Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Cerita Kuali Tefal II-Must Read

hikss, poyo je nak sambung2 ceritakan.
haha.no la, niat nak habiskan sambungan mlm tu juga tapi suami dah panggil tido, kang durhaka plak V_____V
;p

Nak dijadikan cerita...jeng..jeng..jeng..
i dapatlah si tefal tu!yippieeeeeeeee!! sedang elok jek duduk dalam raga tu.kahkahkah=p
pergi tanya dgn promoter, kenapa si tefal ni duduk dalam raga yg most of the items mcm dah nak lose.
yela, risau juga kot ada any defects atau bila nak guna kuali jadi tak panas ke.haha.
tapi i dah 10 x check mmg baekkkk punya barang..;p
owh, rupanya depa nak clearkan stock..=) 
Setelah potong dgn voucher, akhirnya dapatlah si Tefal ni dgn harga RM54.50 sahaja!!
Murah okey! Dah pulak 4-5 hari ni kuali lain tak berusik langsung, tiap kali pergi dapur sibuk duk memuji si Tefal ni kat suami.kahhhhhhhh=p

begitulah cerita si Tefal yang bajet mcm i sorang jek ada Tefal kat rumahkan?haha
nope, apa yang lebih penting, sebenarnya i nak share dgn korang satu artikel mengenai Tefal.
Ntah korang tahu atau tidak sebenarnya non stick cookware mcm Tefal ni menjadi salah satu penyebab ketidaksuburan. Ngeri jek dgr kan? utk org yang mcm i tgh TTC of course seriau gila kot nak guna Tefal ni.

As i know from what i have learned (kata budak Materials Eng..hehe)
utk jadikan this item non stick ada satu bahan dalam polymer science yang dipanggil polytetrafluroethylene (PTFE). Brand name orang panggil Teflon. PTFE is a polymer materials which have a very good properties. Dia sorang jek yang ada properties non stick  with high melting temperature. So this materials yg akan di coating pada permukaan pan. 
Teflon ini sangatlah mahal harganya last time i guna utk lab project in sheet pun dah makan berapa ribu sampai SV suruh jimat-jimat pakai youu..Y__Y
In this case of pan, coating normally tak tebal pun, very-very thin la..maybe in mm to mickro size..(not really sure the exactly) sbb tu certain pan konon2 non stick tapi bila kita guna hampehhhhhhhh still sticky jugak. tu pasal harganya pun ala-ala murah jek. haaaa tu maybe takde Teflon or ada tapi sikit gile kot diorg adhere.
So, lagi tebal teflon, lagi mahal harga lagi bagus properties non sticky nya.
SECARA LOGIK nya lah!haha..(xboleh jadi saintis lagi ni!;p)

ok, sambung lagi. 
Yang menjadi isu penyebab ketidaksuburan tu bukanlan material Teflon ni tapi satu bahan yang digunakan sebagai surfactant dalam polimerisasi PTFE iaitu perfluorooctanoate (PFOA) & perfluorooctane sulfonate (PFOS) yang merupakan bahan toksik. Toksik nya sama bahaya mcm plumbum/lead dan juga cadmium.
Jgn tak tahu, most of the perkakas rumah terutama cawan yang cantik ala2 kristal gitu content of Pb.
Walaupun percentage nya rendah, try to avoid to buy that this materials ok!
Apa bahayanya PFOA & PFOS kepada kesihatan dan persekitaran, boleh baca di SINI.

Then, ada pihak yang claim, Dupont (pengeluar Tefal) menggunakan bahan PFOA & PFOS ni dlm menghasilkan Tefal nya tapi sejauh mana kebenaran tu tidak dikenalpasti.
For sure tanya dgn Dupont diorg akan deny..its all about money..money..$__$
hehe.
Yang pasti, masa i beli Tefal ni i recognize dekat lable Tefal menunjukkan:

NO PFOA
NO PFOS
NO Pb (Plumbum)
NO Cd (Cadmium)
Safe for your health

haa..gitu..so ada beran nak pakai Tefal lagi? hihi
Tawakal jekla ye..janji i dapat masak pantas, cepat, mudah & SEDAP.
kan suami? 
;p


Testing

Salam! I'm back;) hihi. Saja test blog app via ipong..tgh lyn soffiya! Benci ok si Fiona tu.. Grrrrrrrr. Okla tata nnti i sambung blik kisah si tefal tu yer. Hihi.

