Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Hantaran Nikah

Inilah masa yang sesuai untuk hapdet hantaran nikah pasal semalam sy da spt slash satu brg!
yeayy!!

Hantaran kaka to me:

* Mas kahwin + Emas*
*Sejadah+Al-Quran*
* Towel + toiletries*
* Handbag + loafer*
*Makeup/Perfume Set*
*Cake*
*Chocolate*

Hantaran from me to kaka:

* Pen set*
*Wallet+belt*
*Kemeja+ pants*
*Body Kit/Perfume*
*Cake*
*Chocolate*
*Fruits/Manisan*
* TAK TAHU*

*TAK TAHU*

Sapa boleh bg suggestion utk dua dulang lagi tu?
Series tak larat nak pk.
Bila tanya kaka, jawapannya: beli jekla pape.
Beli cincin taknak, beli gadget taknak, beli jam taknak *_*
Pelik.
Kalau tanya ngan i, mesti tak cukup dulang dia kena bagi.
haha.Dasar!!

Boleh tak tukar perempuan bg 7 dulang, lelaki bg 9 dulang?
Sapa yg buat rules sebelum ni kata perempuan kena bg lebih dari lelaki?
ha?cakap.cakap.



hehe..=)

Majlis Khatam Al-Quran & Akad Nikah

Majlis khatam Al-Quran dan akad nikah sy berlangsung seperti berikut,
Tarikh: 26 February 2011
Hari: Sabtu
Masa: 2pm-5pm (Majlis Khatam Al-Quran)
8.30 pm (Majlis Akad Nikah)


Majlis Khatam Al-Quran

Mak da setuju untuk buat majlis khatam.
Qariah nya: Perantin, anak sedara & sepupu. 3 cukup?ke kena byk lg?cepat sikit habis,perantin tak pyh baca surah byk2*ngelat*haha.
Tapi tiba-tiba kalau para qariah nye datang bulan secara tiba-tiba, haha harus tukar plan menjadi majlis bacaan yassin dan marhaban saja.
Dan sekarang ini sedang berusaha untuk khatamkan quran sebelum majlis walhal baru masuk juzuk 8.uissss..byk lagi tu nak kejar.haha.boleh meeya boleh.

Outfit utk khatam sedang di pikirkan,
Planningnya nak pakai baju kurung songket tabur saja.
Warna yg soft-soft gitu, bila mengaji merdu sikit.haha.*takde kena mengena*
ok-ok mmg kena improve tahap bacaan, malu nnt asik kena tegur dgn mak inab.

Flow majlis ringkas saja.
Solekan sendiri.
Doorgift? Mungkin tiada. Bagi air mineral saja cukup?haha.kan haus mengaji.hehe.
Mak bilang tak perlu doorgift sbb nnti masa resepsi akan bagi doorgift juga.
So, makcik-makcik yg nak doorgift dtg la sanding sy.haha.
Bagus-bagus, cut cost.
Lagi? kot ada yang tertinggal plak?

----------------------------------------------
Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah mak kata buat dirumah saja.senang.
Outfit utk akad nikah belum beli lg!haha.
Nanti nak terjah jakel dgn angah.Banyak pilihan kain kat sana..mesti rambang mata.

Tema? mula-mula bincang ngan kaka setuju warna grey-silver


lepas tu, nak biru laut pulak


pastu..kuning cair..pastu...


KUNING!!!! haha.
Lain dari yg lain!

aduhhh!sukar nak buat keputusan bila hati goyah.
Nanti da beli i reveal ok!haha=p

MUA?Tak pasti lg..sbb mak andam tak cari lg.
Senang kata, tak buat apa-apa pun lagi.
Otak saja ligat pk itu dan ini, tapi belum boleh cerita lebih-lebih.haha.

Sekarang ni, ada dua projek DIY in progress:
1) Invitation card
2) Favor bags. Still guna brown paper bag tapi design lain dan boleh hanging.yeayyy!!

Simpan dulu,
kena masa yang sesuai, i reveal ok!


da....









