Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resipi: Kerang Cili Berlada & Cucur Udang

Untuk kesekian kalinya, pg ni tak bgn sahur lagi!!=(
Nak jadikan cerita, semalam satu hari i kena bersin sbb kemas bilik stor yg bersepah tu.
Petang tu pala da weng dah sikit tapi gagah jugak lagi masak utk berbuka.
Lepas jek berbuka, terus mkn ubat selsema. Mkn ubat 2 biji sbb sebiji bulat sebiji lg square.Ntah nape ubat tu cenggitu tapi mkn jgklah sbb tak tahan sgt dah. Baring-baring kejap sekali hamikkkkkkkk tido mati ok sampai nk dkt azan subuh.haha. isyak + tarawikh pun burn ..=( penangan ubat punya psl.
Nasib sempat jugak minum air masak dan makan kurma.
kesian kt suami lah...=( pesen dia kalau i tak bgn sahur kesudah dia lagi xbgn2.haha.
*sorry yer abg..tahan sikit perut tu.hihi*

mari kita teruskan ramadhan challenge utk day 4

Dishes:
Ikan terubuk bakar cecah sambal cili kicap
Kerang cili berlada
Cucur Udang
Air sirap+orange sunquick

untuk resepi pertama iaitu:

Resepi: Kerang Cili Berlada

Bahan-bahan:
500g kerang
1 bawang besa*
2 biji bawang putih*
1cm halia*
1 batang serai*
1 senduk cili kering (yang sudah dikisar)/10 tangkai cili kering
sedikit garam
sedikit gula
air

Cara membuatnya:
1. Kisar bahan yang bertanda * dengan cili kering
2. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak
3. Kalau kering, boleh masukkan air sedikit.
4. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan kerang dan kacau supaya cili tadi sekata. Biarkan dalam 5-8 min bg kerang tadi kering (keluar airnya)
6. Kalau perlu masukkan garam & gula lagi. Kacau dan siap!=)

Resepi: Cucur Udang

Bahan-bahan:
160g udang
2-3 senduk tepung gandum
Daun Kucai (dipotong dlm 1inch)
sedikit soda bicarbonat
1/2 sudu besar minyak masak
sedikit garam
Air

Cara membuatnya:
1. Gaul tepung dengan air jangan sampai terlau cair atau pekat sgt.agak-agak jekla kan.hehe.
2. Masukkan soda bikarbonat sedikit sahaja, garam dan minyak masak. 
*mak i kata kalau bubuh minyak masak cucur akan jadi rangup!it works..hehe =)*
3. Masukkan pula daun kucai dan udang. Gaul rata
4. Goreng dengan minyak yang panas dan sampai cucur kekuningan.

gambar? non ada.haha.kan da bilang smlm kepala da weng smpi lupa nak snap gambar.
ampun ya..semua dah selamat dalam perut.hikhik
Ramadhan challenge i akan berehat utk 3 hari sbb i nak balik kg!!yuhuuuu.
tak sabar nak berbuka dgn family semua.
so, i will be back on monday!=)

Happy fasting to everyone!!





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...