Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi Set Sambal Santan

Dah lama xshare resepi dalam blog ni. Dulu masa x kerja kerap jugak bereksperimen di dapur siap buat cabaran bulan Ramadhan..gigih sungguh aku masa tu. hehe. Skrg pun gigih juga bgn pg2 masak utk suami mkn tgh hari dan bawa bekal ke office. Tapi x hari-hari la..tgk mood juga dan tgk situasi suami aku punya schedule class padat ke x. Kalau padat, mmg dia x smpt nak keluar lunch dan klu kuar pun byk lauk dah habis katanya. So penyelesaiannya aku sediakan bekal utk dia. Jimat pun jimat.hehe. Biasanya aku masak lauk senang2 je yg main campak2 sap2 soi.haha. Kalau resepi yg istimewa atau senang kata laki aku punya request..mmg jawabnya tunggu weekend yer bang..hehe.

Jadi kali ni aku share satu resepi istimewa yg aku belajar dari mertua. Resepi asal orang Jawa. Tak pernah aku jumpa even kat Johor pun aku x pernah mkn lauk ni. Tapi, penangannya..mak oiii sedap okeyyyy!! haha. Resepi ni mudah. 3 in one. Pakej. Kalau salah satu takde, x umphhh!  Cukup pakej ni saja dah lengkap dah lunch menu.

Pakej:
1. Ikan sungai. Apa2 pun xkesah tapi aku biasa beli ikan keli sbb senang dpt. Cth lain; ikan puyu dan  ikan semilang. Digoreng atau dibakar.
2. Sayuran kampung/ulam-ulaman sprt pucuk paku, pucuk ubi, kangkung, bendi. Direbus.
3. Kuah sambal santan
Ikan keli diperap sebentar dgn kunyit & garam
Basuh segala jenis sayur dan rebus sehingga layu. Kemudian, toskan.

Bahan-bahan Sambal Santan
1. 1 inci cekur
2. 15 ulas/segenggam bawang merah. Lebih banyak lagi sedap.
3. 15 biji cili padi hijau/ikut kepedasan sendiri
4. 3-4 helai daun cekur dihiris
5. Santan pekat
6. 4 sudu besar minyak
7. Sedikit air asam jawa. Daripada 1 sudu teh asam jawa dgn 1 sudu besar air

 Kaedah Memasak Sambal Santan
1. Masukkan cekur, bawang merah, cili padi hijau dan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan wangi. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Pastikan guna api yg kecil dan kacau sekali sekala.
3. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebentar.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng/dibakar (options). Jika taknak masukkan ikan pun xpe, terus jump to step 5.
5. Masukkan santan pekat dan daun cekur yang telah dihiris. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan naik minyak.
6. Rasakan sekali lagi dgn garam dan gula jika perlu.
7. Tutup api dan segera pindahkan kuali ke tempat lain/tungku yg tidak panas. Jika dibiarkan ditungku yg sama, santan akan jadi berketul-ketul. *Baru tau*hehe.
8. Hidangkan panas-panas!


Cekur ni mmg kami tanam kt depan rumah sbb tau mmg susah nak cari. Isi cekur ni mcm halia. Tapi bau dia ada lain sikit lah x mcm halia. Boleh beza. Dan daunnya renek mcm gmbr kt bawah ni.




Kaedah  Penyediaan:
Ok,nak makan lauk ni ada cara:
1. Ambil mangkuk kosong. Letakkan sedikit ulam/sayuran yang telah direbus

 
 2. Ambil kuah sambal santan dan tuang ke dlm mangkuk

 
3. Tuang sedikit kicap manis/masin ke dalam mangkuk. Gaul kan.

4. Ambil sayur yang dah digaul tadi ke dlm pinggan nasi. Jgn lupa mkn dgn ikan yang telah digoreng. Haaaa gituuuuuuu..


Selamat menjamu selera!sedapp dap dapp!;p





3 comments:

yana Jasni said...

ermm... macam best jer nih.. x pernah cuba.. boleh try ni.. so yang special nih sambal santan la ekk..

siti alfakhishah aman said...

walah.. kombinasi yang slurppp.. suka sgt ikan keli goreng kunyit.. orang jawa memang mcm xle pisahkan kencur dgn lemak santan kot.. hehehe..

Meey@ said...

@yana jasni: haah sis..yg special is sambal santan tu sbgi kuah dia.org johor ke ek ek?hihi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...