Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi: Masak Lemak Labu

Semakin dekat hari nak balik kg, mood nak masak pun makin merundum.
Tapi, nak habiskan brg mentah dlm fridge punya pasal, kena masak jugaklah!haha.
semalam berkesempatan masak lemak labu kesukaan suami.
Sebenarnya ini first time masak labu..takut juga tak jadi. But before this i pernah masak ikan keli masak lemak belimbing, so main agak-agak jekla method sure lebih kurang sama. I ni fail sikit masak-masak guna santan. Tapi alhamdulillah skrg da pandai sikit dan belum ada lagi yg fail.hihi.
MIL yg byk ajar masakan guna santan-santan ni sbb belah suami mmg suka masak kuah berlemak santan. Kalau belah i sure asam pedas johor memanjang.haha. Kalau memasak, i mmg tak guna dah santan yg dibeli kat kedai runcit takut terkena lagi yang basi. So, solution nya i borong santan kotak banyak2 dan simpan dalam fridge. Everytime nak guna xpayah pening kepala nak g cari. Biasanya i beli santan kotak jenama Harmoni. Murah sikit berbanding Ayam Brands & Kara.hehe. Satu kotak santan tu mmg pekat, so kena  tambah air dalam 1-2 cawan teh kalau nak buat masak lemak.

i share resepinya utk semua, & nnti kalau tetiba i lupa ingatan i boleh rujuk blog semula.haha.


Days 24

Menu:
Masak Lemak Labu
Sambal Belacan
Ayam goreng
Ikan selar goreng
Soya

Resepi: Masak Lemak Labu

Bahan-bahan:
500g labu dipotong kecil-kecil (buang kulitnya)
1 labu bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
2 cawan santan 
2 biji lada merah-dihiris
kangkung*option*
sedikit ikan bilis/ udang kering
sedikit kunyit/serbuk kunyit
sedikit garam
air

Cara membuatnya:
1. Masukkan labu, bawang besar, bawang putih, ikan bilis, garam dan air. Renehkan bahan-bahan ini sehingga mendidih atau labu agak-agak lembut. *air diamasukkan paras-paras labu saja*
2. Masukkan santan, lada merah, kangkung dan juga sedikit serbuk kunyit untuk bg warna kuning. Tak letak pun xpe.hehe. Tunggu sampai mendidih. Rasakan garam dan gula jika perlu.
3. Siap dihidang!senangkan? Makan dengan sambal belacan, ikan kering dan nasi panas. Mau tambah 3 kali pinggan.haha=p

Gambar?non ada. sbb lupa!ngehngeh.
Last week i buat nasi ayam terbongkang!haha.
Nnati i share resepinya ok!!

till then.


2 comments:

lyn said...

sedapnya masak lemak labu..lama dah tak makan..^_^

perkara yang ditakuti owner belog ni..

Inimeeya said...

lynn: haha, leh masak sendiri lynn..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...