Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Bunga Tangan Kristal

Rajin plak ai tepek entry kt blog arini.
hehe.
Baru lepas update bajet engagement dlm lappy..
kena jenguk selalu file ni, kalau tidak mesti da jadi orang tak sedar diri..haha.
lupakan.

Sempat lagi pulak gugel image pelamin panel/pelamin astana yang menjadi idaman.
Tapi, maybe akan dikongsi kemudian kat next entry.
Tak janji tapinye..hihi.
ok melalut lg.

Nak cerita pasal bunga tangan yang mcm nak gila mengimpikannya.
balik kg aritu, bertanya juga kat kedai-kedai pengantin kat ayer hitam tu.
Tapi, takde satu pun yang jual bunga tangan kristal.
Kristal yang belum jadi bunga adalah!
ok.masa tu sudah berangan nak DIY sendiri.
Tapi, mcm tak mampu dan tiada keyakinan diri.
Parahnya, kakak-kakak saya menjadi mangsa tanpa sedar.
heh..rasakan. Nasib kak uji saya mcm mengoffer diri utk buatkan bunga tangan itu utk saya.(maybe setelah kasihan melihat saya yang merengek maukan bunga itu!haha.)
Tapi, agak curious juga, ntah bila kakak saya yang sorang ni ada bakat menggubah hantaran dan bunga?langsung tak tahu..haha.
ok2, it's better i give her 100% trust.
untung-untung dia belanja or dgn kata lain sponsor.
orang sponsor tak boleh nak marah-marah.
kan?kan?kan?
oke.tabiat buruk.jangan ikut itu.heh!

mesti korg tertanya-tanya kenapa saya nak sgt bunga kristal?
nape tak guna fresh flower?paling koman, bunga artificial la kan!
takmo.takmo.takmo.
orang kata ini cinta pandang kali pertama.
pandang kali kedua.ketiga dan seterusnya tetap juga jatuh cinta.
haha.kemaruk.

bagi saya bunga tangan kristal ni ada nilai kecantikannya sendiri.
Cantik.tak kan layu sampai bila-bila.boleh gubah bunga suka hati bunga mana korang suka, warna apa korang suka.tak jadi bunga boleh gubah semula.heh.
ntahlah, susah nak luah dengan kata-kata.i sukalah.

antara bunga tangan kristal yang menjadi inspirasi;

ngigau malam ni...haha.
(credit to nazurin creations)


ya rabbi, cantiknya nyah!sukeeeeee pearl2 tu!
(credit to www.jem.ma.com)

simple but nice too!
(credit to hantarangallery)

yang ni mmg tak boleh nak kata apa da.
nganga mulut jekla.
awesome!
(credit to http://raicraft.blogspot.com)

b2b, kalau u all boleh share dan jumpa mana-mana blog/website yang ajar mcm mn nak DIY bunga tangan kristal ni, inform saya!plezzzzzz..=)

sayang u ll la!
mau pulang dan ketemu lg!

bai.


Hiasan dulang hantaran & Butik pengantin

Hari ni baru ada jiwa nak update blog.
3 hari pulang ke kg adalah sgt memenatkan!
Terkejar-kejar kesana-kemari mcm tak cukup kaki.adoii.

Pencarian hari pertama:
Saya, along dan mak ke ayer hitam mencari bahan utk hiasan dulang hantaran.
Mujur kami pergi hari jumaat, mmg lenggang sgt kedai-kedai brg pengantin.
Dengan seronoknya kami keluar masuk kedai dgn tujuan mengsurvey harga.
Nasib dpt guide dari cousin, dia yg bgtau kedai mana murah, kedai mana mahal.
Masuk kedai satu ni..yer betul!mmg murah oke.
Yang paling best, kita boleh pilih bunga dan dia boleh gubahkan free of charge!
maksud saya, service gubahan la yg free.=)
Dan hasilnya, cantik!!
Walaupun niat asal nak bertemakan merah-putih, tapi bila sampai di kedai ni, tiba-tiba saya jadi sgt rambang mata melihat warna-warna bunga yg pelbagai.walaupun ia sekadar artificial flower.
Dan semestinya saya pilih bunga lily!!suka sgt!tapi, terpaksa pilih warna green yellowish lily+ white roses sbb white lily da kehabisan stock.
upset juga masa tu, tapi saya tenangkan diri agar tak terlalu cerewet.
Percaya tak, dengan 5 kuntum bunga, daun ala-ala baby breath dan reben utk kos satu dulang hanya rm8!puas hati!senyum lebar..=)

belum dihias sepenuhnya lg..=)

