Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Review: Henna & Drama Sebabak

i know, mmg sudah terlewat untuk review psl wedding.
haha.hampir 4 bulan kawin, inai baru habis kat jari.
siap sedih2 lagi masa nak potong kuku tu.hihi.
kt kaki pulak, ada sikit lagi.
so, kalau b2b nk feeling2 pengantin baru lama sikit, pakailah inai tumbuk asli dari pokok =)

sebelum nikah, i ada buat entry mengenai henna sekitar batu pahat.
Entry ini. ok, da baca?

i pilih decorator no 2. i bagi short form jeklah PKM.
 seminggu sebelum nikah, i da pergi survey a few tmpt lukis inai and finally i chose PKM dan terus buat appointment dgn decorator.
a few cth design henna pun i bagi.
masa buat keputusan pilih PKM tu mmg i redha dan i bg 100% trust pd dia.

one day before nikah (jumaat) i pergi PKM ditemani kakak untuk lukis inai.
ok,bermula lah drama sebabak.haha.
 masuk2 PKM jek decorator da tunggu dan kami terus ke bilik facial.
dia bilang dia da practice design2 tu, dan dia pilih yang ini.

i ok jek, sbb semua design henna yg i bg i mmg suka.
dia start buat tangan dulu..
tgh2 lukis,  ok...nak nangis da ms ni..
dalam hati i, pesal inai dia kembang semacam jek ni...waaaaaaaaaaaaaaaa..
lepas tu siap boleh slh design bunga dan padam2 tangan i lagi..waaaaaaaaaaaaaa
tapi xleh buat apa psl terlajak perahu boleh diundur, terlajak melukis xboleh padam.
What theeee..
tapi, xtau kenapa i xboleh nak bukak mulut complain masa tu smpilah dia buat habis kaki i.
seriuss..i tak suka!! 
kakak i pun buat muka tawar jek. Sedih dol.....-_____-


da selesai buat inai, i byr siap2 dan terus keluar..
keluar kedai kaki ayam hokey.
dala kedainya kena turun tangga.
lalu depan bank semua org tgk..=(
masuk2 kereta, i tgk tepi kaki i da comot mungkin sbb gopoh gapah keluar kedai.

i tak terus balik, singgah florist g amik bunga.
turun kaki ayam jugak hokey!
i tak kesah apa da masa tu, pk nak settle semua dan balik rumah terus.=(
sampai rumah mmg sedih gila sbb semua org tanya kenapa teruk sgt inai dia lukis..=(
gila x down bila sorg2 tgk tangan i.
kaki pulak mmg comot gila2 da.
i masuk bilik terus nangis2..
nak kawen lagilah hati mcm rapuh gila kan.
series down smpi mintak cousin belikan minyak tanah sbb nak remove inai tu.
kecoh ok ptg tu pengantin baru masuk bilik nangis2.
nangis yang mengalir2 air mata punya!
kakak pujuk2, suh tenangkan hati dlm bilik.
so, dah tenangkan hati pk2 balik xboleh la nak remove inai tu, takut lagi jadi teruk.
i salahkan diri i jugak sbb degil x dengar kata en tunang ms tu (panahan derhaka!)
kannnnnnn da rasa sendiri!!

so, redha jeklaaaaaaa.pejam kan mata.keluar bilik senyum tawar.
semua org pun x berani da bukak mulut tanya psl tgn i.
tapi dalam hati, mmg sumpah seranah la.
hahaha. 

 so, amik pengajaran dari kisah ini dan amik beberapa tips dibawah.

SATU
Cari decorator yg betul2 profesional yang mmg berbakat utk lukis inai.
Profesional decorator paling kurang mesti ada satu file yang mengandungi cth2 design henna hasil kerja mereka.

DUA
Buat dirumah. Jangan datang kedai.

 TIGA
Mahal pun xpe, jangan berkira dari segi duit kalau x mau nangis2 mcm i.

EMPAT
Jangan derhaka.hahahahahaha=p
Kalau ur mother/father/tunang or even bakal parents in law kata xboleh lukis, so DONT EVER DO IT!

