Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Percutian 2 days 1 Nite Cameron Highland Yang Menenangkan! [Part 1]

As salam!! Wah, kemain panjang tajuk aku kali ini dan ada part lagi. Mcm membalas dendam pada sesuatu je gayanya. hehe. Last weekend kitaorg pi short notice honeymoon di Cameron Highland. haha tua2 ni pun nak sebut lagi honeymoon rasa mcm erkkk... tapi itula hakikatnya masih berdua bersama bercanda ria. Oh indahnya! namun, jauh dlm hati..ehemmm..;) Apepun, percutian kali ni unplanned, kebetulan hubby cuti hari khamis, lepas hantar in law pergi umrah. Alang-alang cuti sampai isnin dan dari melepet je kat rumah, meh la kita buat sesuatu yg menggembirakan sayang..;p Ala, korg mesti boring je nk baca sbbnya Cameron je pun nak kecohkan...;p Dalam nak pergi tu, duk google la hotel yang best2 sikit dah kata nak honeymoonkan so aktiviti takyah nak padat-padat sgt. Aku request hubby nak g minum tea kat Sungei Palas Tea Boh Centre, nak beli kaktus, makan steamboat dan nak petik strawberry. Tu jeee..lain-lain termpat mmg xnak pergi sbb nak duduk hotel biar lgi byk dari jalan2. sangat menenangkan jiwa betul percutian kami ni.hehe.
 
Dipendekkan cerita, jumaat tu aku call Century Pines Hotel & Resort CH to booking room on Saturday. Disebabkan aku guna government privilege, so kena buat full payment plus bilik yg aku book tu sangat hot katanya. Price yg aku dapat RM288 net for superior room with garden + breakfast for two includes GST and service charge. Yang ni price for weekend la. Kalau weekdays sure lagi murah! First time duduk hotel ni, terus jatuh cinta dan hubby kata nnti boleh stay lg kat sini.amboi banggg...:) terus geleng kepala sbb nak duduk CH resort plakkkk..kumpul duit plis! haha. Sebenarnya, byk yg pertama kali nya kami ke CH kali ni.  Pertama kali duduk di hotel, sebelum ni dtg duduk apartment, then pertama kali pergi berdua, sbb sebelum ni pergi dgn family, then pertama kali juga nak pergi ke tempat2 yg aku sebut td, sebelum ni balik2 taman agro farm, pasar malam brinchang n etc. hehe.
 
Pagi Sabtu tu, aku mulakan perjalanan 8.30 pg dari Ipoh. Sampai di CH lebih kurang pkl 10 terus ke ladang tea boh Sungei Palas di Brinchang. First time nak dtg, kami siap dah dgn papago sbb takut terlepas plak signboard nak masuk ke ladang. Sign building yang paling senang cari ialah Nova Highlands Resort & Residence dan dari jalan besar nak ke ladang the ni dlm 3km. Jalan berbukit bukau so laluan muat utk satu kereta je kalau berselisih kenalah salah satu ngalah. If not, masuk gaung kebun teh jawabnya. Jalan nya bagi aku elok je dah bertar xdelah seperti yang diceritakan dalam blog-blog lain..;) hehe. Layan jela gambar dulu..
 
 
aloh aloh alohh..;)
 
 
Ni lah kilang aku! - katanya hahah
 
Just a small factory, tapi nama teh boh famous seantero dunia!
 
 
Aku beli postcard RM0.70/pc kat sini! Murah! Malangnya takde fridge magnet..;(

Heart u bebe!
Hah xde lain dan yg di cari selain scone scone scone.
 
Upset xjumpa sconee...
 
yeayyyyyy dah jumpa scone!! RM8.50/set with strawberry jam, puff cream  and butter 
 
Looking for the hot seat..hehe
 
Nyummy!
 
happy face and tummy!hehe


Heavennnnnn with breathtaking scenery!

 
Kami habiskan masa more than 2 hours there dgn minum-minum dan makan scone. Hubby teringin nak makan scone! The taste? not bad for me tapi xhabis juga sbb muak sikit. Jam strawberry mmg sgt fresh dan sedap! Disebabkan aku mmg penggemar teh, 3 cawan teh aku balun. hehe..Cuaca pula tak panas sangat, ala-ala nak mendung gitu. Lepas dah makan, ingatkan nak turun pi ladang teh, tapi dah xlarat dgn perut penuh nak jalan pun dah malas. Dasarrr sgt kan! Xpe, lain kali kita mai lagi tau yayanggg..;)
 



see you again!!

 
 
 
 
 

Throwback 2015 & Azam 2016

Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! haha biasalah aku ni akan muncul dalam blog bila tiba hujung tahun dan awal tahun je. lain masa aku missing in action.hehe. So, what was happened in 2015? Jujur aku cakap, 2015 ni adalah tahun risiko duit bagi aku. hahaha. Alhamdulillah, dapat buat sedikit pelaburan dunia dengan saham dan beli second house for investment..:). Walaupun rumah subsale tapi disebabkan location yang strategik, so we make money!  Saham pula eventhough ekonomi xberapa nak bagus, but still make a profit. Xpe, we will wait and see kalau dah sampai tahap rugi, kita quit lah!. hehe  Disebabkan itulah, aku langsung x pergi holiday tahun lepas sebab duit macam air paip keluar untuk buat  modal dan juga renovation rumah. So, 2016, plez be nice to me ok!
 
Azam 2016?
 
1. Nak sungguh-sunguh TTC. We are on our way to make a babies! yes, babies ye.haha. Doakan kami ..:)
2. Teruskan pray Duha setiap pagi. Kalau xdapat solat dirumah, di ofis is a must! 2015 ritu berlubang-lubang duha aku!
3. Teruskan sedekah pada setiap hari jumaat dan gandakan lagi.. Ni pun lubang-lubang juga.aduhaii..
4. Nak kurangkan tido, at least 7 jam/day je tido. tido pukul 9/10 bgn awal pkl 4/5 am.
5. Sebelum g kerja pkl 8.30, exercise kat padang permainan at least 20 minit for 2-3x/weeks. xyah nak aim tinggi sgt dulu ok. oh so far, going well as planned
6. Nak buat tabung hijau RM5. kumpul duit rm5 byk2!!! 2015, aku buat weekly challenge, half year aku surrender. total dpt 2015, RM510 je! lepas la beli handbag sebiji.hehe
7. Nak more saving at least RM 300/month. Xnak tambah hutang dengan instalment bukan-bukan dah. Kat ofis ni mcm2 jenis instalment dibenarkan dari Tupperware sampai ke avon sampai ke corelle, pyrex segala mak nenek. Ya ALLAH peliharalah aku dari pembaziran..;p
8. Kumpul emas at least 1 setiap tahun kecik-kecik pun xpe la..sbb aku bkn datin nak pakai hat besaq2.kiki.
9. Nak masak sungguh2 utk suami bila dia balik weekend walaupun aku xlalu la ni apa yg aku masak.
10.Yang ni xleh buat-buat lupa dahhhhhhhhhhhhhh...BERCUTI!!!! approved on april insyaALLAH...

ok lah tu kot.xyah nk byk sgt nnti kelaut semua tu.kiki

Happy New Year semua! Moga-moga aku jadi insan yang lebih bersyukur dan dapat mengenal hikmah setiap kejadian yang Allah beri. Aminnnn..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...