Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Cerita Meroyan Setahun Yang Sudah

 
Hari ini 12 September!
 Act, nak open entry psl benda lain yang berkaitan dengan gambar di atas.
Tapi hati merasakan ada sesuatu yg manis berkaitan dengan hari ini yang juga kebetulan berkait rapat dengan gambar itu. Cepat2 recall balik apa dia. Rupa-rupanya jeng jeng jeng! setahun yang sudah, pada tarikh hari ini i bergelar tunangan orang. haha. 

Ingat lagi masa tu hari raya ke-3.Hari Sabtu. 
Ada satu cerita yang nak dikongsikan yang rupa-rupanya i tak blog kn di sini.haha
Bukan mengungkit kisah lama cuma sekadar dijadikan coretan untuk kenang-kenangan.hehe.
Ia perihal cincin! Klik sini untuk baca kisah pencarian cincin tunang i.
I dan kaka just hunting for 1 ring -engagement ring. no risik-risik punya pasal nak jimat bukan kedekut.haha.Walaupun gerangan cincin tu bukanlah diomand ring yg berkarat-karat tapi i sendiri pilih dengan sepenuh hati and i really mean it!! Ceria gila muka aku ms tu kalaulah boleh ditangkap gambarnya.haha=p

Masa hari bertunang, tiba saat My MIL sarungkan cincin mmg gila terkejut bila tgk cincin i bertukar wajah. Sempat lg pk, kot MIL nak buat surprise nak bg dua cincin. *perasan gila ms tu*.haha. duk tunggu jugak kot-kot nak keluarkan cincin yang sebetulnya..tapi punah harapan !! MIL bgtau "ini cincin lain ya...".WHAT??? 
terus x sedap hati dan rasa nak nangis ok! Org duk amik-amik gambar pun aku mcm blur psl down tgk cincin gedabak gila. Betul real mcm gambar dlm entry yg aku tulis tu. Amikk ko! xnak gedabak-gedabak kan sekali dapat!!^_^
hey, tahu x cincin lah benda pertama sekali semua org duk nak tgk lepas majlis tapi aku duk kepit-kepit jari nak sembunyikan cincin aku yg BESAR sgt tu!hahaha=p


 tgk reaksi i dlm gmbr ni! haha=p ms ni MIL ckp.."ini cincin lain ya..."ngehngeh=p

Balik jek rombongan aku terus meroyan kat family dan kawan-kawan.
Kaka adalah mangsa meroyan aku yg paling teruklah.
Habis mcm penjenayah kena soal siasat haha.
Kaka ingat nak buat surprise konon tak nak cerita psl pertukaran cincin tu sbb ingat i akan more happy bila dpt cincin baru. tapi, he knows me very well.haha. i berdegil nak jugak cincin i tu.
Kaka cerita, ms dia bawa pulang cincin tu tunjuk kat mak & abah, mmg diorg terus xberkenan sbb cinonet sgt. Abah mertua i sendiri yang insist nak belikan yang baru dan cincin tulah yg jadi pilihan mereka.
Abis tu cincin sebetul mana?haha.sgt misteri! mcm2 jawapan yg kaka bg sbb i keep asking about that ring. dia naik rimas kot kejap kata bg jwpn kata dah jual, kejap kata mak dia pakai kejap lagi kata mak dia simpan.
Last-last i pun redha jekla dgn cincin tu, itupun lepas penat bertekak dan mengungkit dgn kaka.haha.
And u know what, sometimes i rasa mcm cantik juga cincin pilihan mertua i tu.kahkahkah.