Pencarian hari kedua:
Saya ke One Stop Superstore.
Kedai ni banyak branch, di batu pahat saja yg saya maklum ada 3.
Kedai ni jual barangan alatan rumah, pinggan mangkuk, hiasan rumah, stationary and etc.
Boleh kata ala-ala kedai rm2 or rm5 tu.tauhu??
Suka pergi kedai ni sbb murah.Target saya mencari pinggan bulat utk hiasan dulang, balang kaca utk buah-buhan, coklat, dan cookies.
Total masih dibawah bajet saya.Alhamdulillah.

balang buah dan coklat

balang cookies dan pinggan bulat.Baru lepas dicuci.

Pulang saja dari shopping, kepala mula pening mcm mana cara nak gubah.
Idea ada, tapi mcm tak sesuai.
Naik stress bila pendapat saya, cadangan saya dibantah dan komen-komen yg agak bingit oleh mak, kakak-kakak, makcik dan etc.etc?haha.etc tu yg buat saya tambah stress.
Stress sbb bahan ini tak cukup, itu kena beli lg.ini tak beli lg.itu tak cantik.ini tak sesuai.
Letih.
Asalnya sume barang saya nak letakkan diatas pinggan,
tapi saya akur tak semua barangan seperti balang kaca coklat boleh diletakkan atas pinggan.
Maka terpaksalah semua pinggan itu dijadikan alas polistren utk memastikan keseragaman.
See..lari konsep dan keinginan sayakan?*_*
lenyap terus gambaran hantaran saya spt dibawah ini..

(kredit to..alamak..lupa kt mn amik.main save jek dlm pendrive ni)

Hmm..
Oleh kerana saya stress melihat mereka yg sibukkan hantaran tu,
saya tinggalkan mereka dgn kerja-kerja menghias.
Tawakal ajela nak jadi mcm mn pun.
Asalkan cantik di mata saya.
Mak pulak, last-last minit nak tambah satu lg dulang utk pot pouri.
Nasib dia yg sponsor.haha.
Saya pulak yg pening nak arrange brgn hantaran tu sbb sume da di plan.

Pencarian hari ketiga:
Saya dan BFF, Nora ke butik pengantin.
Saya suka bawak Nora sbb dia sgt pro dan kenal ramai mak-mak andam since dia bekerja di Perodua dan selalu deal dgn mereka ketika dtg service kereta.
Lagipun nora ni byk pengalaman jadi amatur wed planner utk kakak dan sepupu-sepupunya.
Saya gunakan dia.haha.sayang ko la nora!=)

Butik pertama yg kami pergi

1) Twins Collection
Taman Indah, Bukit Pasir

Sedia maklum, mereka-mereka ni nyah-nyah.haha.
sangat kekok ok nak berurusan dgn mereka.first time.
nasib baik ada bantuan nora.
Package?omg...over dari bajet saya.
Package sederhana costly rm2000.*wrought iron pelamin*
Package exclusive sket costly rm2600.*pelamin panel*
Baju pun bila saya tgk..aduh mak ai..sangat sarat dengan lace pelbagai.
Bila pandang sekali, tak ada satu pun yg terus jatuh cinta.
Servicenya juga bg saya kureng, sbb pelayan kami tu, asik duk sibuk main rambut jek.jelik saya tgk.erm..maybe kena pangkah terus.haha.

2) Butik Andaman Armz Collection
Taman Cahaya Purnama, Peserai

Butik ni pun nyah juga. Mula-mula saya sangka perempuan.Cantik.Jasmin namanya
Tapi bila bersuara.alamak..suara jantan.HOHO.
Tapi peramah..saya suka service dia.
Package? Sama juga seperti di Twins Collection, pakej yg sederhana tu, mmg betul2 sederhana, baju pun sederhana.Hmm, masa ni saya ni da berkira-kira agaknya butik pengantin di batu pahat ni mmg tak main kot harga bawah 2k..
Apa yang baiknya dibutik ni, baju-baju pengantin kebanyakan cantik!!
Saya suka..solek pun cantik, dan dia boleh buat pelamin seperti yg kita nak.Tapi of course la kena masuk package yg rm2500 tu.erm..padahal, saya cuma ingikan pelamin panel sahaja.
Butik ni boleh bayar ansuran setiap bulan start daripada kita byr deposit smpilah ke hari majlis.
Bagus juga tu. Takdela berat sgt selepuk nk byr rm2500 tukan.
Erm, tapi saya tak buat keputusan apa-apa pun lg,
baru bincang pendek ngan kaka.
Dia mintak saya survey lg di kedai lain, dan kalau boleh biarlah perempuan betul.
Senang bila solek nanti tak perlu buka aurat.
Hmm..haruslah saya menghentikan seketika pencarian butik pengantin ni.
Sbb masa mmg tak sempat.Tapi, setakat dua butik yg saya pergi ni,
saya sukakan Butik Armz Collection.
Tgk nnti mcm mana yer.