Tragedi Oktober

Al-fatihah kita sedekahkan kepada mangsa beragama Islam yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa di plaza tol Simpang Ampat,Rembau semalam.
Memang kesal sgt bila kemalangan mcm ni berlaku.
Che' sendiri berpengalaman naik bas Johor-Penang, Penang-Johor sejak 1st year study lagi.
Kalau naik bas malam, pukul 12 mlm naik, pukul 6.30 da sampai.
6 jam setengah perjalanan termasuk rehat 45 min-1 jam.
Boleh bayang tak bape laju driver tu bawa bas kalau Penang to Johor cuma makan masa 5 jam setengah saja!!
Kalau pk kan balik mmg kecut perut den
Tapi, nak buat mcm mana, bas sajalah pengangkutan yang termampu.haha.
Setiap kali naik bas mmg tak lupa mengucap dulu sebelum tido.
Alhamdulillah, setakat ni takde lagi kejadian-kejadian yg tak di ingini berlaku.
Mintak dijauhkan oleh Tuhan..AMIN..

Dalam pd kita berduka-duka ni,
ada juga kenangan manis bulan Oktober.
Tapi bukan utk che' la!
Tentunya utk Datuk SMS kita!
Awwwwwwwwwww..hensem sgtla dia.
Jatuh cinta berkali-kali tak jemu.haha.
no comment la psl wedding dia pasal tak tgk nikah, nona dan live resepsi.
Dapat tgk sikit jek ms last-last tu.
Sempat kutuk baju Dr Halina potong kek jek.haha.
Mangsa fashion angkasawan.
n yes, sedikit tidak berkenan bila dia tak pandai nak control diri depan guest
sampai kena cuit dgn suami sendiri ms live!isk.isk.isk.
Pepun, sama cantik sama padanlah!
Congratulations to both of u!!=)

cerita wedding che' ???
aduhhhhhhhhhhhhhhh!stuck!
sambung kemudian nnti!


da..

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Baca entry si kecil pasal permohonan nikah,
baru teringat sy pun ada hutang psl entry yg sama juga!
ececece...sbnrnya segan nak post psl tak mcm gelojoh ke?
haha.peduli hape.janji borang sudah berada di tangan kaka!muahahaha=p
suka.suka.suka. psl dia mmg bersungguh2 nak tawen ngan sy.boleh?

pagi-pagi hari kami da serbu pejabat agama parit buntar psl nak beli borang kebenaran nikah.
Asalnya cuma nak tanya jek, mn tau kot2 borang ni cuma boleh dibeli ditempat kelahiran dia.
rupanya, boleh aje psl borang ni standard satu negeri perak.
cuma nnti nak hantar borang tu, haruslah di daerah kelahiran.
bayar rm1 jek utk satu borang.nak beli 10 boleh?
amboiii!!


ingatkan borangnya berhelai2, rupanya sekeping ajek!cit.
nasib ada juga senarai semak permohonan borang,
so mudahlah kaka nak buat preparation untuk semua dokumen yg diperlukan


Cuma sekarang ni yang menjadi keraguan adalah mengenai borang kebenaran nikah luar mukim (lain negeri). Apa yg sy maklum dari pejabat agama bgtau, mereka mmg da tak keluarkan borang kebenaran nikah luar mukim tu.
pasal kaka nak nikah di tempat sy (johor),
maka sy risau pulak bila kadi tempat sy mintak juga surat kebenaran nikah tu dari pihak lelaki.
Sebab jadi kt kawan sy (Yun) bila kariah ditempat dia bernikah (KL) berkeras nak juga surat tu walaupun da dimaklumkan jbtn agama islam perak (JAIP) tak keluarkan lagi borang kebenaran tersebut.
Tak ke naya jek kalau jadi lagu tu?
Last-last JAIP bg potostat surat pekeliling mengenai isu penamatan pengeluaran borang kebenaran nikah luar mukim tu pd kariah di KL, baru mereka accept untuk proses borang tu.
haaaa...salah sapa tu?

sapa boleh bantu esp b2b dari johor yg tau, kat johor mereka wajib ke nak surat permohonan nikah luar mukim oleh perantin lelaki??
Takut benda ni menjadi isu plak bila nak dekat da kawen nnti!*_*
serabut ooo serabut.
ni pun bapak suda remind awal-awal settlekan borang nikah kaka tu paling lambat bulan 12.
amboi abah, mcm tak sbr2 nak kawenkan aku.
^_^

pastu.pastu.betul ke borang HIV tu amik kat klinik kesihatan kerajaan aje?
bukan dari pejabat agama ye?
pasal sy tanya org pejabat agama, depa suh g isi borang n buat ujian terus kat klinik?
pastu.pastu. keputusan HIV tu valid 3 or 6 bulan?
psl bila tanya org pejabat agama, sorg kata 3 bulan sorg kata 6 bulan?
haishhhhh..nk kene geget pakcik-pakcik pej agama ni tau.haha=p
takpela, u all adakan,
boleh jawabkan utk sy??
heeeeeee=)


korang tak rasa ke 146 hari lg nak kawen i gelojoh isi borang kawen?haha=p
diamlah!daaaa!

