Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Doa buat Batrisyah

Usianya 37 minggu. Kelahirannya amat dinantikan oleh semua ahli keluarga kami yang tidak sabar-sabar untuk mendakap, mencium dan memeluk bayi kecil itu. Cukup sifatnya dan wajahnya bulat, putih, merah bibirnya, lebat rambutnya.
Berat mungkin sekitar 2.8-3.0 kg. 
Selepas dimandikan dengan air suci, wajahnya semakin berseri, bersih dan sangat comel sehingga rasa tidak mahu dilepaskan pergi. Kalau celik matanya, kelak besar mungkin secantik ibu dan kakaknya.
Walau baru seketika cuma bertemu, perasaan sayang padanya begitu menyelimut hati. 
Allah Maha Besar. Dia Maha menghidup lagi Maha mematikan.
Lahirnya tiada tangisan. 
Sebaliknya sekujur tubuh yang suci & bersih itu disambut oleh tangisan dan esakan oleh kami sekeluarga.
Ya ALLAH, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tabahlah along sekeluarga menghadapi ujian dan dugaan tuhan ini.
Tempatnya telah dijanjikan syurga yang abadi.
Tangan kecil itu nantilah yang akan menyambut along disyurga akhirat kelak. InsyaALLAH.Ameen.
Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana ALLAH lebih mengetahui segalanya.
Sabar & redha, pasti tuhan janjikan yang lebih baik dan menggembirakan.

Wajah suci ini masih segar dlm ingatan dan insyaALLAH tak akan luput dlm kenangan kami sekeluarga.
Doa kami buat Batrisyah sentiasa mengiringi.
Al-fatihah...

25 comments:

~ NANA ~ said...

SEDIHNYE :(

AL FATIHAH

Unknown said...

sedihnye
al fatihah...

Hunny Kitty said...

Al-Fatihah...menitis air mata

Fariza said...

sedihnya. akan dtg stau kita bagaimana. T_T

Ilyani said...

sedih...alfatihah

Inimeeya said...

nana: tq doakan buat batrisyah..

ekin: tq juga doakan buat batrisyah.

raden: tq raden..ya ALLAH miza kalau tgk gmbr ni pun berjurai air mata mengingatkan arwah.

Anah said...

yang tengok ni dah sedih, apatah lagi along tu..cukup sifat, cukup segala..Al-Fatihah buat Batrisya

Cik Puan Mimi said...

meeya, sedihnyaaa~ AL-FATIHAH utk batrisyah. :(

malynd_anggun said...

huhuhu..
alfatihah... :(

n0rraslida alias said...

alfatihahh....sedey :( bby chumey.....

Elya Roza said...

al fatihah :(
semoga tabah menghadapi ujian ini

~YUN~ said...

nk nangis tgk,cukup sifat,sempurna..comel sgt..

batrisyah pasti tngu mak ayah die dpintu syurga..

Khairiyah aka Kerry said...

Al-fatihah buat arwah.abang kerry pun pernah jd mcm ni..ckp sifat jugak tp tak ckp bulan..sedih kan.. :(

Nadya Zahid said...

al fatihah....bersih sgt muke baby tu mcm tgh tido...
baby tu sakit eh?

Inimeeya said...

Fariza: nasib kita xpasti lg.

.:Mrs. Engineer:. tq sis doakan buat batrisyah..

Anah: tq anah. insyaALLAH kakak aku kuat. aku yg over sedih anah..=(

Cik Puan Mimi: tq mimi..=)

Inimeeya said...

Cik Zimie: tq zimie..=)

malynd_anggun: tq dear

n0rraslida alias: comel sgt as..tq doakan buat batrisya!

ElyaElmo: tq elya. insyaALLAH kami redha..

Inimeeya said...

YUN~: allah maha besar yun.mmg comel sgt lepas dimandikan berseri wajah ahli syurga ni. insyaALLAH jumpa kat akhirat kelak..hope dia dtg dlm mimpi aku leh kenal ngan mak ijah dia ni.hehe.

Inimeeya said...

Khairiyah aka Kerry: tq kerry. kerry fahamkan situasi i skrg..sedih & rindu rsnya..

Nadya Zahid: tq nadya doakan buat batrisyah.wajah ahli syurga ni nadya..hehe. baby meninggal dlm perut sbb air ketuban kering & jangkitan kuman..

Hasfanizam Hamdan said...

Al-fatihah...turut berduka cita

NeenaAnuar said...

al-fatihah...

moga kalian sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Illahi ini..

kak tie said...

salam..melihat gambar Batrisyah,akak teringat semasa melahirkan Adam...halusnya jari jemari masih terasa,hangatnya dakapan masih juga terasa,ternyata Allah lebih menyayanginya,sepanjang mengandungkan Adam,hampir setiap malam akak bermimpi melihat orang ramai dirumah akak...tapi tak tahu kenapa orang ramai,rupanya anak yang bakal lahir akan meninggalkan akak...semoga roh Batrisya dan Muhammad Adam dicucuri rahmat disana....Al_Fatihah

Inimeeya said...

HH: terima kasih atas doa utk batrisyah..=)

NeenaAnuar: Tq neena.insyaALLAH kami semua tabah.

Akak: Al-fatihah kepada Muhammad Adam & Batrisyah..syurga dah dijanjikan utk mereka kak, sbb tu kami redha sbb allah sygkan dia. Sy smpi skrg pun masih terbayang-bayang wajah comel batrisyah. Walaupun sekadar anak saudara, tapi dia begitu dekat dihati.insyALLAH allah akan balas dengan sesuatu yg lebih baik kelak.ameen..=)

Misz Pinky Eyes said...

salam takziah buat ijah n keluarga...
sedih sangat bile bace entri ni...
amin...insya-Allah arwah Batrisyah (indah sungguh namanya) akan menanti ibunya di pintu syurga...
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya apatah lagi pada bulan Ramadhan yang cukup mulia ini...
amin...

puansazusarin said...

al fatihah

Inimeeya said...

an: tq mek..kami percaya qada' & qadar n redha insyaALLAH..hope tuhan berikan kegembiraan yg berpanjangan buat along aku sekeluarga..ameen..=)

misssazusarin: tq dear doakan buat batrisyah..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...