Selepas pulang dari butik, saya singgah sekejap ke Prima Moda (Jakel's) dan Euro Moda.
Saja cuci mata lihat kain lace utk nikah.
Sume cantik!harga pun cantik.haruslah semeter rm100++..
Masih berkira sama ada beli da siap or beli kain dan tempah saja dgn tailor.
Erm, saya inginkan persalinan nikah yang indah,
yang boleh saya buat kenangan dan boleh juga saya pakai semula selepas itu berulang kali tanpa rasa malu-malu.haha.
I heart sabsabby's dress.

Kita tgk nnti mcm mana..
Panjangnye entry saya!
haha.ketemu lg!


Bai.








Balik kg dalam keadaan cacing kepanasan

haha.asal mula entry jek mesti nak gelak.
tak pernah nk bg salam.haha.*gelak lg*
ok2.i bg salam.
Asalamualaikum.tak jwb dosa.

takde nak cite apa deh.
cuma nk bgtau mlm ni nak balik Johor.
tapi.tapi.tapi.
mesti akan jadi cacing kepanasan esok sbb takmo bgtau sv i balik kg!
haha.jahat tak.jahat tak.heeee..
mintak-mintak ngan tuhan, esok dia tak cari i!dan seharusnya i akan off hp.
kejammmmmmmmnyeee!
muahahahaha.

balik kg ni pun in rushing sbb mak da berdozen kali tanya bilakah anak dia nak balik?
sbb mak i da tak sabar2 nak bershopping brg utk majlis tunang i tu yg berbaki 1 bulan 3 minggu jek lg.
ala..lambat lgi tu mak.ngehngeh.
erk..pk shopping, mesti pk duit ye x?
dala today gaji masuk, adalah last month punye elaun.
sadis oke!!
harus lebih berjimat cermat lg dan tidak membuang masa utk mengsubmit thesis dgn cepatnya.
melihat thesis adalah sgt stress.*haha*

pulang ke johor, dan seharusnya port terbaik utk shopping brg kawin adalah di Ayer Hitam!
The reason is nak pergi esok, sbb kalau b2b pergi weekend,
kedai akan jual brg2 dgn harga agak mahal dan susah utk bargain
sbb time weekend nila byk tourist2 singgah kt ayer hitam especially yg dtg dari Singapore.Diorang kan mcm kiasu sket.hehe.Dan sebab utama lain ramai org oke!so, kalau pergi weekdays,tak rmi sgt org dan pekerja-pekerja kedai pun boleh layan u all dengan baik hatinya.
haha.

okla.nnti i jejalan kt sana.i snap snap apa yg patut.
then buat review sket oke.eceh.
(nak buat review kt blog ada masa.buat abstract conference takde masa.*_*)

see u till then..
bai.

p/s: price utk tiket flight honeymoon da naik!menyesal tak book kelmarin!sedihnye!
fuh..fuh..fuh..harap2 turun balik sebelum habis promotion AirAsia!<_>

SALE!SALE!SALE!

Tgk title entry aku jek sume org nak klik.
haha. tau daa.. (^-^) korang pantang tgk sale.sale.sale ni.

smpi-smpi jek kat skul, bukak laptop, connect internet, bukak email, scroll down unread email..jeng.jeng.jeng..

OK.Klik ni dulu!haha.

Sales (19 Promotions) - Sale Alert from BigSale Malaysia

yer..byknye sale.smpi juling mata .
ngehngehngeh.

