Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Resipi: Puding Roti Bakar & Sup Ayam

Salam semua..posa x arini?hehe..
ok, kita teruskan Ramadhan challenge untuk Day 3!
semalam agak flat jugak sbb terbabas tido tak bgn sahur.haha.
lalu, berhajat untuk masak lauk yg simple saja iaitu sup ayam dan desert dari roti berbaki yg da nak expired tu mcm syg pula nk dibuang so i buat puding yang senang bangat dan paling penting sedapppp..=p

Day 3

Dishes:
Sup Ayam 
Ayam Goreng
Cili Kicap
Puding Roti Bakar
Murtabak (suami beli)
Air bandung

Resepi: Sup Ayam

Bahan-bahan:
Daging Ayam-dihiris kecil
4 biji bawang merah-
2 biji bawang Putih
1/2 inci Halia
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang n etc)
Serbuk lada hitam (terpulang)
3 biji kentang
1/2 biji lobak
3-4 cawan air
Garam
Daun Sup

Cara membuatnya:
1.Bawang merah, bawang putih  dan halia dihiris dan ditumbuk kasar
2. Tumis bahan hirisan bersama rempah 4 sekawan sampai naik bau
3. Kalau suka, boleh letak lada hitam dan masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan air, kentang dan lobak kemudian tutup periuk tunggu sampai didih.
5. Rasakan dengan garam.
6. Siap dihidang dengan kicap cili..opss..jgn lupa daun sup ditabur!

*low quality picture..=(*

Resepi: Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:
3-4 keping roti
2 biji telur (sy guna 1 biji je, still sedap!)
2 sudu besar mentega/butter
1/4 cawan gula
200 ml susu cair
Kismis (ikut
Choc chips (tambah sendiri!)
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Bakar roti terlebih dahulu guna toaster tapi sy bakar atas kuali jek sbb xde toaster.haha.
2. Carik-carikkan roti di dalam loyang. 
3. Taburkan sedikit kismis dan choc chip.
4. Cairkan mentega dan tuang ke dalam loyang
5. Dalam bekas lain, pukul telur, susu cair, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
6. Taburkan lebihan kismis dan choc chip dan biarkan  adunan telur menyerap ke dalam roti
7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit (bergantung kpd oven anda) sampai puding nampak kekuningan.

lupa nak snap gmbr sebelum dipotong.hihi.
manis sikit..sbb ada choc chip!=)

petang ni kwn2 buka juadah apa?
i ingt nak bakar ikan terubuk cecah air asam + kerang tumis cili dan cucur udang.
hehe. resepi post esok ya!

selamat berbuka!


3 comments:

Unknown said...

terima kasih share
ekin baru nak blajar masak...
hehehe

kumpul resepi....
senang nak masak utk suami nnti

Anah said...

semangatnya puan hamizah masak ye..aku masak begedil je..kami laki bini program diet..tp kalau nak jemput kami berbuka kat rumah ko, kami xde hal nak makan bnyak2..hahaha

Inimeeya said...

ekin: sama2 ekin..ala, google jek resepi rmi lg yg share masakan sedap2.hehe.i msk yg senang2 aje tu..

anah:semangat aku anah nak amik feel bulan puasa pnya psl.haha.sedap jgk bedegil!nnti nk try lah.hehe. insyaALLAH nnti cari ms sesuai leh dtg buka kt rumah aku deh..;) lama xjumpa adam jgk!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...