Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi: Nasi Ayam Madu Terbongkang

haha.ok terbongkang tu sila slash.ngehngeh.
Dah lama sebenarnya berhajat nak buat nasi ayam, tapi rasa mcm susah nak buatnya sbb tu tertangguh-tangguh. Dahlah xpernah buat nasi ayam seumur hidup 25tahun.haha Tapi, alhamdulillah, last week dpt buat dengan jayanya!
Haritu berbuka mmg special sikit, so masak nasi 2 pot sbb selalunya  masak 1 stgh pot jek. Kalau lebih, ingat nak bagilah jiran sebelah sikit.Tapi, ayam pun mcm cukup xcukup utk kami, last2  2 pot nasi sumbat ke perut kami laki bini.haha. Lepas berbuka, kami terus terbongkang depan tv sbb kekenyangan. Itu yg namanya nasi ayam madu terbongkang.=p
Ini pencapaian terbaik sy agaknya setelah beberapa bulan memasak sbb berjaya buat nasi ayam madu!haha.
Kami berdua mmg suka nasi ayam. Tapi kalau ke bazar or pasar malam tgk org jual nasi ayam takdela selera mana sbb tgk ayam-ayam yg dimadukan semuanya pucat lesi. hihi. 
Sebenarnya senang jek nak buat nasi ayam ni cuma bila pertama kali buat mcm agak blur sikit sbb bahan-bahan nya agak banyak. So, kejap2 kena tgk resepi.haha. Tapi kalau ikut step satu-satu mudah saja.
Resepi ni saya google jek & setelah dibuat research resepi yang paling memikat hati adalah resepi dari Kak Wana (Potret Kasih) tapi saya da olah sedikit resipinya sesuai untuk kami makan berdua.hehe.

Days 18

Resepi:  Nasi Ayam Madu 

Kena ada 5 sekawan ni baru nama nya nasi ayam.hehe.
1. Nasi Ayam
2. Sup 
3. Sos Kicap
4. Sos Cili
5. Salad-timun & tomato & daun salad

 Bahan-bahan:
  * 2 cawan beras 
    * 1/2 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
    * 1 kiub ayam
    * 1 ½ inci halia
    * 4 ulas bawang merah
    * 4 ulas bawang putih
    * 3 sudu besar madu
    * 3 sudu besar kicap manis
    *3 sudu makan sos tiram
    * 2 sudu makan minyak bijan (option, xde pun sedap juga!)
    * air secukupnya
    * sedikit garam
    * 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
    * kulit kayu manis
    * daun pandan (option)

Cara penyediaan

1. Tumbuk garam, halia dan bawang putih hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap sehingga 3/4 masak.
*Air kukusan ni byk pun xpe sbb nnti nak digunakan utk masak nasi, sup dan juga sos kicap*
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, dan madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, beras dicuci terlebih dahulu dan kemudian panaskan mentega/ marjerin diatas kuali dan kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika. 
*step ini kalau xnak ikut pun xpe just masak nasi seperti biasa mcm step 5*
5. Masukkan air kukusan ayam tadi dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi. Jumlah air beras tadi seperti masak nasi biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di goreng dengan minyak yang penuh atau di bakar dalam oven. Pastikan semasa membakar atau menggoreng jangan terlalu lama sbb ayam tu tadi da separuh masak.
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

Untuk Sos kicap

    * kicap manis
    * sos tiram
    * minyak bijan (option)
    * sedikit sup

Cara penyediaan:
Satukan bahan-bahan diatas atau boleh juga gunakan semula lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi dan dicampurkan sedikit kuah sup. sedia untuk dihidangkan.

Untuk sos lada/ sos cili

    * 4 batang cili merah
    * 1 ulas bawang putih
    * 1/2 inci halia
    * sedikit garam
    * 2  sudu makan penuh gula
    * 2  sudu makan cuka
    * sedikit air masak air masak
    * 1/2 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur.Sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.



nyummy! raya nnti suami request utk buat lagi!hihi.

Resepi: Masak Lemak Labu

Semakin dekat hari nak balik kg, mood nak masak pun makin merundum.
Tapi, nak habiskan brg mentah dlm fridge punya pasal, kena masak jugaklah!haha.
semalam berkesempatan masak lemak labu kesukaan suami.
Sebenarnya ini first time masak labu..takut juga tak jadi. But before this i pernah masak ikan keli masak lemak belimbing, so main agak-agak jekla method sure lebih kurang sama. I ni fail sikit masak-masak guna santan. Tapi alhamdulillah skrg da pandai sikit dan belum ada lagi yg fail.hihi.
MIL yg byk ajar masakan guna santan-santan ni sbb belah suami mmg suka masak kuah berlemak santan. Kalau belah i sure asam pedas johor memanjang.haha. Kalau memasak, i mmg tak guna dah santan yg dibeli kat kedai runcit takut terkena lagi yang basi. So, solution nya i borong santan kotak banyak2 dan simpan dalam fridge. Everytime nak guna xpayah pening kepala nak g cari. Biasanya i beli santan kotak jenama Harmoni. Murah sikit berbanding Ayam Brands & Kara.hehe. Satu kotak santan tu mmg pekat, so kena  tambah air dalam 1-2 cawan teh kalau nak buat masak lemak.

i share resepinya utk semua, & nnti kalau tetiba i lupa ingatan i boleh rujuk blog semula.haha.


