Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Cerita Kad Kahwin

diumumkan kad kahwin saya sudah siap!=D
da siap baru boleh kecoh-kecoh.hihi.

alkisahnya, sblm tunang lagi sy da berjumpa dgn website kedai printing ni, itupun sbb my housemate punya kakak pernah keje di sana and kebetulan kad kawen dia pun buat disitu.
so, sejak jatuh cinta pndg pertama pd kad-kad kawennya terus je pasang niat nak buat dikedai tu saja.
itu psl malas nak g survey tmpt lain. dan sebenarnya sy pun takde taste yg tinggi sgt utk kad kawen.hihi.kita serahkan saja pd yg pakar. wlupun pada niat asal dulu-dulu nak DIY tapi hanget-hanget taik ayam jek..haha.
xpela, asalkan sampai maksud dan tujuan kad kawen dan para jemputan tak sesat dtg ke rumah!
tapi, kalau ada yang nak simpan dan frame kan kad kawen kami di dinding rumah itu mmg mengujakan!=p

di pendek kan cerita, sy tempah di Grazine Design di Klang.
ada ex-b2b yg pernah buat review jgk mengenai kedai ni.
kalau tak silap aty_fared kan! hihi.



Sekali sampai tgk kedainya mcm hidup segan mati tak mau, tapi bila masuk jek tgk kad-kad yang ada, mata terus jadi rambang. amik itu, nak ini, amik ini nak itu.
pergi dgn abah, along ngan angah sampai diorg pun pening nak pilih sbb sume cantik-cantik!haha.hampir-hampir termakan hasutan mereka suh amik yang mahal tuuuuuuu..uuuuu nasib baik cepat sedar diri selamatkan duit dulu.haha.
after discussing xsmpi stgh jam kami terus pilih design, madam boss tunggu dlm kereta jek jg hero-heroin.parking susah sikit disana.
maka, bulatkan hati terus byr deposit.


i tempah 1200 cards sekali dgn en tunang.kecek2 dapatlah 2 free bunting.
FREE yer.save around RM100 disitu.mak sokaaa!
haha.selamba i mintak mmg muka takde perasaan betul.
walhal main-main jek,tak sangka plak dapat!hihi.

dalam resit pertama, mmg ada charge utk lamination card.
utk per 1000 cards, RM 70 utk glossy and RM170 untuk matte.
sy tak suka glossy sbb nnti abah nak tulis nama tetamu tak lekat.
so, amik matte.a bit pricey tapi finishing nya awesome!!
ia beri effect mewah dan jadi tebal sikit bila da laminate.

after back home, discuss dgn en tunang dia suh cancel plak matte lamination sbb dia kata mcm membazir. ini gara-gara termakan hasutan la neh!haha.
untuk 1200 pcs, kena tambah RM210. padahal RM210 tu boleh save utk tido hotel 3 star satu mlm.ceittt!

tapi betul juga.betul bukan utk tido hotel!
betul utk save more duit laaa!
hihi. so cancel lamination! tapi, bunting tetap free!=)

sy amik masa seminggu jgk untuk check balik pembetulan.
3 kali corrections then baru proceed utk printing.
design bunting pulak sy bg cth saja, and diorang yg designkan.
untuk print amik masa 1-2 minggu sbb depends on quantity and Q.

totally sy mmg puas hati ganda 28 dgn quality kad kawen sy!
yang penting harga sgt murah!!haha.
even kad yg mahal tu pun sy rasa murah if compare dgn kedai -kedai lain.
ha, smpi mcm tu..korg teruja tak?hihi.

ok, klu nk pergi, ini alamatnya

Grazine Design
1st Floor, No 9A,
Lintang Bt. 3 Off Jln. Bt. 3,
41300 Klang, Selangor
(berhadapan dengan bus station lama Klang)

Tel/Fax: 03-33424927
E-mail : grazinez@yahoo.com
Website: www.grazine.com

another services yang mengujakan:
A3 Colour laser only RM2.50/pcs
A4 colour laser only RM1.20/pcs
murah gila kottt..

sy tak dpt apa-apa keuntungan dari iklan ini melainkan 2 bunting free.
terima kasih grazine.haha=p

da.







3 comments:

MIZZ SUE said...

wow! su pun buat kad kat cni

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

kita pun tgh usha kad kahwin ni, tapi tak pandai nak pilih vendor terbaik.. :(

Meey@ said...

@nurshakira,

pilihan vendor byk, yg penting kena dgn bajet. tentukan bajet dulu dan baru boleh survey vendor.yg x kena dgn bajet cpt2 pangkah..hehe.=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...