For Your Beautiful Bridesmaid *updated*

*opss, scroll below for the latest entry*

Happy monday blues!;p
Boringkan hari Isnin? Tapi bg surirumah mcm i hari Isnin adalah hari hari yang sama macam hari lain. hehe..
Alahai, ntah bila boleh start keje ni..U_____U
hope kwn2 semua doakan yer moga-moga adalah rezeki sy dpt keje nnti!=)
Amennn..


Skrg ni trend bridesmaid/dayang-dayang untuk majlis resepsi perkahwinan mmg sgt popular kan?
Seorang saja dayang tak cukup, mesti mahu 2, 3, 4, 5 dan lagi ramai lagi seronok.
Sangat feeling QUEEN gitu.hikhik.

Brides sekarang sudah semakin kreatif macam orang yang sedang membaca entry ini juga  
*senyum sorang-sorang lah tu* hihi.
Baju untuk bridesmaid mereka pun kalau boleh mahu gempak-gempak juga.
Tapi haruslah jangan sampai over shadow pengantin ye x.hihi.
And the common dress for bridesmaids yg selalu org kita pakai adalah seperti baju kurung, kurung moden, kebaya, matching, kaftan dan tak juga mini dress. haha=p

Dan kalau perasan, trend baju bridesmaid skrg ni xde dah bunga2 penuh dan berwarna warni kan?
Less is better than more kata org. Plain saja pun dah cukup asalkan pandai main colour.
Tapi, korang tahu x selain plain dress, polkadots and stripes design juga menjadi trend dan kegilaan bg org putih. Mereka kan sangat suka kan keunikan!
hehe.

Antara yang sempat i google:





mcm baju penjara.kahkah.
Cool gila kan? 
So, kalau ada antara korang semua yang nak bridesmaid korang nampak unik tetapi tetap kelasss lah kau maria, haha! cubalah idea ini dan yang paling penting kena dgn design dress nya!
Maybe boleh consider kaftan atau matching (polkadot/stripes with plain) with modern kurung.
Awwwww, mmg comel kaw kaw lah!
=)

ok, kita sudah masuk tujuan sebenar!hihi;p
So ladies, skrg ni i tgh promote the latest collection from online shop yang mana i nak offer for all of you yg sedang mencari cari kain untuk ur beautiful bridesmaid, hmmm maybe u can consider on me =)

Antara koleki terkini adalah:

Really heart this..Comel tau!
suit with vintage theme

comel!!

for striped dress sgt cantik!



 Want more?
Jumpa sy di FB Asal Benang Jadi Kain
^_^

 Material: 
Chinese Silk ( Ala satin, berkilat sedikit)
Panjang: 
4m bidang 45
Harga:
At shop i jual RM38, but i ada special price and offer for all blog readers.
So, e-mail/pm me ok;p

Act, i have a few designs and colour lain juga tapi i cuma akan ambil sample if ada permintaan.
So, i will open this offer for a week to give u masa untuk fikir dan berdiskusi with your beautiful bridesmaid.
Just email me or boleh pm di Facebook-just search Asal Benang Jadi Kain..=)

Ada sesiapa yang berani nak buat polka dots and stripes theme??
Mesti cute gilakan!
^_^

p/s: sticky post until 24 October 2011.