Days 24

Menu:
Masak Lemak Labu
Sambal Belacan
Ayam goreng
Ikan selar goreng
Soya

Resepi: Masak Lemak Labu

Bahan-bahan:
500g labu dipotong kecil-kecil (buang kulitnya)
1 labu bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
2 cawan santan 
2 biji lada merah-dihiris
kangkung*option*
sedikit ikan bilis/ udang kering
sedikit kunyit/serbuk kunyit
sedikit garam
air

Cara membuatnya:
1. Masukkan labu, bawang besar, bawang putih, ikan bilis, garam dan air. Renehkan bahan-bahan ini sehingga mendidih atau labu agak-agak lembut. *air diamasukkan paras-paras labu saja*
2. Masukkan santan, lada merah, kangkung dan juga sedikit serbuk kunyit untuk bg warna kuning. Tak letak pun xpe.hehe. Tunggu sampai mendidih. Rasakan garam dan gula jika perlu.
3. Siap dihidang!senangkan? Makan dengan sambal belacan, ikan kering dan nasi panas. Mau tambah 3 kali pinggan.haha=p

Gambar?non ada. sbb lupa!ngehngeh.
Last week i buat nasi ayam terbongkang!haha.
Nnati i share resepinya ok!!

till then.


Raya Tahun Ini Tak Dapat Balik Johor..=(

wah, lagi seminggu nak raya!! cpt jek masa berlalu..
tahun ni insyaALLAH raya pertama sebagai isteri dan menantu =)
dan tahun ini juga, raya pertama tak dapat balik johor sbb kena beraya di rumah FIL dulu!hehe.
perasaan?maybe setengah org mengeluh sbb kena raya kat rumah mentua, tapi tidak saya!hehe.
Rasa excited lagi ada sbb ini first time raya dgn family in law dan yg paling syok dpt belajar dgn mak sambal goreng, sambal santan (en suami suruh!) dan juga menjahit langsir!haha. ye, a bit sayu kot nnti raya sbb sikit-sikit mesti teringat ngan family sendiri dirumahkan. tapi xde hal la, insyaALLAH ptg raya or  pagi raya ke-2 sudah pulang ke Johor!=)

walaupun tahun ni raya agak excited, tapi persiapan kami sederhana jek.
Bonus en suami pun sudah separuh dibelanjakan.ngehngeh.
Nasib separuh bulan, kalau satu bulan mmg joli katak la kami.=p
Kalau ada org 'ketiga' maybe syok sikitkan nak shopping.hehe.

Baju raya: 
Siap 2 pasang baju yg i tempah. Ini first time tempah dgn tailor kat Kulim ni. Jahitan kemas dan cantik juga. Kain pasang tu pun satu kwn bg hadiah kawen, then satu lg dari kain yg i jual online.sudah save disitu. Suami plak, recycle jek baju nikah. haha. nak tempah baru dia tak mau. sbb dia bilang rimas kot nak pakai baju melayu time raya. nak makan pun kena hati-hati takut baju kotor, kena singsing lengan lagi. Sebelum kawen pun, raya cuma pakai baju melayu berkain pelekat. Adoiii suami!
Total damage: RM65


Tudung raya: 
Both utk dua pasang baju sudah dibeli dan mmg match! Cuma yg satu tu mcm mak datin sgt lah !malu plak nak pakai kat rumah mentua nnti..hehe.
Total damage: RM 60


Handbag & Kasut: 
Cerita psl handbag ni, sebelum nak puasa lagi i asik merintih kt husband, psl handbag hantaran yg dia bg tu i dah lenjan dari ke rumah org kawen, ke hypermarket, sampai ke pasar malam pun!senang kata, kemana-mana i pergi, beg tulah yg i usung. sayang dgn handbag tu sbb hb tu ada sentimental value dan kalau boleh nak simpan baik-baik smpi bila2 pun. kadang2 je boleh guna. *hint* la konon nak mintak suami belikan baru!! dan baru-baru ni dpt bonus, tiba2 en suami menanya, "syg nak beli apa?"
hehe, laju jek mulut ni kata "handbag!" haha. dan2 terus allocate duit bonus dia.suka makkk ok.
dan akhirnya dapat la satu hdbag baru itupun beli yg mmg ada sale2 jek -50% discount.jimat!
Kasut? Non ada.haha. i bukan jenis yg suka melaram dgn kasut sbb i loyal dgn satu kasut/sandal jek utk satu ms.pakai sampai jahanam baru beli baru. Sbb kaki i ni bukan jenis yg senang suit dgn mn2 jenama shoes. So,redha la pakai Crocodile jek.hehe itu yg paling selesa dgn kaki dan paling tahan..=)