LIMA
 Kalau boleh, just pilih design dari apa yang mereka ada.
Kalau nak bg ur own design, back to no 1, make sure she's very professional ok.


hasilnya....hmm...
SEKIAN

























 













Tutorial: Change Your Boring Blog Icon

wahhhhhhhhh..
tiba-tiba plak blog meeya ni buat tutorial. mcm la hebat sgt.ngehngeh.
ala, just nak share dgn u all ilmu yg xseberapa yg baru i belajar.
i pun mentah lagi dlm dunia blogging.
ntah2 readers semua lg expert kotkan.

tutorial pertama (mcm ada yg kedua dan ketiga lalalala..haha=p) ialah how to change your blog icon dari blogger icon to....  

your own icon
Kekdahnya mudah if u just follow step dibawah.
i try bg u all step yg ringkas dan mudah difahami nya!hehe.

STEP 1: GET THE PICTURE

Dapatkan any picture yg u suka utk jadikan blog icon.
Jangan lupa utk resize that picture sekecilnya. I guna photoscape sbb mudah!

STEP 2: GO TO THIS WEBSITE

http://favicon.htmlkit.com/favicon/

Upload picture tadi. Then Generate FavIcon.


STEP 3: DOWNLOAD THE FAVICON

Download and it will be saved in zip file.


Open the zip file and u all akan dpt dua blog icon yang available.
One adalah favicon.ico (static),  
Second adalah animated favicon dalam bentuk gif. 
Static icon means icon tu statik. Kalau animated, icon tu nnti ada gerak2.hehe.
Pilih la mana2 satu then extracted that icon image.

STEP 4: UPLOAD ICON AND COPY DIRECT LINK

Upload your icon tadi dalam any webhosting utk photo sharing likes Photobucket.
Free jek, so those yg takde kena signup dulu Photobucket.
Login dan upload icon image dalam album.

Then, copy the Direct Link of your image

STEP 5: PUT THE DIRECT LINK TO THIS CODE

 
*Kena type yer code ni, xleh copy sbb i put bubuh dlm bentuk image*
 
 STEP 6: LOG IN BLOGGER ACCOUNT

Go to 'Design' then  'Edit HTML'
Put the code in STEP 5 in between <title> and <b:skin> tag. 
Kalau xdpt cari tag tersebut boleh tekan ctrl+f then find.


STEP 7: SAVE TEMPLATE & DONE!!

Da siap!!


haa..gitulah kekdahnya.
berpeluh2 jugak nak buat tutorial ni!
hehe.

happy sharing!!
till then.=)

Kini Berwajah Baru

bukan i yang berwajah baru,
tapi blog ye!hehe.

yeeeeeeeee...
blog meeya kini berwajah baru!
yeayyy! clap ramai-ramai cpt sbb blog i dah cantek.
muahahaha. 
*mood perasan, maaf*

i kt kg ni, gigihla belajar byk benda tentang blog..mentang2lah internet laju,
cuba klu kt kulim, haremmmmmmmmmm makkk!
loading memanjang menyakitkan hati..huhu.


so, kwn2 mcm mn?ok x blog i?
mmg i saja cari backgorund yg ringkas dan putih bersih.
i suka donwload free template from here.
hehe.malas la nak serabut2 kan blog dgn emoticon2 and widget yg mcm2 tu.
so, bila korg baca meeya, rs tenang jek kan.kan?kan?haha.

i da pandai buat banner/header ok!
senang jek pki photoscape,
i belajar dari gadiskampung.
blog yg sgt bermanfaat!
abislah, i ni dalah tak boleh belajar benda baru, pasni mesti jd gian asik nak tukar header jek.
wakakaka=p nasiblah labu.
Ini Meey@ sudah tukar jadi Ini Kisah Meeya
*gedix*
haha.

lepas tu ce tgk bawah, ce tgk ce tgk..
ala..yg i bulat2kan merah tu, 
see i da pandai buat pages!
muahahaha=p 
kecoh jek kan.
yg ini i belajar dari Liyana SCR.
Thank you dear sbb sudi share tutorial.
Nampok beno i ni buta IT.haha=p



sekarang ni tgh berjinak-jinak dengan photoshop plak,
sbb nak buat banner and header cantek2 dan comel2.
haha.
haaaaaaaaaaaaa..kan aku da kata, gian suda!
muahaha=p


da!