Cerita Kuali Tefal

Salam semua! monday blues lagikah hari ini?hehe.
Owh, smlm kami suami isteri ke Jusco Perda!
Orang sibuk bershopping utk deepavali, kami pun tumpang sekaki. Tapi byk tumpang cuci mata jek.haha=p
Bangun-bangun pagi saja en suami sudah demand mahu makan Pizza.
Tak sedar kot duit sudah dihujung tanduk.Oi bila gaji suami nak masuk ni!T______T.
Tak pasal-pasal si isteri kena pawwwww semalam tau.
Tapi, padahalnya si isteri mmg dah lama terliur tgk Ultimate Cheesy 7 Pizza tu.hihi.
Oh bab makan mmg kami punya instict yang kuat!^_^
Bayangkan 7 jenis cheese; Romano, Monterey Jack, Parmesan, Mozzarella, Cheddar, Provolone and Cream Cheese terkumpul diatas pizza tu. Gila tak terliur tengok..haha.
Ini semua gara-gara pengaruh beautifulnara..oh pengaruh tv juga!;p
 What can i say? Ohhh..memang sangattttttt lazat. Dahla kami ni mmg penggemar tegar cheese.huhu.
Tapi takdelah pizza hut tu baik hati sgt nak letak byk2 tiap satu jenis cheese tu. Mau bankrap la kan!
Yang kelakarnya, i punyalah ingat bulat-bulat atas pizza tu kuning telur..sekalinya cream cheese youuuuuu!
Awwww..sudahlah! cakap banyak pun x guna, pergi sendiri makan ye.
;p

Dah lepas kenyang-kenyang kami pun exercise kat Jusco department store.
Oh..favourite area kami adalah bedding, houseware & cooking appliances punya kwsn!
Sangat berangan nak beli itu, nak beli ini. Tapi belum mampu! So, cuci mata dulu ye..
Tgh jln2, terus mata tertacap 50% discount punya area..
haaaa..kat sinilah bertemu jodoh dgn si Tefal idaman hati yang konon-kononya nak bertemu di Langkawi nanti tapi nampaknya tuhan cepatkan jodoh kami disini..*merepek plak ;p*
Tertulis dkt si Tefal (saiz 28cm) harganya ialah RM149 n after 50% less tinggal RM74.50 sahaja youu..
Meronta-ronta betul jiwa nak beli! Sebab terpk kalau beli kat Langkawi lebih kurang je dengan harga lepas less ni. So, duit yang dah reserve utk Tefal tu nanti boleh beli Vision/Cornell plak *hubby, hint ni!*
kahkahkah ;p

Punyalah lama discuss dgn hubby sampai tarik muka kejap sbb hati nak beli yang besar sikit (32cm), 
tapi kira-kira duit tak berapa nak ada terus tak jadi beli.
Hati dah bengkek tak dapat beli terus ke Bodyshop pulak.
Gatal dah tangan ni nak amik moisturizer sbb ada less 20%..hehe.
tgh2 ckp dgn SA boleh terpk lagi pasal si Tefal idaman hati tu..
Memang tak boleh jadi..kena beli juga ni!haha.
Keluar bodyshop, on the way nak pergi pee, dan-dan teringat pasal Jusco voucher RM20 yg i simpan dalam purse!!
Melonjak lah makcik sorang ni kt tgh2 Jusco ^_____^ 
 Pee pun tak menyempat-nyempat sbb tak sabar punya pasal tahu.haha.
Bukan apa, takut dah kena rembat dengan orang. Dah la limited items! X ke menangis den di situ..<____>
Hubby dah lenguh kaki plak time tu, so i melangkah lah seorang diri ke tingkat atas semata-mata nak sambar si Tefal ni. Kalau ada sayap i terbang dah naik escalator..kihkih.
Nak dijadikan cerita ...jeng jeng jeng..
nak tahu i dapat ke x si Tefal ni.. ketahui kisah sambungannya esok 
;p

ni lah si Tefal tu..opsss google image jek.;p

nite!


Bring Me Free Hijab

gIt is not a contest, tapi lucky draw!!
haha. join yang senang-senang jek so kalau xmenang pun xdelah sampai nak terjun laut.
kihkih tapi kalau bertuah, itu namanya REJEKI.
;p


So, how to join?
1. copy this to post to your blog..with a title "bring me free hijab"
2. then email to nadenook@hotmail.com give us your blog url
3. we will give your number for lucky draw
4. you must post this before 29 October 2011
5. we will announce 5 lucky number on 30 October 2011

Terjah blog Nade Nook now, or those yang takde blog, tapi ada FB pun boleh juga join, just click here to see how to join..