Langsir Raya: 
langsir ni mmg da berhajat kalau ada duit lebih nak ganti yg baru sbb yg ada skrg ni pun ehsan dari MIL yg bagi ms baru-baru kawen dulu. Xkan x berganti kot.hehe. Itupun dah berhabis almost RM300 utk sliding door-day curtain, nite curtain dan curning, dan untuk 3 langsir pintu bilik. X termasuk tingkap lagi!
Ini first time beli langsir utk rumah sendiri, sblm ni teman mak dan kakak2 jek beli langsir sampai hairan kenapa smpi beribu habis utk langsir. Bila dah sendiri tahu membeli, terkedu jekla tgk bil tu.haha.
takpela sedapkan hati  langsir ni utk 4 tahun sekali.haha.Mulanya berhajat nak mintak mak tolong jahitkan, tapi mak kesibukan +  i pun xtau ukuran sebenar sliding door dan pintu so, kami usung la kain langsir tu ke Kulim. Mulanya nak tempah kt kedai, tapi MIL suruh bawa balik raya nnti dia boleh tolong ajarkan jahit guna mesin jahit dia. Ala, jahit lurus jekan..hehe.=) Jimat dah tak payah tempah-tempah.


Kuih raya & etc: 
Kuih raya tahun ni, i dpt buat 3 jenis-sarang semut, almond london dan juga cornflakes madu. Alhamdulillah, dpt buat lebih untuk mak dan MIL juga.=) Jimat sgt kalau buat sendiri sbb satu kali adunan boleh dpt 3 bekas kuih. so, cukup2 untuk rumah, mak dan MIL. Kos barang bakery pun xde la mahal sgt untuk 3 jenis kuih, dlm RM100 je. Kos letrik jek la kot melambung.haha..
Tapi, puas hati dan seronok dpt gentel kuih sendiri.haha. Rasalah muda-muda ni buat kuih sendiri, mana tau tahun depan boleh buat bisnes kuih raya plak.haha.
Selain kuih, i da beli juga jeruk Pulau Pinang, kekacang dan kerepek sikit utk kudap-kudap.



Rumah: 
Rumah kami comel jek, so kami tak berhajat pun nak beli perabot. Sbb mata ni x luas memandang kalau byk sgt perabot. So, sesiapa yg dtg rumah kami, mmg duduk bawah bersimpuh saja ya!hehe.
Yang ada pun cuma kabinet TV dan almari kasut.
Hiasan rumah pun, lepas raya baru nak settlekan. Suami sudah framekan gambar backdrop kawen kami!Besar dan cantikk!!hihi=p
Oh ye, kami berhajat nak cat sikit dinding rumah. Tapi xpasti lagi mcm mn.tgkla dulu..nak beriya2 mengecat pun rumah sewa kalau rumah sendiri syokkk juga.haha.beli cat kapur yg murah2 sudah asalkan dinding rumah i berwarna! boleh?=p hahaha


so, itu aje la cerita persiapan raya pertama kami suami isteri.
Tahun depan maybe lain plak ceritanya. Kot dah bertiga? AMEEEN.. 
cpt ameen kan!haha=)

till then!=)

p/s: tema raya kami ni adalah biru!hihi.

Resipi: Gulai Udang Masak Lemak Nenas

Nampak gayanya 29 Days Ramadhan Challenge i mmg x cukup 29 hari.haha.
nak buek mcm mano byk hal yg berlaku lately mmg takde kesempatan nak update resepi.
Resepi air tangan mak & MIL aci x nak join challenge ni?hehe=p

  Resepi yang nak dikongsi ni adalah main juadah berbuka semalam, mulanya i nak masak utk berbuka jumaat lepas tapi rentetan kisah Doa buat Batrisyah, (Al-fatihah) kami x jadi lah nak masak sbb kena rush balik kg. Then, berbuka kat rumah MIL rupa-rupanya mak pun masak resepi yang sama.
Selalu mcm tu, kadang-kadang MIL ni ada instict yg kuat dgn kami suami isteri. hehe.
Ini kali pertama berbuka puasa dengan family in law, lauk pauk semua mmg d-BOOM.
Makan mmg dua kali ganda haritu lain dari biasa sbb selalu nasi kami catu.hihi.
Tapi, sesekali balik kg, catu tu kami bekukan dulu.ngehngeh.

