Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Hiasan dulang hantaran & Butik pengantin

Hari ni baru ada jiwa nak update blog.
3 hari pulang ke kg adalah sgt memenatkan!
Terkejar-kejar kesana-kemari mcm tak cukup kaki.adoii.

Pencarian hari pertama:
Saya, along dan mak ke ayer hitam mencari bahan utk hiasan dulang hantaran.
Mujur kami pergi hari jumaat, mmg lenggang sgt kedai-kedai brg pengantin.
Dengan seronoknya kami keluar masuk kedai dgn tujuan mengsurvey harga.
Nasib dpt guide dari cousin, dia yg bgtau kedai mana murah, kedai mana mahal.
Masuk kedai satu ni..yer betul!mmg murah oke.
Yang paling best, kita boleh pilih bunga dan dia boleh gubahkan free of charge!
maksud saya, service gubahan la yg free.=)
Dan hasilnya, cantik!!
Walaupun niat asal nak bertemakan merah-putih, tapi bila sampai di kedai ni, tiba-tiba saya jadi sgt rambang mata melihat warna-warna bunga yg pelbagai.walaupun ia sekadar artificial flower.
Dan semestinya saya pilih bunga lily!!suka sgt!tapi, terpaksa pilih warna green yellowish lily+ white roses sbb white lily da kehabisan stock.
upset juga masa tu, tapi saya tenangkan diri agar tak terlalu cerewet.
Percaya tak, dengan 5 kuntum bunga, daun ala-ala baby breath dan reben utk kos satu dulang hanya rm8!puas hati!senyum lebar..=)

belum dihias sepenuhnya lg..=)

Pencarian hari kedua:
Saya ke One Stop Superstore.
Kedai ni banyak branch, di batu pahat saja yg saya maklum ada 3.
Kedai ni jual barangan alatan rumah, pinggan mangkuk, hiasan rumah, stationary and etc.
Boleh kata ala-ala kedai rm2 or rm5 tu.tauhu??
Suka pergi kedai ni sbb murah.Target saya mencari pinggan bulat utk hiasan dulang, balang kaca utk buah-buhan, coklat, dan cookies.
Total masih dibawah bajet saya.Alhamdulillah.

balang buah dan coklat

balang cookies dan pinggan bulat.Baru lepas dicuci.

Pulang saja dari shopping, kepala mula pening mcm mana cara nak gubah.
Idea ada, tapi mcm tak sesuai.
Naik stress bila pendapat saya, cadangan saya dibantah dan komen-komen yg agak bingit oleh mak, kakak-kakak, makcik dan etc.etc?haha.etc tu yg buat saya tambah stress.
Stress sbb bahan ini tak cukup, itu kena beli lg.ini tak beli lg.itu tak cantik.ini tak sesuai.
Letih.
Asalnya sume barang saya nak letakkan diatas pinggan,
tapi saya akur tak semua barangan seperti balang kaca coklat boleh diletakkan atas pinggan.
Maka terpaksalah semua pinggan itu dijadikan alas polistren utk memastikan keseragaman.
See..lari konsep dan keinginan sayakan?*_*
lenyap terus gambaran hantaran saya spt dibawah ini..

(kredit to..alamak..lupa kt mn amik.main save jek dlm pendrive ni)

Hmm..
Oleh kerana saya stress melihat mereka yg sibukkan hantaran tu,
saya tinggalkan mereka dgn kerja-kerja menghias.
Tawakal ajela nak jadi mcm mn pun.
Asalkan cantik di mata saya.
Mak pulak, last-last minit nak tambah satu lg dulang utk pot pouri.
Nasib dia yg sponsor.haha.
Saya pulak yg pening nak arrange brgn hantaran tu sbb sume da di plan.