Sijil Nikah Negeri Johor


ptg tadi, sbb da boring sgt kt rumah i keluar jln2.
jln2 bertujuan yer, sbb nak pi amik sijil nikah kt pejabat agama batu pahat.
ha, jgn lupa bawa sijil nikah sementara, kalau xbawak yg itu mereka xlyn.hehe.
 kejap jek prosesnya, bawa g kaunter sijil sementara, then nnti diorg cari berdasarkan no siri.
sign kt log book then boleh balik!
xde kena byr apa2 pun.hihi.

so, cenggini lah rupanya sijil nikah negeri johor.
ingatkan sijil sekeping mcm sijil penghargaan sekolah ke, sijil dekan ke..hihi.
rupa-rupanya 4 page wooo sijil nikah i.haha.kertas pun nipis mcm kertas A4 tesis tu.
agak korok jugaklah.hehe.
dah la byk typing error.boleh  da nak keluar parking baru terperasan.
xkuasa den nak naik balik pejabat agama tu.haha.
one of the mistake, adalah harga mas kahwin!boleh kurang satu lagi 0 kat belakang tu.
takpe kot ek?ada bawa kesan buruk pada masa hadapan x?hihi.

 Page 1

 Page 2, 3

page 4, adalah lafaz taklik pengantin lelaki.

one more confusing, kepada ada 2 keping ek ?satu biru satu pink?
haha.
biru sinonim utk lelaki, pink sinonim utk perempuan.
sesuai la tuuuu..haha.
agaknya mmg depa saja bg dua keping kot biar senang suami isteri simpan satu keping.



 lepas tu, i dpt satu lg borang permohonan kad pintar.
ingtkan wajib kena buat, rupanya x pun, sukahati kalau nak buat boleh, xbuat pun xpe.
 kad pintar tu RM50 tapi xpasti utk satu atau dua keping.
haha.
 terus i kata, "mahalnya! xyah buatlah".
senyum jek kakak kaunter tu.
ngehngeh.


antara dokumen yang diperlukan utk buat kad nikah pintar;


maybe lain kali lah baru buat.
so, sementara ni kita main lipat-lipat jek copy sijil nikah ni selit dlm purse.
hehe.

Review: Wedding Album Bride's Side

Hye u olls. 
now, sy kat kg sedang bermalas-malasan dirumah parents.hihi.
en kaka tinggalkan sy seminggu sebab ada sukan kat melaka. 
eh, feeling sekarang mcm org bujang sayyyyyy!haha. mcm belum kawen dulu-dulu.
tapi, bila tiba malam jek..adehhh, resah gelisah hati sbb kena tido sorang-sorang,
bantal peluk sayam busuk xde.mood winduuu..*_*

 mood nak blogging ni plak kdg2 on kdg off.
haha. suka blogwalking jek, nak up entry mmg malas gila.
tapi tadi ms tgh belek2 album kawen (kata mood rindu, haruslah!) dpt idea nak share ngan korg wedding album for my side. da lama da dpt dari OP, cuma malas nak resize gmbr.penyakit M betul.haha
since ada yg request nak tgk gmbr2 kawen sy, tgk album ni dulu la eh..
hehe.wedding review pun belum ada kesudahan.haha.
mcm basi jek da nak cerita kt korg.wahaha.

from OP, ada 2 album satu custom and sticky.
tapi sticky tu byk sgt page, malas nak catch picture.
haha.Penyakit M lagi!!
 
oklah, jom kita layan ni dulu,






















for those yang masih xtau, OP sy adalah fozan & affiq dari Artisme Republic
Mereka ni muda-muda belaka lagi, tapi sangat talented dan komited.
I hire fozan saja, tapi alhamdullilah fozan bawa affiq as 2nd photographer. 
xde charge tambahan pulak tu.hihi.
semua gambar mereka, i boleh kata 85% boleh pakai,
15% lagi tu of course la gmbr tgh baru nak set camera, gmbr berulang and etc.
overall, sy puas hati sgt2!highly recommended for b2b..=)

till next time..daaaa!