OK done!
=)

Segmen: What's in my bag?

 Dah lama tak kena tag, tiba-tiba hari ini kena tag pulak dgn mommy yun.
hehe.
Tajuk tag adalah What's in my bag?
Dah macam segmen Fuhhhhhhh plak terjah-terjah beg orang.ekeke=p

Nak tgk apa ada dlm handbag i?
wow, nervous nak bagi korang tgk!!
mcm nilah kot perasaan artis & selebriti kat Fuhhhhhh tu kena terjah dgn reporter.
*feeling artis ler plak*
hihi.

tanpa membuang masa...
jeng..jeng..jeng..


what's  always inside my bag?

1. CR wallet *kesayangan*
2. Purse coin *my wedding doorgift*
3. Estee Lauder (EL) makeup bag- In2it powder foundation, Maybelline mascara, EL lipstick, EL shadow   palette, EL blusher, EL lip gloss, Avon eyeliner (black), mirror, victoria secret body& hand lotion *punyalah byk tapi tak reti makeup juga..iskkk*
4. Handphone Sony Ericson *2 years old*
5.  Buku ASB *harta* 
6. Calculator *important time shopping*
7. Notebook *to jot down anything/shopping list*
8. Pen 
9. Buku Al-mathurat & buku Yassin
10. Buku Receipt *for business purpose, not cheque book ya, kahkah ;p*
11. Pad & pantyliner *spare*

Yang takde: 
1.  Nikon camera *sedang guna for catch picture*
2. Matrix student card *for  any discount purpose ;p*
3. Celcom broadband *ni tgh online*
4. Victoria Secret body spray *busuk-busuk boleh spray*

To lanjutkan tag ni u all just perlu:

1. Salin tajuk: Segmen: What's in my bag?
2. Copy dan paste gambar Banner atau Header kat atas tuh serta link kan ke post ini
3. Tag beberapa blogger korang nak
4. Publish dan letakkan url entry korang di sini.

Nah sekarang masa utk korang pulak kena terjah.
wakakaka=p
no paksaan ye. ini suka-suka jek.
sesiapa pun boleh buat.

time for me to tag:
1. SK
2. Raihan 
3. Atia
5. Farrah Farhana
6. Scha Nur

oppss, nak tag ramai-ramai xdptlah ye, so kalau yg tak ditag tu bukan bermakna dilupakan!
sila buat diblog korang ye dan jgn lupa tinggalkan link kt post ni.
best jugak kadang2 nak tau privacy org ni kan.
ngehngeh
;p


Wordless Wednesday


Yes! I have one..
=)


Our New Baby..=)

Happy Tuesday!=) 

Nak cerita pasal weekend kami yg lepas. Tapi, takde apa yg menarik sgt pun, sbb kami suami isteri melepet je kat rumah. Al-maklumlah bulan tgh mengambang, so xboleh la nak joli2 sakan. kihkih.
So..........aktiviti kami dihabiskan dgn membelek baby baru kami..^_^
ye, kami ada baby!awww awww~
Kesian kt hubby hampir 2 minggu pi cari baby yg berkenan di hati.
Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak..=)
Mungkin sudah jodoh kami.
Hubby lah org paling excited sekali..hehe.
Walaupun baby dah 'besar' sikit, tapi xpelah asalkan boleh jadi peneman & penghibur jiwa lara kami.
Sure korang annoying gila nak baca.
kahkahkah=p

 Baik, baik...meh i perkenalkan baby baru kami,
































































 Tadaaaaaaaaaa!!!

Alololo..comel kan baby baru kami??? kihkihkih.

Plan kami dah lama nak beli motor ni sbb rs sgtlah susah nak kemana-mana kalau ada satu kenderaan saja.
Lagi-lagi sejak i 'patah kaki' xberkereta. So nak ke mana-mana kena pakai kete hubby plak.
Lagipun, tmpt keje hubby xjauh mana, so it's safe for him kalau sesekali nak tunggang motor.
Apapun, still worry kalau time hujan lebat kesian kat dia kan.