E-day: Baju Tunang

arini masih ada mood tunang yg membuak-buak
pasal baru balik dari kenduri kawen recycle pakai baju tunang.
haha.tips dari sy, pakailah tiap-tiap hari baju tunang/nikah anda, mesti anda akan merasa betapa manisssssssss nye ari anda arini.haha=p
over la kau meeya.

ok2, tak tipu punye cerita baju tunang sy aritu, pagi nak tunang around dlm 8.30 cantu baru siap ok!! mak tak tido mlm pk kan baju tunang yg tak siap.
haru biru kejap lepas subuh tu bila perantin duk membebel kt org umah psl makcik tak anta-anta lg baju tunang.mmg nak kasi perang satu dunia betul.
tapi.tapi.sbnrnya da biasa mcm tu psl tau makcik sy ni jahit zassssss sekejap suda siap ekau!
biasa jek klu kami pagi raya pki baju lama.
raya kedua baru hari raya.pe kehal kan.haha.

sebelum sy hantar kain tu pd makcik, mmg da discuss ngan dia design sume.
sy nak kan jugak kain ropol2 yg diidamkan tukan.
tapi, bila pk2 balik, kain 2 meter jek camne nak buat pun ropol2.adeii.
plus makcik sy pun tak berapa nak setuju design tu.dia pun pening kot ngan sy punya demand.haha.
erm, redha jekla..*_* last2 kain A cut juga kesudahnya.

baju plak sy selesa ngan cutting kurung moden saja.
yg sy geram, makcik sy taknak buat culf (betul ke eja ni?hentam taram) kt hujung lengan.
gerammm oke.psl dia kata, kak ngah sy bg cdgn tak cantik klu buat culf.
eh.eh.pastu sy tanya kak ngah sy lepas da siap baju tu dijahit,
"klu buat culf kan mesti cantik kan"
"haah cantik.cantik.nape tak buat?"
.........................................
eh eh bukan angah ke yg ckp tak cantik buat culf?
oke tak tau sapa punye angkara
sy plak g bendul ikut jek kata makcik sy ni.
erm..redha lagi. *_*

pilihan yang bijak dgn padanan shock pink lining.
bila dlm gambar, nmpk la baju tu berseri oke.
ke pasal guna kamera mahal?haha=p
tudung plak nasib baik match ngan baju!yeay!tudung murah-murah saja.
veil mak andam sy yg sediakan.matching jugak.yeayyy!!
perasan cantik lepas tu.haha.buekk=p


e-day

today bersanding lagi.haha=p


haha. dala.
nnti ada yg termuntah plak=p

bai!


Wedding Date: Confirm!!

yeayy!! alhamdulillah, finally my wedding date was confirmed on
26 February 2011.teheeeee..=)
and kaka's side (bertandang) will be held on 6 March 2011.

Kalau diikutkan perkiraan dari tarikh arini, genap 5 bulan lagi nak tawen!
Sila lihat ticker. Nervousnya mak!
Preparation satu apa masih tak buat lagi!haha.gelak.gelak lg.haha.
sekarang ni nak tidur ingt tawen, tgh tido mimpi tawen, bgn tido terus ingat tawen.
mcm ape jek hidup aku sekarang ni.

Masalahnya tak tau deh nak start dari mana.
Kaka pulak da start pening-pening nak uruskan borang kahwin.
Sebab abah mintak settle his side paling lambat bulan 12.
Da la kami ni masing-masing duduk jauh ngan parents.
Sebulan sekali pun payah nak balik kg.hihi.
tapi, da dekat nak tawen nnti, sure kena balik jgk at least once a month.

Untuk masa terdekat ni planning cuma nak settlekan
1) Beli kain nikah-not yet
2) Book mak andam-discuss package, design pelamin, baju sanding-not yet
3) Tempah baju nikah-not yet
4) Survey photographer-in progress

Sebenarnya tgh runsing sgt, mn nak settlekan thesis before november, mn nak g conference lg, mn nak pk psl tawen, mn nak pk psl duit yg bergaji ciput sekarang ni.
alahai..kdg2 rs mcm serabut betul.
just boleh berdoa, hope everything will goes smoothly..