100% PURE COTTON JAPANESE FOR GRAB!


Holla!

maybe tak ramai yang tau sy ada perniagaan online menjual kain pasang.
sengaja taknak war-warkan sbb pada mulanya blog ni just focus utk wedding preparation.hihi.
tapi, da lepas kawen, blog pun nmpknya da jadi mcm carca marba.
ngehngeh.

ada sapa-sapa yang takde baju raya lagi x?
kot nak buat hadiah hantaran pun boleh..;)
hihi.
sempena entry pengenalan ini,
dengan baik hatinya, sy nak buat promotion khas utk group BBF dan juga followers blog sy.=)
Our latest fabric adalah kain JAPANESE COTTON 100% PURE!

MATERIAL:
Kualiti Grade A (bermutu tinggi),
lembut dan sangat sejuk,
selesa dan sedap dipakai,
panjang 4m bidang 45

HARGA:
RM 70 (Semenanjung Malaysia)
RM 75 (Sabah/Sarawak)
* HARGA TERMASUK POSTAGE*






CODE: PC01
3PCS AVAILABLE


CODE: PC02
1PCS AVAILABLE


CODE: PC01
1PCS AVAILABLE

CODE: PC01
2PCS AVAILABLE


CODE: PC01
1PCS AVAILABLE

Selain daripada cotton japanese, sy juga ada menjual cotton viscose, Italian Crepe Silk dll.
Sekarang ni tgh berlangsung promotion untuk raya, 3 pasang kain only RM100
utk makluman lanjut, boleh add kedai sy di

FACEBOOK

Kalau xjumpa, type Asal Benang Jadi Kain dan search!=)

oh ye, e-mail saja sy atau pm di FB untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ya!
insyaALLAH, diskaun diberikan utk BFF dan followers sy.

till then..;)

Cik Kiah Menang Giveaway Ok!


YA!!
Cik Kiah menang giveaway!
hahaha.heboh mcm dpt grand prize jek.
dapat no. 2. ok le tu..hihi.

o yea,grand prize dimenangi oleh ratu contest kita, Cik Kina!Tahniah!
Bagi can la, sbb kina nak kawen.hehehe ;p
jgn mare Kina..

sesiapa yg mcm blur jek giveaway ape Cik Kiah ni menang,
meh klik entry INI.
Happy sgt Kerry and judges suka entry Cik Kiah.
Rupanya Cik Kiah tu nama lain Cik Kerry kita tu,
kebetulan pulak!hehe.

Sebelum tu, da bilang kt en suami mcm x menang jek,
sbb syarat nak menang, traffic blog pun kena tinggi.
Blog tak femes, mcm takde can jek.=(

Masa bukak FB check result, hahaha dan-dan jerit kat suami
SYG MENANG!!!!
mcm tak caya jek, sbb kalau masuk contest2 ni mmg Cik Kiah susah nak menang.
tu psl mls nak masuk contest.hehe.

tapi, ape pun best sgt sbb dpt hadiah
2nd runner up : 1 Victoria's secret 3 in 1 body wash worth RM62

tak sabar Cik Kiah!!





Hadiah Kawen Korang Dapat Apa?

Cuti-cuti sekolah ni bukan kemain banyak wedding berlangsung.
haha.bersusun wedding card sy kat rumah ni.
time nilah kawan-kawan, kenalan, sedara mara sepupu sepapat nak kawen.
lagi2 da ada dua keluarga kiri kanan, nak x nak, kena pentingkan sedara dulu.hihi.
lepas tu, Giant, Tesco baik Jusco penuh orang sorong troli berisi periuk nasi, blender, kettle, kipas, nak up sikit kasi oven or microwave la.
pandai plak si Giant and the gang nak buat promotion time-time cenggini yek.haha.

part yang paling seronok lepas habis majlis adalah buka hadiah!haha=p
kalau zaman kakak-kakak sy kawen dulu, malam selepas bersanding kami ada acara lagi.
Makcik pakcik sepupu sepapat akan keliling pengantin untuk tengok diorg bukak hadiah.
Kanak-kanak (akulah tu!) paling seronok pasal dapat berebut wrapping paper.
siap main cop-cop lagi yg mn paling lawa aku nak!haha=p
gila kesiankan..
Lepas tu main teka-teka hadiah. Boleh jadi kecoh dibuatnya.haha=p
pengantin pun kena pakai cantik-cantik juga masa bukak hadiah.

