Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Ruang Sinki

Tidak aku nafikan dapur ni mcm jantung sesebuah rumah. Kalau cuti hujung minggu, masa aku byk dihabiskan di ruang dapur dan home office. Kalau tak memasak pun, mesti ada je benda nak dibelek.haha.Tapi, banyak-banyak kawasan di dapur, one of my favourite place is SINKI! hahaha. Bunyi macam agak sewel sikit. Tapi tak tahulah kenapa, bila standing there rasa ok this is really my duty as housewife. hahaha. Dengan semangatnya aku lukis gambar dapur rumah sewa aku ni utk rujukan korang..haha. Dapur aku agak luas tapi shape memanjang menyebabkan aku xdpt nak letak meja makan didapur. Yang ada hanyalah meja jepun utk letak lauk-lauk yang sudah siap dimasak. Kerusi?non hado..kita bersila saja yer. Kadang2 kami makan bentang kain kat ruang tamu, depan tv. ;) Sempoiiii..Dah nama pun rumah sewa, so xde lah dapur nak berKC bagai.. Kebanyakan barang-barang kat dapur ni mak mentua yang bagi dan ada asal dari rumah sewa masa bujang dulu. Terima kasih byk kat kawan-kawan yang sudi sedekah kat aku!!=)  Susunan rak dan almari pulak semua aku rapatkan ke dinding sbb ruang yg agak sempit utk ber island..hahaha.ke main aku ni nak berisland2 sangat..;p
 
Dapur aku ni mmg boleh nampak direct dari pintu hadapan dan ruang tamu especially kawasan sinki ni. Jadi di ruang sinki ni mmg aku minima kan barang-barang yg perlu sahaja. Kalau tgk gmbr kat bawah ni, sinki aku menghadap ke tingkap dapur. Bidai tu aku pasang masa mula-mula masuk rumah. Mmg sengaja taknak pasang langsir sbb dulu rumah mak aku pernah terjadi langsir terbakar..haha.Trauma kottt! So, ini jelah sumber cahaya aku di dapur. Kdg2 kalau hari hujan atau mendung sikit..kalau nak bergusti di dapur mmg kena bukak 1 atau kedua2 lampu. Satu perkara yang aku tak gemar ialah pasal tingkap ni bercermin nako. Bagi aku mmg sgt susahh nak cuci dgn tangan aku kdg2 tersempit kat celah grill..hazabb ok. Dan hasilnya kepuasan mencuci tingkap tidak dpt dicapai.haha. Tak pasal-pasal aku kena cuci dari luar rumah.. Main point is, esok rumah sendiri nak pasang siap-siap tingkap dua daun tu. ok, noted!=)

Bawah sinki mmg aku tak letak langsir dan tak letak apa-apa pun kecuali tong sampah dan alas kaki. Senangkan keje aku nak mengemop.hehe. Tepi dinding sinki, aku sangkut basket buh plastik. Senang utk dicapai especially bila nak kumpul bhn buangan. Basket IKEA mari.hehe. Atas sinki, aku cuma letak bekas sabun dan TupperClean  utk cuci veg and fruits (2 benda yang selalu diguna),  dan tempat letak pinggan without the tray. Aku remove tray tu sbb aku x suka tgk air bertakung bawah nya. Senangkan keje aku juga tak payah cuci selalu.hehe. Ok, soon rumah sendiri nak pasang double sink siap-siap. ok, noted again!=)



Then, sabun pencuci, hand wash dan dawai tu aku letak dkt sink rack dan hang je dkt grill. Actually, sink rack tu kena letak dkt sink tapi sink aku kan kecik je zaman purba punya, so size x fit. Sink rack ni korang boleh dptkan di Cosway! ;) Kat Cosway mcm2 benda ajaib korang boleh jumpa.haha.



Satu lg yg aku suka ialah TupperClean utk cuci veg dan fruits. Laki aku kata mengada-ngada je nk bersabun bagai.Padahal cuci dgn air garam je dah tentu bersih juga..haha. Tapi serious mmg korang akan rasa lebih yakin bila cuci dgn TupperClean ni sbb tau2 jela kan skrg ni veg and fruits kita beli tu bukan semua organik. Banyak racun2 tersembunyi lagi2 kalau basuh sayur yg berdaun. Lagipun TupperClean ni korang guna sikit je setiap kali nak guna dan tahan untuk 2-3 bulan..;)

Satu perkara yg aku selalu amalkan, sebelum nak memasak atau bekerja didapur aku akan pastikan pinggan mangkuk atas sinki ni semua dah berbasuh dan yg dah kering tu aku pindahkan ke rak pinggan. Kalau boleh xnak ada apa-apa pun atas sinki tu. Biar mata aku ni lapang je tgk. Tapi yg paling geramnya bila laki aku xmau langsung ikut rules aku.haha. Jenuh la mulut ni potpet potpet ok, sudahnya aku biarkan dia sorang2 bersilat kat dapur. Bunyik mcm kejam kan?haha. Tapi lepas dia abis masak, aku tolong la dia cuci dapur pulak..hehehe.

ok, done utk ruang sinki..=) 






6 comments:

Fizah said...

sy pun suka cleanup dapur malam2...pagi2 nak wat kerja senang. tp kadang tu terbabas gak bila sibuk sampai letih, mmg lelap terus. kesian dapur tu, asek penuh je..btw, sukalaa tgk dapur awak. bersih dan kemas!! :))

Meey@ said...

@fizah: salam sis! tq bg inspirasi susun atur dlm blog.hari2 sy godek blog akak.haha;p takdela kemas mn, dapur kecilan jee..kemas setakat yg mampu..=) thanks drop by!

myfara.blogspot.com said...

Salam kenal ;)
Ruang sinki kita sama. Ngadap tingkap. Sy pn xsuka letak ape2 bwh sinki. Susah nk mop.

Meey@ said...

myfara: hi..salam kenal juga..=) sy ni pulak jenis c rajin mengemop dan sume benda klu boleh nk nmpk lapangg.. tapi rumah cinonet je.hehe.

yuyuy akley said...

Sy pun mlm2 sblm tido mesti godek2 dapo dulu buat apa yg patut.. Asyik la nk ngelap itu ini tp smpai skang satu benda yg x bjaya pindahkan pinggan mangkuk yg dh kering masuk kc.. Uwaaaa bila nk rajin ni.. Hihi..

Meey@ said...

@yuyue: haha..rajin betul yuyuy.kt rumah sy pinggan basahan yg kering letak kt rak pinggan yg open je. yg dlm amari punya sy letak pinggan standby klu ada tetamu dtg..hehe.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...