Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Johor & Sewaktu Dengannya

 Hi semua!!=)

Mmg rasanya mcm xsesuai dah nak up entry psl nikah kawen segala bagai nikan memandangkan status i skrg dah jadi ex-bride maintain pengantin baru! bajet senior lah konon.ngehngeh =p. tetiba gmail i da mcm kaunter pertanyaan pejabat agama plak kan bila ramai yg menanyakan kekdahnya nak settle borang kawen. i tolong lah mn patut yek esp for brides from johor..(negeri lain, maybe sama je kot!)

 

Prosedur Permohonan Nikah

 

Kes I, Me from Johor, Hubby from Perak, then nikah di Johor.

Follow that procedure ya! 

 

1. Pergi Kursus kahwin
WAJIB pergi utk pasangan dan dapatkan sijil kursus kahwin yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam

2. Ambil Borang nikah
Pergi ke Pejabat Agama Daerah dan beli borang nikah yang berharga RM5 jek (utk Johor). Borang negeri Johor sah-sah dalam tulisan Jawi. Agak-agak kalau tulis jawi pun mcm cakar ayam hutan baiklah tulis rumi aje ye..=p
Kalau pasangan berasal dari negeri lain cth negeri Perak, so pasangan kena ambil di mana-mana Pejabat Agama sekitar Perak (borang sama jek untuk satu negeri). Jgn gatal plak nak pi beli kat negeri mana2 korang suka.

3. Buat HIV test
Borang HIV test ni  akan dapat sekali dgn borang permohonan nikah yg diambil dari Pejabat Agama. Ujian boleh dibuat di mana-mana Klinik Kesihatan yg korang senang nak pi. Macam kes i, kami buat di Penang. So, no problem lah kan! Baca INI untuk pengalaman HIV test i.=) Bayaran hanya RM1 sahaja. Sesetengah klinik kesihatan ada hari-hari tertentu untuk buat HIV test tapi sesetengah pulak boleh terjah jek.hehe. So sebelum pergi kena cekidaut dulu tanya2 kabar kt org lain atau call dulu Klinik Kesihatan tu naaaa....

4. Dapatkan surat akuan bujang
Surat akuan bujang boleh minta pihak majikan (bagi yang bekerja) untuk buatkan. Most company dah ada format untuk surat akuan bujang ni. Tinggal bagi details korang jekla likes full name, no pekerja and etc. Owh, kes i haritu disebabkan i masih study, so akuan bujang ketua kampung yg buatkan..=) hihi.

5.  Cari Dua Orang Saksi Borang
Dalam borang permohonan nikah, ada diminta saksi borang nikah kan?. So, carilah sesiapa yang sudi nak glamer tulis nama depa dlm borang korang tu.hehe. Sesiapa pun boleh (lelaki!) yang pasti mesti nak dua orang. Jgn lupa fotostat ic depa tu. Pasangan kita pun kena cari saksi borang ni juga utk borang dia.

6. Cari Wali
Untuk borang pihak perempuan, sure ada part untuk wali. So, carilah wali korang dan minta wali untuk isi dan sign borang tu. Dibawah ni adalah susunan wali bagi perempuan mengikut turutan syara' yang bermula dari bapa kandung sampailah ke wali hakim. Check naaaa...=) Oppsss, pilih sorang jek dik non ye bukan semua.Kot ada yg lurus bendul plak pi cari moyang yang daa 'selamat'.hihi.

1. Bapa kandung
2. Datuk Sebelah Bapa/Bapa Datuk Sebelah Bapa (Moyang)
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-Sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu -Sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa (Sepupu Lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu Lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim 

7. Dapatkan Surat nikah ibu bapa
Surat nikah ibu bapa ni penting sekiranya pihak perempuan adalah ANAK SULUNG. Kalau dah anak no 18, xyah ler gatal nak pi tunjuk surat nikah mak bapak hang yg dah bertukar colour tu kot ye.hehe.

8. Hantar Borang yay!
Amboi!tak sabaq naaa nak pi hantaq borang. Sebelum tu, semak dulu dokumen yang korang kena sediakan:
1. Fotostat IC L&P
2. Borang permohonan sudah siap diisi (Borang 1 & 2)
3. Fotostat IC wali (bagi perempuan)
4. Fotostat IC saksi borang (L&P)
5. Sijil kursus pra perkahwinan (asal & salinan fotostat) (L&P)
6. Keputusan HIV test (L&P)
7. Surat akuan bujang (asal & salinan) (L&P)
8. Surat nikah ibu bapa (asal & salinan) (bagi perempuan sulung)

Haa.. da ok semua, siap sedia lah ke pejabat agama daerah. I hantar sendirian, tak perlu bawa bakal suami pun ye. Kalau kat Johor, sah-sah ada temuduga. Bermandi peluh la korang dlm bilik temuduga tu.ngehngeh=p Don't worry la! kacang jek soalan - soalan tu mcm ucap syahadah, rukun nikah, tanggungjawab isteri/suami, dll (lega aku da lepas!) haha=p