Ya ALLAH, permudahkan dan perluaskan rezeki kami.
Sesungguhnya engkau Maha Besar Lagi Maha Pemurah.
Ameen..




E-day: Crystal Handbouqeut & Entry khas utk Cik Belle & Pn Nawal

ok.
disebabkan sume org tgh off to nikah cik nawal.eh, silap, pn nawal
i terpaksa la menyebokkan diri dgn membuat entry baru.hihi.
ini sesi melepaskan geram kerana tidak dpt menjoinkan diri di wedding nawal bersama bloggers lain.erkkk.
apapun, wish nawal & firdaus have a happily married ever after.
Congratulations on your wedding ya!=)
those bloggers yg pi, pasni pakat-pakat update na!jeles..jeles..jeless!
haha.

okla, lets continue lg cerita pasal E-day.
mesti korg mcm da busan sbb cerita da nak basi.kan.kan.kan.
haha.heipppp..tak kira!baca jugak sbb i masih dalam mood bertunang.haha.

entry ni i buat khas utk b2b yg ada bertanyakan tentang handbouqeut (HB) yang i pegang ms E-day aritu.
for those yg penah baca post ini, mesti tau gile-gile yg mmg i kempunan sgt nk itu bunga tangan kristal!
disaat-saat hampir putus asa, i'm very lucky sbb Cik Belle,
(eh sapa tak kenal Cik Belle mmg nak kena babap!) offered me her magic touch to decorate crsytal HB.
omg!lompat katak laju2.haha.
Bila baca post Cik Belle tentang DIY bunga kristal dia tu, teruja tahu tak!
then, tak sangka cik belle baik hati sgt nak decokan utk i.
lagi la rasa mcm nk terbang tinggi laju2!haha.very appreaciate it!
hello, i'm her first customer oke!! and that's HB special made for me!
i da simpan dlm kotak siap-siap buat kenang-kenangan.haha=p

So, firstly I'm just email him examples of HB yg i ada,
then request Cik Belle for the colour of crystal.
Cik Belle will give u free consultation.haha.bukan konsultasi la.tapi free idea and suggestion.
yela, kdg2 kita ni bila googling jumpe HB cantik2 terus save, tak tau nak buat, tahu main tempah aje.
hehe.but don't worry guys, sgt-sgt-sgt senang berurusan dgn Cik Belle manis ni.
The outcome will be AAAAAAAAAAAAAAAA!!!
nganga mulut la korg bila tgk HB sendiri dpn mata.
haha.

So for those yg kepingin sgt nak pegang HB crystal on your big day,
u can trust Cik Belle. Walaupun dia baru first time DIY HB, kemampuan dia merealisasikan impian i sgt2 la dihargai. She's gifted on decorating n i tabik spring atas semangat dia utk deco this kind of HB.Seminggu da siap oke!Walla!
Price?owhh...sgt-sgt reasonable..=) nak senyum lebar-lebar.haha.maceh Cik Belle!=)

Nope, i did't make any aggrement with Cik Belle about this entry yah!
It's free testimonial without any share and commision from him.Ikhlas dari i.
Tapi, lau Cik Belle nak bg pun boleh, haha.take it as duit raya can ha?haha=p

so bloggers, this is mine!!!

combination of red and white crystal=)
Cik Belle bg tau yg reben-reben panjang tu kita panggil long trail ribbon.
hihi.baru tau cikgu!


See..mmg tak lepas dari tgn i tau!hihi.

dala.enuf.nak titon.

g.niteee all!!



E-day: Official Photographer

E-day aritu, saya hire photographer merangkap kenalan di kampus.
Kebetulan, dia duduk area batu pahat dan baru menceburi bidang photography.
So, nak support kwn2, then saya try contact dia.
Package yg saya ambil, just shoot & burn je.bajet ketat la katakan.hehe.
nasib dia kata oke.
Sebab saya ada try minta quotation dari photographer lain.
Of course, harga yg dia kasi tak semurah kwn saya ni, dan ada juga yg tak amik package shoot & burn.
Service? Good!=) Sebab saya minta dia pilih gambar mn yg cantik saja utk di edit, tapi rupanya dia edit sume gambar.Gambar plak ada dlm 200 keping.hehe.tapi, takpela mmg itu "makanan photographer" hihi.
Package and harganya reasonable, dan boleh nego lagi kalau mau!=)

Cuma, ada certain things yang terkilan sikit sebab masa majlis tu pihak lelaki nak balik awal, so lepas makan-makan dorg sume nak balik salam-salam.
Makanya, sesi bergambar bersama keluarga pihak lelaki, bersama dengan hantaran tak ada.
Plus, kami pun mcm terlupa moment tu.
Should be someone kena remind about that.
Tapi takpela ..redha.