So, hubby prefer to buy scooter yg konon-kononya kalau dia bawak scooter tu bajet comel sgtlah!;p
haha. Sekali kauuuuuuu mmg cute gila tahu! Dahlah hubby i tu alololo comel jek, bawak plak scooter dgn helmet kura-kura, awwwww mmg heart melting u know! kahkahkah.
*ye, sy sedang memuji suami sy dgn harapan bila dia baca perenggan ini, dia akan membawa sy candle lite dinner..hehe*

Pastu, sbb lain beli scooter ni juga sbb nak save minyak kereta..=)
Bayangkan fuel monthly kami RM200/month not included fuel to balik kg lagi!
Lagi plak kalau si isteri yang drive, amboi cepat jek minyak tu nak turun dan turun dan turun lagi!
sape lah si isteri tu, sila bgtau..kahkahkah=p
So, kalau sekadar nak jalan dekat-dekat aje better kami naik motor jekan. Boleh juga feeling2 romantik sambil berpelukan. best-best. kahkahkah.
Tapi, haritu first time naik kat belakang, peha sengal gila kot.U___U
haha.

Pastu, paling x best nya, road tax & insurance motor tamat sama bulan dgn kereta hubby!
cantekkkkk sgt lah tu.sila tabur duit jek lah nnti ($_$)

tata!



Wordless Wednesday Meleleh!


 Smlm kan, ada org tu kan..ada org tu kan..dia kan..dia kan..menangis (sikit jek!) tgk cinta elysa ;D
haha.comel kan suami i tu?
kahkahkah=p

Lepas tu, pg-pg ni i dah craving for this

  

YES!!

It's 
T.U.T.T.I  F.R.U.T.T.I !!
N again i'm craving, i'm craving, i'm craving for this one!

hubby, what say u?
;D








Sesi Transform

sejak kereta Kanch dibawa pulang ke Johor, seolah-olah i sudah patah kaki

T_________T

kalau mau ke mana-mana dah kena bawa kete hubby plak which is sgtlah tak best pasal kena g hantar dia keje, balik plak kena amik, serupa driver tak berbayar gitu.ekekeke.
paling malas bila keluar nak amik si suami ni kena tukar baju bagai plak.
tahu-tahu ajekla kalau kt rumah, sexy mexci kdg2 'anak2' pun tak pakai..kahkahkah=p
tapi, xpe i ada baju TRANSFORMER khas readymade punya
iaitu.....





































 Ini!!


haha.jubah ni mommy yun yg belikan masa dia pergi umrah awal tahun lepas.
hihi. so, dari tergantung dlm wardrobe baik pakai.
so, each time hantar n amik hubby jubah nilah yg akan disarung tanpa ada keraguan
Lepastu pakai tudung stok besar-besar punya nak cover dada ( . ) ( . ) ;p
haha.
gilakan? nasib baik office hubby 3km jek dari rumah.
dah peel cenggini, jgn plak si suami ni ngada2 nak suruh singgah menyinggah mau tinggalkan jek tepi jalan tu.ngehngeh.

boring sebenarnya harini sbb hubby xde (bukan hari-hari biasa pun dia xde ke?;p)
hubby kena g jitra, ptg karang baliklah tapi mcm bosan sgt
lepastu mcm rindu sbnrnya..(^_^)
hihi. ngada kan?nak kena lempang kot.haha

lepastu dah rindu-rindu tu terpandang plak bouquet hubby bg masa konvo last time.
Walaupun dah kering kontang, tapi still cantik
Tapi lagi cantik kalau x kering langsung. Merah roses tu mmg memberi berahi lah.;p 

Pandai suami pilih bunga, dia kata bouquet tu dia suruh org bunga tu custom made special utk isteri kesayangan dia.
Tapi, i tgk biasa jek..haha.oppss, sorry bang.hihi.
Ntah bila lagi nak dpt bunga mcm ni sbb suami i ni bukan stok mat2 bunga!hihi
Ini punya bunga pun da remind seminggu sebelum konvo kotttttttt!
kahkahkah=p

xpelah, kering-kering pun i sayang nak buang.
So, mak awal awal dah pesan bunga ni besok dah kering letak dlm pasu.hihi.
Kebetulan ada pasu tinggi kat rumah, so i TRANSFORM lah dia menjadi hiasan kat rumah.



x cantik ek?;p

Cerita di suatu petang II

 Cerita di suatu petang pernah disiarkan dulu.
 So, ini kisah II

Kisah di suatu petang Jumaat (a week ago)..
I terima invitation from neighbour yg buat kenduri doa selamat.
Hubby tak dpt pi sama sbb kerja, so pergilah sy sendirian bersama jiran-jiran yg lain.