Tapi, last time masa wedding saya, xde pun acara buka hadiah.=(
ke pasal wedding present sy sikit so org tak berminat nk tgk?haha.kesian betul.
lepas 2 hari majlis berakhir, baru kami ada mood nak buka.
itupun cuma ditemani k.long saya.haha.kesian lagi sekali.

Banyak hadiah yang sy dapat lewat, logik lah present sy dapat sikit pasal kawan-kawan saya duduk jauh-jauh dan x dapat hadirkan diri. hehe.
Tapi, saya tetap happy sebab most of the hadiah 'besar' dan sangat berguna ok!

Antaranya:

* Microwave*
*Vacuum Cleaner*
*Comforter-2 set*english design lagi!
*Cadar-4 set*sampai skrg tak habis rotate lagi.hehe
*Periuk Nasi-2*
*Kettle-4*
*Iron-3*
*Kipas*
*Set Pinggan Mangkuk*sampaikan ada 2-3 org yang kasi set yg sama!
*Set Cawan-xkira*
*Tea Set-xkira*
*Frame*
*Mirror Frame english design!*
*Water dispenser*
* Dish drainer*
*Kain baju pasang*
*Tupperware Set*
*Buku-3 ke 4 pcs*
n etc.

Most of them mmg sy guna untuk keperluan rumah.
Macam kettle and iron tu, sy bg kt parents and MIL.byk sgt kot nak buat apekan.
haha.

Dan yang paling best sekali, MIL da belikan siap-siap utk kami set pinggan mangkuk, cawan, sudu n garfu, kuali, periuk, cucur tangan, jug air, set senduk, tupperware.ape lagi ek utk pakai harian.banyak gila kot adalah dalam 2 kotak jugak kami bawak masa pindah.
MIL bgtau, dia da beli dan simpan barang-barang tu dah lama untuk anak-anaknya sebelum anak-anak dia gatal nak kawen lagi. advance x my MIL?hehe.
Kebanyakan barang-barang tu MIL beli kat langkawi.
MIL bgtau, dia mmg dah berniat nak sedekahkan pada anak menantunya once mereka da kawen.
Kira beruntunglah kan sy sebab dpt kawen dengan anak dia.Wahhhhhh!=)
Yela, kalau kira-kira kos nak beli semua-semua itu mau 1-2 ratus kot. periuk bukan satu, 3 buah, kuali 2 buah (betul ke penjodoh bilangan aku ni), sudu garfu berapa dozen ntah.haha.
Rezeki kan..alhamdulillah.
PIL pula beri kami duit. Saya masih ingat lagi, dia suruh amik duit tu untuk beli peti ais.
Tapi, kaka xmau sbb kami da ada bajet utk beli tu semua, tapi PIL beriya nak bagi, lalu kami pun beli peti ais yang besar (besar 2 pintu jekla pun sbb cadang nak beli satu pintu jek).haha.
Lebih duit kami simpan dulu..tapi lepas 2-3 minggu tido atas lantai dengan tilam single gabung dua, last-last kami beli set katil 4 in 1 berharga rm299. Murah gila!! Tapi bukan kayu jati, kayu MDF lah!hahaha.kaka kata, takpe biar kita rasa susah dulu baru-baru kawen.hihi.

But, who knows rezeki lepas kawen kan.
Macam-macam cara tuhan tu nak beri.
Orang selalu kata, lepas kawen takde duit, kena jimat..
yes, jimat pun penting, tapi xdelah sampai kekeringan duit kot.
Lepas kawen, kalau tuhan xberi rezeki dlm bentuk wang,
maybe tuhan beri rezeki anak?
hehe..

yes, i'm still waiting for 'that' rezeki.
Doa-doa kanlah ye!=)


p/s: Hadiah jam dinding jek yang tak dapat!haha..=p













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...