Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Takde Duit Nak Balik Kg?

Rindunya nak coret2 kat blog. Tapikan skrg ni sibuk gila. Request datang bertalu-talu sampai kan hari shutdown pun kena mai. Oklaaa dari takde keje membatu je aku kat office ni.haha.

Post kali ni aku nak share sikit la dgn korang bagaimana kami merancang kewangan balik kg kami. Sbb ramai rakan-rakan kt office ni selalu tertanya-tanya sebab kami kerap balik kg. Actually takde la selalu, tapi sistem kami suami isteri mmg akan pastikan at least sebulan sekali "MESTI" kena balik kg parents in law and at least once for 2-3 months "MESTI" balik kg aku plak. Macam x adil je apa pasal parents aku 2-3 bulan sekali kan..hihi..Realitinya kg aku jauh nun di Batu Pahat, Johor dan in law di Teluk Intan dan kami duduk di utara-Kulim!! Jauhhhhh kan?! So, kalau balik Batu Pahat, kami akan cari masa yg sesuai which is ada weekend + public holiday/kilang shutdown baru kami plan utk visit parents and family. Syukur jgk kilang selalu shutdown, xpyh aku pening pala nak amik cuti mcm mana. Kalau terdesak sgt kdg2 aku amik unpaid leave/MC je..haha. Ape de hal der..;p Alhamdulillah..laki aku x pernah berkira pasal masa+cuti+duit (yelaa..cuti dia byk kotttt;p). Pasal family, it always comes number one. No kompromi. Mula2 aku mcm bising2  jgk sbb cuti aku dah negative kot nak balik kg Johor lama-lama. Setakat 2 hari weekend Sabtu-Ahad mmg x cukup. At least kena 3-4 hari baru puas.hehe. Tapi dah byk kali laki aku ceramah, aku redha dan bila kita redha..masyaALLAH hati xpernah rungsing pun pasal duit gaji kena potong or whatever..sbb niat kita balik kg nak melawat parents dan keluarga..mmg ALLAH tu Maha Kaya, Dia permudahkan. Nampak x berkat nya di situ??;) Kg parents in law pulak mmg xde masalah sbb biasanya kami pulang lepas kerja hari Jumaat dan habiskan masa Sabtu-Ahad kt kg. 

Sebetulnya, duit takde masalah kalau kita pandai merancang kewangan. Since kawin, mmg aku lah financial planner and banker of the house. haha. Tukang menghabiskan duit pun iya aku juga.;p
Kami ada satu buku utk merancang perbelanjaan bulanan kami. Homemade lagi kauuu!hehe. So, kalau tgk bawah ni, ada satu part perbelanjaan  kami utk Balik Kg. Ada 3 cabang; Minyak + Tol, Nafkah + Duit Kocek. Minyak + Tol mmg peruntukan utk perjalanan pergi + balik. Nafkah means duit belanja utk parents dan duit kocek adalah duit mkn2 dan cekedis ketika dlm perjalanan.Haha. Itu pun kena masukkan ok sbb laki aku tu klu xde mkn2 dlm kereta nnti dia mengantuk selain aku jadi bahan makanan dia bercerita pot pet pot pet dlm kereta.hehe.

Buku Akaun Keluarga Fauzi..[skema betul]
Abaikan kulit buku yg dah mcm sambal belacan.hehe.
Part Expenses: Balik Kg. 1st column pendapatan laki aku, 2nd column dari pendapatan aku.3rd column tu..Total.
Full page bajet bulanan kami..=)
Disebabkan kami berdua mmg bekerja, so,  peruntukan gaji masing2 utk balik kg tu adalah SAMA jumlahnya.Takde sorang terkurang atau terlebih. Konsepnya ADIL tak kira utk parents yg jauh atau yg dekat, tak kira bila pun balik kg, bila dapat gaji je, tugas banker akan collect kad atm dan keluarkan duit segala perbelanjaan utk bulan tu dan asingkan ikut keperluan perbelanjaan dan di simpan dalam fail duit.haha. Dan kami dilarang sesama sendiri utk guna duit tu walau utk apa cara sekali pun selain digunakan utk balik kg sahaja. Haaa..cenggitu kekdahnya. Bunyik mcm strict sgt je banker ni kan.haha.Tapi itulah yg kami buat.

Sbgi cth aku menyumbang RM150/month utk minyak + tol utk bahagian aku. Utk 3 bulan terkumpul dah ada RM450 kan? Sangat cukup lah perbelanjaan kami utk balik ke Johor. Dan kalau ada lebih, kami akan simpan dan bawa baki tu ke hadapan. Jelas x? Tapi selalunya kalau ada lebih pun aku akan habiskan jugak.hahaha;p  Panjang akai sikit banker sorang ni. hihi. Utk bahagian laki aku, RM150/month tu mmg habis setiap bulan sbb tiap-tiap bulan balik kg dia. hehe. Then, same thing jugakla kami buat utk nafkah parents tu. Kami akan keep duit tu dan bila balik kg baru kami berikan. Dah almost 3 years kami practice, mula-mula agak susah nak maintain sbb ada perangai "pakai dulu" tapi liat nak ganti balik.Haha.. then kemudian kami come out rules dan Alhamdulillah perancangan sebegini byk membantu dari segi kewangan kami ketika balik kg.

Aku paham la kalau ada org yang jarang balik kg sbb aku x nafikan perbelanjaan minyak + tol yang semakin meningkat dan utk yg ada anak anak, keperluan utk mereka lebih diutamakan.  But, please always bear in mind, bila ibu bapa dah tua aku percaya diorg tak pernah sekali mengharap diberikan nafkah/duit yg banyak setiap bulan dari anak-anak. Bagi mereka cukup sekadar dapat melihat wajah anak-anak dan cucu di hadapan mata itupun dah berikan mereka kebahagiaan. Kebahagiaan yg mereka rasa, ada BERKAT utk kita. InsyaALLAH tuhan xkan berkompromi dgn kita kalau kita sbgi anak juga tidak berkompromi dgn ibu bapa. Ada yg mengata, kami ni belum ada anak lg boleh la kata senang nak balik kg..cuba esok dah ada anak?haha. Aku nak tergelak sbb pemikiran sebegini x sepatutnya ada utk seorang yg bergelar "anak". Pepatah pun ada berkata, "Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih" dah kalau ko yg tak nak balik,  bg lah sejuta pun ko x kan balik juga? Betul x? 

Sedikit perkongsian petikan dari sini:
"Di samping itu, doa ibu bapa juga akan menjadi sumber kepada pembinaan kekuatan batin diri anak. Hal itu akan mempengaruhi sikap dan kewibawaan anak mereka dalam menjalani kehidupan. Inilah keberkatan dan kehebatan doa ibu bapa terhadap anak-anaknya. Oleh itu, kita mesti berusaha membahagiakan kedua-dua orang tua sedaya upaya yang termampu dan berkorbanlah sama ada masa, tenaga atau wang ringgit demi melihat mereka berada dalam keadaan terjaga rapi dan mendapat kasih sayang kita."

Aku harap post aku ni x mengundang kejelikan mana-mana pihak. Ia hanyalah sekadar perkongsian yang aku harap dapat memberi manfaat kepada kwn-kwn diluar..=)
  






1 comments:

n0rraslida alias said...

Meeya!!!!! wahhh! sgt berguna ur sharing!!!! tenkiu dear!!! very usefull!!! i da 2 thn kwhen, blm blh nk praktikn..hukhuk. insyallh dipermudahkan kay. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...