dah melalut plak ceritanya, haha.
ok, kita teruskan Ramadhan Challenge utk Day 16

Days 16

Menu:
Gulai Udang Masak Lemak Nenas
Sambal Belacan
Ulam Raja
Tempoyak + sambal ikan bilis
Hot Tea


Resepi: Gulai Udang Masak Lemak Nenas
kredit : MIL
Bahan-bahan:
1. 400g udang besar, buangkan kulit dan biarkan ekornya
2. 1/2 biji nenas, dipotong
3. 10-15 biji cili padi
4. 2 biji bawang kecil/ 1 biji bawang besar-di hiris
5. 1/2 inci kunyit/serbuk kunyit
6. 1 1/2 cwn santan. I guna santan kotak so pekat kena tambah air sikit
7. Sedikit garam
8. Sedikit gula-jika perlu sbb nenas masak kan da manis

Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili padi dan garam
2. Renehkan bahan tumbuk tadi dengan sedikit air. Masukkan bawang besar, udang, nanas dan kunyit. *air sedikit saja sbb nanti air nanas akan keluar* Tunggu sampai udang masak dan nanas agak-agak lembut.
3. Bila dah didih, masukkan santan dan kacau kalau tak kuah tak kuning boleh letak serbuk kunyit sikit. Tunggu lagi smapi didih dan rasakan kat lidah sikit jek pastu jgn lupa kumur-kumur.haha=p
Kalau kurang rasa, boleh letak garam atau gula.
4. Siap di hidang!Makan dengan sambal belacan. Terangkat oooo!hehe=p





dan..........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

biskut sarang semut!!!
always my favourite for hari raya.

Cerita di suatu petang

Di suatu petang Jumaat yg agak hening..hehe.
Cerita ni saja nak share dengan korang. Sajalah nak tahu reaksi korang kalau berada di tempat i.
Petang tu i bizi kemas barang dan bag sbb urgently nak balik Johor rentetan dari kisah Doa buat Batrisyah.Al-fatihah...=(
Siap masukkan semua barang dalam kereta, jiran A keluar angkat kain kt ampaian.
Kebetulan dia ada, inform la kat jiran A bgtau sy nak balik Johor, so tolong tengok-tengok kan rumah untuk 2-3 hari. Lepas tu kami borak-borak kosong sementara tunggu husband i pulang.
Biasalah soalan yang ditanya, x keje lagi ke?buat apa kat rumah?
Saya dengan rela hati jawablah "xkeje lagi kak, belum ada rezeki..bla..bla..bla.."
Then, tiba-tiba si jiran A buka cerita psl si jiran B, jiran C n jiran etc yang menanyakan psl i. (Walhal jiran A ni pun sama jugak geng kepochi!)
"Si Miza tu xkeje lagi ke?Belajar tinggi-tinggi sampai ada Master pun susah nak dapat keje. Dah duduk rumah tu tak buat apa baik MENGANDUNG (smbil si jiran A buat gaya org mengandung dan gelak-gelak)" 
Allahu Akbar, sy mengucap panjang dalam hat.
Mudahnya mulut manusia berbicara ".....Dah duduk rumah tu tak buat apa baik MENGANDUNG"
Mereka semua ni tuhan ke yang menghidup dan mematikan manusia?
Sejujurnya, I mmg langsung tak terasa hati dengan apa yang dikatakan tapi the way diorang berkata tu yang buat i kesal seolah-olah mcm org yg jahil xtau qada' & qadar tuhan T___T

Most of my jiran mmg fullhousewife. Anak pun masih kecik-kecik lagi dan bersekolah rendah.
Diorg jenis suka melepak petang-petang sampai ke maghrib kat kerusi batu depan rumah.
Mula-mula i move kat sini, i perasan ada satu jiran jek yg ada kerusi batu tu. Tapi, skrg jiran lain dah sponsor tambah yang lain dpn rumah. Kadang-kadang ada yang siap bawa air dan makanan keluar lg. Kalau xbulan puasa, tiap-tiap hari kot bertenggek depan rumah ramai-ramai. Baik mak, baik bapak sampai ke anak kot. Apa yang dicerita, diborakkan wallahu alam. Sorry to say i agak sceptical for that kind of person. Mula-mula i rasa mcm xpatut juga x bergaul dengan mereka, yela i sbgi orang yg paling muda anything pun i lah yg kena mulakan. Tapi suami dan MIL melarang keras bergaul dengan jiran-jiran yang suka melepak-lepak ni. Hmm..memang ada hikmahnya MIL bg nasihat tu & bersyukur sbb tak tergolong dikalangan mereka. Kalau dilihat dari cerita sy diatas, korg pun tau kan apa yang diborak kan kalau x menyebok dan mengumpat pasal org lain? Kalau x bercerita psl i, maybe si jiran D or si jiran E. Sbnrnya masyarakat beginilah yang merosakkan anak-anak mereka sendiri. As my husband said "mereka ckp mcm tu kat i sbb tahap pemikiran mereka rendah & tak belajar tinggi. Itulah bezanya orang yang yg ada ijazah dengan xde ijazah"
So, kesimpulannya jadilah surirumah yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan matang walaupun korang x belajar tinggi pun sbnrnya tapi still boleh pk bila bercakap, tau kata-kata tu yg baik atau yg buruk kan? dan bukan seperti kepochi jiran-jiran i ni.hehe.

