Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi: Ikan Patin Masak Tempoyak

29 DAYS RAMADHAN CHALLENGE!!
haha.

DAY 1
Dishes: 
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ulam
Orange Sunquick + Asam Boi
Cempedak Goreng

Resepi yang nak dikongsikan ialah ikan patin masak tempoyak.
Resepi ini MIL yg ajar, al-maklumlah deme ni org pure Kuala Kangsar kalau tak reti nak msk tempoyak malu bebeno la teman kan! hehe=p Ini kali kedua i msk tempoyak pastu mcm lupa2 step sbb 1st time masak ms mula2 kawen dulu. Padahalkan senang gila kot nak buatnya. harhar.Call MIL xdpt last2 call kakak ipar mintak ajar.hehe. Siap bertekak kat dapur dengan suami gara-gara dia kacau kuah tempoyak sy! erkkk!

RESEPI:
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

low quality pict!=( tak kira nak tepek juga.haha.
BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
1 ekor ikan patin
5-8 sudu besar tempoyak!! (item wajib ada)
2 helai daun kunyit (optional, kalau xde pun xdosa)
serbuk kunyit-nak bg kuning je
2-3 cawan air- depends pada byk mana ikan
2 batang serai-dititik
Garam-secukup rasa
Gula-kalau tempoyak da manis xyah bubuh.
Timun jepun-potong-potong

BAHAN B (tumbuk kasar):
4 biji cili merah -bajet nak pedas dan cantikkan kuah.
8 biji cili padi-ikut tahap kepedasan yg diingini
Kunyit (kalau da guna serbuk kunyit, ni tak perlu)

CARA MEMBUAT:
1. Ikan patin dipotong kecil dan basuhkan dengan asam keping/jawa utk buang hanyir. Kemudian toskan.
2. Masukkan bahan A dan B kecuali ikan ke dalam periuk
3. Masak sehingga mendidih, adjust tempoyak, garam dan gula kalau perlu.
*kalau agak-agak kuah x pekat, masukkan lagi tempoyak
4. Masukkan ikan, masak sampai didih
5. Hidanglah! Makan dengan kicap.=)

Suami sampai menghirup, maknanya mmg sedaplah tu!
*perasan* hihi.




4 comments:

Cik Puan Mimi said...

sedapnyeeeeeeeeee.
terer nye meeya masak.hehe
mimi asyik bazar je ni.hehe

Meey@ said...

Puan Mimi: haha..xde lah terer.sejak2 kawen ni jek mmg suka msk..hihi=p esok baru plan nk g bazar!

Misz Pinky Eyes said...

makcik...beshnye tempoyak kan...aku pun baru balik kampung ritu mintak tempoyak dengan mak aku bawak balik kl dlm bas gitu..huhuhu

Meey@ said...

MPE: eh, ko pun mkn tempoyak ke?hehe.mek, aku balik weekend ni!nak buka posa kat rumah punya psl sanggup i blik u naik bas pun jd!haha=p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...