9. Gi Jumpa kadi
Haaa.. step ni paling lah penting dek non. Mintak parents (bapa) g jumpa tok kadi yang bertugas di mukim masing-masing untuk inform dan book dia untuk tarikh nikah. Ingat hang sorang ja nak kawen tarikh cantik-cantik tu? hehe. Bagi sesiapa yang tak tau mana nak cari tok kadi, boleh tanya dgn pejabat agama daerah masing-masing ye. Bawa sekali borang permohonan nikah yang dah diluluskan oleh pej agama. Dah dekat hari nak nikah, dtg lah lagi sekali ke rumah tok kadi ni utk remind dia masa dan tarikh nikah korang..=)

10. Tunggulah tarikh nikah korang!
Selamat pengantin baru!eh jgn lupa sediakan upah kadi (RM100) dan 2 org saksi (masing-masing RM20). Nilai tu pejabat agama yang tetapkan. Lepas lah duit minyak diorg nak nikahkan korg punya pasal kan?hihi.

ok, done!
rasanya i dah menjawab setiap soalan yang diutarakan. Normal la bila da nak kawen ni, kepala pun jadi wengggggg mcm2 benda nak pi settle. Akak tolong jek dikkkk esok2 kot boleh pi mkn nasi minyak adik perut akak jugak yg kenyangg?kan???hahaha=p

okla, nak gusti ngan hubby!

Bye!

43 comments:

Nurul Izayani said...

thnx for sharing..im from kluang n bakal suami from pahang..same la kita lbih kurang,hehe..agak2 nk booking tok kadi dulu bole x,b4 setel kn borang nikah tu..lmbt la nk setel kn borg nikah tu..

Inimeeya said...

nurul izayani: welcome dear..=) boleh jek klu nak book tok kadi sblm submit borang tu.yg penting tarikh nikah confirm!hihi.

prinCess.prinCess said...

meeya...thnks for ur sharing...huhuuh....

Inimeeya said...

prinCess.prinCess,

ur almost welcome..=)

Fiza Zainol said...

thanks yer...sdikit sebanyak membantu otak sy yg tgh weng2 nih... hehehe :)

Inimeeya said...

Fiza Zainol,

welcome!tgh wengg ke?hehe.it's normal for bridezilla.kihkih.

Nurul Ain said...

gadis pun mcm awak jugak tau...

gadis nak tanyer lgi..

kalau [gi interview tu xkene bawak bkl suami atau pun gadis pgi sorg2 pun boleh?

Inimeeya said...

gadis,

kalau pasangan bukan dari negeri yg sama, yes tak perlu bawa pasangan ke interview.just u alone..=)

prinCess.prinCess said...

meeya..kalo cm kite, kite dah amik da borang....pasangn kite kene amik borang jugak ke?...kite kat bP...pasangan kite kat masai, JB..

Inimeeya said...

prinCess.prinCess;

setahu i both lelaki dan perempuan kena amik borang masing-masing even satu negeri pun.
act u boleh amikkan sekali borang utk pasangan sbb borang tu sama jek walaupun lain-lain daerah..;)

prinCess.prinCess said...

ye ke meeya?..thnks..:)

Inimeeya said...

prinCess.prinCess;

haah, cenggitulah kekdahnya.ok dear,welcome!=)

Unknown said...

gusti??heheheh

Inimeeya said...

wailin:
hahaha.gusti betul2 tau bukan gusti inverted comma!kahkah=p

erin moshimoshi said...

erin nak boleh x wat review kat blog erin ..

Ichi said...

nti masa nak hantar borang, kite hantar sekali borang pihak lelaki ke? :)

nurul said...

tq puan meeya...this entry really helps!erm,y interview tu klu sy pegi bln2,but nikah bln 5 bleh ke?

adinda awin said...

tq sgt useful post awk..eh kita samelah sy johorean n tunang perak..hehe tp nk tye kalau nikah kt rumah ade bayaran tambahn x tq

Inimeeya said...

nurul: rasa takde mslh kalau u pergi awal pun..=)

adinda awin: rasanya takde byran tambahan pun ditetapkan.cuma kalau nak bg lebih kan sedekah namanya tu..hehe..=)

eL said...

thanks. kite bubuh kat blog kite. and i put your link. thanks for sharing. banyak pahala awak share =D

Ssarah Talib said...

dear meeya.

nak tanya, lepas semua dokumen dah siap, perlu ke kite hantar borang yang ade cop kadi mukim masing2? ataupun tunggu borang dah dapat kelulusan dari pjbt agama, baru dpatkn sign kadi. saya confuse kat situ sebenarnya. Tolong saya

Inimeeya said...

