Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Hukum ayat al-Quran pada kad kad kahwin

BAGAIMANA jika kad kahwin di dalamnya mengandungi surah al-Quran dan maknanya lalu diedarkan dan ia kemudian dibuang begitu saja?

HASHIM
Negeri Sembilan


AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.

Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.

Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.

[Kredit to:metro]

p/s: draf kad kahwin tak siap lagi!!! 82 days to go..*ngeri tiba-tiba*

2 comments:

Norhayati Rostam said...

Kad untuk rumah I dah siap,
belah lelaki lak sangkut.
haha

anaztasias aira said...

memg kena hati -hati bila letak ayat2 Al-Quran

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...