Semoga ALLAH membuka pintu rezeki zuriat dan pekerjaan kepada kami seluas-luasnya.
AMEEN..

p/s: teringat gaya mengandung yang ditunjukkan si jiran A.Masya ALLAH.




Doa buat Batrisyah

Usianya 37 minggu. Kelahirannya amat dinantikan oleh semua ahli keluarga kami yang tidak sabar-sabar untuk mendakap, mencium dan memeluk bayi kecil itu. Cukup sifatnya dan wajahnya bulat, putih, merah bibirnya, lebat rambutnya.
Berat mungkin sekitar 2.8-3.0 kg. 
Selepas dimandikan dengan air suci, wajahnya semakin berseri, bersih dan sangat comel sehingga rasa tidak mahu dilepaskan pergi. Kalau celik matanya, kelak besar mungkin secantik ibu dan kakaknya.
Walau baru seketika cuma bertemu, perasaan sayang padanya begitu menyelimut hati. 
Allah Maha Besar. Dia Maha menghidup lagi Maha mematikan.
Lahirnya tiada tangisan. 
Sebaliknya sekujur tubuh yang suci & bersih itu disambut oleh tangisan dan esakan oleh kami sekeluarga.
Ya ALLAH, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tabahlah along sekeluarga menghadapi ujian dan dugaan tuhan ini.
Tempatnya telah dijanjikan syurga yang abadi.
Tangan kecil itu nantilah yang akan menyambut along disyurga akhirat kelak. InsyaALLAH.Ameen.
Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana ALLAH lebih mengetahui segalanya.
Sabar & redha, pasti tuhan janjikan yang lebih baik dan menggembirakan.

Wajah suci ini masih segar dlm ingatan dan insyaALLAH tak akan luput dlm kenangan kami sekeluarga.
Doa kami buat Batrisyah sentiasa mengiringi.
Al-fatihah...

Resipi: Kerang Cili Berlada & Cucur Udang

Untuk kesekian kalinya, pg ni tak bgn sahur lagi!!=(
Nak jadikan cerita, semalam satu hari i kena bersin sbb kemas bilik stor yg bersepah tu.
Petang tu pala da weng dah sikit tapi gagah jugak lagi masak utk berbuka.
Lepas jek berbuka, terus mkn ubat selsema. Mkn ubat 2 biji sbb sebiji bulat sebiji lg square.Ntah nape ubat tu cenggitu tapi mkn jgklah sbb tak tahan sgt dah. Baring-baring kejap sekali hamikkkkkkkk tido mati ok sampai nk dkt azan subuh.haha. isyak + tarawikh pun burn ..=( penangan ubat punya psl.
Nasib sempat jugak minum air masak dan makan kurma.
kesian kt suami lah...=( pesen dia kalau i tak bgn sahur kesudah dia lagi xbgn2.haha.
*sorry yer abg..tahan sikit perut tu.hihi*

mari kita teruskan ramadhan challenge utk day 4

Dishes:
Ikan terubuk bakar cecah sambal cili kicap
Kerang cili berlada
Cucur Udang
Air sirap+orange sunquick

untuk resepi pertama iaitu:

Resepi: Kerang Cili Berlada

Bahan-bahan:
500g kerang
1 bawang besa*
2 biji bawang putih*
1cm halia*
1 batang serai*
1 senduk cili kering (yang sudah dikisar)/10 tangkai cili kering
sedikit garam
sedikit gula
air

Cara membuatnya:
1. Kisar bahan yang bertanda * dengan cili kering
2. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak
3. Kalau kering, boleh masukkan air sedikit.
4. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan kerang dan kacau supaya cili tadi sekata. Biarkan dalam 5-8 min bg kerang tadi kering (keluar airnya)
6. Kalau perlu masukkan garam & gula lagi. Kacau dan siap!=)