Pencarian hari ketiga:
Saya dan BFF, Nora ke butik pengantin.
Saya suka bawak Nora sbb dia sgt pro dan kenal ramai mak-mak andam since dia bekerja di Perodua dan selalu deal dgn mereka ketika dtg service kereta.
Lagipun nora ni byk pengalaman jadi amatur wed planner utk kakak dan sepupu-sepupunya.
Saya gunakan dia.haha.sayang ko la nora!=)

Butik pertama yg kami pergi

1) Twins Collection
Taman Indah, Bukit Pasir

Sedia maklum, mereka-mereka ni nyah-nyah.haha.
sangat kekok ok nak berurusan dgn mereka.first time.
nasib baik ada bantuan nora.
Package?omg...over dari bajet saya.
Package sederhana costly rm2000.*wrought iron pelamin*
Package exclusive sket costly rm2600.*pelamin panel*
Baju pun bila saya tgk..aduh mak ai..sangat sarat dengan lace pelbagai.
Bila pandang sekali, tak ada satu pun yg terus jatuh cinta.
Servicenya juga bg saya kureng, sbb pelayan kami tu, asik duk sibuk main rambut jek.jelik saya tgk.erm..maybe kena pangkah terus.haha.

2) Butik Andaman Armz Collection
Taman Cahaya Purnama, Peserai

Butik ni pun nyah juga. Mula-mula saya sangka perempuan.Cantik.Jasmin namanya
Tapi bila bersuara.alamak..suara jantan.HOHO.
Tapi peramah..saya suka service dia.
Package? Sama juga seperti di Twins Collection, pakej yg sederhana tu, mmg betul2 sederhana, baju pun sederhana.Hmm, masa ni saya ni da berkira-kira agaknya butik pengantin di batu pahat ni mmg tak main kot harga bawah 2k..
Apa yang baiknya dibutik ni, baju-baju pengantin kebanyakan cantik!!
Saya suka..solek pun cantik, dan dia boleh buat pelamin seperti yg kita nak.Tapi of course la kena masuk package yg rm2500 tu.erm..padahal, saya cuma ingikan pelamin panel sahaja.
Butik ni boleh bayar ansuran setiap bulan start daripada kita byr deposit smpilah ke hari majlis.
Bagus juga tu. Takdela berat sgt selepuk nk byr rm2500 tukan.
Erm, tapi saya tak buat keputusan apa-apa pun lg,
baru bincang pendek ngan kaka.
Dia mintak saya survey lg di kedai lain, dan kalau boleh biarlah perempuan betul.
Senang bila solek nanti tak perlu buka aurat.
Hmm..haruslah saya menghentikan seketika pencarian butik pengantin ni.
Sbb masa mmg tak sempat.Tapi, setakat dua butik yg saya pergi ni,
saya sukakan Butik Armz Collection.
Tgk nnti mcm mana yer.

Selepas pulang dari butik, saya singgah sekejap ke Prima Moda (Jakel's) dan Euro Moda.
Saja cuci mata lihat kain lace utk nikah.
Sume cantik!harga pun cantik.haruslah semeter rm100++..
Masih berkira sama ada beli da siap or beli kain dan tempah saja dgn tailor.
Erm, saya inginkan persalinan nikah yang indah,
yang boleh saya buat kenangan dan boleh juga saya pakai semula selepas itu berulang kali tanpa rasa malu-malu.haha.
I heart sabsabby's dress.

Kita tgk nnti mcm mana..
Panjangnye entry saya!
haha.ketemu lg!


Bai.








5 comments:

iedayah said...

wah banyak jugak hasil meeya bw blk ea...=p

Meey@ said...

haha.dayah, hasil yg tak seberapa.
penat wooo rushing sana sini!haha.pepun, sgt seronok meyoping brg kawen..hehe.=)

harzharun said...

hi dear....juz droping by...i pun wat hantaran dlm pinggan!

..+UpTownGurl+.. said...

hye..
u org b.pahat ke?
kite serupa la...sy pon dlm proses nk survey m.andam...hehehe...kalo de information tbru bgtau sy ek..

~sunflower~ said...

dear... boleh tak maklumkan kat saya...lebih detail mengenai tempat u beli bunga kat ayer hitam tue... kat one stop superstore tue dia mmg banyak jual balang kaca ker??? i pun cari balang kaca jugak nie... pleaseee need your help....boleh tak u email kat saye.... ni email saya haini02@gmail.com
really2 need for your help

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...