Ssarah Talib:

kalau tak silap saya pergi pejabat agama dulu bg settle temuduga dan bila dah dpt kebenaran baru pergi ke kadi mukim masing2.tp mcm sy haritu, abah sy jumpa kadi dulu untuk book tarikh nikah. lepastu g pejabat agama, baru bawa sume dokumen tu ke kadi semula..kalau masih ragu2, better u call pej agama ye dear..=)

CikanoT said...

Salam,

Nak tanye kes saya sama ngan awak. Saya duduk johor n tunang asal perak. Jadi saya kena amik borang kat johor n tunang saya kena amik borang dekat Jabatan Agama Negeri Perak kan? Surat kebenaran bernikah di luar negeri pon tunang saya amik kan kat sana? Betul tak?

Dr Hana said...

Assalamualaikum.. Kalau kat bandar nak dapatkan surat akuan bujang dari mana ye? Kalau mana2 kakitangan kerajaan boleh ke?

Ni kalau kes masih belajar dan belum ada majikan. Bukan semua tempat ada ketua kampung kan?

time kasih ye.. :)

Si CaPa said...

pengantin pompuan pun kena ade surat akuan bujang ke??

Anak Wak Yat n Kak Som said...

tq... bakal pon dr perak... sekampung la kite nati.. huhuu... tp part interview tu yg seram~~~~

Inimeeya said...

Farhana Yem:

wslm.eh, kamu adik nawal yem kah?hehe;p
sorry tau sbb late repy your comment.susah nak jwb pertanyaan sbb i pun xpasti kalau di bandar mcm mn.try make a call kt mn2 pejabat agama dan tanya..sorry, xmenjawab soalan u.hehe.

Jeda Alias:
oo sekg la kita yee..=) interview kacang jeee just basic knowledge tntg islam & kawen2.

Dr Hana said...

Ooo. Rasanya dah jumpa jawapan.. hihi. thanks nway..

haah, nawal kakak saya:)

sap said...

Hi meey.. Nk tanya #3...kalo perempuan asal n nikah di Johor tp buat hiv test @ kl or sgor bole ke...maknanya kena blk Johor dulu ke untuk ambik borang nikah sekali dan borang hiv tu?

Anonymous said...

salam..time kasih buat entry ni..sgt berguna! saya orang johor..tunang pun org johor :)

salam kenal-sue

Adira Alwayz said...

ada hati nak kahwin tp lps baca entry akq nie,, mcm seram sejuk jew... lahaiiii,, banyak keje... tp otak kenoneng jugak perlu ke kahwin sekarang sbb baru lepas habis spm..tgh tunggu result nie.. tp nk tanggoh sampai bila.. dah lama couple,, kua dating tp x de pape ikatan..hmm,, compius...

Unknown said...

kalo yg lelaki kne sediakan jgk ye surat nikah parents????

SIMPLE BISNES said...

Info mantap...

Unknown said...

nk tnye la...kite kne anta borang nikah kt jabatan agme sblm atau slpas nikah?

Unknown said...

nk tnye la...borang dh bli borang,pastu pas isik kne anta kt pjbat agme sblm atau slpas kawin?

Unknown said...

Erhmmm. ...memang nampak mudah tapi......heheheeeee. ..nak date dgn org yg berkaitan kekadang tak mudah juga.....sabojerlah.....

Perkongsian ilmu pengetahuan berkaitan hal ni memang sangat berguna......
Terima kasih semua....


Unknown said...

Terima kasih.....

Unknown said...

Bgus entry ni, cume ada 1 soalan, boleh x borg permohonan tu org lain yg amekkan, contoh ayah atau mak, masalah'y skang sy dan tunang sama2 keje kat kl, susah la plak nak bercuti blik johor, kalau bleh amek weekend xpe la jgk..

Unknown said...

Bgus entry ni, tp ada 1 soalan, bleh x org lain tlg amekkan borg permohonan nikah sbb keje kat kl, susah nak dpt cuti, atau bleh g amek masa hujung mggu?

Unknown said...

Bgus entry ni, cume ada 1 soalan, boleh x borg permohonan tu org lain yg amekkan, contoh ayah atau mak, masalah'y skang sy dan tunang sama2 keje kat kl, susah la plak nak bercuti blik johor, kalau bleh amek weekend xpe la jgk..

Inimeeya said...

@Mokhtar Mohd Nor: borang permohonan boleh diwakilkan pada siapa2 ahli keluarga terdekat/ boleh ambil pada kadi kariah..tu dulu la.xpasti klu skrg ni prosedur dah bertukar..=) boleh terus call pejabat agama utk kepastian.

Unknown said...

saya dari johor bakal husband org kl.. kalau borang nikah johor boleh dapat dekat jawi kl tak? someone help me

Pwincesz Dee said...

Assalam. Meeya nak tnye, klau sy dan tunang both from johor, mse interview kne dtg sama2 atau blh asing? Sbb tunang keja jauh. Takut masa xsama, so blh ke pegi asing2? Thanks in advance :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...