Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resepi: Kuih Keria & Sambal Sotong

Hari ni kami laki bini tak bangun sahur!haha.
set alarm 4.50 am, elok mamai off alarm lepas tu ingt 5 min lg baru nak bangun sekali amikkkkk sedar-sedar jek org da baca qur'an kt surau. tgk jam 5.48 am.Sadakallah la sahur kami. haha.Padahal kan sebenarnya boleh jek selagi x azan boleh mkn/minum kan korg?boleh x ingat pdhl air sejengkal jek kat tepi katil.adoiiii! 
*abg, lain kali tido jgn hug yayang kuat sgt nnti liat nk bgn.haha.

semalam berbuka ada lebih rajin sikit so buatlah kuih keria. kononnya nak buat nasi lemak sambal sotong sekali dua peket santan yg i beli tu dua2 basi.pdhl buh dalam freezer jek..maybe kelapa tak elok.=( 
so, sudahnya masak nasi biasa dan psl nak feeling2 nasi lemak, buh jugakla halia ngan bwg merah ms tanak.haha.

ok, kita teruskan 29 days Ramadhan Challenge for Day 2

Dishes:
Sambal sotong
Timun jepun + telur rebus
Kuih Keria
Kurma
Air limau nipis + asam boi+ orange sunquick-versi suami!
Cempedak goreng (jiran sedekah)

Resepi: Kuih Keria

Bahan-bahan:
700g ubi keledek
1 cwn tepung gandum (ikut sedap2 tgn menguli)
Garam
3-4 sudu besar gula
2-3 sudu besar air

Cara Membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sehingga empuk. Jangan lupa masukkan garam sedikit
2. Lenyek ubi tu masa panas-panas sbb ubi tgh lembut lg.
3. Lepas sejuk sikit, baru masukkan tepung dan uli. Jangan byk sgt tepung nnti keria keras so agak-agak sedap tangan merasa jekla.hehe.
4. Bentukkanlah mcm mn pun asalkan jd mcm bentuk donat tu.
Suami punya kekdah lain, i punya lain psl mak kami beza-beza.tapi tetap satu nama-keria juga.hehe.
rsnya buat comel-comel dan nipis lg best kot. 
 5. Da siap bentuk2, goreng smpi kekuningan.
6. Untuk buat sira gula, masukkan gula dan air dan kacau selalu. Bila da berbuih, masukkan keria yang da siap di goreng dan gaul smpilah ketul-ketul gula terhasil. Magic sikit time ni!hehe.

Komen: Keria i agak keras sikit maybe terlebih tepung, gula pun terlebih ms buat sira, so manis sikit byk.haha. ini first time buat mcm fail sikit so next time nak buat tau dah nak bajet.hehe =) oh ye, satu adunan ni boleh dpt dlm 25 biji. byk tu..mmg x habis kami mkn berdua.hehe.

awwww~ manis u!

Resepi: Sambal Sotong

Bahan-bahan:
500g sotong
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
3 senduk kecil cili kering (siap kisar)
Air asam jawa (4-5 biji)
Garam
Gula

Cara Membuatnya:
1. Sotong di bersihkan dan potong kecil-kecil. 
*toskan sotong dengan air panas so bila masak nnti kurang sikit air sotong yg keluar dan sotong pun nmpk tegap.haha.
2. Kisar bwg besar, bwg putih dan halia bersama cili kering yang telah siap dikisar.
3. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar sampai naik minyak dan kaler sambal tadi akan berubah sikit-mengikut pemerhatian dan pengalaman memasak.hehe. Part ni mmg kena tunggu lama dan bersabar sikit yer.hehe.
 4. Kalau kering, boleh tambah kan air sedikit dan air asam jawa juga.
5. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
6. Masukkan sotong dan tunggu smpi sotong jadi putih-putih so da masaklah tu!
7. Tambah garam dan gula lagi jika perlu sbb air sotong yg keluar akan kacau rasa sambal tu tadi.
8. Siap dihidang!

Komen: mcm biasa, pastilah sedap!!mkn dengan nasi panas dan kicap mmg terangkat!hehe.



ptg ni buka simple-simple jek sbb agak flat da ni psl x bgn sahur!haha.

 



7 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

sedapnye....
nyam2

Meey@ said...

ekin: hehe,tq! biasa-biasa jek deh.

♥ Kasut Pink ♥ said...

Br housemate ajak buat keria tp tak pasti sgt bahan2.. Ptg boleh carik ubi keledek.. tanks meey :)

Anah said...

ingat lagi masak nasi lemak ngan ko ms kt umah 27 dl..pedas kemain.. asyik tambah gula je kejenya..hahaha

Meey@ said...

Kasut Pink: senang jek bhn2nya.ubi dan tepung gandum jek.hehe.welcome dear!=)

anah: haha.itu first time buat nasi lemak n sambal kan! lawak laa..terkial2 gila msk smbl tapi skrg da expert.phewwww~~

A 'n' M said...

lapar plak tgk makanan tu time puasa2 ni.hehehe ;)

Meey@ said...

A n M: haha.makruh tgk makanan lama2..hihi.=p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...