Sampai jek kat rumah kenduri, so ingat adalah bacaan yasin ke or doa-doa ke kan..
tapi..eh ni da mcm open house pulak, dah la pakai selebet baju kurung dgn tudung pin bawah jek.
jiran-jiran lain lagi vogue kot..
so, datang-datang terus makan dan join diorg berborak. 
Sesekali diorg bertanya i menjawab & selebihnya senyum...=)
tapi ada juga yg tak kurang sombongnya!
* yelleh, mcm lah ko hebat sgt kan nak pandang aku pun xmo?*

Tgh sedap-sedap makan,

Jiran A: "Miza ni amik pil perancang ke?"
Dia start dahhh...
My respon : " Takdelah, cuma xde rezeki lagi! (kalau lah aku boleh pekik kat telinga dia!) " 
Jiran A: ooo, ingat taknak anak lagi. Kak **** ni pregnant, kak **** ni pun pregnant juga (sambil tunjuk jari kat Jiran B & C)
Nak aje i pekik: SOOOOOOOOOOOOOOOO???? 
tp dalam hati jekla! hahaha!

Isk..apakah motif dia bgtau kt i jiran lain tu dah pregnant?
I. bergurau? 
II. Konon nak bagi semangat?
III. Atau saja nak malukan i?

hmm..tak habis lagi..
si Jiran A sambung cerita, psl si Jiran D bernazar kalau si Jiran A ni pregnant lagi, dia nak sembelih kerbau utk Jiran A,  sebab jiran B & Jiran C, semua da berjaya pregnant.So, dia nak cabar lah pulak si Jiran A ni.
Tapi, si Jiran A taknak pregnant dah. Haaa..bersungguh-sungguh dia bercerita sambil gelak sorang-sorang.
Ntah apa yg kelakar sangat ntah. Kesian betul.
Me? layan jekla..
Nak aje i pekik: ANNOYING OK!!!
haha.

Apa ntah motif dia bercerita kat i psl jiran D tu?
I. Nak bgtau dia ni SUBUR sangatkah?
II. Nak bgtau dia ni sekali romen terus dpt anak kah?.atau
III. Saja nak menyakitkan?

Rimas!
Nasib i ni bukan jenis org yg cpt sensitif sgt especially bab pregnant-anak ni.
Memanglahhhhhhh...semua org nak anak kot??
Tapi, i tahu tu semua soal REZEKI tuhan nak bagi ye.
Tak payah lah i nak cerita panjang-panjang kat sini pasal usaha, tawakal dan doa.
Orang yg ada iman tu taulah kan.

So, agak-agak jiran i ni iman dia tahap mana eh?
Annoying sgtlah dia tu!
;p














Banner Printing Service

Hai semua!!=)
Harap sihat-sihat saja harini ye!

I received an email from K.Niza (silent reader)  yg bertanyakan mengenai banner untuk backdrop pelamin yg i tempah utk wedding last time.


I will share with u all juga especially for b2b from BP yg sedang mencari-cari printing service sekitar Batu Pahat.

Fyi, i tempah banner yang agak besar iaitu 7" X 6".So total is 42" persegi.
There are 2 types of banner; Sintetik dan Tarpauline.
Opppss, jgn tanya i apa beza both sbb i tak pakar.T____T
Tapi, kalau dari segi harga, sintetik type lagi mahal dan finishing banner juga kita boleh pilih sama ada nak matte or glossy. Selalunya sintetik ni utk indoor banner which is tahan pudar .
Tarpauline pula is normal type la yg biasa org buat bunting.
Juga ada 2 jenis;  indoor dan outdoor. Dari segi harga, indoor lagi mahal dari outdoor.
That's the basic lah!