Resepi: Cucur Udang

Bahan-bahan:
160g udang
2-3 senduk tepung gandum
Daun Kucai (dipotong dlm 1inch)
sedikit soda bicarbonat
1/2 sudu besar minyak masak
sedikit garam
Air

Cara membuatnya:
1. Gaul tepung dengan air jangan sampai terlau cair atau pekat sgt.agak-agak jekla kan.hehe.
2. Masukkan soda bikarbonat sedikit sahaja, garam dan minyak masak. 
*mak i kata kalau bubuh minyak masak cucur akan jadi rangup!it works..hehe =)*
3. Masukkan pula daun kucai dan udang. Gaul rata
4. Goreng dengan minyak yang panas dan sampai cucur kekuningan.

gambar? non ada.haha.kan da bilang smlm kepala da weng smpi lupa nak snap gambar.
ampun ya..semua dah selamat dalam perut.hikhik
Ramadhan challenge i akan berehat utk 3 hari sbb i nak balik kg!!yuhuuuu.
tak sabar nak berbuka dgn family semua.
so, i will be back on monday!=)

Happy fasting to everyone!!





Resipi: Puding Roti Bakar & Sup Ayam

Salam semua..posa x arini?hehe..
ok, kita teruskan Ramadhan challenge untuk Day 3!
semalam agak flat jugak sbb terbabas tido tak bgn sahur.haha.
lalu, berhajat untuk masak lauk yg simple saja iaitu sup ayam dan desert dari roti berbaki yg da nak expired tu mcm syg pula nk dibuang so i buat puding yang senang bangat dan paling penting sedapppp..=p

Day 3

Dishes:
Sup Ayam 
Ayam Goreng
Cili Kicap
Puding Roti Bakar
Murtabak (suami beli)
Air bandung

Resepi: Sup Ayam

Bahan-bahan:
Daging Ayam-dihiris kecil
4 biji bawang merah-
2 biji bawang Putih
1/2 inci Halia
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang n etc)
Serbuk lada hitam (terpulang)
3 biji kentang
1/2 biji lobak
3-4 cawan air
Garam
Daun Sup

Cara membuatnya:
1.Bawang merah, bawang putih  dan halia dihiris dan ditumbuk kasar
2. Tumis bahan hirisan bersama rempah 4 sekawan sampai naik bau
3. Kalau suka, boleh letak lada hitam dan masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan air, kentang dan lobak kemudian tutup periuk tunggu sampai didih.
5. Rasakan dengan garam.
6. Siap dihidang dengan kicap cili..opss..jgn lupa daun sup ditabur!

*low quality picture..=(*

Resepi: Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:
3-4 keping roti
2 biji telur (sy guna 1 biji je, still sedap!)
2 sudu besar mentega/butter
1/4 cawan gula
200 ml susu cair
Kismis (ikut
Choc chips (tambah sendiri!)
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Bakar roti terlebih dahulu guna toaster tapi sy bakar atas kuali jek sbb xde toaster.haha.
2. Carik-carikkan roti di dalam loyang. 
3. Taburkan sedikit kismis dan choc chip.
4. Cairkan mentega dan tuang ke dalam loyang
5. Dalam bekas lain, pukul telur, susu cair, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
6. Taburkan lebihan kismis dan choc chip dan biarkan  adunan telur menyerap ke dalam roti
7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit (bergantung kpd oven anda) sampai puding nampak kekuningan.

lupa nak snap gmbr sebelum dipotong.hihi.
manis sikit..sbb ada choc chip!=)

petang ni kwn2 buka juadah apa?
i ingt nak bakar ikan terubuk cecah air asam + kerang tumis cili dan cucur udang.
hehe. resepi post esok ya!

selamat berbuka!


My Name is...

 ........ RIKARINKIZIKARI = HAMIZAH
in short u can call me KARI!hahaha.lawak gila nm aku jdinya. 
TRY YOUR NAME IN JAPANESE: 
A=ka. B=tu. C=mi. D=te. E=ku, F=lu. G=ji. H=ri. I=ki. J=zu. K=me. L=ta. M=rin. N=to. O=mo. P=no. Q=ke. R=shi. S=ari. T=chi. U=do. V=ru. W=mei. X=na. Y=fu. Z=zi 
Then, type ur name in comments below!hikhik.
fun kan?

