

4) Kalau nak guna reben, cari yang berdawai ditepi dan saiz besar.
Kalau reben yg berdawai ni mmg senang nak bentuk..=)

5) Jika guna bunga segar, span basah perlu dibalut dengan aluminium foil atau plastic wrapper.Kalau tak nnti basah pulak brg hantaran u all kan.
Bila

6) Seimbangkan pemberian makanan dan barang-barang hantaran. Cth, jika bg 9 dulang hantaran, 3 hantaran boleh bg makanan dan 6 dulang bentuk barangan. Apa pun, ia terpulang. Kalau saya, masa tunang dulu da bagi byk makanan dari brgn, so masa nikah ni bagi brgan pula lebih dari makanan..=)

7) Kalau hantaran bentuk mknn tu, seeloknya guna bekas mknn yang tertutup dan elakkan dari terdedah. Boleh tutup makanan tu dgn plastic wrapper dan hias cantik2. Kalau mknn mcm kek dan tiada bekas , seeloknya sediakan bekas/kotak untuk lain utk mudahkan pembawa hantaran tu nnti nak bawa pulang. Karang tersadung tgh jalan, terpelanting pulak kek tu kan!haha=p

8) Elakkan susunan gubahan yang terlalu tinggi. Orang skrg, gubah sirih pun rendah-rendah jek.haha.org dulu-dulu sirih lagi tinggi lagi bagus pasal sirih tu ibarat kepala adat lah.

9) Opss...jangan lupa buang tag harga barang-barang hantaran. Kot ye pon pakai COACH, agak2 lahkan nak menunjuk nya!haha=p

10) Seeeloknya, penggunaan dulang hantaran biarlah sama tinggi kesemuanya. Baru nampak cantik dan sedap mata memandang.

11) Penggunaan bunga segar mmg cantik. Tetapi utk perjalanan yang jauh cth perlis ke johor tidak terlalu sesuai. Maybe boleh beralih kepada penggunaan bunga dip dan bunga stokin.Jangan tak tau, harga kos utk bunga-bunga seperti dip dan stokin lagi mahal dari bunga segar!
Apapun tepuk dada tanyalah selera!

ok, finish.
kredit to Majalah Pengantin..=)

lepas kawen nak beli majalah apa pula ya...?


Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

wow!
aura MZ kembali dengan lagu versi Melayu nya!
wow!
wow!
wow!
annoying kan aku!wow!haha.

baik dgr MZ dari duk melayan cinta 3segi tak keruan Pasha Sandar.
muahaha=p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...