And for my case, banner i adalah jenis Tarpauline for outdoor (yang murahhhh jekkk!)
haha.;p
Most kedai akan beri harga berdasarkan RM**/segi.
Kena rajin pi survey byk kedai la yer sbb before i came for this vendor, i ada buat survey di sekitar Parit Raja dan harga sgt-sgt mahal melampau. I know lah sbb dulu masa kat universiti, selalu kuar masuk kedai printing.
So, i tertanya jugaklah tak kan harga boleh jauh beza sgt padahal type & finishing sama je kot!
Total amount pun around RM120. MAHAL hokeeyy! Mintak kurang pun xboleh =( 
dah la i pengantin bajet!T____T

so, i decide to survey and survey again sampailah i jumpa kedai ni yg super duper affordable.
hehe=p

So, total is RM78 only for 42" persegi. 
Haaa, ce kira berapa ringgit per kaki i dpt kt kedai ni?
=)

so, below the details; 

The Magic Artz Printshop

Address: 
G-01, Plaza Lian Hoe, Jalan Abu Bakar
Batu Pahat, Johor
Direction:
Dari Odean Batu Pahat (Mee Bandung yg sedap tuuuuu!) follow jalan sehala (ke kanan)
dan kedainya di sebelah kiri bangunan jln sehala tu.
Services:
Name card design, sticker print & cut, uniform shirt, enlarge photo,colour photocopy, print photo on t-shirt and etc
Phone No:
07-4345111 / 012-7782277
E-mail:
themagicartz@yahoo.com

arghh, rindunya nak bersanding lagi!awwwwwww~~

dadiduuuuu
=p

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Johor & Sewaktu Dengannya

 Hi semua!!=)

Mmg rasanya mcm xsesuai dah nak up entry psl nikah kawen segala bagai nikan memandangkan status i skrg dah jadi ex-bride maintain pengantin baru! bajet senior lah konon.ngehngeh =p. tetiba gmail i da mcm kaunter pertanyaan pejabat agama plak kan bila ramai yg menanyakan kekdahnya nak settle borang kawen. i tolong lah mn patut yek esp for brides from johor..(negeri lain, maybe sama je kot!)

 

Prosedur Permohonan Nikah

 

Kes I, Me from Johor, Hubby from Perak, then nikah di Johor.

Follow that procedure ya! 

 

1. Pergi Kursus kahwin
WAJIB pergi utk pasangan dan dapatkan sijil kursus kahwin yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam

2. Ambil Borang nikah
Pergi ke Pejabat Agama Daerah dan beli borang nikah yang berharga RM5 jek (utk Johor). Borang negeri Johor sah-sah dalam tulisan Jawi. Agak-agak kalau tulis jawi pun mcm cakar ayam hutan baiklah tulis rumi aje ye..=p
Kalau pasangan berasal dari negeri lain cth negeri Perak, so pasangan kena ambil di mana-mana Pejabat Agama sekitar Perak (borang sama jek untuk satu negeri). Jgn gatal plak nak pi beli kat negeri mana2 korang suka.

3. Buat HIV test
Borang HIV test ni  akan dapat sekali dgn borang permohonan nikah yg diambil dari Pejabat Agama. Ujian boleh dibuat di mana-mana Klinik Kesihatan yg korang senang nak pi. Macam kes i, kami buat di Penang. So, no problem lah kan! Baca INI untuk pengalaman HIV test i.=) Bayaran hanya RM1 sahaja. Sesetengah klinik kesihatan ada hari-hari tertentu untuk buat HIV test tapi sesetengah pulak boleh terjah jek.hehe. So sebelum pergi kena cekidaut dulu tanya2 kabar kt org lain atau call dulu Klinik Kesihatan tu naaaa....

4. Dapatkan surat akuan bujang
Surat akuan bujang boleh minta pihak majikan (bagi yang bekerja) untuk buatkan. Most company dah ada format untuk surat akuan bujang ni. Tinggal bagi details korang jekla likes full name, no pekerja and etc. Owh, kes i haritu disebabkan i masih study, so akuan bujang ketua kampung yg buatkan..=) hihi.

