Salam semua!! mcm mana raya kawan-kawan semua? mesti BAIKK PUNYERRR!!hihi.
hope semua dpt merasakan kemeriahan aidilfitri pada tahun ini.
Tahun ni, pertama kali beraya sebagai isteri dan juga pertama kali beraya dirumah asing (rumah FIL)setelah 25 tahun beraya di kampung halaman sendiri. Perasaan?alhamdulillah xdelah smpi menangis berlagu-lagu cuma pagi raya tu ada sikit sebak bila call mak..tapi ok jek..=)
Banyak juga bezanya dari segi persiapan raya dirumah MIL. Al-maklumlah, sy org Johor, suami org Perak, so bila bertembung dua negeri of course ada perbezaan dari segi budaya dan juga makanan.
Tapi, my FIL ni pn ada unik juga sbb abah org jawa, makanan wajib ada ketupat palas dan sambal tauhu. Dan mak pula org melayu so makanan wajib ada adalah lemang.
Untung lah saya semua makanan dapat rasa!hehe.
Alhamdulillah, mmg best semua makanan di pagi raya. Takdelah rasa tercampak ke dunia lain. Kalau makanan pun pelik-pelik, mahu meraung juga!kahkahkah.Cuma, sambal kacang belum boleh kalah dgn air tangan mak sendiri..=p *terliur plak*
Nak buat pengakuan dgn korang, sepanjang hidup 25 tahun, i mmg tak pernah pergi solat sunat hari raya.
Teruk kan? haha. no lah masjid kat kg mmg xde ruang solat utk wanita esp waktu hari raya sbb semua org balik kg dan jemaah lelaki pun sampai ada yg kena solat sunat kat tepi tangga, kaki lima dan sampai ada juga yg pergi masjid tapi x dpt nak solat. So, a day before balik kg kt Perak, sempat tanya suami, mak n kak yong g solat sunat hari raya x? Jawapan suami: YES. GELABAH dol makcik! dahlah tak reti nak solat sunat terus google cara-cara nak solat sunat!hahaha=p
Al-kisahnya, last day puasa saya dah merdekaraya kerana bendera jepun dah naik.kahkahkah. Maka, tiada berkesempatanlah hajat menunaikan solat sunat hari raya untuk kali pertama dalam hidup. Kena tunggu 2 tahun lagi la gamaknya..=p
Lepas semua family balik solat raya, bersiap-siap lah saya untuk sesi bersalam-salaman dan photoshoot as usual my family do di pagi raya. Kalau dirumah sy, mmg proper lah. Abah & mak duduk dikerusi dan dimulakan dengan abg long, k.long, abg ngah, angah..bla..bla..bla..jenuh kot nak sebut satu-satu.belum kira anak buah lagi!mmg happening. ok, tu cerita dulu sebelum kawen.haha. Sambungan..tgh bersiap-siap dalam bilik nak pakai tudung, suami panggil suruh amik gambar dia salam-salam. eh, nape abg dulu yg salam? kak yong da ke?haha.ok, sesi salam-salam mmg cepat sgt..smpi tak sempat nak susun kata best-best sikit dan x sempat nak debar pun.kahkahkah.apa kes plak nak mintak ampun pun kena debar kan?=p
lepas tu, ingatkan adalah photoshoot ke kan, eh xde ke gmbr2 dulu. Apesal caplen sgt?
ok semua org nak cepat pergi rumah nenek plak. Blur kejap disitu.haha.
Kesimpulannya, tahun ni kami takde gambar raya suami isteri pun.hahaha=p
Lepas siap-siap terus zoom pergi rumah nenek dan saudara mara terdekat.
Balik dah petang, semua org da flat dan kami tido secara jemaah.hihi.
Bangun tido, gigih ok siapkan langsir rumah yg dicanang kata nak jahit sendiri tu.haha.
Pengalaman pertama jahit langsir sendiri, mau lepas ni 10 tahun sekali kot baru tukar langsir kalau jahit pun da herot berot..belum kira yg salah potong. haha. Nasib my MIL sabarkan diri jugak mengajar menantu sorg ni. Sanggup lagi tunggu saya smpi lewat mlm psl tak mau tgk sy jahanamkan langsir tu.kahkahkah=p
so, ini hasilnya!=)
tgk dari jauh jek..dekat-dekat adalah dilarang.ngehngeh.
curning jek xbuat lagi.tahun depan kot baru siap .itupun kalau duduk sini lagi.=p
Di kesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan dan silent readers yg sudi singgah dan baca blog yg xseberapa ni dan juga mana-mana individu yang pernah berurusan dengan saya. Maaf dipinta sekiranya selama sy berblog dan ada komen-komen di BBF yang mengguris hati kalian. Moga silaturahim antara kita kekal selamanya. Ameen..=)
so, cerita raya korg mcm mn?
3 comments:
yeay~ cik meeya dah update! hehe
cantek ape langsir tuuu~
Miza, senget2 ko punya langsir tetap jadi langsing, xde pun benda lain kan..hehehe.. next year kalau kita duk dekat lagi aku nak tempah malatops lagi ye, yg belah mentua aku xhidang kat org pun, makan sendiri je=)
Selamat hari raya, datang la Taiping nnti
Cik Puan Mimi:
hi mimi!selamat hari raya..=) cntik dimata di hati tidak.ngehngeh.
Anah said:
haha.kang dtg rumah aku jgn belek2 langsir aku eh.kahkah.sure, aku masukkan order!aku punya malatop pun da kena jual tahu!! ops, jgn lupa dtg raya rumah aku jugak..roger nnti!
Post a Comment