Sale 1: Discount RM50 for Wedding Card & Vbox Paper Bag at Kad Kahwin Pino
Location : Kad Kahwin Pino, Shah Alam
Tarikh promotion: 21 June 2010 - 31 July 2010
Maklumat lanju t..klik sini


owh, sapa-sapa yg nak custom made vbox paper utk doorgift dan juga kad kahwin,
i suggest u all jenguk la di Pino.Sangat lovely tau design-design dorg.
Sukeeeeeee...harga reasonable jugak!=)

Sale 2: IKEA Sale

Tarikh promotion: 8july-1 august 2010

Haha.benda paling best nak bg tau korang..bende alah ni ha..

Lottorp Sheepskin

Only RM76!
Normal price: RM169

b2b yg suka bulu-bulu, haha cepat rembat di Ikea, while stocks last oke!
Ada sapa nak pergi aku pesan boleh?heh!

Sale 3: LOREAL, GARNIER & MAYBELLINE WAREHOUSE SALE

berita baik utk b2b sekitar Ipoh

Jom mencantikkan diri anda!!Best-best. (6_^)

Setakat ni jela, benda yg besh nak share ngan korang.
Kira duit tabung kahwin anda sekarang!
heh!

Sharing is caring..xoxo!









Sneak preview kain tunang

finally!
i've reveived my parcel after 4days waiting!
not 4 days act, i've paid for this item since last monday n suppose paling cepat, rabu or khamis yg lepas da dapat sbb it was sent by poslaju not parcel!
ini sume gara-gara online seller sorang ni yg memberi harapan palsu kepada aku.
Without notice, or email or sms, she was informed me on thursday that her husband just post my parcel !itupun setelah berkali-kali i sms dia mintak tracking number sbb bila check kt office, parcel i tak sampai lg!bengang oke!
alasannya: BERSALIN.
oke, bersalin.i tried to understand.
Yang i marah sgt bukan apa, dia buat i tertunggu-tunggu, 2-3 kali berhari-hari i naik office tanya parcel.
Tak boleh ke nak inform awal2 dengan i bgtau apa masalah nya?
I bukan la kejam sgt dan tak boleh nak bersabar.JUST INFORM ME!Tu je..
SEBAB..dia berjanji ngan i paling lewat dia akan hantar hari selasa!
bukannya takde num phone?berpuluh kali da msg takkan tak notice lg num phone i tu,
yg husband dia tu bersalin jugak ke?
nasib last sekali, dia mintak maaf juga.
kalau tak, meroyan la ko sorang2!
haha.geram aku.
so, to all online seller, please don't make ur customer felt what im going through.
Customer is always rite.muahaha.

ok.stop psl penjual ni.tettttttt..
--------------------------------------------------------------
iskk!
sebenarnya nak cerita psl kain baju tunang.

those sapa yg tau..haha. i beli kain tunang dari online.
i beli kain ala-ala mcm erin,
tapi..tapi..tapi..
uwaaaaa...warna kain tu tak seperti yg i expect.
bila tgk gambar, ala-ala mcm slow pink yang kelam sikit..
tapi, bila tgk real, da mcm warna belacan busuk yg dull sgt..
tak berseri u all!!
i takde idea nak buat mcm mn utk menaikkan seri baju i
maybe kena beli lining yg shock colour sikit
or, pakai tudung yg ada bling..bling..
or veil i kena panjang meleret...
or make up i harus cantek...(i semulajadi tantek.haha.muntah.muntah.uwekk)
or.....beli KAIN baru????
owh..NO.NO.NO.
Nasib i beli murah aje..takde la ralat sgt..<_>

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
korang tgklaa!!
(<_>)

korg tolong bg idea..
maybe kena pki tudung yg warna bunga tu (pink-purple)
or cari warna sedondon dengan kain ni, tapi awning pink-puple
or pakai saja veil yang beli sekali package ngan baju ni sbgi tudung and beli veil warna pink-purple..

tak tahu yg mana sesuai..
tolon.tolon.tolong..
<_>






Wedding Entertainment and Traditional Songs

hi u all!
Arini ai baru ada mood nak update blog.
update blog pun kena ada mood.tauhu?
*heh, tadi ai goreng tauhu hangett sbb leka tgk jln2 cari mkn.sedap juga tauhu hangett.haha.*