So, guys dari batu pahat dan sekitar johor yg mana-mana nak cari photographer,
boleh contact

Qulukis Photography (En Hakim)
Contact number: 0177102207
or add dia difacebook: http://www.facebook.com/siqulu
or visit his website: http://qulukis.blogspot.com/
or email untuk tanya pakej: mnhqmy@gmail.com

one of my favourite picture..=)


dan ini..

gambar-gambar yg lain, boleh di lihat di facebook saya.

ops, saya takde amik apa-apa komisen yer..
harap maklum!

haha, gambar ni dipaksa ambil oleh abg-abg ipar sy yg ngokngek.
Yang baju putih tu en hakim
Yang baju biru tu adik saya.
Motif gambar diambil: Mereka kata muka dorang SERUPA!


haha.
en hakim, ampunkan kesengalan abg-abg ipar saya!=P

hihi.
tata.




E-day: Pelamin kah?

Pelamin kah?
haha.cerita psl pelamin, teringat kontroversi saya dengan mak.
pada mulanya idea nak buat di ruang tamu aje, tapi mak tak setuju pulak.
Then, mak cadang buat aje dlm bilik.
Planning asal saya (bg sapa penah baca entri ini) nak duduk di bawah beralaskan bantal nikah.
Tapi, bila tanya mak andam, kena sewa satu rm20.dua da rm40.taknak bazirkan duit, beli kain satin ingat nak jahit sendiri jek bantal yg ada kt umah tukan.
tapi, sebab time tu da raya, malas pulak tu nak pk jahit-jahit ni.pdahal kain da beli.mcm samdol jek saya.haha.

lepas tu, pasal langsir merah (jadi tabir) tu langsir lama mak saya and kebetulan matching plak dengan kerusi kat rumah.kaching!!terus dpt idea utk letak kerusi tu dalam bilik.haha.

idea nak deco plak saya cuma letakkan pasu yg ada ranting-ranting kayu dan bunga mati yg ada kat umah.atas kerusi tu saya letak bantal-bantal kecik 4 pcs.Then, kat langsir putih tu saya letak jek rama-rama lebihan deko utk hantaran 4 ekor.hehe.
da try nak letak pasu bunga kat dua-dua belah side kerusi tu tapi mcm too crowded pluss bilik saya tu sgtla comelnye.letak hantaran kat tepi da penuh bilik.huhu.
Maka dengan itu, lenyapla segala deko pelamin yg saya angankan.haha.
Pelamin anganku musnah.boleh gitu?haha. See, tak sume apa yang kita rancangkan akan berlaku. Konsep redha harus diguna pakai pada saat-saat ini.haha.
Tapi, rmi jek kwn2 n sedara mara yg puji, pelamin saya cantik wlupun simple.
maybe kena pandai main warna juga which is kena kontra dengan baju.hehe=)

okla.tamat cite pelamin.
layankan saja gambar-gambar pelamin saya tapi sorry sgt takde gambar pelamin yg full yer.hehe. Terlupa nak snap!

tengah tunggu untuk disarungkan cincin..=)

budak-budak ni pun sibuk nk bergambar dengan makcik nya jugak.hehe.

2 cukup?lalalala~~


p/s: skill saya menulis entry dengan laju semakin baik!!haha.







E-day: Hantaran Utk Pihak Lelaki

Ok entry kali ini, saya buat sedikit review tentang hantaran yang saya hantar pd pihak lelaki.
Hantaran saya 9 berbalas 7.=)
Konsep: tema hijau putih, berseramik kaca pinggan dan mangkuk.haha.

Kalau u all tengok sume hantaran saya berlapikkan pinggan bulat warna putih.
Saya try cari pinggan petak, tapi tak jumpa kt hometown.
Bila balik penang, jln2 kat kedai diy, boleh plak jumpe pinggan igauan tu.
adoi.mcm nk teriak dibuatnya.nak beli lain, tapi mcm membazir pulak.
So, mls nak pk.prepare jekla dgn apa yg da ada.
Price per pinggan? RM3 mcmtula.tak ingat.sbb beli awal2 da.

