Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi: Nasi Ayam Madu Terbongkang

haha.ok terbongkang tu sila slash.ngehngeh.
Dah lama sebenarnya berhajat nak buat nasi ayam, tapi rasa mcm susah nak buatnya sbb tu tertangguh-tangguh. Dahlah xpernah buat nasi ayam seumur hidup 25tahun.haha Tapi, alhamdulillah, last week dpt buat dengan jayanya!
Haritu berbuka mmg special sikit, so masak nasi 2 pot sbb selalunya  masak 1 stgh pot jek. Kalau lebih, ingat nak bagilah jiran sebelah sikit.Tapi, ayam pun mcm cukup xcukup utk kami, last2  2 pot nasi sumbat ke perut kami laki bini.haha. Lepas berbuka, kami terus terbongkang depan tv sbb kekenyangan. Itu yg namanya nasi ayam madu terbongkang.=p
Ini pencapaian terbaik sy agaknya setelah beberapa bulan memasak sbb berjaya buat nasi ayam madu!haha.
Kami berdua mmg suka nasi ayam. Tapi kalau ke bazar or pasar malam tgk org jual nasi ayam takdela selera mana sbb tgk ayam-ayam yg dimadukan semuanya pucat lesi. hihi. 
Sebenarnya senang jek nak buat nasi ayam ni cuma bila pertama kali buat mcm agak blur sikit sbb bahan-bahan nya agak banyak. So, kejap2 kena tgk resepi.haha. Tapi kalau ikut step satu-satu mudah saja.
Resepi ni saya google jek & setelah dibuat research resepi yang paling memikat hati adalah resepi dari Kak Wana (Potret Kasih) tapi saya da olah sedikit resipinya sesuai untuk kami makan berdua.hehe.

Days 18

Resepi:  Nasi Ayam Madu 

Kena ada 5 sekawan ni baru nama nya nasi ayam.hehe.
1. Nasi Ayam
2. Sup 
3. Sos Kicap
4. Sos Cili
5. Salad-timun & tomato & daun salad

 Bahan-bahan:
  * 2 cawan beras 
    * 1/2 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
    * 1 kiub ayam
    * 1 ½ inci halia
    * 4 ulas bawang merah
    * 4 ulas bawang putih
    * 3 sudu besar madu
    * 3 sudu besar kicap manis
    *3 sudu makan sos tiram
    * 2 sudu makan minyak bijan (option, xde pun sedap juga!)
    * air secukupnya
    * sedikit garam
    * 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
    * kulit kayu manis
    * daun pandan (option)

Cara penyediaan

1. Tumbuk garam, halia dan bawang putih hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap sehingga 3/4 masak.
*Air kukusan ni byk pun xpe sbb nnti nak digunakan utk masak nasi, sup dan juga sos kicap*
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, dan madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, beras dicuci terlebih dahulu dan kemudian panaskan mentega/ marjerin diatas kuali dan kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika. 
*step ini kalau xnak ikut pun xpe just masak nasi seperti biasa mcm step 5*
5. Masukkan air kukusan ayam tadi dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi. Jumlah air beras tadi seperti masak nasi biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di goreng dengan minyak yang penuh atau di bakar dalam oven. Pastikan semasa membakar atau menggoreng jangan terlalu lama sbb ayam tu tadi da separuh masak.
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

Untuk Sos kicap

    * kicap manis
    * sos tiram
    * minyak bijan (option)
    * sedikit sup

Cara penyediaan:
Satukan bahan-bahan diatas atau boleh juga gunakan semula lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi dan dicampurkan sedikit kuah sup. sedia untuk dihidangkan.

Untuk sos lada/ sos cili

    * 4 batang cili merah
    * 1 ulas bawang putih
    * 1/2 inci halia
    * sedikit garam
    * 2  sudu makan penuh gula
    * 2  sudu makan cuka
    * sedikit air masak air masak
    * 1/2 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur.Sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.



nyummy! raya nnti suami request utk buat lagi!hihi.

2 comments:

Cik Puan Mimi said...

sedapnyeee~ copy resipi boleh? hehe

Meey@ said...

Cik Puan Mimi: boleh jek, sy pun copy resepi ni jugak dari Kak Wana.hehe.=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...