Resepi: Kuih Keria & Sambal Sotong

Hari ni kami laki bini tak bangun sahur!haha.
set alarm 4.50 am, elok mamai off alarm lepas tu ingt 5 min lg baru nak bangun sekali amikkkkk sedar-sedar jek org da baca qur'an kt surau. tgk jam 5.48 am.Sadakallah la sahur kami. haha.Padahal kan sebenarnya boleh jek selagi x azan boleh mkn/minum kan korg?boleh x ingat pdhl air sejengkal jek kat tepi katil.adoiiii! 
*abg, lain kali tido jgn hug yayang kuat sgt nnti liat nk bgn.haha.

semalam berbuka ada lebih rajin sikit so buatlah kuih keria. kononnya nak buat nasi lemak sambal sotong sekali dua peket santan yg i beli tu dua2 basi.pdhl buh dalam freezer jek..maybe kelapa tak elok.=( 
so, sudahnya masak nasi biasa dan psl nak feeling2 nasi lemak, buh jugakla halia ngan bwg merah ms tanak.haha.

ok, kita teruskan 29 days Ramadhan Challenge for Day 2

Dishes:
Sambal sotong
Timun jepun + telur rebus
Kuih Keria
Kurma
Air limau nipis + asam boi+ orange sunquick-versi suami!
Cempedak goreng (jiran sedekah)

Resepi: Kuih Keria

Bahan-bahan:
700g ubi keledek
1 cwn tepung gandum (ikut sedap2 tgn menguli)
Garam
3-4 sudu besar gula
2-3 sudu besar air

Cara Membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Jangan lupa masukkan garam sedikit
2. Lenyek ubi tu masa panas-panas sbb ubi tgh lembut lg.
3. Lepas sejuk sikit, baru masukkan tepung dan uli. Jangan byk sgt tepung nnti keria keras so agak-agak sedap tangan merasa jekla.hehe.
4. Bentukkanlah mcm mn pun asalkan jd mcm bentuk donat tu.
Suami punya kekdah lain, i punya lain psl mak kami beza-beza.tapi tetap satu nama-keria juga.hehe.
rsnya buat comel-comel dan nipis lg best kot. 
 5. Da siap bentuk2, goreng smpi kekuningan.
6. Untuk buat sira gula, masukkan gula dan air dan kacau selalu. Bila da berbuih, masukkan keria yang da siap di goreng dan gaul smpilah ketul-ketul gula terhasil. Magic sikit time ni!hehe.

Komen: Keria i agak keras sikit maybe terlebih tepung, gula pun terlebih ms buat sira, so manis sikit byk.haha. ini first time buat mcm fail sikit so next time nak buat tau dah nak bajet.hehe =) oh ye, satu adunan ni boleh dpt dlm 25 biji. byk tu..mmg x habis kami mkn berdua.hehe.

awwww~ manis u!

Resepi: Sambal Sotong

Bahan-bahan:
500g sotong
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
3 senduk kecil cili kering (siap kisar)
Air asam jawa (4-5 biji)
Garam
Gula

Cara Membuatnya:
1. Sotong di bersihkan dan potong kecil-kecil. 
*toskan sotong dengan air panas so bila masak nnti kurang sikit air sotong yg keluar dan sotong pun nmpk tegap.haha.
2. Kisar bwg besar, bwg putih dan halia bersama cili kering yang telah siap dikisar.
3. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar sampai naik minyak dan kaler sambal tadi akan berubah sikit-mengikut pemerhatian dan pengalaman memasak.hehe. Part ni mmg kena tunggu lama dan bersabar sikit yer.hehe.
 4. Kalau kering, boleh tambah kan air sedikit dan air asam jawa juga.
5. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
6. Masukkan sotong dan tunggu smpi sotong jadi putih-putih so da masaklah tu!
7. Tambah garam dan gula lagi jika perlu sbb air sotong yg keluar akan kacau rasa sambal tu tadi.
8. Siap dihidang!

Komen: mcm biasa, pastilah sedap!!mkn dengan nasi panas dan kicap mmg terangkat!hehe.



ptg ni buka simple-simple jek sbb agak flat da ni psl x bgn sahur!haha.

 



Resepi: Ikan Patin Masak Tempoyak

29 DAYS RAMADHAN CHALLENGE!!
haha.

DAY 1
Dishes: 
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ulam
Orange Sunquick + Asam Boi
Cempedak Goreng

Resepi yang nak dikongsikan ialah ikan patin masak tempoyak.
Resepi ini MIL yg ajar, al-maklumlah deme ni org pure Kuala Kangsar kalau tak reti nak msk tempoyak malu bebeno la teman kan! hehe=p Ini kali kedua i msk tempoyak pastu mcm lupa2 step sbb 1st time masak ms mula2 kawen dulu. Padahalkan senang gila kot nak buatnya. harhar.Call MIL xdpt last2 call kakak ipar mintak ajar.hehe. Siap bertekak kat dapur dengan suami gara-gara dia kacau kuah tempoyak sy! erkkk!