Hari pertama i jejak kan kaki ke rumah mertua (owh that day baru pulang dari honeymoon!=)),
i disambut baik oleh in laws. Terus rasa eh suasana mcm rumah sendiri jek!hehe.
Tengah rest-rest, MIL dtg bawa loket emas hadiah istimewa untuk i. Dkt loket tu tulis MF short form nama anak dia (Mohd Fauzi) tapi aku pandai-pandai tukar jadi Miza-Fauzi.kahkahkah.
lepas tu MIL bagi satu lg kotak..dup dap dup dap betul masa nak bukak!
Bila i bukak jek.. OMG!!that's my ring!!
MIL bgtau dia simpan jek cincin ni sbb mmg niat nak bagi pd i lepas kawen. 
terus senyum panjang lebar kat hubby..=)
Perasaan ms tu kan rs mcm nak peluk kuat kuat mak mertua i tu.hihi.
Tapi xdelah peluk pun sbb malu lagi baru jadi menantu kan!kang mak mertua ingat i meroyan plak.haha.
Disebalik perasaan gembira sbb dpt durian runtuh tu, i rasa bersalah yang teramat sangat dgn mereka sbb 
selama ni terlalu pk yang bukan-bukan.kalau dah namanya pk bukan-bukan sure lah benda yang burukkan?
Honestly, i mmg xkenal sgt mertua i sebelum kahwin, jumpa pun 3 kali jek sebelum nikah; 1st, mereka sendiri yg dtg nak jumpa i, 2nd, kaka konvo dan 3rd, hari bertunang. Datang ke rumah pun xpernah ok!
Suci betul masa tu.haha.

Tapi, betullah org kata kalau x kenal, maka x cinta! ye dak?
Alhamdulillah, dah hampir 7 bulan kawen ni i tak pernah lagi kata NO to say balik kg mertua.
Malah lg happy dpt balik kg sbb in laws i sgt baik.
Tipulah kalau kdg2 kita as menantu xterasa apa yg mertua cakap atau buat.
My MIL very outspoken tahu! Kalau dia x suka atau dia tahu benda tu salah dia akan bgtau dan nasihat.
Sbgi anak dan menantu mmg tak boleh cepat amik hati!
Tapi i jadikan kisah cincin tu sbgi pengajaran -jgn cepat berburuk sangka dengan orang lagi2 mertua kita sbb kdg2 kita tak tahu org tu yang akan berbuat baik lebih dari apa yg kita mahukan.
Mudah-mudahan hubungan baik ni akan berkekalan sampai bila-bila pun!^_^

 dan sekarang kedua-dua cincin tu tersarung elok dijari..=)
Kalau balik umah in laws wajib pki both kalau x kena katok jari ni nanti!hehe.

 cincin i mahukan!

 cincin pilihan mertua. taste org senior faham-faham jekla.hihi=p


last but not least,
muka tak ikhlas i ms on engagement day! memberontak kot ms ni.kahkahkah!


till then!=)










4 comments:

Fariza said...

SWEETNYA :)
alhamdulillah

Rai said...

so luckly u!
hehe btw suka la cincin yg u pilih tuh.
kat ner u bli eh? i tgh cari cincin emas gak. omigod susah giler nak carik yg sesuai ngn saiz jari i. cari white gold tak sesusah cari cincin gold since white gold boleh resize.

Meey@ said...

Fariza: tq mek!alhamdulillah..=)

Rai: alahai rai, cincin tu beli kat kedai emas biasa-biasa jek.kalau saiz jari rai kecik boleh custom made. pergi jek mn2 kedai emas kt pekan, pilih design n mintak diorg buatkan sama mcm u pilih tu + ikut size jari u.jgn pandang sblh mata jek kedai2 emas pekan ni sbb design diorg kdg2 boleh tahan jgk cantik!=)hehe.gud luck dear!

Miss Shikin said...

meeya: omg i ketawa ok baca kisah u ni sebab sama dgn kisah i and the ring yg FMIL sarungkn masa my e-day mmg lebih kurang sama with urs yg besar tu! hehe. tapi kisah i lain ckit....cincin tunang i yg original hilang..sobs..lagi 2jam nak start majlis hubby call bgtau pasal tu n i was in fight with hubby time tu jgk! yela i da rasa down gilerrr,mcmana cincin bleh hilang kan? i da mula pikir bnda bukan2 da masa tu. hubby i keje kat sngapore n nothing much he can do cuz he's not here in kl dat time. hubby n his family appologize to me cuz bnda tu jdi tak disengajakan....yelah da takde rezeki mgkin silap kitaorg jgk beli cincin tu awal sgt...diorang missplaced cincin tu n tak jumpa2 walaupun lepas sebulan bertunang. haiya. what to do dah takde rezeki i,masa sarung cincin FMIL sarungkan cincin dia yg besar tu! Senyummm jela wat to do kan? Sebulan lepas tu hubby belikan cincin tunang baru,walaupun tak sama pattern yg i nak mcm yg original tu but i was totally happy at last,dpt la cincin tunang sebenar jgk. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...