Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resipi: Gulai Udang Masak Lemak Nenas

Nampak gayanya 29 Days Ramadhan Challenge i mmg x cukup 29 hari.haha.
nak buek mcm mano byk hal yg berlaku lately mmg takde kesempatan nak update resepi.
Resepi air tangan mak & MIL aci x nak join challenge ni?hehe=p

  Resepi yang nak dikongsi ni adalah main juadah berbuka semalam, mulanya i nak masak utk berbuka jumaat lepas tapi rentetan kisah Doa buat Batrisyah, (Al-fatihah) kami x jadi lah nak masak sbb kena rush balik kg. Then, berbuka kat rumah MIL rupa-rupanya mak pun masak resepi yang sama.
Selalu mcm tu, kadang-kadang MIL ni ada instict yg kuat dgn kami suami isteri. hehe.
Ini kali pertama berbuka puasa dengan family in law, lauk pauk semua mmg d-BOOM.
Makan mmg dua kali ganda haritu lain dari biasa sbb selalu nasi kami catu.hihi.
Tapi, sesekali balik kg, catu tu kami bekukan dulu.ngehngeh.

dah melalut plak ceritanya, haha.
ok, kita teruskan Ramadhan Challenge utk Day 16

Days 16

Menu:
Gulai Udang Masak Lemak Nenas
Sambal Belacan
Ulam Raja
Tempoyak + sambal ikan bilis
Hot Tea


Resepi: Gulai Udang Masak Lemak Nenas
kredit : MIL
Bahan-bahan:
1. 400g udang besar, buangkan kulit dan biarkan ekornya
2. 1/2 biji nenas, dipotong
3. 10-15 biji cili padi
4. 2 biji bawang kecil/ 1 biji bawang besar-di hiris
5. 1/2 inci kunyit/serbuk kunyit
6. 1 1/2 cwn santan. I guna santan kotak so pekat kena tambah air sikit
7. Sedikit garam
8. Sedikit gula-jika perlu sbb nenas masak kan da manis

Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili padi dan garam
2. Renehkan bahan tumbuk tadi dengan sedikit air. Masukkan bawang besar, udang, nanas dan kunyit. *air sedikit saja sbb nanti air nanas akan keluar* Tunggu sampai udang masak dan nanas agak-agak lembut.
3. Bila dah didih, masukkan santan dan kacau kalau tak kuah tak kuning boleh letak serbuk kunyit sikit. Tunggu lagi smapi didih dan rasakan kat lidah sikit jek pastu jgn lupa kumur-kumur.haha=p
Kalau kurang rasa, boleh letak garam atau gula.
4. Siap di hidang!Makan dengan sambal belacan. Terangkat oooo!hehe=p





dan..........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

biskut sarang semut!!!
always my favourite for hari raya.

2 comments:

Ema Minami said...

wah2....pepagi lg dh buat aku lapoww...hhahaha...nak udang!! nak udang!!

Toko Online Ramuan Madura said...

sukses selalu ya gan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...