RESEPI:
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

low quality pict!=( tak kira nak tepek juga.haha.
BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
1 ekor ikan patin
5-8 sudu besar tempoyak!! (item wajib ada)
2 helai daun kunyit (optional, kalau xde pun xdosa)
serbuk kunyit-nak bg kuning je
2-3 cawan air- depends pada byk mana ikan
2 batang serai-dititik
Garam-secukup rasa
Gula-kalau tempoyak da manis xyah bubuh.
Timun jepun-potong-potong

BAHAN B (tumbuk kasar):
4 biji cili merah -bajet nak pedas dan cantikkan kuah.
8 biji cili padi-ikut tahap kepedasan yg diingini
Kunyit (kalau da guna serbuk kunyit, ni tak perlu)

CARA MEMBUAT:
1. Ikan patin dipotong kecil dan basuhkan dengan asam keping/jawa utk buang hanyir. Kemudian toskan.
2. Masukkan bahan A dan B kecuali ikan ke dalam periuk
3. Masak sehingga mendidih, adjust tempoyak, garam dan gula kalau perlu.
*kalau agak-agak kuah x pekat, masukkan lagi tempoyak
4. Masukkan ikan, masak sampai didih
5. Hidanglah! Makan dengan kicap.=)

Suami sampai menghirup, maknanya mmg sedaplah tu!
*perasan* hihi.




BISKUT "MALATOPS CRISPY" YANG KOMPEM SEDAP GILA!!

*STICKY POST UNTIL 1 AUGUST 2011* 
 
ok, tau tajuk entry mungkin agak poyo utk dibaca.haha=p
tapi ni bukan sebarang poyo ok ni biskut betul-betul confirm sedap gila punya.
org lain jual kuih raya 38 jenis, i jual sejenis jek..hihi.

ok, perkenalkan biskut MALATOP CRISPY!!

Maybe ada yg pernah makan dan terjumpa di mana-mana biskut keluaran Nourlie Product nih.
Original made from Batu Pahat, Johor dan biskut ini adalah antara biskut yg paling famous, terlaris dan sangat-sangat sedap keluaran Nourlie. 
So, sesiapa yg pernah makan tu mmg tau lah keenakkannya! 

Biskut ini adalah produk IKS dan buatan tangan bukan machining product ek!
Beza tau rasa biskut buatan tangan dan kilang ni. Memanglah biskut kilang ni murah, tapi kalau beli tapi xsedap, bau hampas and tengik orang pun xnak makan.last-last kuih tu berkulat sampai raya haji pun xtermakan makanya berlakulah pembazirankan.hehe. 

Ok, antara bahan atau ramuan yang terdapat dlm biskut MALATOP ni ialah:
Butter, tepung gandum, gula, BADAM CINCANG, COKLAT CHIP & CORNFLAKES. 
Ramuan mcm cookies choc chip kan?tapi rasanya adalah berbeza sama sekali!
Biskut ni rangup, dan melting dalam mulut. Makan satu, nak satu lagi dan lagi dan lagi sbb rasanya mmg enak sih!Sesuai sungguh namanya MALATOP!mmg MELETUPLATOPlah biskut ni. 
Tak caya meh order satu. Sure tak sampai raya tahun depan, korang mesti nak order lagi!
Eh ini bukan janji manis...tapi pastiiiiii punya.haha.

ok, harganya pula,

HARGA: 
RM 25/bekas
Kalau beli 5 bekas bagi RM120.
Setiap bekas atau talap ada lebih kurang 64pcs
(eh!satu talap xcukuplah nak buat raya!hehe)

TEMPAHAN: 
Dibuka sekarang hingga 1 Ramadhan

PENGHANTARAN: 
 2 minggu sebelum raya
(kalau sesiapa yg nak beli dengan penghantaran melalui pos boleh juga, tapi postage charge sila byr for your own ye..=)
pic credit to: goodexample.blogspot.com
very tempting youuuuuuuuuuuuuuu!!

o yea,just nak inform, biskut ini limited pasal i amik direct from Johor, so tak muat pulak kereta nak amik beratus2 talap. hehe.So, sapa order dulu, sy dahulukan. Bagi sapa2 yang nak rasa sampel biskut ni bgtau so sy boleh dtg suap korg mkn.haha. Consider for area Kulim-Penang jekla. Tapi xde lah nak pos2 ye melainkan dengan permintaan. I'm not desperate to get untung dgn menjual biskut ni, im just want to share with u all kesedapannya saja and thankful masih ada lagi biskut yg sedap utk tekak ni nak makan setiap kali hari raya.
Dan MALATOP ni sudah menjadi biskut WAJIB ADA dihari raya kt rumah i tu pun nasiblah kalau x habis lg dihari raya pertama.HAHAHAHA-P

dan ini adalah testimonial dari one of my friend yg gemar biskut MALATOP ni!hehe.




so?apa tunggu lagi, nak order MALATOPPPPPP roger ok!!
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...