5.  Cari Dua Orang Saksi Borang
Dalam borang permohonan nikah, ada diminta saksi borang nikah kan?. So, carilah sesiapa yang sudi nak glamer tulis nama depa dlm borang korang tu.hehe. Sesiapa pun boleh (lelaki!) yang pasti mesti nak dua orang. Jgn lupa fotostat ic depa tu. Pasangan kita pun kena cari saksi borang ni juga utk borang dia.

6. Cari Wali
Untuk borang pihak perempuan, sure ada part untuk wali. So, carilah wali korang dan minta wali untuk isi dan sign borang tu. Dibawah ni adalah susunan wali bagi perempuan mengikut turutan syara' yang bermula dari bapa kandung sampailah ke wali hakim. Check naaaa...=) Oppsss, pilih sorang jek dik non ye bukan semua.Kot ada yg lurus bendul plak pi cari moyang yang daa 'selamat'.hihi.

1. Bapa kandung
2. Datuk Sebelah Bapa/Bapa Datuk Sebelah Bapa (Moyang)
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-Sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu -Sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa (Sepupu Lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu Lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim 

7. Dapatkan Surat nikah ibu bapa
Surat nikah ibu bapa ni penting sekiranya pihak perempuan adalah ANAK SULUNG. Kalau dah anak no 18, xyah ler gatal nak pi tunjuk surat nikah mak bapak hang yg dah bertukar colour tu kot ye.hehe.

8. Hantar Borang yay!
Amboi!tak sabaq naaa nak pi hantaq borang. Sebelum tu, semak dulu dokumen yang korang kena sediakan:
1. Fotostat IC L&P
2. Borang permohonan sudah siap diisi (Borang 1 & 2)
3. Fotostat IC wali (bagi perempuan)
4. Fotostat IC saksi borang (L&P)
5. Sijil kursus pra perkahwinan (asal & salinan fotostat) (L&P)
6. Keputusan HIV test (L&P)
7. Surat akuan bujang (asal & salinan) (L&P)
8. Surat nikah ibu bapa (asal & salinan) (bagi perempuan sulung)

Haa.. da ok semua, siap sedia lah ke pejabat agama daerah. I hantar sendirian, tak perlu bawa bakal suami pun ye. Kalau kat Johor, sah-sah ada temuduga. Bermandi peluh la korang dlm bilik temuduga tu.ngehngeh=p Don't worry la! kacang jek soalan - soalan tu mcm ucap syahadah, rukun nikah, tanggungjawab isteri/suami, dll (lega aku da lepas!) haha=p

9. Gi Jumpa kadi
Haaa.. step ni paling lah penting dek non. Mintak parents (bapa) g jumpa tok kadi yang bertugas di mukim masing-masing untuk inform dan book dia untuk tarikh nikah. Ingat hang sorang ja nak kawen tarikh cantik-cantik tu? hehe. Bagi sesiapa yang tak tau mana nak cari tok kadi, boleh tanya dgn pejabat agama daerah masing-masing ye. Bawa sekali borang permohonan nikah yang dah diluluskan oleh pej agama. Dah dekat hari nak nikah, dtg lah lagi sekali ke rumah tok kadi ni utk remind dia masa dan tarikh nikah korang..=)

10. Tunggulah tarikh nikah korang!
Selamat pengantin baru!eh jgn lupa sediakan upah kadi (RM100) dan 2 org saksi (masing-masing RM20). Nilai tu pejabat agama yang tetapkan. Lepas lah duit minyak diorg nak nikahkan korg punya pasal kan?hihi.

ok, done!
rasanya i dah menjawab setiap soalan yang diutarakan. Normal la bila da nak kawen ni, kepala pun jadi wengggggg mcm2 benda nak pi settle. Akak tolong jek dikkkk esok2 kot boleh pi mkn nasi minyak adik perut akak jugak yg kenyangg?kan???hahaha=p

okla, nak gusti ngan hubby!

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...