Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

DIY: Hantaran Fresh Flower *mood testing aje*!!

Entry kali ni pula i nak share pengalaman i mendekorasikan hantaran menggunakan fresh flower. ececece..=p

Ini bunga yg i beli, tak tau apa nama. Sapa boleh bg nama dia?hehe.
Colour mmg random pick, pasal niat nak try ajekan.hehehe..



Nak dijadikan cerita, xde hajat pun nk beli malam-malam buta, tapi after dinner dgn housemate terlalu satu kedai kelly*. Masa i singgah beli tu, kelly* anak beranak ni tgk siapkan kalung bunga untuk wedding. Sempat jugak menyembang dan tgk dorg buat kalung bunga. Hp tak bawa, so tak dpt record and share ngan korang!*sigh*
Percaya tak, 2 kalung bunga dan 1 bunga tangan, dorg charge RM300. Harga yang tak pernah den tahu pun. hehe. Tapi, sangat cantik oke!

Bunga yang i beli tu, mmg sgt common utk kelly* buat sembahyang.
Dan murah kot. Agaknya lah, i tak pernah beli bunga.hehe.
1 tangkai RM1.20. Each tangkai ada 6-8 kuntum bunga kecil dan besar.
Nasib baik auntie tu ada jugak jual span basah! Satu RM3.hihi

Sampai-sampai rumah jek, tak sabar betul den nak menghancurkan bunga-bunga tu.
muahahaha.

1. Mula-mula, amik ukuran dan potong span basah.


2. Da siap potong, amik dan rendamkan dalam air.
Sekejap jek rendam, span tu da jadi berat sgt sbb air da terperangkap dalam nya.haha.
*takjub masa ni*

3. Lepas tu, balutkan dengan aluminium foil.
For mine, guna plastic food wraper je sbb takde keje kot nak cari aluminium foil malam2 buta. Tak sabar punya pasal kan ni. Tapi ok jgk lah! it works mcm aluminium foil jgk. Just nak balut jangan bagi permukaan hantaran tu basah jek.


4. Lepas tu, susun-susun kan keliling pinggan dan gamkan.
Maybe boleh jgk letak span tu kat bawah pinggan. Tapi kena beli mcm xora punya span basah yang bentuk bulat. or maybe ada juga segi empat. Pasal span basah ni , mmg kena study lagi. hehe..


5. Lepas tu, start to deco!
Senang jek rupanya nak gubah.Pasal men cucuk bunga sesedap rasa hati.haha.
Memang takde arah tujuan masa gubah ni. Yang tau nak selang selikan bunga-bunga ni.
Putih-kuning-putih.haha=p



6. Taraaaa! inilah hasilnya...=)
Tak boleh blah siap letak barang hantaran lagi!hahaha=p
Inilah dia hantaran fresh flower syok sendiri edisi meeya.muahaha.


Sebenarnya, banyak benda yang i belajar masa nak deco ni.
Dah katakan pun first experience kan deknon..hehe.
Dan sure ada kekurangan yang kena improve lagi especially bab susun-susun bunga tu.
So next time, nak try gubah dengan dedaunan pula.
Maybe nak guna bunga jenis lain jugak.
Kena pi survey dulu dan buat calculation untuk 9 dulang hantaran.

Problem sekarang ni, i takde idea nak pilih combination warna bunga yang boleh match dengan bantal hantaran i yg warna maroon tu.
Maybe pink? putih?kuning out.haha.
Do you have some suggestion?

Dan, warna untuk decoration hantaran selalunya ikut tema nikah or tema reception?
Siapa tolong jawab, i kasi kiss..muah.muah.muah.

Tolong cepat!

9 comments:

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

syg!!!!rhanx sgt share deco ni.. n nak taw tak..iqa punye hantaran color memang kuning putih yang bezanya bantal iqa nant warna merah hati...thanx sgt darlink u sgt kreatif..me terlalu tangan bangku hhuhuhu

si kecil said...

saya rasa warna putih ok.

Xora said...

saya amat suka pengantin yg buat sndiri hantaran. dapat jimat, tak perl upah orang *double yeya.Menjawab soalan kamu kat perenggan terakhir, saya rasa putih pun dah ok, tapi pink lebih naik pada kedua-dua bantal dan dulang hantaran kot.

pasal soalan warna utk deko hantaran, takde peraturan yg tetapkan ikut warna tema nikah atau tema resepsi. ada aje kawan2 saya yg ikut warna tema resepsi, ada yg ikut warna tema nikah. Dua2 pun tak kisah. kalau nak buat totaly berbeza pun, takde sapa marah. jgn hadkan kamu berekperimentasi :)

iedayah said...

i rse putih..sbb putih suit dgn sume colour meeya..=)..senang n xpening kpala

twentytujuheleven said...

new idea balut spans basah guna plastik rapping 2..biasa wa guna aluminium foil

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

xora meeya kata u gune span basah bulat..ade tunjuk cre DIY tak..iqa try bukak ur profile tapi xde jumpe ur blog n profile..

nYomeL said...

meeya,
rasenye kalo nak match kan ngan bantal meeya tu, bole je gabungkan bunga kaler pink+putih. nampak menyerlah skett.. ;)

yg pasal decoration hantaran, xkisah nak ikut tema nikah or reception. lain drpd both tema pun boleyy.. it's all up to you dear.. ;)

semoga berjaya!

eija82 said...

pink putih atau kekwa putih pastu selit rose merah cikit2.. nak tiru bleh meey.. tq for ur idea

norinaomar said...

meeya,beli katne pinggan tu?ssf ke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...