Selalunya, majlis perkahwinan orang melayu mesti tak lepas dari hiburan.
Hiburan yg ai maksudkan mcm deejay dan karaoke, persembahan dikir barat, tarian, kompang, ghazal, rebana dan etc. Kalau takde hiburan yg mcm ni, rasa mcm hambar jek majlis tukan.
Pengantin pun tiada mood nak bersanding.hehe.
Tapi, ada jugak hiburan yang 'memanaskan' hati tetamu.
Eh, betul. Sebagai cth, jika hiburan utk majlis perkahwinan tu panggil deejay dan karaoke. Yang karaoke tu pulak nak-nak suara mcm katak puru.
Hadoi..terbantut org tengah makan.hilang selera u all.
Satu lg, volume muzik yang terlalu kuat mcm nak pecah speaker.
Hadoii..tetamu terpaksa bercakap pun guna high pitch u know.
Penanggah nak panggil orang buat keje pun kena menjerit2 mcm nak bergaduh.
So, walau apa pun jenis hiburan yang kita nak persembahkan, biarlah yang sesuai dengan majlis perkahwinan dan yang membuatkan orang rasa terhibur dan selesa.

Untuk majlis ai nnti, planning insyaALLAH nak gunakan khidmat deejay juga.No karaoke heh.
Dan ai bercadang nak panggil penari-penari zapin johor.
Idea ni datang masa wedding my best friend, kebetulan dia juga amik khidmat penari-penari zapin. Memang seronok sangat tengok.
Sorry guys, dpt share gmbr jek.video tak dpt diupload.<_>


Ai mmg suka dengan tarian zapin sebab tiada zapin seindah zapin johor. lenggoknya sangat lembut, tapi tegas. Memang indah berseni tarian johor.haha. Semangat johorian gitu!
Plus, apa yang membuatkan ai rasa nak panggil penari zapin ni sbb rombongan pihak lelaki bukan asal dari johor, so its an advantage for me to present them my hometown traditional tarian. Erm, maybe its quite pricey to higher them, but glad my brother in law, have a few friends from Yayasan Warisan Johor. Moga-moga, impian terlaksana.InsyaALLAH.

For deejay pulak, i will not allow for lagu carca marba. Since, my wedding will be held in 'KAMPUNG'. So, no lagu-lagu jiwang Spoon, Spin, Spring, Sting.haha.
No..no..no..lagu english also not allowed.
Totally lagu wedding tradisional malay seperti joget dan berentak zapin okey!
Baru ada mood pengantin kampung.haha.Eh, kg i kg moden tauhu.
I need to discuss more about susunan lagu dan skrip juga with the deejay.
So, masa berlangsungnya majlis, tidak ada kemerapuan berlaku.

Kat sini, ai ada senaraikan beberapa lagu traditional malay yang sesuai utk majlis perkahwinan..bila ai dengar lagu2 ni dari youtube..mcm ada satu roh teruja nak kawen tauhu.haha.Sorry, i tak dpt nak link kan satu-sa tu semua lagu ke youtube.
So, nak dengar u all copy paste kat search youtube oke.

1) Kompang Dipalu - Izam Eye & Waheeda
2) Direnjis-renjis - M.Daud Kilau

3) Gambus Jodoh - Ahmad Jais

4) Kenek-keneklah udang _ Ahmad Jais & Zaleha Hamid

5) Pengantin Bersanding - R. Ismail
6) Gendang Berbunyi - Zaleha Hamid

7) Joget Si mandi manda - Mas
nah Ali
8) Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak

9) Joget Malam Berinai - Masnah Ali
10) Joget Pengantin Baru - Rafeah Buang

11) Penawar Rindu
12) Dia Datang

13) Empat Dara- Noraniza Idris
14) Pantun Budi -S.M.Salim

15) Cik Mek Molek-M.Daud Kilau
16) Tari Tualang Tiga - Sanizah Huri

17) Zapin Budi - Noraniza Idris

18) Ya Maulai - Siti Nur
haliza
19) Zapin Senandung Dua0 Rosiah Chik

20) Zapin Yaladan - Allahyarham Fadzil Ahmad + Sharifah Aini

21) Memikat Janda - Allahyarham Fadzil Ahmad

22) Zapin Ya Salam (Zapin Johor)
23) Zapin Pusaka - Noraniza Idris


Setakat ini lagu-lagu yang ai dpt listkan.
Kalau ada tambahan, insyaALLAH akan disenaraikan kemudian.
Oh, u all jugak boleh dapatkan lag u-lagu ni di
http://lagu-rakyat.blosgpot.com
atau
http://lagu-negeri.blogspot.com




sempoi la abg-abg ni!!



heart this.comel sgt!



omg!besh sgt dorg nari!


mcm mn?terhibur?lalalalala..
Sharing is caring..
xoxo ^-^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...