Hantaran 1: Sirih junjung

Owh, sirih ni kira kepala majlis la.Kalau takde sirih hantaran mcm tak berseri gitu.
Kat johor, kami mmg sediakan sirih junjung. Tapi, sebelah pihak lelaki guna tepak sirih.
Tak pasti apa bezanya dari segi adat.
Owh cerita psl tepak sirih, saya ada cerita disebaliknya.
Akan diceritakan kemudian lah!haha.

Thanks to k.long, k.ngah, cousin-lin & ulin atas penyediaan sirih junjung.
Last minit buat mlm sebelum majlis.
Walaupun mcm berserabut jek bunga hidup tu tapi ada aku kisah.haha!


Hantaran 2: Kek lapis sarawak

Kek ini telah disponsor oleh my lovely cousin-Aida & Naz
Diterbangkan jauh dari Sarawak khas untuk saya!
Sukeeeeeee!
TQ so much dong.
Ibu mertuaku ops.bakal.amat menyukai nya sgt.besar pulak tu.mkn puas-puas yer makcik!
Hadoi, kotak dia punye besar, petang sebelum majlis baru teringat nak cari kotak kek.
Mana ada kedai bakery bukak raya-raya ni.Terpaksalah cari kat kedai brg perantin.
Lepas tu, boleh plak lupa nak beli gabusnya bg tinggi sikit kt bwh kek tu kan.
sudahnya mcm togey jek kan kek tu!haha.


Hantaran 3: Kain pelekat

Kain pelekat ni k.long saya yg gubah jadi ala-ala mcm tanjak kepala tu.haha.
not bad la.then taknak nmpk kosong kt tgh, saya buh la dua biji epal hijau.
Nasib ada lebih hasil borongan buah-buahan..sweet kan!=)
Thanks to along sbb sponsor kain pelekat dari Langkawi ini!


Hantaran 4: Sejadah & Songkok

Yang ini takde sponsor.Pakai duit sendiri.haha.
Hantaran ni last minit jugak, sbb tak muat nak selitkan dengan yg kain pelekat & kain baju.
So, mak kata tambah la satu dulang utk barang.Sejadah pun tak dapat nak gubah jadi bentuk apa-apa sbb keras.sudahnya saya sendiri lipat saja.mudahkan.tenggek songkok atasnya.haha.


Hantaran 5: Buah-buahan

Buah-buah ni sume borong kat carrefour malam sebelum majlis.
ada 5 jenis buah saya beli.kena beli yg tomei-tomei jek sbb bekas kaca tu takla besar sgt.
Pastu nak bg nmpk seri lg, saya mintak cousin minyak kan pd buah tu supaya ada effect kilat.
Pakai minyak masak yer, jgn minyak petrol plak.haha=p


Hantaran 6: Chocolate & sweets

Chocolate and sweets ni saya beli dari yg jenis murah sampailah yg besh sikit.
Antaranya choclairs, cadbury, herseys and yg murah tu tak taula apa nama.haha.
beli pun kat kedai borong and carrefour aje.
Penuh satu bowl, tapi anak sedara saya pandai tau curi-curi masuk bilik saya curi choc.
Yang kelakanya, amik choc yg mahal hersey tu aja.bg choc murah tak mau!
dasar sungguh.haha.


Hantaran 7: Kain pasang

Kain pasang ni beli sedondon dengan kain pasang saya.Warna dark purple.
Cadangannya nak pakai sedondon masa malam pertama.
Eh, silap malam hari pertama kahwin.ha..baru betul.ngehngeh.



Hantaran 8: Cookies, kuih raya & jelly

Kuih raya tu disponsor oleh k.ujie saya. Homemade from norlie's cookies.Sedap!
Cookies ni last minit punye beli jugak..beli kt carrefour jek.Brand danisa tu.haha.
Jelly ni pun borong kt carrefour beli yg pakai timbang.
Asalnya nk bg sume kuih raya.tapi takut mcm muak saja nak bagi sume kuih.
So, saya decide nak bg lain-lain jenis mknn.


Hantaran 9: Potpouri

Potpouri telah disponspor oleh mak!yeayy..
mak saya ni mmg suka nak bg doorgift yg org boleh ingat.
Yang ni sume borong kt ayer hitam.=)

hadoi.panjangnye entry.
ok sambung lg esok.

tata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...